.

DAP mengamok lagi

>> 17 Jun 2009

SHAH ALAM - Timbalan Pengerusi DAP, Tan Seng Giew menyifatkan kerjasama parti UMNO dalam mewujudkan kerajaan perpaduan ibarat penceraian kali ketiga setelah perkara yang sama seperti itu (wujud kerajaan perpaduan) dibuat beberapa tahun yang lalu.

Beliau berkata, persoalan mewujudkan kerajaan perpaduan itu adalah kali ketiga berlaku dan ianya tidak pernah dibangkitkan dalam Pakatan Rakyat (PR).

“Saya sendiri bingung jugak dan tidak tahu apa yang dimaksudkan Datuk Seri Hadi Awang. Apa yang dia hendak sebenarnya. Isu kerajaan perpaduan ini seharusnya sudah tamat dan saya tidak tahu kenapa ianya disebut-sebut lagi,” katanya di sini semalam.

Katanya, ramai yang masih tidak begitu jelas dengan apa yang dimaksudkan kerajaan perpaduan dan ada yang menganggap ianya sebagai penggabungan di antara Pas dan UMNO atau Pas dan BN.

baca seterusnya : http://www.sinarharian.com.my/com/content/story2870717.asp

1. PAS Ulama' bukan boneka.. apa2 usul, itu hak PAS dan harus dihormati oleh DAP atau Anwar PKR.

2. Sepatutnya PAS berjuang atas kaki sendiri.. buat pakatan pun, nampaknya terpaksa menurut cakap orang..konongnya cakap orang tu untuk kebaikan.

3. Pakatan Pembangkang hanyalah pakatan atas dasar berpolitik, tapi masa mengundi..guna bendera masing2. Bukan macam parti kerajaan..mereka ada simbol 'penimbang'. UMNO ke, MCA ke, MIC ke atau parti2 komponen lain, mereka akan guna satu simbol tu aje masa PRK atau masa PRU.

4. Agama Islam menyuruh kita bersatu, supaya kita kuat.

5. Tetapi ada pihak tidak mahu 'penyatuan' tersebut, kerana iri hati, mahu memecahbelahkan orang2 Islam, gila kuasa dan sebagainya.

6. Mungkin 'Kerajaan Perpaduan' ini akan memulihkan hubungan antara orang-orang Melayu Islam yang sejak sekian lama berbalah.

7. Tidak mahukah kita berada dalam keadaan harmoni dan berbaik2?

Wassalam

Read more...

HJ Hadi Kena Minta Maaf

>> 16 Jun 2009

Datuk Seri Abdul Hadi Awang kena minta maaf kepada DAP dan PKR.

Sebabnya? Dah tentu kerana dia mencadangkan perbincangan isu kerajaan perpaduan dengan UMNO.

Siapa yang suruh minta maaf tu?

Karpal Singh, Pengerusi DAP, dalam satu kenyataan terbarunya.

Apa lagi katanya?

“Hadi Awang telah memalukan pakatan pembangkang dan selepas ini beliau kena berfikir dua kali sebelum bercakap.”

Komen kita:

Kalau macam ni la gayanya cuba bayangkan apa akan jadi pada PAS jika ditakdirkan Pakatan Rakyat memerintah. Tiap-tiap kali nak buat apa-apa, tiap-tiap kali nak anjurkan idea sendiri, kiri kanan kawan-kawannya belasah. Dalam keadaan begitu, rasa-rasanya mampukah PAS nak laksanakan cita-cita asalnya? Hudud ke mana, negara Islam ke mana. Baru buka mulut dan kena minta maaf. Baru sebut sikit dah kena tabik kiri kanan…haruuuu!


Sumber : sini

Read more...

Terbukti pakatan (memuja) Anwar bermasalah

>> 14 Jun 2009

Orang gila mana letak banner menutup banner orang lain? Dah la banner dia tak bayar lesen (lesen perbandaran) untuk letak banner, di tutup pula banner yang 'sah'. Gambar ni aku ambil di depan Wisma Persekutuan, Kota Bharu, Kelantan.

