.

Skrip cerita di buat di Bukit Gantang, bakar kereta di Kota Bharu

>> 08 April 2009

Gambar : Skrip asal di buat untuk PRK Bukit Gantang, tapi cerita berlaku di Kota Bharu

BUKIT GANTANG, 5 April : - Pengarah Jabatan Pilihan raya PAS Pusat,Dato' Mustafa Ali mendedahkan perbuatan melampau BN menjelang hari mengundi untuk menggambarkan PAS bertindak ganas sekaligus ianya akan dijadikan isu untuk 'pukulan maut' BN pada saat sat akhir bagi memenangkan calon BN.

"Kita mendapat maklumat pihak tertentu akan mengumpulkan kereta-kereta polis yang lama dan diletakkan di sebuah balai polis untuk dibakar kononnya kereta itu dibakar oleh orang PAS," katanya.

Beliau berkata demikian dalam sidang media di Markas Induk PAS, Air Kuning semalam.

Apabila ditanya oleh wartawan dari mana beliau mendapat maklumat itu, Mustafa merahsiakan dari mana maklumat itu diperolehinya, tetapi beliau mahu pihak polis menyiasat perkara itu.

Baca seterusnya : sini

PS : Berlaku ke insiden bakar kereta buruk di Bukit Gantang.. atau hanya cereka sahaja?

Tok Guru kesal dengan tindakan penyokong2 bolasepak Kelantan..
Aku pun malu.. tak pernah ada dalam sejarah kes membakar kereta bila kalah bola.. di Barat ada la.. dah nk tiru budaya barat ke?

Tok Guru Nik Aziz kan dah kata... "Banyakkan Bersabar". Orang muda selalu gelojoh..

Wassalam...

2 ulasan:

PasMuda 9 April 2009 8:11 PTG  

Tok Pa silap dengar maklumat. Kononnya dia dgr org nak merusuh akibat pilihanraya. Padahal org nak merusuh sbb kalah bola

guab0tak_ 10 April 2009 7:29 PTG  

"menang bakar........kalah bakar..."
apa lagi mau.......??

Catat Ulasan

Sila tinggalkan ulasan anda

Label

Bermula 19/7/2010

Pengiklanan Sahaja

  © Blogger template Webnolia by Ourblogtemplates.com 2009

Back to TOP