.

Neraka untuk Umno?

>> 13 Julai 2009

Saya timbal balik antara dua cerita;

KOTA BHARU, 30 Jun (Hrkh) - Tuan Guru Dato' Nik Abdul Aziz Nik Mat menolak tanggapan pemimpin Umno yang mendakwa perjuangan PAS dan Umno adalah serupa.

"Saya tegaskan PAS dan Umno tidak serupa, bahkan dalam contoh orang yang sembahyang sendiri pun Allah swt menyediakan sebuah neraka.

"Mereka sembahyang, tetapi ada yang bersembahyang namun masuk neraka kerana lalai dalam sembahyang. Sesungguhnya orang yang bersembahyang ada (yang masuk) syurga dan (ada yang masuk) neraka, mana serupa," katanya ketika menggulung perbahasan pada persidangan Dun semalam.

Beliau juga merujuk kelakuan bapa saudara Nabi Muhammad saw ketika Perang Badar.

Katanya, bapa saudara baginda datang kepada Nabi dan bertanya kenapa Nabi enggan menerimanya sedangkan dia membantu orang ramai dengan memberi air kepada orang ketika menunai ibadat haji.

Nabi menjawab bahawa adakah perbuatan itu sama dengan beriman, tentunya tidak sama.

"Dan dalam konteks Umno, mereka tidak ada 'aamana' (tidak beriman). Ada Islam sahaja. Mereka menolak Islam, nak dikatakan beriman macam mana.

"Pada zaman Nabi Muhammad saw, seorang sahabat membina masjid, yang disebut Masjid Dhirar. Nabi membina masjid, dia membina masjid juga, tetapi akhirnya masjid itu dibakar. Kenapa dibakar sedangkan itu sama-sama masjid.

"Ini perkara yang tidak ada dalam Umno. Umno menerima Islam tetapi mereka tidak beriman. Iman mesti ada, selain daripada Islam ialah iman," katanya.


Sumber : Harakah

.......................................................
Cerita 2:

Juga saya tertarik dengan cerita seorang yang sangat alim pada zaman Nabi Musa sehingga Nabi Musa pun merasa baginda tidak sehebat orang alim itu dalam beribadat kepada Allah walaupun beliau seorang nabi, untuk diteladani.

Kerana kehebatan ibadat orang alim berkenaan, maka Nabi Musa mengambil keputusan untuk berjumpa orang alim berkenaan yang menjadikan sebuah bukit yang terasing dari orang ramai dalam beribadat supaya kerja-kerja ibadatnya tidak terganggu.

Hari pertama Nabi Musa pergi, baginda tidak dapat bercakap dengan orang alim berkenaan kerana orang alim itu asyik bersembahyang dan Nabi Musa tidak ada kesempatan untuk mencelah, malah salam baginda pun tidak dibalas, mungkin orang alim berkenaan tidak dengar kerana terlalu khusuk melakukan ibadah.

Setelah beberapa hari pergi dan balik, barulah Nabi Musa berkesempatan bercakap dengan orang alim berkenaan. Nabi Musa terus memberi salam sebaik sahaja orang alim itu memberi salam tanda menamatkan sembahyangnya.

Menyedari bahawa yang datang berjumpanya adalah Nabi Musa, orang alim itu meminta maaf kerana ketidak-perasanannya untuk memenjawab salam dia kena memberi layanan yang sepatutnya, malah kena paling segera diberikantkepada seorang nabi, seorang pesuruh dan utusan-Nya.

Semasa Nabi Musa memohon diri untuk pulang, orang alim itu yang tahu Nabi Musa boleh berdialog dengan Allah secara langsung , meminta agar Nabi Musa bertanya Allah sama ada dia sebagai orang alim dan banyak beribadah akan masuk pada syurga mana.

Nabi Musa lantas memenuhi permintaan orang alim itu. Baginda bertanya Allah pada syurga mana orang alim itu akan ditempatkan nanti. Alangkah terkejut Nabi Musa bila Allah memberitahu bahawa orang alim itu sebenarnya adalah ahli neraka.

Bila ditanya kenapa orang sealim itu, seorang yang banyak habiskan masa dan usianya beribadah kepada Allah menjadi ahli neraka, Allah menjawab kerana ibadat orang alim itu tidak ikhlas, sebaliknya dia mengharapkan syurga sebagai bayaran kepada kerajinan dan kekemarukkannya beribadah.

Nabi Musa yang datang berjumpa semula orang alim itu kemudiannya telah memaklumkan tentang jawapan Allah kepada pertanyaan orang alim itu yang yang disuruh baginda tanya. Dalam keadaan sedih Nabi Musa memberitahu bahawa dia (orang alim) bukan ahli syurga, tetapi ahli neraka.

Tidak ada kerunsingan atau kegundahan ditunjukkan oleh orang alim itu bila diberitahu sedemikian oleh Nabi Musa, malah kerja-kerja ibadahnya tetap diteruskan dengan rajin kemaruk. Malah kepada Nabi Musa diikrarkan, walaupun disenaraikan sebagai ahli neraka, dia tetap akan teruskan amal ibadatnya hingga akhir hayat.

Bila ditanya oleh Nabi Musa kenapa dia (orang alim) boleh tetap ceria menerima perkhabaran itu, maka dijawab dia redha dengan ketentuan Allah. Kalau Allah dah tentukan dia ahli neraka, maka dia kena redha, dia tidak ada upaya untuk merubah suratan dan takdir-Nya. Namun sebagai hamba-Nya, ibadah tetap akan diteruskan kerana beribadah kepada Allah adalah tugas hamba kepada-Nya.

Nabi Musa kemudiannya diberitahu oleh Allah bahawa orang alim itu yang telah mati selepas tidak lama Nabi Musa memaklumkan tentang dia adalah ahli neraka, telah mati sebagai ahli syurga.

Apabila Nabi Musa tanya kenapa pula orang alim itu yang tersenarai sebagai ahli neraka boleh masuk syurga, Allah menjawab kerana orang alim itu redha dengan ketentuan Allah dan terus juga beribadah walaupun sudah dimaklumkan dia adalah ahli neraka.

Maknanya kerana redha dengan ketentuan, maka balasannya adalah syurga selagi tidak berputus asa dan bertindak berhenti dari melakukan amal ibadah sebagai tanda kecewa dan putus asa dengan suratan dan takdir-Nya.


Sumber/baca lagi di : MKJ

Molek juga baca : Umno Mesti berdepan dengan saya: bukankah ada unsur riak?
Dan
molek juga baca : Nik Aziz Meraban

...............................................


1. Saranan saya: Beribadatlah walaupun apa orang kata.. Syurga Neraka adalah ketentuan Ilahi

wassalam....

0 ulasan:

Catat Ulasan

Sila tinggalkan ulasan anda

  © Blogger template Webnolia by Ourblogtemplates.com 2009

Back to TOP