Kerajaan Perpaduan, bukti PAS tidak mempercayai Pakatan Anwar dan Anwar sendiri


1. Anwar dan pakatannya semakin risau.

2. Mampukan anwar menjadi PM?

3. Kalau pakatan anwar bersih, tak kan la PAS memberi idea 'Kerajaan Perpaduan'. Tidak hebatkah 'kerajaan langit' ciptaan anwar?

4. Jakun-jakuan PKR yang 'menumpang' dalam PAS di sepahkan ke tepi (Kamarudin Jaafar), nk buang terus tak sampai hati.. bagi jawatan AJK dulu, next time.. baling ke lombong.

5. Asal perkara tidak memihak kepada 'pakatan anwar', terus mereka (juak anwar) tunding jari kepada orang lain.

6. Yang bersih itu semua milik 'pakatan anwar'. Yang buruk tu orang lain.

7. Fikirlah, berapa kali PAS kena kencing oleh anwar, 'Moral' PAS jatuh gara2 terlalu percaya kepada 'kerajaan langit 16 September'. Apa PAS nk cerita kat penyokongnya jika 'kerajaan langit' tersebut terus menjadi 'igauan indah' dan bukan realiti.

8. 'Kerajaan Perpaduan' membuktikan yang PAS mahu berdiri atas kaki sendiri semula, tanpa mengikut mana2 ideologi politik.

9. Jika Kerajaan Perpaduan diwujudkan.. Hanya PAS dan UMNO (BN) sahaja yang bersetuju.. Anwar, PKR dan DAP mustahil akan turut serta..ini kerana jika anwar bersetuju, cita2nya untuk menjadi PM akan berkubur..

Kasian....

Read more...

"Anwar kena taubat"

>> 25 Mei 2009



Anwar kena taubat kata Karpal

Kenapa ye? Adakah kerana isu lompat parti menyebabkan Karpal 'warning' anwar suruh letak jawatan dan BERTAUBAT?

Pelik gak.. ala, setakat isu lompat parti anwar yang GAGAL + Malu Sendiri tu..takkan la sampai kena TAUBAT.

Sepatutnya.. molek saja karpal kata " Anwar kena letak jawatan " - Titik

---------

Tidakkah karpal tu bekas peguam anwar masa kes Liwat I tidak lama dulu?

Rasanya seseorang loyar perlu tahu kesemua inti pati (rahsia) anak guamnya..agar dia dapat 'pusing2'... supaya anak guamnya menang kes atau dibebaskan.

Karpal tau semua ke?

Mungkinkah sebab 'itu', dia suruh anwar BERTAUBAT?

Itu tu apa?

Jawapan : Tanya Mr Lim K. Siang dan Abg. Mat Sabu lah..

Read more...

Mogok Lapar bala

>> 24 Mei 2009

Gambar : mogok lapar?

Saya ada terbaca beberapa artikel yang mengatakan ada seseorang pemimpin Melayu yang beragama Islam, yang waras serta berpendidikan tinggi mahu mengadakan MOGOK LAPAR gara-gara ketewasannya dalam mendapatkan semula pangkat, darjat, harta, kedudukan dan kemewahan duniawi.

Adalah amat tidak moleknya seseorang yang beragama Islam mahu menyiksa diri walhal menyiksa diri adalah di tegah oleh agama Islam serta norma-norma seseorang yang bergelar 'Insan' itu sendiri.

Apa yang dapat dari perbuatan itu? Pahala?..Jauh sekali.. Dosa sudah tentu dapat kerana menyiksa diri sendiri (tubuh badan).

Setahu saya.. manusia yang terbanyak kes Mogok Lapar ialah orang di India yang beragama Hindu..

