Salam..
Walaupon saya dari gugusan kiri BPN (kerana aliran politik berlainan), kenyataan 'tawaran' dari blogger Pahang Daily Online amat menerujakan.
Beliau yg ada menyebut (dalam blog beliau la), blogger BPN gugusan kanan (pro-kerajaan) seolah-olah di anak tirikan oleh pemimpin mereka. (itu yg saya faham, mungkin saya salah).
Apa yg saya faham;
1. Blogger BPN ni rata-ratanya sukarela.
2. Ada blogger BPN yg menghentam kerajaan jika melihat kerajaan lari dari 'landasan' sebenar.
3. Macam blogger Braveheart, menghentam Unit Media Baru (UMB) dari Pahang.. setahu saya UMB Pahang ni di bayar gaji. Susah sebenarnya kalau nk tengok orang yg betul2 berjuang dengan orang yg berjuang jika dibayar imbuhan. Keikhlasan tu tiada. Kalau hati ikhlas, pukul 3 pagi sanggup mengadap laptop/pc untuk update blog/website.
4. GAP, dulu (sekejap) blog .com (dot com - maknanya dia bayar hosting), semenjak dua menjak ni beliau kembali kepada free hosting iaitu .blogspot semula.
Bukan mudah untuk berjuang secara ikhlas dan tidak mengharapkan apa-apa imbuhan. Contohnya perjuangan Pas masa dahulu, jauh berbeza dengan sekarang.
Cerita bab ikhlas ni sy ada cerita menarik. Semasa KRT (kawasan rukun tetangga) baru nk di tubuhkan. Semasa di hari pembukaan (perasmian), ketua KRT Daerah memberi penjelasan tentang KRT dan masalah2 yg bakal dihadapi serta yg telah di hadapi oleh KRT yg telah lama beroperasi.
Ceritanya tentang 'iblis' yg mahu menggangu gugat 'keikhlasan' sukarelawan KRT. Cerita ringkas.
'Penjahat' datang kepada kita (sukarelawan KRT) dan membuat tipudaya dengan berkata..
1. "KRT daerah lain dapat elaun RM10 semalaman, kaorang tak dapat - buat apa mengawal kampung kalau elaun tak dapat". (Sebenarnya, KRT di mana2 daerah tiada imbuhan atau elaun)
2. "Buat apa berkawal, orang lain (yg malas sertai KRT) sedap tidur dengan bini, kaorang main dengan nyamuk dibawah embun".
3. "Bos KRT kaorang songlap duit elaun, sepatutnya kaorang dapat elaun tiap-tiap malam". (Sebenarnya, KRT tiada elaun - semua kerja sukarela).
Dan ada lagi perkataan2 yg tak berapa sedap di dengar di sebarkan oleh orang-orang bersifat 'iblis'. Mereka nk pecah2kan pasukan KRT supaya senang mereka 'menyerang' kampung bila ahli KRT 'menjadi malas untuk berkawal'.
Hanya hati yg ikhlas dapat menentang anasir-anasir sebegini.
------
KRT sukarela, blogger juga sukarela.
Read more...