.

Busuk hati punya ularmak (Part 2)

>> 29 Jun 2010

Buat pertikai, batalkan yg haram pun pertikai..pelik2.

Read more...

Batu nesan kerajaan pas kelantan

Kalau orang negeri lain nk tahu, ni la salah satu dari batu nesan kerajaan pas kelantan.



GAMBAR: BATU ASAS JAMBATAN PALEKBANG, TUMPAT, SUDAH MENJADI BATU NISAN KERANA JAMBATAN DIBINA OLEH KERAJAAN PAS SUDAH GHAIB-SALAH SATU PROJEK HALIMUNAN KERAJAAN PAS.

Kaorang rasa, jambatan tu ghaib kemana?

Read more...

Busuk hati punya ularmak

>> 28 Jun 2010

“Ulama yang bertakwa tidak akan menyokong sebuah parti yang membenarkan judi dan penjualan minuman keras secara terbuka. Ulama yang tidak bertakwa adalah golongan yang tidak beriman kepada Allah.” Harun Taib, Ketua Dewan Ulama PAS Pusat.( mstar.com.my )


Rasa peningkan dengan lebai2 PAS.. Lebai2 PAS terdiri dari ulama' bertaqwa kerana mereka menyokong Judi, penjualan arak di selangor, rumah urut etc3..

Terdapat golongan dari kalangan mereka yang tidak menyokong apa yg berlaku di selangor, tetapi mahu menjadi 'syaitan bisu', nk tegur takut-kan tak dapat jadi calon atau duit, kalau tegur-takut2 kata bersuara UMNO..

Dunia akhir zaman.. perosak yg ramai ialah mereka yg bergelar 'orang yg (kononnya) pandai agama'. Mereka menyebar fitnah dan fitnah itu kembali kepada mereka semula..

Read more...

Gedebe; Khairy silap lagi

REMBAU 27 Jun - Ketua Pergerakan Pemuda UMNO, Khairy Jamaluddin hari ini menarik balik perkataan 'jaguh kampung' yang diberi kepada Presiden Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (Perkasa), Datuk Ibrahim Ali, namun menggantikannya dengan 'gedebe politik' (samseng politik).
Utusan
Di Negeri 9 boleh la Khairy goreng kerana penduduk Negeri tak faham secara terperinci maksud 'gedebe', cuba istilahkan perkataan gedebe di Kelantan, org Kelantan boleh berbangga dgn orang yg di istilah gedebe.


Istilah gedebe oleh Cg Nasir;

Orang yang betul-betul 'gedebe' ialah orang yang biasanya bercakap dalam bahasa yang sangat santun, sentiasa beradik abang dengan lawan cakapnya, selalu minta jalan bila nak lalu di hadapan orang, sering minta maaf walaupun tak salah. Mereka garang tapi bukan sembarangan. Mereka ini cukup tertib cara cakapnya, sembangnya tak keterlaluan, gelaknya taklah mengilai.Mereka tahu mereka bengis, sebab itu mereka tak akan membuat orang menangis. Mereka sensitif, sebab itu mereka tidak akan buat orang merintih. Bergaduh tidak sekali, bila minum tak segan mempelawa dibayar habis satu meja.


Gedebe = Orang yg berani (berani buat berani tanggung)
Gedebe = Bukan calang2 orang
Gedebe = Kepala perang (Mengepalai perang)
Gedebe = Berani walau dia tahu dia tidak kuat


Gedebe jauh sekali dengan istilah 'anak omak' atau anak mak. Jika Ibrahim mengistilahkan Khairy sebagai anak mak di kelantan, orang kelantan anak kagum dengan beliau kerana anak emak (lebih2 lagi perempuan) adalah istilah untuk orang yg 'bejurus' atau mendengar kata.

Jika di istilahkan di Negeri..anak omak membawa maksud 'ada masalah, mengadu kat mak'. Betul ka?

hehehe...

Read more...

Jew Post pertahankan Abang Besar

Najib yang di war-warkan APCo pun tiada dalam akhbar ni

Read more...

Suara Keadilan menipu? Dah lama dah.

>> 27 Jun 2010

Akhbar yg akan disaman FELDA kerana memfitnah


Kadang-kadang kita baca, rasa tertipu dengan penipuan demi penipuan yg mereka buat. Tetapi apasal ada yg percaya. Sekali kena tipu, takkan nk ditipu lagi, itu digelar kurang cerdik.

Kat sini lagi CERDIK dari akhbar penipu tu..

Read more...

Mujurlah kalau Dr MAZA tak masuk UMNO

>> 24 Jun 2010

(Klik untuk besarkan imej)


Jgn klik SINI dah la..

Read more...

Apa!!, 'bakal' mursyidul am PAS blh tengok cite 'lucah'?

Dalam pada itu, Awang tergamam apabila Mursyidul Am Pas, Nik Aziz Nik Mat menyatakan bahawa Anwar lebih layak untuk menggantikan tempat beliau. ''Kalau saya diberi peluang, saya mahu beri jawatan ini (Mursyidul Am Pas) kepada Anwar kerana beliau telah melalui pelbagai cabaran," katanya. Mursyidul Am adalah jawatan bukan eksekutif yang tertinggi, berfungsi sebagai penasihat kepada semua perjalanan dan keputusan yang diambil oleh parti itu. Apakah serendah itu tanda aras yang ditetapkan oleh seorang tok guru dan mendakwa diri ulama bagi mencari penggantinya?

Sementara itu;

Berdasarkan pendedahan beberapa bekas Ahli Parlimen PKR termasuk Zahrain Mohamed Hashim (Bayan Baru) dan Zulkifli Noordin (Kulim -Bandar Baharu) baru-baru ini, Anwar pernah membuat pengakuan memiliki dan menonton video adegan seks ADUN berkenaan. Malah beliau ketika itu mahu Wong dipecat daripada jawatan Exco.

Sumber; SINI



kalaulah anwar dilihat layak dan dilantik menjadi mursyidul am PAS, silap haribulan... jadi cam pantai Phuket la Pantai Cahaya Bulan.. hehehe.

