Anwar mengaku salah pilih calon...
>> 26 April 2010
GEORGETOWN - Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Anwar Ibrahim mengakui beliau tersalah memilih beberapa calon bagi mewakili parti itu bertanding pada pilihan raya umum lalu.
“Calon bagi kerusi Parlimen saya yang pilih dan ketika itu PKR masih baru, jadi kita terpaksa ambil mereka,” katanya ketika berucap pada majlis sambutan Tahun Baru Cina anjuran PKR, di sini, semalam.
Beliau yang juga Ketua Pembangkang berkata, PKR akan lebih berhati-hati bagi memastikan calon yang dipilih bertanding pada pilihan raya umum akan datang tidak goyang, tetapi kuat dan bersih.
(Cerita lama kt atas)
Baru saya perasan, dia pilih buah yg tak elok..dijaja dicanang kata buah elok, tapi buah yg elok..direject (dan di kata buah tu buruk, busuk, jijik) atau buah tu 'lari' dari tangkainya kerana 'tangkainya' ada ulat. hehehe... Last2 dia sendiri gagal membezakan antara yg baik dan yg buruk.
Kata orang perihal terjatuhnya di tempat yg sama;
Sekali kena orang akan kata 'dah nasib-lain kali hati-hati'
Dua kali kena orang akan kata 'are u ok?'
Tiga kali kena orang akan kata 'bodo (bodoh)'
Macam mana boleh jatuh berkali-kali di tempat yang sama?
2 ulasan:
yang sohehnya, PAS akan kena balun bertalu-talu walaupun yang kalah adalah calon Parti PKR.
Niaya punya PAS.... semenjak berkawan dengan Anwar Ibrahim ni, sialnya menjadi-jadi sungguh!
biasa aaa tu.
Catat Ulasan