.

Anwar tetap harapkan UMNO?

>> 01 Jun 2010

Jangan sampai jadi hamba. Tetapi kita selalu kata, "ala.. tu semua ada orang dengki".

Kita juga perlu tahu bahawa DAP tidak memerlukan jawatan Perdana Menteri untuk mentadbir negara ini. Cukuplah seorang Perdana Menteri bernama Anwar Ibrahim dan beliau itu sebenarnya sekadar badut yang boleh diperkotak-katikkan oleh parti DAP.

Segala potfolio penting di dalam kerajaan Parti Pembangkang akan dipegang oleh pemimpin-pemimpin DAP dan mereka berkuasa untuk mengubah negara mengikut acuan republik dan kita semua akan ternganga tanpa mampu untuk membantah.

Semestinya, Anwar Ibrahim akan masih mengharapkan parti UMNO untuk membangkang segala keputusan parti DAP di dalam parlimen tetapi apa gunanya jika parti UMNO/BN berada di kerusi pembangkang di dalam parlimen ketika itu?

Seperkara lagi yang mesti kita semua perlu ingat ialah pemimpin-pemimpin politik akan melakukan apa sahaja untuk memastikan kesinambungan karier politik mereka. Jika mereka perlu melompat parti untuk tujuan tersebut, mereka akan melakukannya tanpa berfikir panjang. (M.I.M) BACA LAGI...

0 ulasan:

Catat Ulasan

Sila tinggalkan ulasan anda

Label

Bermula 19/7/2010

Pengiklanan Sahaja

  © Blogger template Webnolia by Ourblogtemplates.com 2009

Back to TOP