Orang UMNO sila turun!!!
>> 11 Disember 2008
Ambo ada seorang sepupu yang amat fanatik dalam PAS, umur dalam lingkungan 50-an. Tak pernah miss ceramah Tuan Guru tiap-tiap pagi Jumaat. Dan tak pernah miss dengan mana-mana tempat ceramah PAS.
Sepupu ambo ni dok sebelah mek ambo, tapi kalau waris-waris sebelah ayoh ambo..ramai penyokong UMNO.
Pada zaman 90-an dulu, masa ni ambo dok di sekolah menengah Chabang Empat, ada waris ambo meninggal (sebelah Mek) sebab sakit tua. Arwah juga penyokong PAS. Maka ramai la waris-waris datang melawat, waris penyokong UMNO datang..apatah lagi sebelah PAS.
Setelah selesai memandikan & mengkafankan jenazah, tibalah masa untuk di sembahyangkan. Ramailah yang ikut serta untuk sembahyang termasuklah sepupu ambo yang fanatik PAS tadi.
Setelah penuh setiap saf tadi.. Tok Imam pon berpaling ke belakang dan berkata sama ada masih ada lagi orang-orang kampung yang mahu sembahyang sama.
Selepas imam berkata demikian, sepupu ambo yang fanatik tadi menyambung
"Saya minta mana-mana orang UMNO kat sini, tok soh (tak perlu) sembahyang lah". kata sepupu ambo yang fanatik tu.
Merah muka waris-waris ambo yang menyokong UMNO, sorang-sorang turun kebawah. Hilang satu saf. Ambo dan yang lain-lain terkejut juga, kecuali yang seangkatan dengan sepupu ambo yang fanatik tu, buat 'bodo' je..
apa salah mereka?
Dihalau dari melakukan 'kifayah' mereka.. di halau dari memberikan penghormatan terakhir kepada si mati.
Sekarang ni.. sepupu ambo tak sefanatik zaman 90-an dah.. dah semakin moden pulak. Lebih-lebih lagi sekarang ni PKR pula ada bersama, bertambah moden la sepupu ambo ni.
Dia selalu kutuk Buletin 8.00 malam di TV3.. katanya semua tu rekaan je, banyak menipu, banyak tokok tambah, 'hantu' kerajaan.. yang ambo nk tergelaknya.. kalau benci kenapa tengok?
---------
Allah tak pandang kepada besarnya kemutar (serban) kita, berjela-jela panjangnya buah serbeh kita atau banyaknya CD atau kaset ceramah. Tapi Allah pandang pada hati kita. Pakai seluar bandel tapi beramal soleh.. syurgalah tempatnya.
Ambo tak pandai sangat berhukum hakam..
4 ulasan:
916... itulah kerja pembangkang yang hidup dapat rezeki politik dengan putuskan tali siratulrahim.
soalannya... adakah allah akan bagi siratalmustaqim kpd mereka nanti?
salam tuan..
gege la spupu demo.nok naik ko isle,tapi dok pahe isle.pah guano gitu gak.
Salam perjuangan..rakan blogger muslim diserang oleh kafirun....sila lihat comment para kafirun ini di..
http://redssays.blogspot.com/2008/11/why-has-muslim-world-failed-to-develop.html
salam perpaduan~
didoakan sepupu kamoo insaf dan sedar sblm sampai masanya..~
amin
Catat Ulasan