.

Giliran PAS pula mangsa Khalifah celup

>> 31 Mei 2010

* Ada la tu alasan Khalifah untuk 'menghalalkan' perbuatan dia lepas ni.. Tungguuu


Do Re Mi, tiga orang sahabat, ( DAP PKR PAS)
Berjumpa..terus sepakat,
Otak yang geliga, sekarang dah berkarat..
(Lagu Do Re Mi)

Read more...

Selepas RM100, Khalifah celup nk bagi RM1000 pula


Sementara itu, Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng berkata jika pakatan pembangkang berjaya menguasai Putrajaya, adalah menjadi hasratnya untuk memberikan bantuan RM1,000 seorang kepada 2.1 juta warga emas berusia 60 tahun ke atas di negara ini.

Sinar Harian


* Indah sungguh mimpi tu.
* Kena percaya ni.. yang RM 100 ok..RM1000 ok juga..
* Dibuai mimpi..

Read more...

Hj Hadi tidak tahu beliau bakal 'dimadukan'?

>> 30 Mei 2010

Anwar mungkin akan 'memadukan' bakal TPM Pakatan

DENGKIL: Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang
berkata beliau tidak mengetahui tentang janji Penasihat Parti Keadilan Rakyat
(PKR) Datuk Seri Anwar Ibrahim bagi mewujudkan jawatan Timbalan Perdana Menteri II untuk pemimpin DAP sekiranya pakatan pembangkang menang dalam pilihan raya umum akan datang.

Malah beliau berkata perkara itu tidak pernah dibincangkan dalam pakatan
itu.

"Saya tak tahu, kita belum bincang. Itu pandangan peribadi dia," katanya
kepada pemberita di sini hari ini selepas menyaksikan majlis pecah tanah projek
pembinaan Kompleks Pas yang bernilai RM30 juta di Paya Indah dekat sini hari
ini. - Bernama

Read more...

Samy kalah majoriti lebih 1,500

Samy kalah dengan GAS lebih 1500 majoriti

"Dalam 10 hari ini, saya dapat pelajari sesuatu iaitu tidak boleh mudah percaya kepada sesiapa sebaliknya lebih yakin dengan jiwa masing-masing. Jika saya ada atau tidak, saya yakin anda semua boleh jalankan konvensyen ini penuh lancar," katanya dengan nada tenang. Perhimpunan yang dijangka dihadiri kira-kira 1,000 ahli itu bagaimanapun hanya menyaksikan hanya separuh yang hadir.

Baca lagi...


SERI KEMBANGAN: Lebih 2,000 orang sudah membanjiri Pusat Pameran dan Konvensyen Antarabangsa The Mines, dekat sini bagi menyertai pelancaran Gerakan Anti Samy Vellu (GAS).

Bekas Timbalan Ketua Pemuda MIC, V Mugilan yang juga Koordinator GAS, berkata pihaknya menjangkakan lebih 5,000 orang hadir untuk memberi sokongan kepada gerakan itu.

Baca lagi...



PS: Samy mungkin boleh hilang wang pertaruhan...

Read more...

MCA tahu menyalak aje... (Penganalisa)


MCA perlu belajar mengigit, bukan sekadar menyalak (Penganalisis)

(KUALA LUMPUR: MCA, sebagai anggota komponen kedua terbesar Barisan Nasional (BN) sebelum ini meuar-uarkan bahawa ia mahu berubah, mahu mengubah imejnya yang sebelum ini dilihat agak konservatif kepada imej yang lebih garang bersuara.

Seperti yang ditegaskan oleh pucuk pimpinan barunya Datuk Seri Dr Chua Soi Lek bahawa MCA sudah terlalu lama menjadi konservatif, sehingga menimbulkan tanggapan salah bahawa parti itu takut untuk bersuara bagi memperjuangkan kepentingan masyarakat Cina.


"Saya juga melihat parti komponen lain terutama Umno sudah berubah. Mereka telah memperluaskan proses pengundian mereka dan membuat pendekatan secara langsung termasuk dengan mendekati lain-lain kaum.

"Tetapi rakyat tidak melihat MCA, Gerakan atau MIC malah SUPP telah berubah," katanya.

Baca lagi...


PS: Macam ayam jantan juga..berkokok satu kampung bunyi (gah), tahi penuh di ekor..

Read more...

Anwar suka cakap besar

Saya melihat Anwar suka cakap besar berkaitan sesuatu perkara. Anwar suka di kelilingi oleh microphone dan reporter yang besar besar tetapi kadang kadang perkara yang di cakap tak pun besar. Saya rasa Anwar suka sangat publisiti dan spot light dan bombastic words dalam press statement. Kalau melihat bahasa di gunakan dalam press statement Anwar, semuanya bombastic mr bola bola dan biasanya perkataan itu tidak selalu di guna dalam normal political press statement. Adakah Anwar juga mahu meng impress kan orang dengan perkataan yang hebat hebat. Dalam blog dan ucapan, Anwar juga mencerita dia berjumpa dengan raja itu raja ini, personaliti ini personaliti itu dengan bangga tetapi bagi mereka yang tahu personaliti tersebut , mendengar namanya telah cukup meluat. Terbaru Anwar menyebut telah bertemu dengan pengurus dana trilion dollar america. Adakah ini satu lagi mr fantastic bombastic Anwar?


ini lah kata kata Anwar dalam blog nya untuk menunjukkan beliau hebat dan berkawan dengan fund manager trillionaire seolah olah ekonomi Malaysia berada di tangan nya. Mungkin mesej nya "You get it if you abide with me , you lose it if you thrash me. " Dalam blog posting nya ini Anwar turut menuduh Bank Negara dari segi pengurusannya. Ini berat.

"Saya telah bertemu dengan ramai pengurus dana di rantau ini, yang mewakili aset yang berjumlah USD 1 trillion dan mereka telahpun menyatakan sokongan mereka kepada perubahan menyeluruh di Malaysia termasuklah kebebasan kehakiman, media dan pihak polis serta agensi pencegah rasuah yang lebih professional, juga peraturan yang mesra pelabur dan jaminan tiadanya campur tangan ahli politik di dalam pengurusan Bank Negara. Inilah antara polisi yang dijanjikan oleh Pakatan Rakyat untuk dilaksanakan, dan insiatif inilah yang gagal diambil oleh pentadbiran sekarang terutamanya selepas 8hb Mac 2008."


Anwar pernah menulis dalam blog nya menceritakan pertemuan nya dengan bekas president Estarada filifina. Mungkin beliau bangga dapat makan malam dengan Estarada tetapi kalau orang tahu siapa estrada sudah tentu hendak termuntah kalau di sebut nama estrad. Estarada laknatullah adalah personaliti yang menyambung pembunuhan rakyat muslim moro selepas perjanjian damai OIC semasa Marcos dan Estrada juga adalah individu yang menyokong perang besar besaran dan terbuka keatas rakyat islam moro dalam konflik sekarang di filifina. Oleh itu bila nak bermegah dengan kawan yang hebat , pasti lah mereka benar benar hebat , kalau tidak orang akan melabel kita dengan ,' sebegitu kawan , sebegitulah perangainya"

Sumber : Al-Muslimin

Bagaimana kawan..begitulah perangainya. Manusia-manusia

Read more...

