.

Utusan Malaysia tak perlu layan Nik Aziz lebih-lebih

>> 19 September 2010

Tak perlu layan Nik Aziz lebih-lebih.
Nik Aziz sedang mencari populariti, hit dan kemegahan
Kalau di layan, semakin megah dia.

Jadi, kalau setakat kenyataan yang nampak macam nak cari populariti, tak perlu tegur atau siarkan, takde faedahnya.

Dia sengaja nak suruh Utusan dan blogger 'puji' dia melangit.

Baik Utusan masuk ke daerah-daerah serta kampung di Kelantan ni, tengok sendiri masalah air yang semakin meruncing sejak dari tahun 2009 lagi, boleh juga buat berita.

Kalau Em Bi Kelantan jenis yang terbuka perut pedalnya, dia boleh terima kata-kata keramat 'Nak tahu kelemahan diri, tanya musuh, jangan tanya kroni, anak menantu atau penyokong'.

Apapun, jangan layan sangat. Ambil yang penting dah la.
Orang nak cari popular tu.


* Raya tahun ni tanpa air direct. Nasib baik ada tangki spare.

Read more...

Air Kelantan yang pening, pening dan pening

>> 04 Ogos 2010

Mengenai dakwaan kesukaran kakitangan di wad bersalin dan wad kanak-kanak kerana ketiadaan air, Md Anizam berkata beliau sehingga kini belum pernah menerima laporan daripada orang ramai yang mendapatkan rawatan di hospital berkenaan mengenai masalah kekurangan bekalan air di situ.

Justeru beliau meminta hospital berkenaan dan pihak media menunjukkan bukti dengan mendapatkan kenyataan daripada individu yang mengalami masalah itu sendiri.

-- baca Penuh : BERNAMA

Macam mana pesakit nak lapor kepada kamu wahai Md Anizam, orang sakit berada di Hospital, mereka akan mengadu kepada pihak hospital. Bukannya pesakit berada di bawah tangki air dekat SUK nu. Bila pesakit mengadu kepada pihak hospital, pihak hospital akan panjangkan kepada pihak AKSB.

AKSB sepatutnya, bila dah ada aduan begini, hantar la dua tiga buah lori tangki ke tempat kritikal seperti Hospital, Sekolah dan sebagainya.

Taknak kata di KB, kt Tumpat ni pun menyiksa, kalau nk basuh baju, kena bangun pukul 3 pagi, masa tu air ada slow2. Booring air? Huh..perumahan atas baruh, bawah sana ada selut, bau semacam. Jadi kita harapkan 90% air dari AKSB, 10% air hujan.

Sdr. Md Anizam atau Nik Aziz pernah tengok rakyat tadah air hujan pukul 12tgh malam?

Nanti kita pakat-pakat buat kempen,

----------------------------
KEMPEN MENADAH AIR HUJAN
Dirasmikan oleh : YAB Tuan Guru Dato Haji Nik Abdul Aziz Nik Mat
Masa : Masa hujan lebat

Muslimin Muslimat dijemput hadir beramai-ramai <--- takda dah ayat ni sekarang

Orang Ramai di Jemput Hadir <--ni ayat baru, for all katakan.

Read more...

Nasib Baik Ada Noh, Nak harapkan PAS, Kirim Salam...

SHAH ALAM - Pas menyambut baik saranan Timbalan Pengerusi Perhubungan UMNO Selangor, Datuk Seri Noh Omar menutup pusat hiburan di negeri berkenaan kerana ia sememangnya bertentangan dengan ajaran Islam.

Bagaimanapun Pas menegaskan tindakan yang sama sewajarnya dilakukan di semua negeri, termasuk yang diperintah Barisan Nasional, yang diketuai Menteri Besar beragama Islam.

Naib Presiden Pas, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man berkata, sepatutnya kenyataan yang dikeluarkan beliau bersifat menyeluruh, bukan hanya kerana bulan Ramadan sahaja.

"Perkara ini kelihatan sememangnya bercanggah dengan Islam. Jadi, ia perlu dilakukan.

