.

Anwar mengaku salah pilih calon...

>> 26 April 2010

GEORGETOWN - Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Anwar Ibrahim mengakui beliau tersalah memilih beberapa calon bagi mewakili parti itu bertanding pada pilihan raya umum lalu.

Calon bagi kerusi Parlimen saya yang pilih dan ketika itu PKR masih baru, jadi kita terpaksa ambil mereka,” katanya ketika berucap pada majlis sambutan Tahun Baru Cina anjuran PKR, di sini, semalam.

Beliau yang juga Ketua Pembangkang berkata, PKR akan lebih berhati-hati bagi memastikan calon yang dipilih bertanding pada pilihan raya umum akan datang tidak goyang, tetapi kuat dan bersih.


(Cerita lama kt atas)

Baru saya perasan, dia pilih buah yg tak elok..dijaja dicanang kata buah elok, tapi buah yg elok..direject (dan di kata buah tu buruk, busuk, jijik) atau buah tu 'lari' dari tangkainya kerana 'tangkainya' ada ulat. hehehe... Last2 dia sendiri gagal membezakan antara yg baik dan yg buruk.



Kata orang perihal terjatuhnya di tempat yg sama;

Sekali kena orang akan kata 'dah nasib-lain kali hati-hati'
Dua kali kena orang akan kata 'are u ok?'
Tiga kali kena orang akan kata 'bodo (bodoh)'

Macam mana boleh jatuh berkali-kali di tempat yang sama?

Read more...

Datuk Nik Aziz punca PKR kalah?

>> 25 April 2010

Boleh di terima pakai tak, sebab kekalahan calon PKR disebabkan MB Kelantan itu 'melawan' titah Sultan Selangor, agar masjid tidak digunakan untuk berpolitik.

Ini sedikit sebanyak boleh menimbulkan kemarahan rakyat khususnya orang Melayu.

Pss: Dah tau dia liabiliti, kenapa bawa masuk.

Apapun, tahniah kepada YB Kamal, semoga menjadi MP yang berkhidmat untuk semua lapisan masyarakat.

Yg kalah boleh cuba lagi. Orang yg berasal dari Kota Bharu boleh cuba di Parlimen KB nanti PRU13 nanti.

Read more...

Susah juga BN nak menang? Tapi PKR juga susah

50-50 lah..

Ada member yg dok berkampung di Hulu Selangor..
Mengatakan undi Cina kepada BN agar sukar, tetapi tidak bagi undi kaum India. Ada angin perubahan dari kaum India kepada Kamal (BN).

Undi kaum Cina lebih memihak kepada Zaid (PKR)

Manakala Melayu pula.. boleh dikatakan turun naik (50-50).

7 orang saya sms tadi, 3 mengatakan BN boleh menang.. yg lain2 tak tau menahu (sah kaorang pergi makan angin).

Read more...

Pandai Kamal mainkan Anwar

>> 24 April 2010

Kamal jawab soalan dari wartawan;

Soalan Wartawan, "Anwar Ibrahim pernah berkata bahawa Umno mahukan calon yang lemah, sebab itu, anda dipilih. Apa komen anda?"

Jawapan yang diberikan Kamal, "Sekiranya saya calon yang lemah, Anwar Ibrahim tidak akan berkempen di Hulu Selangor untuk calon PKR, Datuk Zaid Ibrahim". (Jawapan itu mendapat tepukan daripada sebahagian besar pemberita yang hadir).

Boleh baca seterusnya di s.i.n.i

~ dan nik aziz pula turun membantu anwar berkempen


Tapi itu Anwar lagi hebat menjawab soalan dari wartawan; tgk video di bawah;



Nilai-nilaikan..

Read more...

Khalid 'galak' pemimpin dan ahli PKR "masuk lokap"

>> 23 April 2010


"Saya harap mereka yang 'masuk lokap' dapat menggunakan kesempatan itu untuk 'mengiklankan' diri mereka," katanya secara sinis kepada pemberita selepas mempengerusikan mesyuarat Exco di sini hari ini.


Sapaan dari Khalid disambut oleh ahli-ahli PKR (gambar bawah)

Masuk lokap best!!..mungkin itu yg cuba di katakan

Cerita sebenar blh baca di S.i.n.i, heheheh...

