.

Susah juga BN nak menang? Tapi PKR juga susah

>> 25 April 2010

50-50 lah..

Ada member yg dok berkampung di Hulu Selangor..
Mengatakan undi Cina kepada BN agar sukar, tetapi tidak bagi undi kaum India. Ada angin perubahan dari kaum India kepada Kamal (BN).

Undi kaum Cina lebih memihak kepada Zaid (PKR)

Manakala Melayu pula.. boleh dikatakan turun naik (50-50).

7 orang saya sms tadi, 3 mengatakan BN boleh menang.. yg lain2 tak tau menahu (sah kaorang pergi makan angin).

Read more...

Pandai Kamal mainkan Anwar

>> 24 April 2010

Kamal jawab soalan dari wartawan;

Soalan Wartawan, "Anwar Ibrahim pernah berkata bahawa Umno mahukan calon yang lemah, sebab itu, anda dipilih. Apa komen anda?"

Jawapan yang diberikan Kamal, "Sekiranya saya calon yang lemah, Anwar Ibrahim tidak akan berkempen di Hulu Selangor untuk calon PKR, Datuk Zaid Ibrahim". (Jawapan itu mendapat tepukan daripada sebahagian besar pemberita yang hadir).

Boleh baca seterusnya di s.i.n.i

~ dan nik aziz pula turun membantu anwar berkempen


Tapi itu Anwar lagi hebat menjawab soalan dari wartawan; tgk video di bawah;



Nilai-nilaikan..

Read more...

Khalid 'galak' pemimpin dan ahli PKR "masuk lokap"

>> 23 April 2010


"Saya harap mereka yang 'masuk lokap' dapat menggunakan kesempatan itu untuk 'mengiklankan' diri mereka," katanya secara sinis kepada pemberita selepas mempengerusikan mesyuarat Exco di sini hari ini.


Sapaan dari Khalid disambut oleh ahli-ahli PKR (gambar bawah)

Masuk lokap best!!..mungkin itu yg cuba di katakan

Cerita sebenar blh baca di S.i.n.i, heheheh...

Read more...

Isu Zaid: Azmin isi batu, BN tolong lastik

>> 19 April 2010

Lansung tak percaya yg orang kiri kanan Zaid tidak tahu siapa Zaid dan sifat perangainya yg menyebabkan orang Kota Bharu menolak beliau memberi sokongan kepada parti lawan.

Cabaran dari Azmin nampak pelik,

Permintaan Azmin di siar di muka hadapan Mingguan

Azmin dah 'tolong' minta.. Blogger pro-BN pula dedahkan. Baca sini.
Adakah PKR-Azmin akan menang?


Utusan hari ini menyebut;

KUALA LUMPUR 18 April - Para pengendali laman blog hari ini menyatakan kesediaan untuk mengemukakan bukti bahawa Datuk Zaid Ibrahim seorang kaki botol tegar.

Menurut mereka, pendedahan sebagai menyahut cabaran Naib Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Mohamed Azmin Ali semalam akan dibuat tepat pukul 12 tengah hari esok melalui laman blog masing-masing.

Pengendali laman blog Gerakan Anti-PKR (GAP) dalam entri terbaru bertajuk Cabaran Azmin, GAP Sambut! Isnin 19 April Jam 12 Tengah Hari menulis, pendedahan itu pasti akan 'meletup'.

"Cabaran ini GAP sambut. Barisan Nasional (BN) duduk diam-diam! Pastikan anda berada di depan laptop dan pc (komputer peribadi) pada hari Isnin 19 April tepat jam 12 tengah hari!" tulis pengendali GAP dalam blog http://gerakan-anti-pkr.blogspot.com.

Mingguan Malaysia hari ini menyiarkan pada muka depan cabaran Mohamed Azmin yang menyifatkan isu kaki botol itu sengaja ditimbulkan oleh BN bagi tujuan membunuh karakter Zaid yang akan bertanding mewakili parti berkenaan pada Pilihan Raya Kecil Parlimen Hulu Selangor.

Mohamed Azmin turut mempersoalkan kenapa baru sekarang isu itu ditimbulkan sedangkan Zaid telah lama berada dalam UMNO.

Dalam pada itu, pengendali laman blog www.pisau.net dalam entri bertajuk Hulu Selangor: Buktikan Zaid Kaki Botol, Blogger Sahut Cabaran Azmin, menulis, beliau akan turut membuat pendedahan serupa seperti GAP pada waktu sama esok.

