.

"Anwar kena taubat"

>> 25 Mei 2009



Anwar kena taubat kata Karpal

Kenapa ye? Adakah kerana isu lompat parti menyebabkan Karpal 'warning' anwar suruh letak jawatan dan BERTAUBAT?

Pelik gak.. ala, setakat isu lompat parti anwar yang GAGAL + Malu Sendiri tu..takkan la sampai kena TAUBAT.

Sepatutnya.. molek saja karpal kata " Anwar kena letak jawatan " - Titik

---------

Tidakkah karpal tu bekas peguam anwar masa kes Liwat I tidak lama dulu?

Rasanya seseorang loyar perlu tahu kesemua inti pati (rahsia) anak guamnya..agar dia dapat 'pusing2'... supaya anak guamnya menang kes atau dibebaskan.

Karpal tau semua ke?

Mungkinkah sebab 'itu', dia suruh anwar BERTAUBAT?

Itu tu apa?

Jawapan : Tanya Mr Lim K. Siang dan Abg. Mat Sabu lah..

Read more...

Mogok Lapar bala

>> 24 Mei 2009

Gambar : mogok lapar?

Saya ada terbaca beberapa artikel yang mengatakan ada seseorang pemimpin Melayu yang beragama Islam, yang waras serta berpendidikan tinggi mahu mengadakan MOGOK LAPAR gara-gara ketewasannya dalam mendapatkan semula pangkat, darjat, harta, kedudukan dan kemewahan duniawi.

Adalah amat tidak moleknya seseorang yang beragama Islam mahu menyiksa diri walhal menyiksa diri adalah di tegah oleh agama Islam serta norma-norma seseorang yang bergelar 'Insan' itu sendiri.

Apa yang dapat dari perbuatan itu? Pahala?..Jauh sekali.. Dosa sudah tentu dapat kerana menyiksa diri sendiri (tubuh badan).

Setahu saya.. manusia yang terbanyak kes Mogok Lapar ialah orang di India yang beragama Hindu..

Mana molek melakukan mogok lapar atau berpuasa sunat.. Berpuasa sunat tidak menyiksa kerana dengan melakukannya, ia dapat menyihatkan badan. Masa berpuasa juga tidak lama.. dari terbit fajar hingga terbenam matahari.

Mana tau kan..kot2 masa timbangan di Padang Masyhar.. kerana pahala puasa sunat (yang menggantikan mogok lapar) tersebut, boleh memberatkan timbangan ke arah kebaikan mengatasi kejahatan, dan dapat masuk syurga 'cash'.

Allah sahaja yang tahu..

Wassalam...

Read more...

PKR parti tidak berhaluan?

>> 09 Mei 2009

"Matlamat utama PKR adalah untuk memastikan Anwar Ibrahim jadi Perdana Menteri. Apa cara, termasuk menolak kepentingan Melayu sekali pun akan dilakukan untuk tujuan itu. Padahnya tengoklah apa yang sedang berlaku kepada negara ekoran kewujudan PKR"

Sumber / Tulisan penuh : sini

-------------
Memang, sejak tahun 1998 lagi..sejak anwar di tahan ISA.. kewujudan PKR (dulu keADILan) hanyalah mahu membebaskan anwar dari tahanan ISA.

Sekarang kita boleh tengok, macam mana anwar dan konco-konconya berjaya mengekploitasikan parti lain, untuk melonjakkan dirinya supaya di pilih untuk dijadikan bakal PM, walhal pemimpin parti lain ada juga yang terhebat dan mustahil tidak terdetik di dalam hati mereka, yang mereka juga mengidam untuk memegang jawatan tertinggi di Malaysia itu.

Banyak perkara pelik berlaku disebabkan anwar, tetapi kenapa masih ada segelintir masyarakat yang tetap mengharapkannya;

Isu 'suntikan arsenik dan virus HIV adalah cereka yang heboh masa anwar dalam tahanan ISA. Virus yang boleh hidup dalam darah manusia dan akan memusnahkan perumahnya paling lama 5 tahun..tetapi 'masih' hidup dalam tubuh anwar - jika lah cerita suntikan itu benar, maknanya anwar dah lama kembali mengadap Ilahi.

Benar ke cerita itu?

Isu pembunuh misteri yang dikhabarkan akan membunuh anwar sehinggakan anwar lari bersembunyi di kedutaan asing. Tetapi kenapa anwar dapat pula berkempen dan berceramah di khlayak.

Ada yang lucu menegur, mengatakan pembunuh upahan/misteri tersebut pergi bercuti bersama keluarga sempena cuti sekolah! Sebab itulah misi pembunuh tersebut tidak dapat dilakukan walaupun anwar berada di tempat awam..iaitu tempat yang senang untuk dijalankan operasinya.

Elok kalau di ubah.. Parti Keadilan Rakyat, ubah kepada Parti Keadilan Wakil Rakyat.. jangan pergunakan nama Rakyat.. kang jadi macam Plaza Rakyat, sampai sekarang masih mengharap.

Wassalam..

Read more...

Munajat Perdana!!!

>> 06 Mei 2009


MUNAJAT PERDANA


Tarikh :
07 May 2009, bersamaan 12 Jamadil Awal 1430 H

Tempat:
Masjid atau surau atau madrasah di kampung (mukim) anda

Tujuan program:

Mendoakan Kemakmuran Agama, Bangsa dan Negara

Pakaian:
Sopan, sesuaikan dengan majlis


"Mari kita doakan agar Allah mengampunkan dan memberi hidayah kepada orang yang mahu membuat huru hara, onar, kacau bilau, baring atas jalan, menganjurkan keganasan (mahu jadikan negeri seperti Thailand), menentang kebaikan, gila kuasa, mendoakan kemusnahan orang lain (walaupun ia tiada dalam al-Quran) dan sebagainya."

Read more...

  © Blogger template Webnolia by Ourblogtemplates.com 2009

Back to TOP