Kak Wan kata RM2 juta juga

>> 29 Mei 2010

Kalau keluar lagi, aku kute (cubit) diaorang


KOTA BHARU: Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datin Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail, hari ini mendakwa pemimpin PKR yang melompat parti dibayar RM2 juta.

Tanpa menyebut pihak yang bertanggungjawab membuat bayaran itu, Wan Azizah berkata mereka turut diberikan kontrak.

Bagaimanapun, katanya, isu pemimpin PKR lompat parti menjadi pengajaran dan mampu menyelamatkan parti daripafa anasir negatif.

baca lagi...



PS: RM2 juta tu.. kita pun tunggu bukti juga la (kalau tak temberang cam lakinya), tu pun kalau ada la. Mungkin juga dia nak sedapkan hati penyokong dia yg 'kekaburan'. Molek rasanya dedahkan sekali nama-nama Pemuda UMNO yg dikatakan bakar rumah ibadat (siap dengan no IC lagi), yang si Syamsul ura-urakan dulu. Takkan nak tunggu sampai akhir zaman.

Read more...

Hina Nabi (SAW), Millatfacebook ditubuhkan


Profesional IT Pakistan cipta web lawan kempen hina nabi, Islam

ISLAMABAD: Sekumpulan warga Pakistan mencipta laman web baru untuk menghubungkan 1.6 bilion Muslim selepas berang dengan laman Facebook kerana menyiarkan karikatur Nabi Muhammad selain mewujudkan saluran baru melawan propaganda anti-Islam.

Kumpulan itu membabitkan enam profesional teknologi maklumat (IT) di pusat budaya dan hiburan Pakistan, Lahore, yang melancarkan laman web www.millatfacebook.com, awal minggu ini.


Baca lagi...

Read more...

PKR mahu 'republik'kan Malaysia?

>> 28 Mei 2010


KUALA LUMPUR 27 Mei - Seorang bekas pemimpin Parti Keadilan Rakyat (PKR) Perak mendedahkan mengenai wujudnya gerakan tersusun untuk mengubah struktur organisasi parti itu supaya menyerupai acuan politik di Indonesia yang berasaskan kepada konsep republik.

Bekas Ketua PKR Cabang Ipoh Barat, Fauzi Muda berkata, perkara itu terbukti apabila nama-nama jawatan dalam parti itu ditukar supaya sama dengan apa yang diguna pakai oleh parti-parti politik di Indonesia.

Baca lagi...


PS: Akan berakhirkah kedudukan raja-raja Melayu?


* Tetapi mereka belum memerintah lagi, dan rasanya tidak akan memerintah..Insya-Allah

Read more...

Akhirnya Malaysia ke Piala Dunia 2010 juga

>> 27 Mei 2010

PUTRAJAYA, 26 Mei (Bernama) -- Subkhiddin Mohd Salleh, rakyat Malaysia pertama menjadi pengadil Piala Dunia yang bermula di Afrika Selatan bulan depan, pada Rabu mengunjungi Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin di sini.
(Baca lagi...)

Read more...

Siapa taja Jutawan Baru ini?


Siapa taja beliau sampai boleh hidup di negara 'mahal dan mewah' itu?


PS: Rahyat maheran pulak, tiada yg sungguh-sungguh nak taja.

Read more...

PAS dah 'start' jual tanah

>> 26 Mei 2010



Penyokong bukan Islam PAS diingatkan supaya tidak bersikap terburu-buru dalam membuat sebarang tuntutan terhadap parti itu walaupun mereka akan diberi hak bersuara apabila diterima menyertai gabungan atau sayap baru dalam parti itu....

"Oleh itu, kita minta mereka (bukan Islam) jangan terburu-buru dalam membuat sebarang tuntutan sebelum ia diperjelaskan oleh pucuk pimpinan parti," katanya di Rantau Panjang hari ini ketika diminta mengulas kenyataan Ketua Dewan Himpunan Penyokong PAS, Hu Pang Chaw, bahawa penyokong PAS bukan Islam mahu dipercepatkan kelayakan mengundi dalam parti.
(Malaysiakini...)


Hari ini mereka minta sedikit, esok sedikit.. akhirnya jawatan tertinggi pun mereka sapu. Sikit-sikit lama-lama jadi bukit. Bukit dapat kat orang lain.

Sebab lebihkan harta dunia...

Read more...

Nash Tantawi yang masih lena tidurnya

PERKASA dah lama menentang Judi Bola, Nash baru tahu ke?

Tantawi berkata:
Dewan Pemuda PAS pusat hari ini mencabar Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (PERKASA) berdepan dalam satu debat perdana mengenai kemungkaran judi. (Malaysiakini...)


Ibrahim Ali berkata:
Presiden Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (PERKASA), Datuk Ibrahim Ali sekali lagi menegaskan bahawa PERKASA merupakan NGO pertama yang membantah apabila kerajaan meluluskan lesen judi pertaruhan Piala Dunia. (Malaysiakini...)

Read more...

MIC mahu keluar BN la..

"Saya akan bawa 14,000 pemuda, mau lawan sama itu GAS", kata T.Mohan

KUALA LUMPUR 25 Mei – Ketua Pemuda MIC, T. Mohan hari ini menegaskan, parti itu tidak akan teragak-agak mengkaji semula kedudukannya dalam Barisan Nasional (BN) jika UMNO terlibat dalam penganjuran dan pembentukan Gerakan Anti-Samy Vellu (GAS) pada Ahad ini. (Baca lagi...)
------------------

Sebabnya mungkin kata-kata Samy ini;

Sebelum pilihan raya diadakan (PRU 2008), Samy Vellu dikatakan berkata: "Sapa berani lawan sama saya. Ampat puluh lima kali masuk tanding, saya juga minnang (menang)"

Selepas dia kalah di Sungai Siput, beliau pula berkata;
"Rakyat marah sama BN, bukan sama saya"

Dan Samy pernah berkata (soalan wartawan);
"Apa? Ingat saya boleh pegang itu tanah. Dia mahu jatuh, dia jatuh la.. (Samy Vellu ketika menjawab soalan wartawan isu tanah runtuh di sungai Siput.

----------------------------
PS: Kalau dah jadi liabiliti, buat apa lagi di simpan...

Read more...

Anwar luluskan 9 lesen judi - Mat Sabu

Wawancara Ahmad Lutfi Othman dengan Ahli Parlimen PAS, Haji Mohamad Sabu, pada 14 Jun 1998, jam 11.15, di pejabat urusan TAMADUN.



"Pada mula saya masuk dahulu saya dapati daripada empat jenis judi dikeluarkan tetapi apabila Anwar menjadi Menteri Kewangan, judi yang telah dihalalkannya telah bertambah menjadi sembilan jenis termasuk judi lumba kuda. Dahulu ada tiga tempat judi lumba kuda iaitu Ipoh, Pulau Pinang dan Kuala Lumpur.