Read more...

Anwar dipuji akhbar Israel.

>> 20 Jun 2010


Siapa lebih israel dari israel?

Media israel memuji anwar, hebat2.

Read more...

Fiesta Kelantan: Baik bagi Pemangku Sultan aje berucap

>> 17 Jun 2010

ada baiknya kedua-dua pemimpin ini duduk diam-diam, macam pegang kambing dalam gambar di atas. Mesra..


Tindakan Tok Pa ada betulnya, kalau tak.. PM kena balun semalam.. Nak nak ada orang yang mana pelawaan debatnya tak di sahut lawan. Tambahan pula, isu duit minyak yg tak ada kesudahan. Kalu tak, Tok Jib kena balun la cam Pak Lah di majlis sendiri.

Tindakan MB Kelantan juga ada betulnya, boikot sebab penganjur tak kasi berucap. Pasal itu persetujuan awal.

Kalau tak.. kena 'debat' la PM. Baik kedua-dua mereka diberi kambing mcm kat atas.

Hati2 dengan sendiwara manusia/dunia

Read more...

Berapa? RM2 juta juga ka datuk sri?

>> 15 Jun 2010


SUBANG: Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Malim Nawar, Perak, Keshvinder Singh umum keluar DAP dan menjadi wakil rakyat Bebas yang sokong Barisan Nasional (BN) berkuatkuasa serta-merta.

Beliau mengumumkan demikian pada sidang akhbar di Hotel Holiday Villa, di sini, sebentar tadi.. (baca lagi SINI)


*****
Adun/MP lain lompat dia kata dibayar RM2 juta, projek 916 dia berapa juta modal tu?
Pehh..

Read more...

DAP hilang satu kerusi lagi

SHAH ALAM 15 Jun - Terlalu banyak berpolitik hingga mengabaikan tanggungjawab terhadap rakyat menyebabkan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Malim Nawar, K.Keshvinder Singh mengumumkan keluar dari DAP berkuatkuasa hari ini.

Serentak dengan itu Keshvinder turut melepaskan semua jawatan dalam parti dan memilih untuk menjadi ADUN Bebas yang menyokong Barisan Nasional (BN). - Utusan

Read more...

Orang yahudi mengguna dan mengkaji al-Quran, org Islam?

>> 09 Jun 2010

* Dalam taktik peperangan zaman dahulu, cara orang kafir mengalahkan tentera Islam ialah dengan meniru taktik yg digunakan oleh tentera Islam.

* Orang yahudi mengakui dan mengkaji isi kandungan al-Quran untuk memperhebatkan bangsa mereka dan digunakan untuk menjatuhkan ummat Islam.

* Orang Islam hanya pandai membaca dan pada masa yg sama menyimpan al-Quran di dalam almari.

* Bagi saya, tidak salah kita mengkaji dan belajar dari apa yg orang yahudi buat. Kerana Nabi S.A.W sendiri menyuruh ummat Islam belajar/menuntut ilmu walaupun sehingga ke negeri China (yg bukan negara Islam).

* Tetapi petikan dari Malaysiakini, lain macam bunyinya;

Menurut Ketua Penerangan PAS, Idris Ahmad, part itu mendapat maklumat dan beberapa bukti bergambar mengenai perpustakaan MITI yang menyediakan khas untuk bahan bacaan, majalah dan informasi perdagangan rejim Israel.

“Perpustakaan di tingkat 11 ini terbuka bukan sahaja kepada kakitangan tetapi kepada orang ramai terutamanya ahli perniagaan Malaysia untuk rujukan. Oleh itu tindakan MITI ini sekaligus dianggap sebagai satu usaha mempromosikan perdagangan dan industri Israel dalam negara,” katanya kepada Malaysiakini menerusi email.

Menurut Idris, antara yang boleh ditemui di perpustakaan berkenaan adalah majalah Israel-Asia Trade, Israel Review, buku Advantage Israel, Trade Policies Review (Israel), Advance Technology From Israel, Opportunity Israel, The Economics of Israel, Douanes (Buku kod tarif perdagangan Israel) dan beberapa lagi.



Note: Macam mana nk kalahkan mereka kalau kita tak belajar cara mereka..

Senarai boikot produk Israel yg dikeluarkan oleh pertubuhan Islam di England; http://www.inminds.co.uk/boycott-israel.html

Maaf..APCO tiada dalam senarai boikot;

Read more...

Israel akan musnah pada 2022M/1443H?

>> 05 Jun 2010


HAIKAL adalah sebuah tempat ibadat yang dibina oleh Nabi Sulaiman AS untuk bermunajat kepada Allah SWT di samping istananya yang hebat pada ketika itu. Buku sejarah Lubnan menyebut mengenai pembinaan itu dengan bantuan masyarakat kaum Kan’an (penduduk Baitulmaqdis ketika itu).

Ada yang mengatakan bahawa ia hanya sebuah mihrab (tempat munajat) yang mempunyai kedalaman sepuluh hasta dan lebar di kiri dan kanan hanya lima hasta. Sejarah tidak dapat memastikan tempat dan bentuk yang tepat bagi haikal itu.

Seorang paderi Kristian (Bost Gorge) di dalam kitabnya menyebut bahawa ia terletak di pintu masuk Bandar Khalil (Baitulmaqdis) yang disebut dengan nama ‘Mihrab Daud’. Apa yang jelas ialah tempat yang menjadi tapak haikal itu, bukan di bawah binaan Masjid Al-Aqsa sekarang seperti dakwaan orang Yahudi.

