.

Air Kelantan yang pening, pening dan pening

>> 04 Ogos 2010

Mengenai dakwaan kesukaran kakitangan di wad bersalin dan wad kanak-kanak kerana ketiadaan air, Md Anizam berkata beliau sehingga kini belum pernah menerima laporan daripada orang ramai yang mendapatkan rawatan di hospital berkenaan mengenai masalah kekurangan bekalan air di situ.

Justeru beliau meminta hospital berkenaan dan pihak media menunjukkan bukti dengan mendapatkan kenyataan daripada individu yang mengalami masalah itu sendiri.

-- baca Penuh : BERNAMA

Macam mana pesakit nak lapor kepada kamu wahai Md Anizam, orang sakit berada di Hospital, mereka akan mengadu kepada pihak hospital. Bukannya pesakit berada di bawah tangki air dekat SUK nu. Bila pesakit mengadu kepada pihak hospital, pihak hospital akan panjangkan kepada pihak AKSB.

AKSB sepatutnya, bila dah ada aduan begini, hantar la dua tiga buah lori tangki ke tempat kritikal seperti Hospital, Sekolah dan sebagainya.

Taknak kata di KB, kt Tumpat ni pun menyiksa, kalau nk basuh baju, kena bangun pukul 3 pagi, masa tu air ada slow2. Booring air? Huh..perumahan atas baruh, bawah sana ada selut, bau semacam. Jadi kita harapkan 90% air dari AKSB, 10% air hujan.

Sdr. Md Anizam atau Nik Aziz pernah tengok rakyat tadah air hujan pukul 12tgh malam?

Nanti kita pakat-pakat buat kempen,

----------------------------
KEMPEN MENADAH AIR HUJAN
Dirasmikan oleh : YAB Tuan Guru Dato Haji Nik Abdul Aziz Nik Mat
Masa : Masa hujan lebat

Muslimin Muslimat dijemput hadir beramai-ramai <--- takda dah ayat ni sekarang

Orang Ramai di Jemput Hadir <--ni ayat baru, for all katakan.

2 ulasan:

ahaa 5 Ogos 2010 pada 8:38 PG  

Pegawai2 AKSB dah diasuh supaya beri alasan apa saja bila ada orang komplen hal air di Kelantan. Ini berlaku bukan saja di kaunter aduan Kg Puteh, tapi sesiapa saja yg kerja dgn AKSB perlu berbohong kpd rakyat, janji terlepas waktu tu.
Pernah sekali dekat satu majlis kenduri, wife aku dok bersungut kat tuan rumah air kelantan ni memang teruk, nak turun dari rumah tadi air takde langsung. Lantas tuan kenduri bagitau yg dok makan sebelah kami ni pegawai AKSB, komplen teruslah. Nak tau apa jawapannya? Tangki air di Chicha dok tengah cuci, ambik masa 3 hari baru air ada balik. Terkejut kami 3hari tanpa air langsung... meleleh pun takde! Alih-alih bila balik rumah petang tu, ada dah air! Moral of the story, diorang akan jawab apa saja janji terlepas dari kena kritik masa tu. Tugas mereka bohongkan rakyat, takyah susah2 nak fikir selesaikan masalah! Samalah macam budak Anizam ni.

Unknown 3 September 2010 pada 9:13 PTG  

aku duduk dekat² wakaf che yeh. mak aku bangun kol 4 pagi tuk basuh baju. dah bepuloh tahun macam tue. Binawe betul...

Catat Ulasan

Sila tinggalkan ulasan anda

  © Blogger template Webnolia by Ourblogtemplates.com 2009

Back to TOP