Apabila dia menjadi Menteri Kewangan, ia telah bertambah di Sabah sehingga menimbulkan kemarahan ahli-ahli Parlimen di sana dan juga menimbul bantahan di Sarawak apabila judi lumba kuda juga hendak diwujudkan di sana.

Begitu juga Genting Highlands menjadi pusat judi ketiga besar di dunia sekarang di bawah Menteri Kewangan yang berkuasa sekarang ini. Jadi, apabila saya ceritakan perkara ini kepada Jemaat Islami itu, mereka terkejut.

Katanya: ”We have a different view!” ”Kami tidak pernah mendengar cerita-cerita seperti ini!”

Kata saya, sama ada orang beri fakta salah kepada kamu atau kamu naif dalam memahami keadaan itu. Sambung saya lagi Timbalan Perdana Menteri kami mempunyai hubungan yang baik dengan taukeh judi, Lim Goh Tong.

Pada masa dia menjadi Ketua Pemuda, Anwar mudah mendapat bantuan Yayasan Gerak Bakti daripada taukeh judi."

Cerita penuh boleh baca di s.i.n.i

Sokong 100% penghapusan judi ni..tapi rasa lain macam, apasal judi bola je kecoh nak haramkan, judi lain taknak di tentang jugak ke?. Ada orang kata, Judi bola yg 'haram' (tanpa lesen), kongsi gelap dari DAP sapu, menghalalkan judi bola ni, membuatkan judi haram akan kurang income. Secara automatik, kongsi gelap kurang income. Bagaimana pula dengan rumah urut, arak, judi yg tidak bermusim tu..

----------

Anwar lagi ganas daaa...

Read more...

UMNO punca masalah - anak Samy

>> 25 Mei 2010


KUALA LUMPUR 24 Mei - S. Vell Paari yang merupakan anak Presiden MIC, Datuk Seri S. Samy Vellu menuduh UMNO menggunakan 'pembunuhan politik' (political assassin) untuk memecahbelahkan parti komponen Barisan Nasional (BN) itu.


Sambil merujuk kepada desas-desus mengenai kewujudan Gerakan Anti Samy Vellu (GAS) mendapat restu daripada pemimpin tertinggi UMNO, Vell Paari yang juga Anggota Jawatankuasa Kerja Pusat MIC menyelar UMNO kerana memulakan satu tindakan yang berbahaya.


''Adalah sesuatu yang berbahaya jika 'orang luar' terlibat (dalam urusan parti komponen). Lupakan dahulu bahawa bapa saya adalah Presiden MIC dan lihat isu ini dari perspektif demokrasi. Beliau dipilih oleh ketua-ketua bahagian.


''Jadi, apabila ada pemimpin yang tidak setuju dengan kuasa yang diberikan itu, adakah mereka menggunakan 'pembunuh politik' untuk menjatuhkan beliau?


''Apabila anda tidak gembira (dengan keadaan itu) anda gunakan orang dalam parti untuk melakukan perkara itu. Ia melemahkan asas demokrasi dan semangat BN serta keputusan ahli-ahli parti berhubung pemimpin yang mereka pilih,'' katanya.


Beliau berkata demikian dalam wawancara dengan laman web Free Malaysia Today di sini hari ini.


Pada minggu lepas, bekas Timbalan Ketua Pemuda MIC, V. Mugilan menubuhkan GAS yang akan dilancarkan pada 30 Mei ini selepas dipecat daripada parti berikutan desakannya supaya Samy Vellu segera berundur.


Pelancaran GAS dijangka dihadiri kira-kira 7,000 orang yang mempunyai hasrat sama mendesak Presiden MIC itu segera meletak jawatan.


Vell Paari turut mempersoalkan adakah benar tindakan masyarakat Cina dan India tidak memilih BN dalam pilihan raya umum lalu disebabkan kepimpinan MIC dan MCA.


''Ia tiada kena-mengena dengan soal kepimpinan dua parti ini (MIC dan MCA). Ketidaksamarataan yang berlaku hari ini merupakan penyebab kepada perkara itu,'' katanya.


Dengan menggunakan metafora BN sebagai sebuah bas, Vell Paari berkata, parti-parti komponen hanya penumpang dalam bas yang dipandu oleh UMNO itu.


''Parti-parti komponen hanya penumpang. Bas itu dipandu oleh UMNO,'' katanya yang membayangkan tindak-tanduk dan polisi UMNO menjadi punca masalah berkenaan.


Beliau turut mendakwa antara sebab utama BN kehilangan undi kaum India pada pilihan raya umum lepas adalah berikutan tindakan meruntuh kuil, isu menarik kembali lesen pengedar besi buruk dan penahanan pemimpin Hindraf.


Menurutnya, semua perkara itu bukan dilakukan oleh bapanya, namun Presiden MIC tersebut dipersalahkan atas kehilangan sokongan kaum India untuk mengalihkan perhatian rakyat daripada isu sebenar.


Beliau menyeru semua ahli MIC dan masyarakat India supaya 'membuka mata' mereka terhadap perkara berkenaan kerana jika dibiarkan pada masa hadapan pemimpin parti-parti komponen akan menjadi 'kad menu' UMNO yang akan menentukan siapa yang patut menjadi presiden, timbalan presiden dan sebagainya.


Dalam pada itu beliau memberitahu, Timbalan Presiden, G. Palanivel akan mengambil alih jawatan presiden daripada Samy Vellu apabila bapanya meletak jawatan nanti.


------


Nampaknya anak Samy jolok sarang tebuan. Nampaknya juga.. GAS akan ada rakan baru kali ni.

Read more...

Bila Nik Aziz akan turun dari tahta emasnya?

>> 24 Mei 2010

Selagi Samy tak turun, Nik Aziz akan terus mahu berada dalam ranking pertama
pemimpin paling lama.



PS: Sampai bila dia mahu menongkat langit? Mungkin sampai bulan MAC

Read more...

Nik Aziz macam C.I.A Amerika?

>> 23 Mei 2010



DOA Tok Guru Nik Aziz yang gemar mengadakan solat hajat satu stadium untuk musuh-musuhnya nampaknya tidak menjadi. Doanya tidak makbul, sebaliknya beliau yang bermasalah.


Syed Azidi @ Kickdefella kini menjadi musuh No.1-nya. Syed Azidi menjadi duri dalam daging Nik Aziz. Syed Azidi yang dihajatkan menjadi seperti Osama Ben Ladin oleh CIA, kini memakan tuan.


Syed Azidi kini sudah menjadi seperti al-Qaeda oleh Amerika Syarikat. Osama pernah dibentuk oleh AS untuk menjahanamkan Rusia satu ketika dulu. Tapi kini Osama ialah musuh Amerika No.1.


Dalam dunia ini banyak benda yang boleh jadi terbalik. Hari ini kawan, esok lawan dan begitulah putarannya.