Dakwaan orang Yahudi adalah palsu berdasarkan fakta di bawah:
Sebenarnya tiada satu kesan walaupun sebuah binaan kecil yang menunjukkan bahawa Nabi Sulaiman pernah membina haikal di tapak Masjid Al-Aqsa. Semuanya musnah selepas serangan Raja Babylon (Bokhtansar) pada tahun 589 sebelum kelahiran Nabi Isa AS iaitu 300 tahun selepas kewafatan Nabi Sulaiman AS.
Peristiwa Israk dan Mikraj adalah janji Allah SWT yang menunjukkan bahawa Islam sudah sampai ke sana dan al-Quran sendiri menyebut masjid bukannya haikal. (Masjidul Aqsa).
Nabi Ibrahim juga beragama Islam seperti yang jelaskan oleh Allah SWT di dalam surah Al-Imran ayat 67 bermaksud: “Tidaklah Ibrahim itu Yahudi atau Nasrani, tetapi adalah seorang Islam”.
Al-Quran mula dikumpulkan pada tahun 12 Hijrah ketika pemerintahan Saidina Abu Bakar RA dan Kitab Taurat orang Yahudi hanya ditulis selepas 800 tahun kewafatan Nabi Musa AS. Ini menunjukkan bahawa Taurat amat terdedah kepada penyelewengan dan penipuan.
Kesimpulannya, orang Yahudi tidak boleh mendakwa bahawa bumi Palestin dan Baitulmaqdis sebagai milik mereka kerana Nabi Ibrahim AS sudah datang ke sana sejak 1805 sebelum kelahiran Nabi Isa AS.

Tujuan dakwaan berkenaan hanya untuk menghalalkan pencerobohan mereka terhadap tempat suci umat Islam itu.

Mengenai kemusnahan Yahudi dan kerajaan Israel pada tahun 2022, tidak dapat dipastikan. Semuanya mengikut pendapat sesetengah pihak yang meneliti dan merumuskan bahawa tertegaknya kerajaan Israel adalah permulaan kepada kemusnahan mereka.

al-Quran menerangkan mengenai berlakunya kemusnahan mereka. Firman Allah SWT bermaksud: “Dan kami tetapkan terhadap Bani Israel di dalam kitab bahawa mereka akan melakukan kerosakan di atas bumi ini sebanyak dua kali dan menunjukkan sifat sombong. Maka apabila datang saat hukuman bagi kejahatan pertama, kami datangkan hamba-hamba yang perkasa, lalu mereka bermaharajalela di kampung-kampung.

“Dan itulah ketetapan yang pasti terlaksana. Kemudian kami berikan kepadamu giliran untuk mengalahkan mereka, maka kami akan membantumu dengan harta dan anak-anak dalam sekala yang besar. Jika kamu berbuat baik, maka ia untuk dirimu sendiri. Begitu juga dengan kejahatan. Apabila datang saat hukuman yang kedua, maka kami bangkitkan musuhmu untuk menyuramkan wajahmu lalu mereka masuk ke dalam Masjid Aqsa sebagaimana ketika masuk kali pertama dulu dan membinasakan apa saja yang mereka kuasai.’ (Surah Al-Isra’ ayat 4 – 7).

Hukuman yang pertama sudah berlaku sebelum turunnya al-Quran berdasarkan ayat ke 5 bahawa mereka sudah dihancurkan oleh Babylon (Bokhtansar). (‘Itu adalah ketetapan yang pasti terlaksana’). Hukuman kedua adalah bermula tertegaknya kerajaan Israel pada 1948 kerana al-Quran menyatakan selepas kedatangan mereka secara beramai-ramai.

Firman Allah SWT: “Dan setelah itu kami berfirman kepada Bani Israel. Tinggallah di negeri ini, tetapi apabila datang masa yang ditentukan, kamu akan dilumpuhkan secara beramai-ramai”. (Al-Isra’ 104).

Ini jelas apabila mereka semakin ramai berkumpul di sekitar kota Baitulmaqdis ketika hampir masa kemusnahan mereka. Ayat menyebut mereka akan dimusnahkan oleh tentera yang kuat. Namun demikian bilakah kemusnahan itu, tidak dapat diteka.

Teori seorang pendeta Yahudi mengatakan bahawa kerajaan Yahudi Israel akan kekal selama 74 tahun juga tidak boleh dipandang remeh kerana sejak penubuhan negara haram Israel - 1948 sehingga 2022 adalah jangka hayat selama 74 tahun.

Pimpinan Israel juga menganggap bahawa selepas peperangan terhadap Lubnan pada 1982 adalah tahun nikmat bagi mereka sehingga 40 tahun seperti yang dinaskan di dalam Kitab Taurat ciptaan mereka. Ini bermakna penamatnya ialah pada 2022 (1982 + 40 = 2022). (Muhammad Ibrahim Mustafa-Penganalisis mengenai masa depan kerajaan Israel).

Ada juga teori kebetulan yang disebut mengenai bilangan jumlah huruf dari ayat 2 surah Isra’ hingga ayat 104 berjumlah 1443. Jika dikaitkan dengan 1443 hijrah, maka ia bersamaan 2022 masehi. Namun demikian, ia adalah teori yang tidak akan dapat dicapai sekiranya umat Islam dan dunia Arab masih lagi bercakaran antara satu sama lain dan mementingkan kedudukan dunia.

Bagi umat Islam, mereka mestilah yakin dengan ayat-ayat Allah SWT dan terus berusaha melaksanakan syariat Allah seterusnya melemahkan musuh Allah yang utama di atas bumi ini. Firman Allah SWT: “Kamu akan dapati mereka yang paling benci kepada orang beriman ialah Yahudi dan mereka yang syirik dengan Allah SWT”. (Surah Al-Maidah 82).

Penulis ialah Eksekutif di Unit Agama NSTP dan boleh dihubungi melalui emel zaman@nstp.com.my

Berita Harian, 4/6/2010

******

Kalau ummat Islam tak bersatu, bukan kata 2022, 3022 pun belum tentu Israel hancur. Tetapi kalau ummat Islam bersatu, 2011 pun boleh hancur..

Read more...

Anwar akan ditendang ke kerusi TPM 2?

>> 04 Jun 2010


Beberapa hari lalu, Guan Eng diminta memberikan komen mengenai kenyataan Ketua Umum PKR, Dato’ Seri Anwar Ibrahim bahawa ia sedia melantik Cina sebagai Timbalan Perdana Menteri. Ketua Menteri Pulau Pinang menolak....