Mana molek melakukan mogok lapar atau berpuasa sunat.. Berpuasa sunat tidak menyiksa kerana dengan melakukannya, ia dapat menyihatkan badan. Masa berpuasa juga tidak lama.. dari terbit fajar hingga terbenam matahari.

Mana tau kan..kot2 masa timbangan di Padang Masyhar.. kerana pahala puasa sunat (yang menggantikan mogok lapar) tersebut, boleh memberatkan timbangan ke arah kebaikan mengatasi kejahatan, dan dapat masuk syurga 'cash'.

Allah sahaja yang tahu..

Wassalam...

Read more...

PKR parti tidak berhaluan?

>> 09 Mei 2009

"Matlamat utama PKR adalah untuk memastikan Anwar Ibrahim jadi Perdana Menteri. Apa cara, termasuk menolak kepentingan Melayu sekali pun akan dilakukan untuk tujuan itu. Padahnya tengoklah apa yang sedang berlaku kepada negara ekoran kewujudan PKR"

Sumber / Tulisan penuh : sini

-------------
Memang, sejak tahun 1998 lagi..sejak anwar di tahan ISA.. kewujudan PKR (dulu keADILan) hanyalah mahu membebaskan anwar dari tahanan ISA.

Sekarang kita boleh tengok, macam mana anwar dan konco-konconya berjaya mengekploitasikan parti lain, untuk melonjakkan dirinya supaya di pilih untuk dijadikan bakal PM, walhal pemimpin parti lain ada juga yang terhebat dan mustahil tidak terdetik di dalam hati mereka, yang mereka juga mengidam untuk memegang jawatan tertinggi di Malaysia itu.

Banyak perkara pelik berlaku disebabkan anwar, tetapi kenapa masih ada segelintir masyarakat yang tetap mengharapkannya;

Isu 'suntikan arsenik dan virus HIV adalah cereka yang heboh masa anwar dalam tahanan ISA. Virus yang boleh hidup dalam darah manusia dan akan memusnahkan perumahnya paling lama 5 tahun..tetapi 'masih' hidup dalam tubuh anwar - jika lah cerita suntikan itu benar, maknanya anwar dah lama kembali mengadap Ilahi.

Benar ke cerita itu?

Isu pembunuh misteri yang dikhabarkan akan membunuh anwar sehinggakan anwar lari bersembunyi di kedutaan asing. Tetapi kenapa anwar dapat pula berkempen dan berceramah di khlayak.

Ada yang lucu menegur, mengatakan pembunuh upahan/misteri tersebut pergi bercuti bersama keluarga sempena cuti sekolah! Sebab itulah misi pembunuh tersebut tidak dapat dilakukan walaupun anwar berada di tempat awam..iaitu tempat yang senang untuk dijalankan operasinya.

Elok kalau di ubah.. Parti Keadilan Rakyat, ubah kepada Parti Keadilan Wakil Rakyat.. jangan pergunakan nama Rakyat.. kang jadi macam Plaza Rakyat, sampai sekarang masih mengharap.

Wassalam..

Read more...

Munajat Perdana!!!

>> 06 Mei 2009


MUNAJAT PERDANA


Tarikh :
07 May 2009, bersamaan 12 Jamadil Awal 1430 H

Tempat:
Masjid atau surau atau madrasah di kampung (mukim) anda

Tujuan program:

Mendoakan Kemakmuran Agama, Bangsa dan Negara

Pakaian:
Sopan, sesuaikan dengan majlis


"Mari kita doakan agar Allah mengampunkan dan memberi hidayah kepada orang yang mahu membuat huru hara, onar, kacau bilau, baring atas jalan, menganjurkan keganasan (mahu jadikan negeri seperti Thailand), menentang kebaikan, gila kuasa, mendoakan kemusnahan orang lain (walaupun ia tiada dalam al-Quran) dan sebagainya."

Read more...

Label

Bermula 19/7/2010

Pengiklanan Sahaja

  © Blogger template Webnolia by Ourblogtemplates.com 2009

Back to TOP