Blogger Kickdefella (bererti: Sepak Orang Itu) diberi misi untuk merosakkan imej Perdana Menteri, Pak Lah ketika itu. Jika imej PM rosak ia sekali gus akan merosakkan imej BN dan UMNO, khususnya di Kelantan.


Imej-imej grafik yang direka bentuk oleh Kickdefella amat hebat. Poster-poster wayang yang memaparkan wajah hero-hero Hollywood, ditukar menjadi wajah-wajah jelik Pak Lah, Tun Mahathir, malah Najib.


Dipendekkan cerita PRU 2008, pembangkang menang besar. Kelantan terus diperintah oleh Tok Guru. Rakyat ketika itu sudah jadi keliru. Pemikiran mereka sudah termakan dengan dakyah yang direka oleh orang seperti Syed Azidi. Syed Azidi mendakwa kepada SPRM beliau dibayar RM4 juta oleh operatif Pas untuk operasi gerak sarafnya. (Sehingga kini tiada siapa dari Pas yang mahu mengaku).


Pada waktu operasi itu kencang dicanang oleh Syed Azidi, para pemimpin pembangkang senyap-sunyi. Nik Aziz pun tak komen apa-apa. Pada waktu itu Syef Azidilah segala-galanya. Beliau ialah permata hati pengikut Pas.


Kini, apabila Syed Azidi membongkar segala-galanya, Nik Aziz mula melalut sehingga sanggup cakap macam-macam terhadap Syed Azidi. Kasihan Tok Guru. Beliau sudah tua dan sudah terlalu lama, agaknya?

Cukup-cukuplah wahai Tok Guru. Kalau ambo di tempat Tok Guru, buat apa pening-pening kepala, berhenti sahajalah dari politik. Dan duduk diam-diam di Pulau Melaka tu. Beribadat dan serahkan diri kepada-Nya. Ingatlah kita ini bukan insan yang sempurna. Wallahualam.


Cara kita tangani krisis...


KES 1: Kisah wanita 'didera' polis ketuk-ketampi. Ia menjadi riuh satu Malaysia pada Jun 2005. DAP menangguk di air keruh mengatakan seorang wanita dari tanah besar China didera polis dalam lokap.


Gambaran wanita itu hanyalah dari imej video telefon tangan.


Akhirnya kerana kerajaan terlalu defensif atau mungkin terdesak dek public opinion yang kuat, maka sebuah suruhanjaya bebas dibentuk bagi menyiasat dakwaan itu. Suruhanjaya yang dipengerusi oleh mantan Hakim Tun Mohd. Dzaiddin Abdullah itu bolehlah dianggap sebagai yang terhebat di negara ini.


Ramai yang kena panggil. Mahu dipendekkan cerita yang panjang, maka suruhanjaya itu mendapati pihak polis bersalah 'mendera' wanita itu.


Kerajaan kemudian menghantar seorang wakil bertaraf menteri Kabinet, Datuk Seri Azmi Khalid ke Republik Rakyat China pada November 2005 bagi memohon maaf. Maka maaf pun dipinta dan kerajaan China yang mungkin 'tidak begitu kisah dengan isu itu kerana rakyatnya berjumlah lebih 1 bilion orang' pun terimalah maaf itu.


Mahu dijadikan cerita lagi, wanita yang dikatakan berasal dari China itu, rupa-rupanya ialah seorang wanita Melayu - warganegara Malaysia. Namanya ialah Hemy Hamisa Abu Hassan Assari.


Semua orang tergamam. DAP, sebaliknya buat-buat tak dengar, seolah-olah tiada apa yang berlaku.


KES 2: Kisah Beng Hock yang didakwa 'dibunuh' oleh SPRM. Ia juga menjadi riuh. Sama seperti kisah ketuk-ketampi, DAP juga yang menjuarainya. Satu inkues bagi menyiasat bentuk kematian pegawai khas kepada seorang Exco kerajaan negeri Selangor itu pun dibentuk.


Sehingga hari ini, siasatannya belum berakhir. Pakar forensik dari UK yang dilantik oleh SPRM, Dr. Peter Vanezis telah membuat konklusinya dengan mengatakan Beng Hock tidak dibunuh. Berdasarkan post-mortem kali kedua tiada kesan yang menunjukkan bahawa lelaki itu dicekik atau diseksa dengan kejam sebelum dibuang dari tingkat 14 bangunan SPRM cawangan Selangor itu.


Semasa bedah siasat itu dijalankan kali kedua, pakar forensik bagi pihak Kerajaan Selangor turut hadir. Pakar forensik bernama Dr. Pornthip itu berasal dari Bangkok, Thailand.


Namun, kini nampaknya kes itu mulai sejuk. DAP dan mana-mana pihak yang menuduh SPRM terbabit membunuh saksinya sendiri itu, mulai membisu. Yang peliknya pakar forensik Siam mereka itu entah ke mana.


Beliau sepatutnya hadir untuk memberi keterangannya terhadap bedah siasat kedua itu. Namun, beliau memberi alasan takut hendak datang ke negara ini.


Beliau takut nyawanya terancam. Beliau mahukan 'jaminan negara Malaysia' bagi melindunginya. Persoalannya siapa pula yang mahu mengancam nyawa beliau?


KES 3: Kisah kematian murid tingkatan tiga Aminulrasyid Amzah yang ditembak polis. Sejak kejadian murid itu berlaku dua minggu lalu banyak pihak yang mahu tumpang semangkuk. Masing-masing mahu menjadi juara untuk membela kematian budak sekolah itu. DAP nampaknya tidak berapa kisah.


Tapi Ketua Polis Negara (KPN) nampaknya tetap mempertahankan anak-anak buahnya. Oleh kerana public opinion sekali lagi mengatasi kes jenayah itu sendiri, maka sebuah badan siasatan dibentuk.


Bekas KPN, Tun Hanif Omar, Timbalan Menteri Dalam Negeri, Datuk Wira Abu Seman Yusuf, Suhakam, peguam dan pensyarah adalah antara lapan panel khas dilantik memantau siasatan itu.


Keluarganya mahukan sebuah suruhanjaya diraja. Keputusannya belum ada lagi. Sekiranya badan siasatan itu merasakan perlu, mungkin ia akan ditubuhkan. Jika ia ditubuhkan maka sekali lagi ia akan memakan masa yang panjang dan wang rakyat yang besar.


Namun, public opinion daripada golongan muda, NGO berhaluan kiri semuanya menyalahkan pihak polis. Perkara pokok bagaimana kejadian itu boleh berlaku tiada siapa peduli. Persoalan tanggungjawab keluarga terhadap anak jagaan tidak dipersoalkan. Semua kesalahan diletak di bahu polis.


Ada juga yang mempertahankan polis. Oleh kerana terlalu banyak versi yang timbul mengenai kes itu, kita tidak perlu campurlah.


Kes-kes di atas adalah sebahagian daripada cara kita menangani krisis yang berlaku membabitkan orang awam di negara ini.


Persoalannya apakah kita mengambil iktibar daripada kesemua kes itu, atau kita tidak kisah.