...... Atas alasan itulah saya fikir Guan Eng tidak mahu memberikan komen. Mengapa harus mengambil jawatan nombor dua sekiranya dia boleh duduk di kerusi nombor satu?

Baca sepenuhnya di http://nobisha.com/home/

Read more...

Ada pelajar cemerlang tersisih, Kementerian Pelajaran tak peduli ke?

>> 03 Jun 2010

Masyarakat Siam Malaysia : Mereka juga adalah ahli UMNO dan boleh membuat
simpanan dalam saham amanah, ASB dan ASN.



Sila lihat senario ini. Ia berlaku dalam negara kita ini dan dalam masyakat kita ini.

1. Vicsofee Sukahut a/p Som 921216-02-5300, SPM 2009 ( 8A 1B), SMK Bandar Baru Darul Aman - tercicir.

2. Sukeht a/p Thavil 920831- 02-5412, SPM 2009 (10A), MRSM Kubang Pasu - tercicir.

3. Maneewan a/p Perashot 920212- 02-5712, SPM 2009 (9A1B), Sekolah Menengah Sains Mohd. Jiwa, Sungai Petani - tercicir.

4. Elicesa Lalitta a/p Ea Chuan 921005-03-5146, SPM2009 (6A2B3C) SMK Tumpat, Kelantan - tercicir.

5. Syalit Keowmani a/l Eh Sau 920210-02-5727, SPM2009 (7a, 2b) SM Sains Pokok Sena, Kedah - tercicir.

Turut tercicir dan gagal mendapat sebarang tempat ialah:

Phisnukh Uttraphan a/l Pim, 900904-03-5146 memperoleh keputusan 11A SPM 2007, antara pelajar paling cemerlang Maktab Sultan Ismail Kota Bharu.


Sumber: SINI


Perlu di ingatkan, ada kemenangan YB dari BN kerana kuasa penentu atau BN berkubu kuat di kawasan masyarakat Siam.


** Sy pernah belajar matematik di sekolah rendah dengan guru berbangsa Siam

Read more...

Isyarat Anwar untuk PAS

PAS sepatutnya menganggap tindakan Datuk Seri Anwar Ibrahim membuat kenyataan akan wujud jawatan Timbalan Perdana Menteri (TPM) II daripada pemimpin DAP adalah isyarat awal kepada mereka.

Tidak kisah sama ada Anwar membuat keputusan sendiri atau berpakat dengan DAP dalam soal itu. Yang jelas, ia adalah isyarat awal kepada Pas bahawa selama ini, parti itu hanya dijadikan alat untuk mendapat sokongan Melayu oleh Parti Keadilan Rakyat (PKR) dan DAP.

Sebab itulah, Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang tidak tahu mengenainya. Malah Pas juga tidak dimaklumkan mengenai pemilihan Anwar sebagai calon utama Perdana Menteri (PM).

Sebenarnya, PKR dan DAP tidak ikhlas berkawan dengan Pas. Kalau mereka ikhlas, sudah pasti soal yang begitu penting akan dibincangkan bersama.

Alasan beberapa pemimpin PKR bahawa apa yang dinyatakan oleh Anwar adalah pandangan peribadi beliau juga boleh dipersoalkan.

Apa yang nyata, Anwar membelakangkan Pas termasuk dalam soal calon utama sebagai PM jika pakatan pembangkang berjaya menumbangkan Barisan Nasional (BN) dalam Pilihan Raya Umum Ke-13 nanti.

Bagi Anwar, walaupun membawa Pas masuk sebagai salah satu anggota dalam pakatan pembangkang, namun parti itu bukanlah suara utama yang perlu didengari.

Penasihat PKR itu lebih mengutamakan DAP dan atas sebab itulah, dalam soal apa sekali pun, Anwar mendahulukan DAP. Beliau tidak pernah fikir apa pandangan dan pendirian Pas.

Anwar amat menyedari sikap Pas yang terlalu inginkan kuasa politik. Justeru, Pas tidak akan membantah, sebaliknya akan mengikut apa saja telunjuk PKR dan DAP.

Soalnya, wajarkah Pas dilayan sedemikian rupa? Pas sepatutnya sedar ia bukanlah sebuah parti yang ibarat melukut di tepi gantang atau terpaksa 'menyembah' kedua-dua parti berkenaan untuk berkongsi kuasa.

Pas mempunyai kekuatan dan keupayaan sendiri dalam arena politik tanah air. Mungkin selama ini, Pas tidak pernah memerintah negara tetapi sekurang-kurangnya tiga buah negeri termasuk Terengganu sudah pernah berada di dalam genggaman Pas.

Berbanding dengan PKR dan DAP, Pas jauh lebih berwibawa serta tokoh-tokohnya lebih dihormati di kalangan rakyat.

Inilah hakikat yang perlu difahami oleh pemimpin dan ahli Pas yang begitu taksub menyanjung kerjasama dengan PKR dan DAP sehinggakan keyakinan mereka terhadap parti sendiri semakin luntur. Mereka begitu percaya hanya dengan bekerjasama dengan kedua-dua parti itu sahaja, Pas akan mampu menjadi sebuah parti yang kuat.

Mereka sudah kabur dengan ketokohan pemimpin sendiri, sebaliknya lebih menyanjungi Anwar.

Seperkara lagi, kenyataan Anwar bahawa beliau menjadi calon utama PM memberi isyarat kepada Pas bahawa parti itu tidak akan diberi kerusi melebihi apa yang ditandingi oleh PKR dan DAP.

Atas dasar kesepakatan bersama, Pas juga mungkin akan didesak mengorbankan kerusinya kepada PKR seperti mana yang berlaku di Kelantan.

Lebih daripada itu, kenyataan Anwar juga boleh dianggap ingin memberitahu Pas bahawa mereka tidak mempunyai pemimpin yang layak menjadi PM.