Read more...

Isu Zaid: Azmin isi batu, BN tolong lastik

>> 19 April 2010

Lansung tak percaya yg orang kiri kanan Zaid tidak tahu siapa Zaid dan sifat perangainya yg menyebabkan orang Kota Bharu menolak beliau memberi sokongan kepada parti lawan.

Cabaran dari Azmin nampak pelik,

Permintaan Azmin di siar di muka hadapan Mingguan

Azmin dah 'tolong' minta.. Blogger pro-BN pula dedahkan. Baca sini.
Adakah PKR-Azmin akan menang?


Utusan hari ini menyebut;

KUALA LUMPUR 18 April - Para pengendali laman blog hari ini menyatakan kesediaan untuk mengemukakan bukti bahawa Datuk Zaid Ibrahim seorang kaki botol tegar.

Menurut mereka, pendedahan sebagai menyahut cabaran Naib Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Mohamed Azmin Ali semalam akan dibuat tepat pukul 12 tengah hari esok melalui laman blog masing-masing.

Pengendali laman blog Gerakan Anti-PKR (GAP) dalam entri terbaru bertajuk Cabaran Azmin, GAP Sambut! Isnin 19 April Jam 12 Tengah Hari menulis, pendedahan itu pasti akan 'meletup'.

"Cabaran ini GAP sambut. Barisan Nasional (BN) duduk diam-diam! Pastikan anda berada di depan laptop dan pc (komputer peribadi) pada hari Isnin 19 April tepat jam 12 tengah hari!" tulis pengendali GAP dalam blog http://gerakan-anti-pkr.blogspot.com.

Mingguan Malaysia hari ini menyiarkan pada muka depan cabaran Mohamed Azmin yang menyifatkan isu kaki botol itu sengaja ditimbulkan oleh BN bagi tujuan membunuh karakter Zaid yang akan bertanding mewakili parti berkenaan pada Pilihan Raya Kecil Parlimen Hulu Selangor.

Mohamed Azmin turut mempersoalkan kenapa baru sekarang isu itu ditimbulkan sedangkan Zaid telah lama berada dalam UMNO.

Dalam pada itu, pengendali laman blog www.pisau.net dalam entri bertajuk Hulu Selangor: Buktikan Zaid Kaki Botol, Blogger Sahut Cabaran Azmin, menulis, beliau akan turut membuat pendedahan serupa seperti GAP pada waktu sama esok.

Beliau menambah, cabaran itu bukan sahaja akan disambut oleh mereka berdua malah seluruh pengendali laman blog pro-BN.

"Aku dengan GAP sahut cabaran. Seluruh blogger pro-BN akan buktikan esok tepat jam 12 tengah hari. Nantikan pendedahan kami!

"Pisau seronok tengok Azmin kenakan Zaid," tulisnya merujuk kepada hubungan 'suam-suam kuku' antara kedua-dua pemimpin PKR itu.


Read more...

PRK Hulu Selangor: Zaid vs Azmin; Siapa akan 'menang'?

>> 18 April 2010

(Azmin, mengharapkan Zaid kalah..agar dia dapat terus bertahta di sisi Anwar)

Pertama sekali, tahniah kepada Datuk Zaid Ibrahim kerana 'tercalon' untuk berttanding di Hulu Selangor. Begitu juga dengan Kamal, yg mewakili MIC (BN).

Bagi saya, PKR bukan berlawan dengan BN atau Bebas..tetapi PKR 'berlawan' dengan PKR

Iaitu antara Azmin dengan Zaid..


Zaid..dia perlu menang, agar dia dapat merampas kedudukan Azmin di sisi anwar.

Kita lihat kehebatan Zaid berbanding Azmin;

Zaid hanya mengambil masa lapan tahun untuk memegang semua jawatan dalam parti. Dari memegang jawatan Ketua Bahagian (Kota Bharu) pada tahun 2001, Timbalan Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Kelantan tahun 2003, Ahli Parlimen Kota Bharu tahun 2004 dan Menteri di Jabatan Perdana Menteri Mac 2008.

Samsul Iskandar macam mana?

Read more...

  © Blogger template Webnolia by Ourblogtemplates.com 2009

Back to TOP