Saya mahu tanya apakah sistem kita ini semakin matang ke depan, atau semakin gostan ke belakang?


Rencana dari Utusan


------


Mana hero-hero yg suka kecoh kecoh tu?

Read more...

Karnival The Red Warriors


28 Mei - 30 Mei 2010

Perkarangan Stadium Sultan Muhammad ke-IV, Kota Bharu

Read more...

Bung ke penjara, Zizie melaram sakan...

Bung & Zizie

ALAMAK, kena penjara tu. Huh, naik seram pula bulu betis Joyah apabila mahkamah menjatuhkan hukuman penjara sebulan dan denda RM1,000 ke atas ahli parlimen Datuk Bung Mokhtar Radin atas kesalahan berpoligami tanpa kebenaran.

Joyah pasti ramai yang terkejut dengan keputusan itu, tetapi apa yang boleh Joyah katakan, keputusan mahkamah kena ikut walau siapa-siapa pun kita, tak kiralah apa tahap dan darjat seseorang manusia.

Manakala si putih melepak lagi gebu, Zizie pula dikenakan denda maksimum RM1,000 atau sebulan penjara jika gagal membayar denda pada hari yang sama (19 Mei).

Pada hemat Joyah yang tak pandai undang-undang ini, kes ini dah macam isu anak-beranak pula. Bukan sahaja Zizie yang kena, tetapi juga tiga adik-beradik Zizie iaitu Ahmad Shahazmi, Samzy Fuzette dan Shaheizy Sam dituduh bersubahat turut didenda RM1,000 dan jika gagal membayar mereka akan dipenjara selama enam bulan.

Bagaimana pun kes berkenaan belum selesai apabila Bung bersama isteri mudanya dan ahli keluarga mereka membuat rayuan kepada pihak mahkamah.

Tapi untuk kaum perempuan macam Joyah ni, bab rayuan biarlah pihak peguam masing-masing berusaha selesaikan, apa yang penting Joyah nak lihat ialah gaya Zizie setiap kali hadir ke mahkamah.

Dengan menyandang beg tangan berjenama 'riban-riban', aksesori 'meletup' atas bawah, Zizie memang mencuri tumpuan ramai. Mana tidaknya, baju mahal dan beg tangan bertukar setiap kali ke mahkamah sedikit sebanyak membuatkan Joyah hanya mampu telan air liur saja. Belum masuk bab kaca mata hitamnya lagi. Sungguh bersinar-sinar, berkerlip-kelipan.

Tapi, orang macam Joyah ni hanya mampu melihat dengan ekor mata sajalah jawabnya, rezeki orang cantik dan popular macam Zizie, kita tak boleh cemburu. Kecualilah kalau suatu ketika nanti Joyah bertemu jodoh dengan taukeh lombong emas, pasti Zizie pun kalah. Ahaks

(Joyah @Utusan Malaysia)


PS: Nk pilih bini, pilih betul2..kena kaki melaram..kalu poket tebal tak pe, kalu poket nipis hujung bulan.. habis beruban botak kepala tu...

Read more...

Jangan 'membelakangi' Anwar Ibrahim

Kenapa mula dari belakang dulu ni? (Gambar ihsan Des)


Ngeri dan seram sejuk kalu bab belakang-belakang ni, macam pukul dari belakang, jangan pandang belakang, sapa dari belakang, belakang tu..belakang ni.

Kaut dari b.e.l.a.k.a.n.g

Read more...

Demo PAS bantah lesen judi, arak dan maksiat

>> 22 Mei 2010


Maruah pendemo di anggap mulia kerana mereka menegur kepimpinan mereka sebelum mereka menegur kepimpinan orang lain.



Ramai pemimpin PAS yang hadir dan berucap kepada orang ramai:-

“Kita (PAS) ingin menyatakan sikap dan pendirian kita (umat Islam) dengan sekeras-kerasnya bahawa, kita (PAS) menentang keputusan yang dibuat oleh kepimpinan kerajaan yang ada pada hari ini." (Mungkin maksud mereka ialah kerajaan pusat dan kerajaan negeri termasuk Kelantan)

Penulis juga difahamkan bahawa selepas ini, pemimpin-pemimpin PAS tersebut akan menghantar memorandum kepada kepimpinan kerajaan negeri yang ditadbir oleh parti Pakatan Rakyat seperti Kelantan, Pulau Pinang dan Selangor supaya membatalkan lesen-lesen kedai judi dan arak di negeri masing-masing.

Tindakan itu bertepatan dengan demonstrasi mereka di depan masjid yang mulia itu kerana sungguh memalukan jika mereka berceramah dan menjerit tanda bantahan tetapi negeri-negeri yang mereka kuasai masih dipenuhi dengan kedai-kedai judi, arak dan urut serta kedai-kedai haram yang lain.

Adalah sungguh memalukan jika mereka menegur kerajaan Barisan Nasional (BN) tetapi parti PAS hanya menutup mata dan tidak mempedulikan masaalah kedai arak, judi dan urut di negeri-negeri yang di tadbir oleh mereka.

Mereka akan mulakan dengan negeri Pulau Pinang dan Selangor kerana negeri-negeri tersebut menghadapi masaalah dengan kedai-kedai haram yang meningkat semenjak Pakatan Rakyat mengambil alih tompok kepimpinan negeri.

Beranikah PAS ?

Atau parti PAS sebenarnya tidak signifikan dan tidak perlu diambil kira di negeri-negeri tersebut?

Untuk pengetahuan sekalian, memorandum yang penulis maksudkan itu hanyalah merupakan satu metafor yang menunjukkan bahawa parti PAS hanya akan buat bising kepada parti lawan tetapi parti tersebut gagal di dalam melaksanakan perjuangan mereka di dalam Pakatan Rakyat.

Mereka riuh rendah tetapi mereka tidak dapat memperbaiki diri sendiri dan Pakatan Rakyat


Cerita sebenar di MIM

Cerita tak sebenar di sini

Read more...

Tan Sri Annuar Musa akan masuk PAS?

>> 21 Mei 2010

Nama beliau melonjak naik dengan Bolasepak Kelantan

Desas desus kedengaran, bunyinya macam penyakit lama dalam UMNO Kelantan yg tidak pernah reti nk sembuh..iaitu penyakit cah keting. Bunyi ceritanya ada yg tak senang dengan Annuar Musa di Ketereh (Cerita lama). Itu pon setelah beliau hilang jawatan 'orang besar' UMNO Kelantan. Bunyi ceritanya, jawatan beliau dalam KADA sebagai pengerusi juga akan tamat kontrak dan tidak akan disambung.

Beliau juga dikatakan akan meninggalkan karear politik dan akan menumpukan kepada bola (KAFA).

Dalam keadaan ini, PAS Kelantan tidak akan dok diam.. bila nampak saja Annuar 'tawar' hati dengan UMNO, giliran PAS Kelantan pula 'gosok' belakang Tan Sri. Ala..macam orang perempuan, jual mahal camna pon, kalau di buat baik, lama-lama blh masuk jarum.