Oleh itu, tidak payahlah mana-mana pemimpin atau ahli parti berkenaan berangan-angan untuk melihat ada pemimpin Pas akan menjadi pemimpin utama di dalam pakatan pembangkang.

Apa yang berlaku, Pas hanya dijadikan 'alat' oleh Anwar dan pemimpin DAP untuk menunjukkan kepada rakyat apa juga yang mereka lakukan mendapat restu pemimpin Pas, walaupun ada antaranya bertentangan dengan prinsip perjuangan Pas.

Ketika diminta mengulas perkara ini, seorang pemimpin muda Pas ternyata kecewa dengan kenyataan Anwar, apatah lagi apa yang diperkatakan tidak dibawa berbincang dengan parti itu.

''Tidak kiralah pandangan peribadi atau tidak tetapi yang pasti Anwar sudah ada kecenderungan untuk meminggirkan suara Pas,'' katanya ketika dihubungi.

Itulah hakikat sebenar tetapi semua itu berlaku kerana sebahagian kepimpinan Pas terlalu taksub dan ghairah untuk mencatat kejayaan di dalam pilihan raya kelak.

Tanpa mengambil kira kesannya kepada perjuangan dan kedudukan parti, Pas lebih fokus untuk berkongsi matlamat bersama PKR dan DAP demi menumbangkan BN.

Sikap itulah yang membuka laluan kepada PKR dan DAP untuk memandang Pas 'sebelah mata' sahaja. Apa juga yang mereka lakukan, mereka tidak akan memikirkan pendirian atau pegangan Pas.

Kesudahannya, ia mendatangkan kerugian politik kepada Pas apabila dianggap hanya menjadi 'pak turut' dalam pakatan pembangkang.

Anwar adalah seorang politikus yang licik, beliau amat memahami bagaimana untuk memanipulasikan Pas di kawasan-kawasan majoriti pengundi Melayu.

Beliau juga bijak bermain kata-kata bagi mempengaruhi pengundi bukan Melayu. Sebab itulah, Anwar begitu terbuka bercakap soal pelantikan TPM II untuk DAP.

Matlamat Anwar hanya satu iaitu menjadi PM, soal sama ada tindakannya akan menjejaskan rakan-rakan dalam pakatan terutamanya Pas bukanlah menjadi perhitungan utama.

Oleh itu, persoalan yang timbul kini sampai bilakah Pas akan merelakan dirinya diperkotak-katikkan oleh PKR dan DAP?

Apa yang diperkatakan oleh Anwar sudah membuktikan bahawa Penasihat PKR itu tidak kisah sama ada cadangannya akan diprotes oleh Pas atau tidak.

Sebelum ini pun, sama ada PKR atau DAP, mereka tidak pernah mempedulikan perasaan Pas, walaupun ketiga-tiga parti bersama-sama berada di dalam kerajaan negeri di Pulau Pinang dan Selangor.

Justeru, jika Pas benar-benar ingin mengetahui keikhlasan PKR dan DAP, mereka perlu memutuskan dari sekarang berapa jumlah kerusi yang mereka akan dapat untuk bertanding dalam pilihan raya umum nanti dan apakah posisi Pas di dalam Kabinet bayangan Anwar.

Jangan sampai di dalam keghairahan Pas untuk terus mempertahankan kerjasamanya dengan kedua-dua parti tersebut, akhirnya Pas akan menerima nasib 'yang dikejar tak dapat, yang dikendong berciciran.' - Utusan

Read more...

Setia

>> 02 Jun 2010




Setia;


Demi negara yang tercinta
Di curahkan bakti penuh setia
Demi raja yang disanjung tinggi
Kesetiaan tak berbelah bagi

Kepada pemimpin kepada rakyat
Khidmat diberi penuh taat
Sama bekerja sama berusaha
Setia berkhidmat untuk semua

Rela berkorban apa saja
Amanah bangsa tetap dijaga
Kami berikrar penuh setia
Untuk agama, bangsa dan negara

Suka benar dengar lagu ni...

Read more...

Anwar Ibrahim : Pisau Milik Wolfowitz di Belakang Negara Asia (BM)

>> 01 Jun 2010


Read more...

Malaysia's Anwar Ibrahim : Wolfowitz's Knife in Asia's Back


Malaysia’s Anwar Ibrahim: Wolfowitz’s Knife in Asia’s Back". Disiar dalam majalah the Executive Intelligence Review (EIR)pada 29 April 2005

Oleh Mike Billington

Dalam Bahasa Inggeris (Tulisan asal): http://www.larouchepub.com/eiw/public/2005/2005_10-19/2005_10-19/2005-17/pdf/60-62_17_int.pdf


Terjemahan oleh seorang penulis.

Anwar Ibrahim Malaysia : Pisau Milik Wolfowitz di Belakang Negara Asia

oleh Mike Billington, EIR.

Serentak dengan pengesahan oleh Paul Wolfowitz untuk memegang jawatan Pengerusi Bank Dunia, (secara logiknya boleh dipersoalkan kerana beliau berada di dalam satu jawatan yang membenarkannya membunuh lebih ramai manusia daripada apa yang telah dilakukannya di Jabatan Pertahanan), kawan lama Wolfowitz, Anwar Ibrahim dari Malaysia, telah muncul semula dalam kancah politik dunia.


Apabila Anwar dibebaskan pada tahun lepas selepas berada selama 6 tahun di dalam penjara di Malaysia, dia terus menuju ke German, dan Wolfowitz meluangkan masa dari rutin hariannya yang sibuk di PENTAGON untuk bersama-sama rakan lamanya di Eropah.

Pada 5 April, Sekolah Lanjutan untuk Pengajian Antarabangsa (School for Advanced International Studies-SAIS), Johns Hopkins University, Washington menganjurkan majlis untuk ucapan pertama Anwar di Amerika Syarikat selepas dibebaskan dari penjara, Anwar telah diumumkan sebagai Sarjana Pelawat di SAIS sebaik sahaja Anwar menamatkan catatan diari penjaranya.
Pada tahun 1990-an, Wolfowitz telah bertugas sebagai Pengarah SAIS sebelum menyertai Pentadbiran George W. Bush sebagai Timbalan Setiausaha Pertahanan, beliau telah menjadi peneraju dalam melaksanakan perang ke atas negara lain terlebih dahulu untuk perlindungan (pre-emptive war), melaksanakan “demokrasi” ke atas negara sasaran melalui cara ketenteraan.