"Jika tidak, ia dilihat sebagai satu cabaran yang tidak jujur dan ada agenda tertentu, termasuk bermotifkan politik," katanya ketika dihubungi Sinar Harian di sini semalam.


Beliau diminta mengulas kenyataan Noh, yang juga Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani, yang meminta Pas Selangor mendesak Kerajaan Negeri pimpinan Pakatan Rakyat (PR) memastikan pusat hiburan dan rumah urut di negeri ini ditutup sepanjang Ramadan jika ia benar-benar memperjuangkan Islam.

Baca Lagi

-----

Mujur ada Noh, kalau nk harapkan PAS, mereka lebih akur dengan DAP dan PKR.
Tuan Ibrahim mahu menyeluruh, DAP setuju ke? Selalunya PAS pandai cakap aje. Pas hanya pandai cakap aje, cakap sahaja.

Read more...

Bila Masa Pula 'Kalah Teruk'.

>> 02 Ogos 2010

“Saya tidak faham mengapa baru sekarang Kerajaan BN memberi kebenaran itu sedangkan keperluan kepada pembabitan guru untuk berpolitik amat tinggi. Mungkin mereka (BN) sudah terdesak untuk meraih undi selepas kalah teruk pada Pilihan Raya Umum ke-12 lalu dan sebab itu mereka benarkan guru main politik untuk dapatkan sokongan daripada kakitangan kerajaan," katanya pada sidang media selepas merasmikan Pelancaran Dewan Himpunan Penyokong Pas Pahang, di Kompleks Imam Al Shafie (KIAS) Temin, di sini, semalam.

Kata Nik Aziz dalam Sinar


----
Kalau BN kalah teruk pada PRU-12, Perdana Menteri sekarang ialah Lim Kit Siang dibawah Pakatan , dan bukan Najib (BN).

Kalau dalam bola, kalah teruk sinonim benar dengan kekalahan ditempat sendiri, pihak lawan dapat menjaringkan gol yang banyak. Contoh Pasukan Sendiri 0, pelawat 5.

Nik Aziz sepatutnya memberikan gambaran yg baik dan terbaik untuk dijadikan tauladan, bersesuaian dengan beliau yang dihebahkan sebagai orang alim.

Read more...

PAS Tetap Keseorangan

>> 29 Julai 2010

DAP nak, PKR setuju, PAS tak setuju.
Tidur sekatil, mimpi lain-lain.
Sejak ada ura-ura 'kerjasama' dengan UMNO, PAS dah stat bela 'Melayu'.
Amacam PAS, suara PAS dalam PR membuat DAP dan PKR tergugat ka?
Atau PAS akan terus menjadi pak turut selamanya.

Kredit Kertun: DES

Read more...

Kuasa Melayu Yang Semakin Layu

>> 28 Julai 2010

Sejak 9 Jun 2010, Geger Sokmo, masih berbicara tentang senario politik tanah air. Penulis mengambil sikap yang agak berterus terang. Rakan-rakan dan kenalan menaruh bimbang, takut-takut ada salah tanggapan atau salah faham orang. Cara penulis dikatakan ‘lurus bendul’ dan ‘betul sudip’- simpulan bahasa orang Kelantan. Ada yang mengirimkan macam-macam pendapat. Seorang ahli keluarga, Haji Wan Hussein Wan Yacob (Kubang Kerian, Kota Bharu) mengirimkan SMS yang berbunyi “boleh cemas, boleh bimbang, takut pun boleh, tak takut pun tak boleh, jangan tak bimbang. Pelik sedikit madah berhelah ini, berbelit serupa syair Kalinga. Kita berhujah sebetul sudip selurus bendul. Kita nak suruh turap mana berongga, kita nak demo naik ke landasan. Kita nak demo parkir baik-baik. Hamba bimbang, nantilah tadah telinga tunggu orang cerlung mata. Bukan semua orang reti baso”. Itu luahan rasa beliau.