Annuar ada 'aura' dia sendiri. Beliau di puja oleh golongan belia Kelantan sebagai orang yg 'hebat'. Hebat kerana berjaya menjenama dan memperkasakan semula satu-satunya sukan yg di gilai dan di 'fanatik'i oleh orang kelantan iaitu bola.

UMNO kelantan jangan pandang Annuar sebagai ular air yg takde bisa..

wassalam...

* Cerita lama ni..
Hehehehe..

Read more...

Pendapat Awang Adek & Nik Aziz lebih kurang sama

Dengar pendapat dua orang tokoh ini perihal halal & haram;


Tokoh Pertama;

Ustaz Nik Abdul Aziz Nik Mat;

Katanya;

" Bagi penjualan arak, ia hanya dibenar jual oleh bukan Islam kepada golongan itu sahaja, kerana jika ia di haramkan sudah tentu ia akan menyulitkan orang bukan Islam untuk menikmatinya." - Nik Aziz Nik Mat, 19 November 1992



Tokoh kedua;

Awang Adek



Katanya;

" Pengeluaran lesen judi akan di keluarkan secara berhati-hati kepada kaum tertentu dan hanya sah pada musim piala dunia sahaja "- Dr Awang Adek Hussin




RBF kata; kalau judi bola di tarik balik, DAP akan gembira kerana duit hasil judi haram akan masuk semula kepada poket mereka, boleh baca berita penuh di s.i.n.i

Kenyataan anak Nik Abdul Aziz boleh juga baca di s.i.n.i

Cerita pasal arak, pusat maksiat, pusat judi, rumah urut di Selangor yg menjadi-jadi tumbuhnya tanpa bantahan PAS boleh tengok di s.i.n.i

----------------
Pokoknya, hasil cukai penjualan arak atau judi akan masuk ke kantung duit kerajaan samaada kerajaan negeri atau pusat.

Read more...

Misteri Ikan Gelama di Pahang

>> 20 Mei 2010

KUANTAN – Fenomena aneh ikan gelama terdampar di Pantai Sepat dan Cempaka di sini sejak seminggu lalu mencetuskan kebimbangan dan tanda tanya kepada penduduk.

Mereka bingung menyaksikan ribuan gelama terdampar di sepanjang lima kilometer kedua-dua pantai itu tanpa diketahui puncanya.

Salah seorang nelayan yang ditemui dan hanya mahu dikenali sebagai Mat Yie, 32, berkata, dia tidak pernah berdepan dengan kejadian luar biasa itu sepanjang 20 tahun menjadi nelayan.

Katanya, dia menolak andaian fenomena itu adalah berpunca daripada sikap tidak bertanggungjawab nelayan pukat jerut yang membuang ikan kecil seperti yang didakwa sesetengah penduduk sebelum ini.

“Tidak mungkin jumlah ikan yang dibuang oleh nelayan pukat cerut mencecah sehingga tiga tan. Jika dibuang oleh nelayan, ikan-ikan itu sepatutnya sudah mati apabila dijumpai di persisiran pantai.

“Saya sendiri ada terjumpa ikan yang masih hidup dan badannya berlendir ketika mengutip ikan-ikan itu untuk dijadikan ikan masin beberapa hari lepas,” katanya.

Mat Yie berkata, ramai penduduk yang mengutip ikan-ikan itu untuk dijadikan ikan masin dan ikan jeruk bagi mengelakkan pembaziran.

“Nelayan di Pantai Sepat pula mengutip ikan yang bertaburan di sekitar pantai dan menanamnya untuk mengelakkan bau busuk kerana ia mempengaruhi hasil tangkapan nelayan kerana ikan-ikan tidak mahu menghampiri pantai,” katanya.

Bagaimanapun katanya, fenomena ikan terdampar di pantai itu tidak mempengaruhi hasil tangkapan nelayan yang mampu mendaratkan ikan seberat 20 kilogram setiap kali turun ke laut.

Ghazali Abdul, 42, pula mempunyai pendapat berlainan kerana dia menganggap kejadian itu adalah berpunca sepenuhnya daripada tindakan nelayan pukat jerut yang membuang ikan di tengah laut.

“Setakat ini saya belum mendengar rakan-rakan nelayan di sekitar Berserah dan Balok mengalami kejadian yang sama. Jika ia disebabkan oleh air laut yang panas, sudah pasti fenomena turut terjadi di sana.

“Lagipun jumlah ikan yang terdampar ini bagi saya tidaklah terlalu banyak kerana ia tidak kelihatan menimbun dan hanya bertaburan di sepanjang pantai sahaja,” katanya.

Rakannya, Mohd Nordin Tan Baidullah, 33, berkata, dia terkejut dan bagaikan tidak percaya apabila isterinya memberitahu banyak ikan gelama terdampar di pantai dan boleh dikutip dengan tangan sahaja.

“Saya ada mendengar cerita daripada rakan yang memberitahu ikan-ikan ini terdampar disebabkan tumpahan minyak daripada kapal yang bocor di tengah laut.

“Bagaimanapun saya sendiri tidak tahu sejauh mana kebenaran cerita tumpahan minyak terbabit,” katanya.

Sementara itu, Pengarah Jabatan Perikanan negeri, Mohamad Mat Saman ketika dihubungi berkata, fenomena ikan terdampar itu adalah sesuatu yang biasa dan tidak membimbangkan.:

“Mungkin keadaan air laut yang lebih bergelora daripada biasa mendatangkan kesan kepada ikan kecil yang hidup di permukaan air dan seterusnya mewujudkan kejadian ikan yang terdampar di persisiran pantai.

“Bilangan nelayan pukat cerut yang membuang ikan juga tidak ramai dan tidak akan menjejaskan hasil tangkapan nelayan,” katanya

[sinar harian edisi Pahang]

-------------------------------------------
Kat sini ikan payah nk dapat, kt sana dapat free.

Read more...

Jerat Maut Facebook


SYDNEY: Polis Australia memberi amaran kepada remaja supaya tidak menyiarkan gambar mereka di laman sosial seperti Facebook selepas seorang gadis didakwa dibunuh rakan Internet.

“Golongan muda perlu pastikan hanya mereka yang benar-benar dikenali boleh melihat profil dan gambar mereka.


“Tiada sebab kenapa mereka perlu siar gambar mereka di Intertet,” kata Superintendan Polis Queensland, Peter Crawford.


Menurutnya, masalah bukan hanya kerana gambar yang disiar itu.


“Hakikatnya, jika kita sedia menyiarkan gambar itu, pastinya kita juga akan memberikan pelbagai maklumat peribadi.” Amaran itu dibuat selepas seorang lelaki Sydney didakwa mewujudkan identiti palsu di Facebook dan menggunakannya untuk memperdaya dan membunuh Nona Belomesoff, 18, di sebuah lokasi terpencil di pinggir bandar itu.


Gambar Nona yang diambil daripada laman sosialnya kini memenuhi akhbar Australia menyebabkan polis New South Wales memberi amaran terlalu banyak maklumat peribadi kini mudah diperoleh di Internet.