Pada 1995, Anwar telah menjadi tetamu Wolfowitz di SAIS dan Anwar telah disambut sebagai seorang pejuang yang telah pulang.
Institusi-institusi yang lain Washington yang berkaitan dengan rangkaian operasi perisikan ‘masyarakat social’ National For Endownment of Democracy (NED) juga telah memberi penghormatan kepada Anwar dengan memberi anugerah sebagai "Democrat of The Year".

Apabila diberitahu mengenai pelantikan Anwar di SAIS, seorang pegawai Kerajaan Malaysia telah mengeluh dengan menagatakan, “ Ah, inilah caranya untuk Amerika Syarikat merancang untuk menaja kegiatan subversif di Malaysia!”.

Wolfowitz, mengetuai pelaksanaan neo-konservatif untuk American Empire selama beberapa dekad yang lepas, menggunakan Anwar sebagai salah satu senjata di Asia, yang bertujuan untuk menggagalkan keperluan penyatuan tindakan untuk Negara Asia dan Eropah dalam menghadapi kejatuhan dolar dan sistem kewangan berpusat oleh International Monetary Fund (IMF). Sasaran utama adalah China.

Rancangan Wolfowitz adalah untuk menimbulkan kekacauan dalam Association of Southeast Asian Nations (ASEAN) dan pakatan yang sedang terbentuk bersama China, dengan menjadikan Indonesia menentang Malaysia, kedua-dua buah negara ini berada di tengah-tengah ASEAN. Anwar memainkan peranannnya di dalam rancangan ini.

Anwar menjadi terkenal di serata dunia selepas serangan spekulatif terhadap ekonomi Asia pada 1997-1998 oleh George Soros dan ‘rakan serigala’ yang ditaja olehnya. Ketika Indonesia dan ekonomi negara-negara Asia Tenggara yang lain tunduk kepada tuntutan IMF, dengan menyerahkan ekonomi mereka untuk dimusnahkan secara kekerasan bersyarat dengan menukarkannya kepada pelepasan hutang secara sementara dan seterusnya menyebabkan kejatuhan matawang negara-negara tersebut, Malaysia, di bawah kepimpinan Perdana Menteri, Dr. Mahathir bin Mohamad, enggan menyerahkan nasib rakyat kepada arahan IMF.

Sebelum itu, pada mulanya Dr. Mahathir telah membenarkan Anwar, yang sebelum itu merupakan Timbalan Perdana Menteri dan Menteri Kewangan, untuk mengikuti pandangan peribadinya yang dikenali sebagai ‘Polisi-polisi IMF tanpa IMF' : melangkaui kekerasan IMF, menaikkan kadar faedah dan pembatalan projek infrastruktur yang utama.

Pada Musim Panas 1998, yang telah meminta bantuan IMF, telah menjadi miskin, rakyat menjadi papa, sistem perbankan telah muflis, mawatang didagangkan secara bebas, dan kerajaan Indonesia tersungkur di hadapan Pengarah Pengurusan IMF dan akhirnya, keseluruhannya rebah. Thailand dan Korea juga menerima nasib yang sama tetapi tidak seteruk Indonesia. Malaysia juga menuju kea rah yang sama.

Kemudian, pada 1 September 1998, Dr. Mahathir mengejutkan dunia melanggar kesemua arahan IMF yang ortodoksi, dengan mengenakan kawalan ke atas matawang yang terpilih, menamatkan spekulasi ke atas mawatang Malaysia dengan mengikat nilai ringgit kepada dolar – dan memecat Anwar Ibrahim.
Anwar dan pengikutnya yang sukar dikawal telah mengamuk dan cuba untuk melancarkan pemberontakan untuk menjatuhkan Dr. Mahathir. Walaupun menerima sokongan secara terbuka daripada Neo-Konservatif di Barat, terutamanya Naib Presiden Amerika Syarikat Al Gore dan Setiausaha Negara Madeleine Albright, pemberontakan ‘kuasa rakyat” oleh Anwar menemui jalan buntu dan akhirnya dia telah dipenjarakan di atas tuduhan penyalahgunaan kuasa dan moral.

Keputusan diketahui umum. Walaupun dikutuk oleh IMF dan institusi perbankan Anglo-Amerika bahawa Dr. Mahathir telah membawa Malaysia ke warah kemusnahana, negaranya akan menjadi muflis disebabkan perbuatannya sendiri, mengasingkan Malaysia dari dunia yang ‘bertanggungjawab’ dan akhirnya akan mendapati negaranya itu mengemis bantuan IMF, sebaliknya telah berlaku.

Apabila pelbagai negara terikat dengan menderita akibat krisis sosial dan peningkatan kemiskinan secara besar-besaran, Malaysia yang berada di antara negara-negara Asia yang diserang oleh speculator dapat mengekalkan kestabilan sosial dan ekonomi bertambah baik.

Kemusnahan yang teruk berlaku di negara jiran, Indonesia, di mana matawangnya telah jatuh satu pertiga daripada nilai asal, dan ini telah menjadikan hutang negara Indonesia dengan negara lain meningkat secara maya dalam tempoh semalaman dan pada masa yang sama, kadar kemiskinan meningkat.

Hanya separuh daripada ekonomi Indonesia pulih sehingga ke hari ini. Malahan IMF mengakui bahawa kekerasan yang kejam dan polisi pengurangan kredit yang telah dikenakan terhadap kerajaan Indonesia yang terdesak merupakan satu kesilapan yang besar.