Bermula dengan artikel ‘Bacaan Politik Baru Dari Sibu’, penulis banyak kali menimbulkan persoalan politik. Cetusan idea pada 14 Julai ‘Ketepikan Kesombongan, Nostalgia’, bukan sedikit mendapat reaksi pembaca, yang salah tanggap pun ada. Tiada pun tudingan khusus, tetapi ada yang terkena ‘batang hidung’. Kesombongan dan nostalgia berlebihan mengenai kehebatan silam boleh mengalpakan kita. Sebab itu gelaran ‘Sesumpah’ (yakni Pokkor) oleh Datuk Sri Mohd Najib itu benar apabila ditujukan kepada seorang pemimpin yang bermuka-muka, nostalgia dengan kehebatan diri, berubah warna perjuangan kerana kepentingan peribadi. Bahasa kiasan atau analogi begitu berguna bagi memudahkan kefahaman. Kata Perdana Menteri semasa melawat ke pejabat Kumpulan Media Karangkraf pada 6 Julai 2010, “boleh kritik jangan fitnah”. Maknanya tanggapan negatif atau positif itu haruslah bertempat, agar kita jadi bijaksana.

Pembangkang lebih gemar bercakap. Kata orang, bercakap itu apalah susahnya. Itu yang menjadi amalan pembangkang, sukar bertindak melakukan perubahan, kecuali perobohan terhadap perkara-perkara yang baik. Kadangkala perubahan sesuatu dasar mereka kerana muslihat politik, kepentingan diri, dagang atau kepartian. Masalah korek gali pasir di Selangor menjadi ‘panas’ sepanjang Julai 2010 ini disebabkan ada kluk-klak politik. Kenapa syarikat Selangor itu tidak korek sahaja padang pasir Sahara atau Gurun Gobi?. Ya, para pemimpin boleh merombak atau mengubah dasar tetapi implikasi masa depan perlu dilihat sama, sebab mereka tidak lama berkuasa. Pemimpin boleh datang, pemimpin boleh pergi. Jangan tinggalkan negeri atau negara jadi ‘kelontong’, jika kita tidak mahu kekalutan politik diwarisi generasi terkemudian. Penggubalan sesuatu dasar atau keputusan bagi mengubah dasar tidak harus dibuat berdasarkan satu idea atau satu dua pendapat peribadi.

Ada orang mengatakan kepada penulis bahawa gabungan ‘Merah-Hijau’ mungkin juga ‘Biru Fairuz’ (DAP-Pas-PKR} itu menjadi ancaman terkini kepada kuasa pemerintahan atau politik Melayu. Generasi muda Melayu, kira-kira 60 peratus dikatakan masih berada di atas pagar, tidak pun mahu daftar sebagai pengundi. Mereka patut sedar tentang pemikiran politik, apakah bezanya 1Malaysia dengan Malaysia Malaysia, kenapa kuasa itu penting, bagaimana rakyat Malaysia boleh hidup bersatu padu, penuh kedamaian dan kemakmuran. DAP berhajat besar menawan hati Melayu dan bumiputera bandar dan di luar bandar. DAP sudah ada wahana dan rakan kongsi tersendiri melalui PR. Dalam arena politik semasa, kesedaran generasi muda Cina jauh lebih tinggi berbanding dengan kesedaran golongan muda Melayu dan umat Islam. Kebimbangan baru ialah kemungkinan terhakisnya kuasa politik Melayu.

Cuba bayangkan sejauh manakah kemusnahan Melayu dan kehancuran kedudukan istimewa mereka, jika kuasa politik tidak dijaga. Golongan muda Melayu, pengundi kali pertama mesti ada kesedaran politik. Gelombang merah semakin kuat dan telah menghempas pemimpin Melayu dalam PR. Kaji dua keputusan pilihan raya sebelum ini, undi siapakah yang banyak untuk pembangkang? DAP banyak beri ruang kepada seorang tokoh pemimpin Melayu kerana mereka perlu seorang Melayu dipilih sebagai pemimpin utama. Orang Melayu pula tanpa sedar, kononnya kita sudah ada alternatif, walhal senario menunjukkan sebaliknya. PR bukan alternatif bagi menggantikan BN. Kita tidak nampak DAP mampu bekerjasama dengan PAS untuk jangka panjang. Mesej PRU 12 lebih menguntungkan parti-parti Cina kerana di luar ada yang mengkritik, mendesak dan menuntut dan pada masa yang sama ada tuntutan dari dalam dengan ancaman undi Cina akan lari ke DAP atau pembangkang.

