.

Skrip cerita di buat di Bukit Gantang, bakar kereta di Kota Bharu

>> 08 April 2009

Gambar : Skrip asal di buat untuk PRK Bukit Gantang, tapi cerita berlaku di Kota Bharu

BUKIT GANTANG, 5 April : - Pengarah Jabatan Pilihan raya PAS Pusat,Dato' Mustafa Ali mendedahkan perbuatan melampau BN menjelang hari mengundi untuk menggambarkan PAS bertindak ganas sekaligus ianya akan dijadikan isu untuk 'pukulan maut' BN pada saat sat akhir bagi memenangkan calon BN.

"Kita mendapat maklumat pihak tertentu akan mengumpulkan kereta-kereta polis yang lama dan diletakkan di sebuah balai polis untuk dibakar kononnya kereta itu dibakar oleh orang PAS," katanya.

Beliau berkata demikian dalam sidang media di Markas Induk PAS, Air Kuning semalam.

Apabila ditanya oleh wartawan dari mana beliau mendapat maklumat itu, Mustafa merahsiakan dari mana maklumat itu diperolehinya, tetapi beliau mahu pihak polis menyiasat perkara itu.

Baca seterusnya : sini

PS : Berlaku ke insiden bakar kereta buruk di Bukit Gantang.. atau hanya cereka sahaja?

Tok Guru kesal dengan tindakan penyokong2 bolasepak Kelantan..
Aku pun malu.. tak pernah ada dalam sejarah kes membakar kereta bila kalah bola.. di Barat ada la.. dah nk tiru budaya barat ke?

Tok Guru Nik Aziz kan dah kata... "Banyakkan Bersabar". Orang muda selalu gelojoh..

Wassalam...

Read more...

Keputusan PRK yang menyenangkan

>> 07 April 2009

Keputusan PRK di ketiga-tiga kerusi memperlihatkan tiada calon dan parti yang menang.

keputusan yang sebaik-baiknya ialah..

KETIGA-TIGA PARTI BERJAYA MEMPERTAHANKAN KERUSI MASING-MASING

Jadi..tak perlu la gaduh2 dan bermasam muka..

Read more...

Keputusan 1 batang 2 bukit

BATANG AI : BN

BUKIT GANTANG : PAS

BUKIT SELAMBAU : PKR



Jadi.. tak perlu gaduh2.. sama2 dapat yang ilang dulu2..

wassalam

Read more...

Pemuda Pas tegur tindakan Ko Ming

Pemuda Pas tegur tindakan Ko Ming

SHAH ALAM - Pemuda Pas akan mengambil tindakan dengan menegur bekas Exco Kerajaan Negeri Perak, Nga Ko Ming yang menggunakan ayat al-Quran dengan dalam ceramahnya baru-baru ini.

Timbalan Ketua Pemuda Pas, Nasruddin Hasan Tantawi berkata, teguran tersebut diberikan kepada Ko Ming kerana beliau tidak menyebut ayat-ayat al-Quran dengan betul.

“Dalam kes ini, kita mengakui bahawa beliau telah salah menyebut seperti mana yang sepatutnya, kita akan tegur beliau, tetapi sekurang-kurangnya pemimpin DAP itu ingin memetik ayat Al-Quran dan seolah-olah mengakui kebenaran kitab yang dibawa oleh Islam ini,” katanya ketika dihubungi Sinar Harian.

Beliau berkata, penggunaan ayat Al-Quran oleh masyarakat buka:n Islam bergantung kepada tujuan dan niat seseorang itu, bahkan orang Islam juga haram menggunakannya jika niat yang ditunjukkan tidak betul sebagaimana yang ditetapkan agama.

:“Tetapi dalam kes ini, saya mempersoalkan kenapa Mufti Perak, Datuk Harunsani Zakaria tidak menegur ramai masyarakat Islam yang tidak menggunakan ajaran serta menyebut al-Quran dengan betul.

Baca selanjutnya ;http://www.sinarharian.com.my/com/content/story2631461.asp

Read more...

Tangkapan Pertama Pengundi Hantu (I.C dirampas)

11.30 pagi : Penangkapan ke atas pengundi luar yang cuba untuk mengundi di Bukit Gantang berjaya. Dimaklumkan beliau bukan warganegara Malaysia.

11.45 pagi : Kad pengenalan pengundi tersebut di rampas.

11.50 pagi : Gambar ic pengundi hantu tersebut seperti di bawah..



Oooo.. Sivaji The Bos rupanya

1. Bertahun2 aku mendengar istilah 'pengundi hantu'.. sampai sekarang tak ada penangkapan lagi. Dulu di KT, tapi senyap camtu aje.

2. Sila dapatkan khidmat bomoh untuk menangkap hantu-hantu ini.

3. Dan juga, sila bomohkan orang yang bersungguh2 kata kewujudan pengundi hantu dan juga yang nk menangkapnya..

4. Dapatkan juga khidmat mereka ini ; Ghostbuster


Read more...

Undilah Dengan Bijak, Selamat Mengundi


UNDILAH DENGAN BIJAK
CUMA SATU SY NK SEBUT DISINI.. UNDI UNTUK DIRI ANDA, KELUARGA & NEGARA INI
BUKANNYA UNDI KERANA KASIHAN, IHSAN ATAU DUIT 'KOPI' (KASIHANKAN DIRI ANDA DAHULU)
DENGAN UNDI ITU, APA YANG ANDA DAPAT..APA YANG ANAK2 ANDA DAPAT, APA YANG KELUARGA ANDA DAPAT, APA YANG NEGARA ANDA DAPAT..

WASSALAM..

Read more...

Esok; Nizar tak boleh mengundi.. Ismail boleh pula

>> 06 April 2009

TAIPING: Hanya calon Barisan Nasional (BN), Ismail Saffian yang layak mengundi dalam pilihan raya kecil kawasan Parlimen Bukit Gantang, esok.

Beliau akan mengundi di Sekolah Kebangsaan Bukit Gantang, Changkat Jering.

Calon Pas, Datuk Seri Mohamad Nizar Jamaluddin, bukan pengundi di Bukit Gantang tetapi di kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Pasir Panjang di bawah kawasan Parlimen Lumut.

Calon Bebas pula, Kamarul Ramizu Idris langsung tidak mendaftar sebagai pengundi di mana-mana kawasan.

Terdapat 55,562 pengundi berdaftar di Bukit Gantang, termasuk 136 pengundi pos.

Sebanyak 32 tempat mengundi disediakan untuk pilihan raya kecil di kawasan ini. - Bernama

Read more...

Label

Bermula 19/7/2010

Pengiklanan Sahaja

  © Blogger template Webnolia by Ourblogtemplates.com 2009

Back to TOP