Pujian terhadap IMF dan Wolfowitz
Dalam satu acara, Anwar membuat penampilan terbaru di SAIS, EIR telah mengajukan soalan berikut kepadanya : “IMF telah mengakui bahawa arahan kepada ekonomi Asia slepas serangan spekulatif pada 1997-98 telah menyebabkan krisis yang berlaku bertambah teruk. Dasar anda terhadap Malaysia telah diketahui seiring dengan IMF, sehinggalah dasar tersebut diterbalikkan oleh kawalan matawang oleh Dr. Mahathir, dan pada masa yang sama anda dipecat. Adakah pada masa sekarang, anda mengakui bahawa, sekiranya dasar anda itu diikuti, kesannya akan menjadikannya sebagai satu kemusnahan yang besar kepada negara anda ? “

Respon Anwar dan dari ucapannya secara umumnya, menunjukkan bahawa dia tidak begitu berminat dalam mendapatkan semula jawatan di dalam negaranya sendiri, malahan di dalam parti yang telah ditubuhkan ( Parti Keadilan Rakyat ) untuk mendapatkan sokongan terhadapnya selepas penahanannya.

Lebih tepat, beliau memuji nama orang-orang dan dasar-dasar yang paling dibenci (di Malaysia dan di tempat lain) iaitu George Soros, arkitek spekulasi global ; Paul Wolfowitz, promoter pre-emptive war ; dan IMF yang korup dan dikecam.

“Sudah tentu, saya betul,” Anwar menyatakan secara rasmi.

Dia mendakwa bahawa terdapat beberapa perbezaan di antaranya dan IMF tetapi “Cara negara membelanjakan wang perlu dititikberatkan, sama ada cara tersebut mengikut langkah IMF atau pun tidak.”
Beliau mengatakan bahawa sesuatu yang amat ‘berfaedah’ daripada IMF untuk datang ke Malaysia dan bebincang mengenai idea mereka. Beliau juga menyatakan sokongan terhadap kecaman IMF terhadap projek infrastruktur utama, sebagai ‘projek mega’ yang membazir, kerana projek-projek tersebut hanya menguntungkan ‘kroni’ yang terlibat dalam pembinaan tersebut. Empangan Bakun dijadikan contoh untuk kecaman tersebut.

Beliau mengakui telah memberitahu cadangan Soros kepada pembuat dasar dan telah mempertahankannya ketika Dr. Mahathir mengutuk Soros sebagai pencuri dan sangat [ SENSOR DC ].

Berkenaan kejayaan program Dr. Mahathir dalam menyelamatkan Malaysia daripada menerima nasib yang sama dengan negara jiran, Anwar berkata : “ Ya, pembangunan ekonomi menjadi kukuh, rakyat bebas dari kemiskinan-tetapi semuanya adalah di atas permukaan sahaja. Di bawah, terdapat rasuah, tiada ketelusan, pemerintah kuku besi dan tiada kebebasan media.”

Paling menjelikkan, malahan terhadap penyokongnya di Malaysia, pujian keterlaluan Anwar terhadap Wolfowitz. Di dalam satu temuramah Bloomberg di Hong Kong, pada 18 Mac, Anwar mengalukan pelantikan Wolfowitz sebagai Pengerusi Bank Dunia, dengan mengatakan Wolfowitz “ dengan sepenuh hati percaya dengan kebebasan dan memahami isu keniskinan, kemusnahan alam sekitar, kedaan taraf hidup dan isu kesihatan yang menjadi agenda utama Bank Dunia.”

Ketika rakyat Iraq mendapati kesemua keperibadian yang dinyatakan itu tidak lebih sebagai satu hiburan, Anwar secara berhati-hati menjelaskan bahawa beliau bukan penyokong dalam pencerobohan Amerika Syarikat di Iraq.

Bagaimanapun, dia mempamerkan sejuah mana beliau sanggup untuk mempertahankan neo-kenservatif yang menajanya dengan menambah: “ Tetapi saya tidak percaya bahawa perang tersebut dilancarkan ke atas Muslim atau rakyat Iraq.”

Timbalan Presiden Parti Keadilan, Dr. Syed Husin Ali, secara terburu-buru telah mengelakkan dirinya daripada pujian terhadap Wolfowitz yang dibenci oleh pelbagai pihak.
“Dia merupakan seorang penasihat,” Syed Hussein memberitahu perkhidmatan berita pembangkang dalam talian, Malaysiakini pada April dengan merujuk kepada Anwar Ibrahim.

“ Dia boleh memberikan nasihat kepada kami, tetapi dia tidak boleh menentukan dasar parti," katanya, menegaskan bahawa pembelaan Anwar terhadap Wolfowitz hanya merupakan pandangan peribadi dan tidak mencerminkan kedudukannya dalam parti.

Menjadikan Indonesia melawan Malaysia

Penunjuk terhadap niat Anwar (atau lebih tepat, niat Wolfowitz, dengan bantuan Anwar) telah didedahkan dalam cubaannya merancang penentangan Indonesia terhadap Malaysia. Transformasi demokratik Indonesia semenjak kejatuhan 1997, menurut Anwar, merupakan ‘satu perkembangan penting dalam dunia Islam pada abad ini’.

Walaupun ramai pihak menggambarkan Malaysia sebagai sebuah model kejayaan negara Islam demokratik, kata Anwar, itu adalah satu kesilapan secara keseluruhannya.

Malaysia mengamalkan pemerintahan diktator, walaupun selepas persaraan Dr. Mahathir, beliau menegaskan, manakala model demokrasi Islam yang sebenar adalah Indonesia.

Secara ironiknya, Anwar mengakui bahawa Indonesia sangat memerlukan pembangunan ekonomi dan menamatkan rasuah, tetapi percanggahan ini tidak melihat sekurang-kurangya kepada keprihatinannya terhadap isu ini.