Kenapa PR hanya pandai cari salah orang dan mengkritik, sesekali berbau fitnah? DAP memang tidak akan memahami aspirasi bangsa Melayu dan umat Islam di Malaysia. Kata seorang sahabat apakah Pas dan PKR mahu perkongsian yang sia-sia? Rancangan strategik secara halus telah pun dibuat untuk menguasai Melayu dan bumiputera. Tidak mustahil DAP mampu membuat penyokong-penyokong Cina MCA dan Gerakan tidak lagi yakin dengan BN dan orang Melayu tidak berminat kepada UMNO. DAP akan menambah kerusi di Sabah dan Sarawak dengan sokongan bumiputera di sana apabila ‘jarum’ pelali mereka sudah masuk. Bukankah formula Sibu berjaya menarik sokongan orang-orang Cina di sana dan DAP bertambah yakin akan dapat mentadbir negeri-negeri di sebelah bumi Borneo. Politik akan menjadi lebih kalut lagi, jika dikenangkan nasib Melayu seandainya terjadi ‘gelombang merah menelan gelombang hijau’. Gelombang hijau patut cari pantai yang landai panjang luas untuk mendamparkan diri dan keluar dari bayang-bayang.

Kalut sungguh politik. Menteri Besar Kelantan tetap pertahankan negara Islam. Karpal Singh menolak keras konsep negara Islam tajaan Pas. Beliau masih menaruh prasangka terhadap Islam dan baru lagi bertelagah pendapat dengan Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz. Ada cadangan PR membangkitkan isu negara adil, semata-mata bagi mengelakkan konflik antara mereka. Malaysian-Malaysia sudah dipromosikan dengan Malaysia-Sederhana. Sikap Melayu yang sentiasa mengalah, tidak terasa pun seperti dipermainkan. Mesej seorang rakan, Samsudin Ab Rahman yang mengikuti pilihan raya Sibu, mengutip banyak cerita yang berbeza dari sana. “A vote for DAP is a vote for Pas and a vote for DAP candidate is a vote for Islamic State”. Bekas MB Perak berkata dalam bahasa Mandarin “wo men do shi yi jia ren”, maknanya kita semua adalah dari satu keluarga yang sama. Itulah lagak pemimpin pembangkang Melayu semasa sama-sama berceramah di Sibu. Kabarnya untuk “DAP Mulan Night”, Teresa Teng, artis popular Hong Kong berada di pentas yang sama.

Cara DAP kempen ialah dengan memainkan sentimen kaum Cina. Dalam masyarakat Cina, isu pendidikan Cina dan kedudukan SRJKC atau SMJKC amat sensitif. Senjata kempen SRJKC oleh DAP setiap kali pilihan raya sangat jelas. Semasa kempen pilihan raya di Kuala Terengganu dahulu, orang Cina minta SRJKC dibantu. Semasa pilihan raya Hulu Selangor Kerajaan mengeluarkan bantuan RM3 juta, manakala di Sibu sebanyak RM18 juta. Bagi Lim Kit Siang, bantuan tambahan itu dianggapnya terlalu kecil. Katanya di Sibu The Penang government gave RM11.3m to the school every year and if you want money every year, then vote for PR. Cara DAP itu nampaknya memerangkap MCA dan Gerakan pula, kerana mahu mengambil hati orang Cina, mereka mendesak Kerajaan membantu SRJKC. Tuntutan terbaru ialah permohonan geran RM1 bilion melalui MCA untuk sekolah-sekolah berstatus persendirian dan bukannya pun sekolah bertaraf kebangsaan atau negara.

