.

Sikap PKR Pemusnah PAS

>> 04 November 2008

Tamakkan kuasa.. inilah sikap yang paling kita tidak mahu dalam sesebuah pertubuhan. Sikap segelintir ahli-ahli PKR ini sedikit sebanyak akan mempengaruhi ahli-ahli PAS.















Gambar : Inilah ketua hantu gila kuasa yang telah sedikit demi sedikit merosakkan PAS


SUNGAI UDANG-Sekumpulan ahli Parti Keadilan Rakyat (PKR) menuntut sebanyak 16 jawatan ketua kampung bagi kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Guar Cempedak diberi kepada ahli parti tersebut.Perkara tersebut disuarakan dalam satu mesyuarat khas kelmarin yang dihadiri 50 ahli PKR bagi Dewan Undangan Negeri (DUN) Guar Cempedak dan ahli PKR cawangan Batu Lintang, Sungai Petani.Menurut Jawatankuasa Mengundi PKR DUN Guar Cempedak, Abd Rani Saad, beliau mewakili 16 nama yang sebelum ini telah disenarai untuk menerima jawatan ketua kampung itu memohon jasa baik kerajaan negeri supaya koata jawatan tersebut diberikan kepada wakil daripada PKR. Majlis perlantikan akan diadakan tidak lama lagi.“Dalam mesyuarat yang dihadiri ahli PKR DUN Guar Cempedak serta wakil PKR daripada Batu Lintang, Sungai Petani sebulat suara inginkan supaya jawatan Ketua Kampung juga diberikan kepada wakil PKR, ini kerana bagi kawasan Guar Cempedak tiada wakil daripada PKR yang akan dilantik untuk jawatan itu,” katanya kepada Sinar Harian.Menurutnya, oleh yang demikian, atas jasa baik kerajaan negeri, mereka memohon supaya jawatan ketua kampung bagi DUN Guar Cempedak diberikan kepada 16 orang wakil PKR yang mana mereka terdiri daripada kaum Melayu, India dan Cina.

Dari : http://mysrimuara.blogspot.com/

0 ulasan:

Catat Ulasan

Sila tinggalkan ulasan anda

  © Blogger template Webnolia by Ourblogtemplates.com 2009

Back to TOP