Beliau menambah, cabaran itu bukan sahaja akan disambut oleh mereka berdua malah seluruh pengendali laman blog pro-BN.

"Aku dengan GAP sahut cabaran. Seluruh blogger pro-BN akan buktikan esok tepat jam 12 tengah hari. Nantikan pendedahan kami!

"Pisau seronok tengok Azmin kenakan Zaid," tulisnya merujuk kepada hubungan 'suam-suam kuku' antara kedua-dua pemimpin PKR itu.


Read more...

PRK Hulu Selangor: Zaid vs Azmin; Siapa akan 'menang'?

>> 18 April 2010

(Azmin, mengharapkan Zaid kalah..agar dia dapat terus bertahta di sisi Anwar)

Pertama sekali, tahniah kepada Datuk Zaid Ibrahim kerana 'tercalon' untuk berttanding di Hulu Selangor. Begitu juga dengan Kamal, yg mewakili MIC (BN).

Bagi saya, PKR bukan berlawan dengan BN atau Bebas..tetapi PKR 'berlawan' dengan PKR

Iaitu antara Azmin dengan Zaid..


Zaid..dia perlu menang, agar dia dapat merampas kedudukan Azmin di sisi anwar.

Kita lihat kehebatan Zaid berbanding Azmin;

Zaid hanya mengambil masa lapan tahun untuk memegang semua jawatan dalam parti. Dari memegang jawatan Ketua Bahagian (Kota Bharu) pada tahun 2001, Timbalan Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Kelantan tahun 2003, Ahli Parlimen Kota Bharu tahun 2004 dan Menteri di Jabatan Perdana Menteri Mac 2008.

Samsul Iskandar macam mana?

Read more...

Jom Heboh : 30,000 banjiri konsert jom heboh

>> 30 Mac 2010


Terkejut juga pabila jom heboh berjaya masuk ke Kelantan al serambi mekkah.

Tahniah kerana sudah menghalalkan benda yang di haramkan pada masa dulu.
Malam ahad saya tengok konsert Jom Heboh di kota bharu di TV3, menarik. kehadiran dikatakan 30,000 orang.

Saya sempat tengok konsert dari artis lelaki.. saya ingatkan selepas dikir barat sembahan Megat Nordin, persembahan seterusnya adalah nayid dari kumpulan nasyid tersohor. Atau koman-koman pun, dikir barat lagi (seperti cikgu sulizi). Meleset jangkaan saya.. yg di paparkan ialah nyayian dari artis lelaki. Ada band di belakangnya serta bermain gitar..

Hehehehe...

Ala.. dulu kata calon pilihanraya perempuan yg dicalonkan dari parti lawan haram..sebab dia perempuan, suara perempuan itu aurat. Sekarang dalam DUN ada YB perempuan, merangkap exco pulak tu. Mungkin alasan senang nk jaga hal orang perempuan.

Nak buat macam mana..dah chop halal haram ada di tangan dia.

Negeri lain tidak perlu tiru cara kelantan, kerana Kelantan akan tiru cara negeri lain. Mungkin tahun2 depan artis perempuan pula boleh buat persembahan, dengan syarat pakai tudung mcm wahida.

hehehe...jangan cepat sangat nk haramkan sesuatu tanpa melihat baik buruk.. sekarang kat kedai kopi menyokong dah kena hentam.. Guano wey halal hok kato hare dulu-dulu.

Ada benang basah yg nk di tegakkan?

Read more...

74% sokong Pakatan Rakyat/PKR

>> 01 Mac 2010

Rasanya kalau khairy habiskan RM200 untuk undi sms di atas, undi YA akan naik melintasi undi TIDAK.


Undi SMS di TV..
Satu orang blh undi lebih dari satu undi.
Sapa ada duit banyak, dia blh undi berkali2.
AF, Malaysia Idol, Geng Starz LG, raja lawak dah pelbagai lagi rancangan reality, semuanya pakai undi.
Masa Mawi di AF, pihak penganjur untung jutaan ringgit hasil 'sumbangan' penonton.
Dalam satu penganjuran (lupa plk nama), seorang perempuan memenangi RM 2,000.00..tetapi dia menghabiskan RM900 untuk undi 'jawapan' yang terlalu mudah. Yg habiskan RM 200/500/100/50 berputih mata.

Anwar ada jentera media elektroniknya sendiri.. pemuda umno camna?

Read more...

Label

Bermula 19/7/2010

Pengiklanan Sahaja

  © Blogger template Webnolia by Ourblogtemplates.com 2009

Back to TOP