“Jangan siar gambar di Facebook. Hanya benarkan rakan sahaja melihat gambar anda.


“Layan setiap kenalan baru dengan berhati-hati,” kata Superintendan Jabatan Jenayah Komputer New South Wales, John Kerlatec.


Crawford yang bertanggungjawab menyiasat jenayah dan menjaga keselamatan remaja berkata, golongan muda berdepan risiko dengan menyiarkan profil yang boleh dilihat semua pihak.

“Kami berdepan penjenayah yang mengambil maklumat dan melawat kawasan yang dikunjungi remaja menjadi sasaran mereka, termasuk sekolah.


“Hakikatnya, jangan ambil mudah dan percaya identiti kenalan baru seperti yang mereka katakan,” katanya lagi.


Amaran itu dibuat selepas Facebook dikritik di Amerika Syarikat dan Eropah kerana membenarkan maklumat pengguna digunakan rakan korporatnya. - AF

Read more...

Isu nama Allah : Khatolik Malaysia tidak sama dengan Coptic Kristian Arab

>> 19 Mei 2010

Tulisan : Al Muslimin


Dalam perbahasan penggunaaan perkataan Allah oleh Roman Katholik Malaysia ramai berhujah bahawa kalau orang Arab guna perkataan Allah mengapa Kristian Roman katolik Malaysia tak boleh. Hujjah ini juga di guna oleh setengah orang PAS yang menyokong Khalid atau Dr Zul. Hujah ini tidak betul dan tidak berlandas kepada fakta. Mungkin ada setengah ustaz yang belajar di Mesir atau Syria tidak tahu bahawa Roman Katholik saperti yang ada di malaysia tidak sama dengan Kristian Orthodox Coptik Mesir, Kristian syria , armenian and ethiopia. Malah Gereja Roman Katolik berpusat di ROM menganggap Kristian Orthodox Coptic Mesir sebagai 'heretic' atau ajaran sesat. Ini di putuskan oleh pihak gereja di mesyuarat Council of Chalcedon Rom 451 AD sebelum datang nya Islam di negara Arab. Rasulullah di lahir pada 571 AD. Mereka juga mempunyai Pope sendiri.Cubaan mengguna nama Allah oleh Roman Katholik Malaysia adalah bercanggah dengan keputusan Council of Chalcedon yang menjadi tempat rujukan Roman Katholik Malaysia.

Coptic Orthodox Church of Alexandria telah di anggap keluar dari ajaran Roman Catholik kerana menganggap Jesus sebaga seorang tuhan dalam bentuk manusia bukan tuhan yang berbentuk separuh manusia separuh spirit yang di percayaan oleh Roman Katholik. Dalam istillah mereka , Coptic Orthodox Church di anggap menyeleweng kerana berpegang kepada kepercayaan Euthychianism dan digelar Monophusite kerana menganggap jesus sebagai tuhan dalam bentuk manusia namun Roman Catholik percaya Jesus adalah separuh manusia separuh tuhan saperti terdapat dalam trinity. Trinity percaya Tuhan Ayah , Tuhan Anak dan hantu Suci adalah satu entiti dan memerlukan kepada satu sama lain untuk wujud. Kalau satu mati semua mati. Inilah yang menyebabkan pihak crusader sendiri menindas orang koptik di Mesir atas alasan mereka adalah ajaran sesat.

Dari maklumat ini dapat lah kita rumuskan bahawa alasan Roman Katholik Malaysia mahu menggunakan nama Allah dalam surat kabar mereka atau kitab injil mereka atas alasan Coptic Arab menggunakannya adalah suatu penipuan maklumat ugama dan ia tidak lain untuk mencabar ummat Islam Malaysia . Usaha setengah orang Islam mahu berhujah bahawa Coptic Krisitan Arab sama dengan Roman Katholik adalah tidak berlandaskan ilmu dan melulu.

Masaalah Roman Katholik Sabah Sarawak dan Indonesia menggunakan nama Allah adalah kerana kejahatan penjajah Barat Inggeris dan belanda untuk menghancurkan ugama Islam di Indonesia dan malaysia untuk mencapai objektiv 3G Gold and Gospel. Oleh itu mereka sanggup menggunakan apa saja termasuk menterjemah injil roman katolik dan protestan kedalam bahasa Melayu dengan menggunakan nama Allah walau pun tidak ada satu patah pun nama Allah wujud dalam injil asal yang ditulis dalam bahasa Greek dan Hebrew. Mereka hanya mengguna perkataan umum 'tuhan' dalam bahasa Hebrew Greek atau aramaic.

Terdapat satu lagi issue iaitu bagaimana orang Kristian Roman katolik Sabah dan Sarawak yang menggunakan perkataan Allah tanpa merujuk pihak berkuasa. Saperti juga hujah di atas ,orang Kristian Sabah Sarawak dan Indonesia tidak boleh menganggap mereka sebagai Eastern OrthordoxChristian kerana mereka sebenarnya bukan dari kumpulan itu. Jadi mengapa meniru perkara yang salah dari ajaran Kritian coptik arab mesir? Saya berharap perbincangan intellectual ini tidak akan menyinggung orang krisitan sabah sarawak yang mengatakan mereka telah bertahun tahun menggunakan perkataan Allah dalam injil. Kalau perbuatan itu salah maka salah lah amalan itu.

---
Panas isu ni

Read more...

Beli gula Malaysia di Thailand

Gula Malaysia di seludup ke Thailand, kemudian orang Malaysia seludup masuk pula. (Bukan gula sahaja, minyak pun nampak macam 'Buatan Malaysia')



[KOSMO!] SUNGAI GOLOK (Selatan Thailand) - Bekalan gula yang kembali bermasalah di negeri-negeri pantai timur Semenanjung mendorong penduduk Rantau Panjang, Kelantan menyeberangi Sungai Golok dengan perahu untuk membeli dan menyeludup bahan tersebut di sini hampir setiap hari.



Ini kerana gula di sini boleh dibeli dan diseludup dengan begitu mudah serta dalam jumlah yang banyak pula berbanding di Malaysia, mereka disyaratkan membeli tidak melebihi sepeket sekilogram setiap hari.


Mereka juga tidak menjadikan faktor harga gula di negara jiran yang jauh lebih mahal iaitu RM2.50 hingga RM2.80 sekilogram berbanding di Malaysia RM1.65 sekilogram sebagai satu masalah.


Read more...

Siti Norhaliza di Karnival KAFA

Tan Sri Annuar Musa menunjukkan risalah mengenai karnival The Read Warriors di
Kota Bharu kelmarin


LEBIH 100,000 pengunjung dijangka memeriahkan Karnival The Red Warriors (TRW) 2010 di pekarangan Stadium Sultan Muhammed IV, Kota Bharu selama tiga hari bermula 28 Mei ini.

Presiden Persatuan Bola Sepak Kelantan (KAFA), Tan Sri Annuar Musa berkata, karnival yang bertemakan Menjadi Medan Himpun Temu Berlandaskan Populariti Pasukan The Red Warriors bertujuan merakyatkan sukan bola sepak khususnya penduduk negeri Kelantan.