Dalam satu temuramah dalam The Age dari Australia pada 21 Mac, Anwar menjelaskan pembinasaan berikutan kemusnahan ekonomi Asia 1997-98 sebagai satu perkembangan positif, “ Satu ribut kreatif yang menggegarkan rasa puas hati masyarakat Asia dan kerajaan.”
Hubungan dengan Australia merupakan sesuatu yang bermakna. Kerajaan Australia di bawah Perdana Menteri John Howard mengadakan hubungan yang erat bersama Pentadbiran Bush dalam kesemua perkara strategik dan menyertai usaha Wolfowitz untuk memujuk Kerajaan Baru Indonesia di bawah Presiden Susilo Bambang Yudhoyono untuk menyertai regim neo-konservatif di Washington dan Canberra, sebagai pertukaran untuk perjanjian ketenteraan dan pelaburan.

Howard telah menggalakkan Yudhoyono untuk menyokong usaha Australia untuk disertakan bersama sebagai ahli perintis kepada Sidang Kemuncak Asia Timur (EAS-East Asian Summit) apabila dilancarkan pada tahun ini. Cadangan ini ditentang dengan keras oleh Malaysia dan China, bersama-sama yang lain, dan ini telah meletakkan Indonesia berselisih faham dengan Malaysia.

Howard, bagaimanapun, telah dilihat memusnahkan sebarang peluang yang dimiliki oleh Australia untuk dimasukkan ke dalam EAS apabila beliau enggan menandatangani Perjanjian Persahabatan dan Kerjasama bersama ASEAN (Treaty of Amity and Cooperation with ASEAN), walaupun perjanjian itu ditandatangani oleh Jepun, China, South Korea dan India bersama negara lain.

Perjanjian tersebut menafikan penggunaan serangan ketenteraan terhadap negara yang menandatangani perjanjian tersebut.

Howard, seperti Pentadbirn Bush, enggan untuk menggugurkan hak campurtangan ketenteraan pre-emptive terhadap negara jiran, satu ancaman bahawa tiada negara yang mampu menafikannya semasa era Bush/Cheney.
Wolfowitz menggambarkan dirinya sebagai ”sahabat Indonesia”, menggunakan pengalamannya sebagai Duta ke Indonesia pada tahun 1980-an sebagai bukti kecekapannya untuk menguruskan Bank Dunia.

“ Rakyat Indonesia mempunyai pandangan berbeza terhadap saya” ulasnya, kata Wolfowitz kepada Bloomberg News pada 18 Mac. Ketika Anwar membandingkan demokrasi Indonesia dengan andaian pemerintahan diktator di Malaysia, Wolfowitz kerap kali membandingkan Indonesia dengan negara Islam di Asia Barat untuk membuktikan pengembaraan ketenteraan Amerika Syarikat telah membawa ‘demokrasi’ kepada orang Arab.

Wolfowitz berkhidmat sebagai Duta ke Indonesia dari 1986 hingga 1989, ketika wang panas mencurah-curah masuk ke dalam negara tersebut, membawakan kepada kemajuan yang sangat bermakna dan kemakmuran yang berkaitan – dan satu reputasi yang baik kepada Wolfowitz.

Bagaimanapun, adalah sesuatu yang menyakitkan untuk dipelajari selepas 1997-98, di mana kontrak negara asing yang membawa masuk pembangunan ini merupakan dari jenis “pembunuh upahan ekonomi”, memandangkan kesemua risiko kejatuhan ekonomi ini diletakkan di sebelah pihak Indonesia.

Enron dan syarikat kuasa yang lain, sebagai contoh, berjaya dalam mendapatkan jaminan daripada Kerajaan Suharto (secara kebiasaannya bersama seorang ahli keluarga Suharto terlibat), bahawa kerajaan akan membeli kapasiti penuh kuasa daripada stesen janakuasa sama ada digunakan atau tidak dan pada masa yang sama kuasa tersebut dibeli dengan harga dalam tukaran dolar.

Hutang negara asing juga dibayar menggunakan dolar. Apabila spekulator memusnahkan matawang dan ekonomi Indonesia pada 1997-98, hutang negara meningkat 3 kali ganda dalam masa yang singkat, dan pada masa yang sama kerajaan dipaksa membeli bekalan elektrik yang tidak perlu pada harga 3 kali ganda.
Kenangan terhadap Wolfowitz sebagai salah seorang rakan Indonesia sedikit pudar. Peranan Wolfowitz seterusnya sebagai arkitek perang terhadapa Iraq menukarkan imejnya kepada hitam.

Kepada Wolfowitz, untuk menggambarkan dirinya masih lagi dikagumi di Indonesia, adalah sama seperti fantasi Anwar yang mana neo-konservatif akan membantunya memenangi satu ruang untuknya dihormati di Malaysia.

Read more...

Anwar tetap harapkan UMNO?

Jangan sampai jadi hamba. Tetapi kita selalu kata, "ala.. tu semua ada orang dengki".

Kita juga perlu tahu bahawa DAP tidak memerlukan jawatan Perdana Menteri untuk mentadbir negara ini. Cukuplah seorang Perdana Menteri bernama Anwar Ibrahim dan beliau itu sebenarnya sekadar badut yang boleh diperkotak-katikkan oleh parti DAP.

Segala potfolio penting di dalam kerajaan Parti Pembangkang akan dipegang oleh pemimpin-pemimpin DAP dan mereka berkuasa untuk mengubah negara mengikut acuan republik dan kita semua akan ternganga tanpa mampu untuk membantah.

Semestinya, Anwar Ibrahim akan masih mengharapkan parti UMNO untuk membangkang segala keputusan parti DAP di dalam parlimen tetapi apa gunanya jika parti UMNO/BN berada di kerusi pembangkang di dalam parlimen ketika itu?

Seperkara lagi yang mesti kita semua perlu ingat ialah pemimpin-pemimpin politik akan melakukan apa sahaja untuk memastikan kesinambungan karier politik mereka. Jika mereka perlu melompat parti untuk tujuan tersebut, mereka akan melakukannya tanpa berfikir panjang. (M.I.M) BACA LAGI...

Read more...

Label

Bermula 19/7/2010

Pengiklanan Sahaja

  © Blogger template Webnolia by Ourblogtemplates.com 2009

Back to TOP