Isu bantuan ini akan terus dipermainkan DAP. Hal ini melebar pula kepada peruntukan biasiswa JPA. Sungguh pun Kerajaan bersetuju untuk pemberian biasiswa kepada para pelajar bukan Melayu yang memperoleh 9A, namun kuota antara bumiputera-bukan bumiputera masih diperlukan atas dasar tanggung jawab Perlembagaan. Agensi-agensi lain terutamanya MARA diharap tidak terjerat kepala. Kita bimbang dengan trend politik yang memburuk-burukkan Kerajaan itu menimbulkan sikap anti Kerajaan. Segala yang baik menjadi cemuhan. Di sana sini masih banyak kedengaran ungkit mengungkit, komen-komen buruk dari segi pembiayaan SRJKC, kos pembinaan bangunan, penyelenggaraan dan gaji guru. Kini jumlah pelajar sekolah bantuan kian bertambah setiap tahun. Orang bukan Melayu memperoleh apa yang mereka mahu. Mereka patut bersyukur dan menghormati keadilan dasar-dasar Kerajaan. MCA dan Gerakan mesti bekerja kuat bagi mengembalikan keyakinan.

Politik adalah politik. Jika politik terlalu kalut atau keruh dan tidak dijernihkan dengan rasa tanggungjawab, kesetiaan, penerimaan, keadilan berpandukan Perlembagaan, maka selagi itulah kebersamaan untuk menegakkan aspirasi nasional tidak wujud. Rakyat tidak patut dikelirukan dengan kekalutan para pemimpin mereka terhadap sesuatu isu yang bukan-bukan. Di dalam kepelbagaian kita, sedikit pengorbanan diperlukan bagi memenuhi aspirasi matlamat negara bangsa, kesatuan dan perpaduan melalui 1Malaysia.

Tajuk Asal : Kalut Politik Dua Gelombang
Oleh : A. Aziz Deraman
Sinar Harian

Read more...

Sorry la Ibrahim Ali...

>> 25 Julai 2010


Ibrahim Ali berkata, Menteri Besar Kelantan itu bukan seorang ulama sekiranya beliau masih bersikap anti perpaduan kerana ia jelas bertentangan dengan ajaran Islam yang mahukan umatnya bersatu padu dan melupakan sengketa lama.

“Saya terperanjat apabila Nik Aziz buat kenyataan Pas dan UMNO tidak mungkin bersatu sebab perbezaan dasar dan membuat analogi pasukan bola sepak untuk menjelaskan perkara ini.

‘‘Saya tidak terfikir beliau boleh menggunakan analogi ini disebabkan beliau adalah orang yang mempunyai ilmu agama yang tinggi. Kenapa beliau tidak merujuk kepada al-Quran dan hadis kerana soal perpaduan adalah satu ibadat untuk mengeratkan silaturahim,” katanya.


Katanya lagi;

Semua pihak perlu memperbetulkan tanggapan yang salah pada peristiwa Pas terkeluar daripada Barisan Nasional (BN) pada tahun 1977 kerana ia bukannya berpunca daripada UMNO semata-mata.

“Jangan salah anggap dalam isu ini, sebenarnya pada tahun itu Pas menghadapi masalah dalaman di antara dua pemimpinnya Datuk Asri Muda dan Datuk Mohd. Nasir sehingga menyebabkan parti itu sendiri yang berpecah dua di negeri ini.

“Lihat parti politik Cina seperti MCA, DAP dan Gerakan mereka bersatu padu dalam isu yang membabitkan kepentingan bangsa mereka tanpa ada sebarang halangan, kenapa kita orang Melayu tidak boleh buat begitu,” katanya.

Sumber

--------
Sory la Ibrahim, dalam al Quran tiada ayat yang melarang/mengharamkan perpaduan antara ummat Islam, tu yang dia guna analogi bolasepak.

Orang alim kena membentuk kepimpinan mulia, memberi contoh tauladan yg baik kepada orang jahil agar orang jahil tidak terus sesat, bukan terus membuat kerosakkan.

Read more...

Label

Bermula 19/7/2010

Pengiklanan Sahaja

  © Blogger template Webnolia by Ourblogtemplates.com 2009

Back to TOP