Katanya, karnival ini juga dapat menyatukan rakyat Kelantan yang cintakan bola sepak tanpa mengira fahaman dan pendekatan politik di samping menyemarakkan lagi sokongan pada terhadap pasukan The Red Warriors sempena Tahun Bola Sepak Kelantan (TBSK) 2010 tahun ini.

"Karnival yang julung kali diadakan ini merupakan karnival pertama dianjurkan oleh persatuan bola sepak negeri di negara ini.

"Ini merupakan suatu program yang diatur oleh pihak KAFA bagi mendekatkan pemain dengan masyarakat Kelantan," katanya.

Tambahnya, sukan bola sepak bukan setakat hanya pada perlawanan di stadium sahaja, kita mahu masyarakat menikmati pelbagai untuk pro- gram berasaskan bola sepak seperti mana penganjuran karnival ini.

Menurut Annuar, peminat bola sepak Kelantan juga berpeluang beramah mesra dengan pemain bola sepak dari Akademi KAFA, skuad Piala Presiden sehingga kepada pemain Liga Super Kelantan.

Katanya, karnival berkenaan akan dirasmikan oleh Exco Pembangunan Insan, Belia, Sukan dan NGO Negeri Kelantan, Abdul Fatah Mahmood.

"Antara aktiviti yang akan berlangsung pada karnival itu ialah pertandingan futsal, menimang bola, bola sepak jalanan, persembahan dikir barat, persembahan kerohanian dengan artis jemputan terdiri daripada Ramli Sarip, Mawi, Jay Jay dan kumpulan nasyid, Unique.

"Karnival turut diserikan dengan pelbagai gerai jualan produk sepanjang tiga hari ia berlangsung.

"Di samping itu Datuk Siti Nurhaliza juga akan hadir bersama produk kecantikan terbarunya, Simply Siti dan juga penampilan AC Mizal di gerai jualannya," ujar Annuar lagi.

Read more...

Bung Moktar kena penjara sebulan (?) - Pengajarannya ialah...

KUALA LUMPUR 19 Mei - Ahli Parlimen Kinabatangan, Datuk Bung Moktar, 51, dihukum penjara sebulan oleh Mahkamah Rendah Syariah Gombak Timur dekat sini hari ini atas kesalahan berpoligami tanpa kebenaran mahkamah.

Isterinya, pelakon Zizie Izette, 32, tiga iparnya, Datuk Ahmad Shahazmi A. Samad, Samzy Fuzette, Shaheizy Sam, Sahari Ahamd dan Diding Putang yang dituduh bersubahat dengan Bung Moktar didenda RM1,000, gagal bayar, enam bulan penjara.

Zizie yang turut mengaku bersalah atas tuduhan bernikah tanpa kebenaran mahkamah, didenda RM1,000, gagal bayar, sebulan penjara manakala Bung yang didakwa bersubahat dengan isterinya, didenda RM1,000, gagal bayar sebulan penjara.

Abang Zizie, Ahmad Shahazmi yang menjadi wali pernikahan dan adik-adiknya, turut menghadapi tuduhan tambahan iaitu menikahkan pelakon wanita itu dan menjadi saksi perkahwinan tersebut.

Bagi kesalahan ini, Hakim Syarie, Wan Mahyuddin Wan Muhammad menjatuhkan denda RM1,000 setiap seorang, gagal bayar, sebulan penjara.

Pada masa ini, pihak pembelaan sedang menyiapkan afidavit untuk permohonan penangguhan pelaksanaan hukuman penjara ke atas Bung Moktar. - Utusan


Apapun;

1. Bila keluar penjara nanti, Zizie tetap isteri Bung

2. Bung bukan penjenayah yg memerlukan dia letak jawatan. Dia bukan berzina atau ditangkap khalwat jika mahu tuduh perbuatan tersebut tidak bermoral.

3. Bung telah memberikan pengajaran yg amat jelas kepada lelaki-lelaki yg ingin berpoligami iaitu minta kebenaran dahulu sebelum berpoligami. Kalau kebenaran itu tidak di persetujui - tetapi si Suami ingin juga berpoligami, nak buat mcm mana ek?

Hehehe..

Read more...

Buat logo ™ (TM-trademark) pada Blog/Website


Benda ni dah lama sebenarnya

Make the ™ symbol on a website or other location using Unicode. Press and hold down the "Alt" key and type "0153." When the Alt key is released, the ™ symbol will appear.

Read more...

PKR lemas, DAP mengganas

>> 17 Mei 2010

Tahniah untuk DAP kerana menang di Sibu.

Dikala PKR rebah di Hulu Selangor, DAP pula berjaya menaikkan bendera Roketnya di Sibu. Ini bermakna, satu lagi Ahli Parlimen dari DAP bertambah di dewan rakyat tatkala PKR kehilangan satu kerusi MP-nya.

Semakin angkuh DAP sekarang, seangkuh Lin Dan semasa mengalahkan Datuk Lee semasa berlansungnya Piala Thomas.

Walaubagaimanapun, ketua pembangkang tetap di sandang oleh Anwar walaupun dia kepatahan sayap. Takpe..DAP boleh papah.. tapi 'papah' bersyarat.

Syarat mudah, Anwar kena jadi macam MB Nizar - boneka mereka. MB Nizar menang pun kerana DAP yg tolong. BN menang sedikit di Hulu Selangor pon sebab DAP yg tolong PKR.

Lihatlah kuasa DAP..

Tidak mustahil, Anwar akan digunakan untuk menjatuhkan Raja-raja Melayu, dan mendirikan negara Republik di Malaysia seperti Singapura. Barulah kepala DAP boleh jadi Presiden Republik Malaysia. Kalau Raja-raja Melayu masih berkuasa, mereka takkan melantik bangsa lain selain dari Melayu menjadi PM.

Bangsa Melayu akan di pecah-pecahkan (Kepada kelompok-kelompok kecil) supaya senang di perintah-macam di Singapura.

Wassalam...

Read more...

Umur 15 tahun dah jadi penjenayah berat

>> 06 Mei 2010

Salam...

Sesiapa yang ada menonton Astro Oasis (Ch 106-Rancangan Sehiris Peria Secawan Madu) dua tiga malam lepas, mungkin akan terkejut dengan pengakuan seorang remaja yg telah dimasukkan ke Sekolah Henry Gurney (Klik S.I.N.I). Sekolah ini adalah sekolah khas untuk pesalah juvana.

Pengakuan budak lelaki itu; dia mula terlibat dalam kongsi gelap di usia 15 tahun, dan beliau dan kumpulannya terlibat dalam sendiket samun, merompak, memeras etc etc. (Guna senjata api pulak tu)

Nauzubillah...

Read more...

Label

Bermula 19/7/2010

Pengiklanan Sahaja

Sumber (Bermula Mei 2010)

Blog Archive

  © Blogger template Webnolia by Ourblogtemplates.com 2009

Back to TOP