.

Dilema dalam PAS (Edisi ke-dua)

>> 14 Januari 2009

KUALA LUMPUR 14 Jan. — DAP mengancam untuk menarik diri daripada Pakatan Rakyat sekiranya PAS masih mahu melaksanakan undang-undang hudud dan qisas jika pembangkang menerajui negara ini.

Pengerusi DAP, Karpal Singh ketika menyatakan perkara itu mengulangi pendirian bahawa hukum hudud dan qisas bukan menjadi dasar DAP dan tidak termasuk dalam manifesto Pakatan Rakyat pada pilihan raya umum Mac tahun lepas.

“Sewajarnya PAS mengambil kira pandangan DAP sebagai anggota dalam Pakatan Rakyat dan menghormati pendirian kami,” katanya kepada pemberita di luar perkarangan Istana Negara di sini hari ini.

Terdahulu beliau menyerahkan surat untuk Yang di-Pertuan Agong Tuanku Mizan Zainal Abidin mengenai pelantikan Tan Sri Zaki Tun Azmi sebagai Ketua Hakim Negara. Surat itu diterima oleh Setiausaha Istana Negara Zainab Muhammad di luar pagar pintu belakang Istana Negara.

Pada 21 Dis lepas Naib Presiden PAS Datuk Husam Musa berkata parti itu tidak pernah melupakan dasar perjuangannya untuk menegakkan pemerintahan Islam di negara ini termasuk melaksanakan hukum hudud. — Bernama


Berani tak pemimpin kita buat keputusan yang sama jika ada pihak menentang pelaksanaan HUDUD?

2 ulasan:

Tanpa Nama,  14 Januari 2009 pada 4:29 PTG  
Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pentadbir blog.
abe MIE 'TERJAH' 14 Januari 2009 pada 9:51 PTG  

PAS kena tiru jihad rakyat Palestin gamaknya..jihad PAS dah kotor secemar najis babi dah.... PAS menang pun bukan kerana orang suka PAS tapi orang nak 'buli' Pak Lah jea yang dok tidur...

Catat Ulasan

Sila tinggalkan ulasan anda

Label

Bermula 19/7/2010

Pengiklanan Sahaja

  © Blogger template Webnolia by Ourblogtemplates.com 2009

Back to TOP