.

PRK Kuala Terengganu : Apa yang di pilih?

>> 07 Januari 2009




















Di ambil dari blog cikguman



Sebenarnya; sebagaimana lazim kempen-kempen pilihanraya yang lalu, biar bagaimana jenuhpun dipaparkan fakta-fakta tentang perlunya penyatuan, namun segolongan pihak akan membutakan mata dan memekakkan telinga serta memalingkan muka daripada kebenaran. Maka untuk kesekian kalinya pihak tersebut akan mengemukakan pandangannya sahaja dan akan menerima hanya fakta yang dirasanya sesuai dengan citarasanya sendiri. Justeru, teruskanlah begitu kerana Demangpun malas nak bertekak dengan puak yang begitu.

Kepada yang masih percaya bahawa penyatuan itu faktor utama kekuatan dan kekuatan itu perlu bagi menjaga diri maka Demang ingin menarik perhatian terhadap beberapa perkara:

Pertama: Apa perlunya PAS menang dalam PRK kali ini? Adakah dengan kemenangan itu dapat menjadikan PAS mendominasi Pakatan Rakyat? Atau sekadar menjadikan UMNO semakin lemah dalam membuat keputusan dalam BN?

Kedua: Apa untungnya orang Melayu jika UMNO kalah? Adakah kekalahan tersebut dapat menghalang DS Najib daripada menjadi PM? Jika demikian niatnya, adakah benar Najib tidak layak menjadi PM? Dan jika demikian, siapa pula yamg lebih layak?

Ketiga: Adakah PAS benar-benar bersedia mengambil alih kepimpinan negara dengan menjadi parti yang mendominasi Pakatan Rakyat? Secara realitinya, adakah majoriti orang Melayu akan memilih PAS dalam PRU13? Padahal dalam analisis PRU12 majoriti orang Melayu masih memberi undi kepada UMNO. Malangnya kesepakatan orang bukan Melayu telah menyebabkan parti komponen BN iaitu Gerakan, MCA, dan MIC kalah teruk. Akhirnya percaturan pewaris PAP iaitu baka daripada Lee Kuan Yew yang dijelmakan melalui DAP berjaya mengkucar-kacirkan politik negara.

Keempat: Selesaikah masalah orang Melayu jika calon UMNO kalah dan kerusi UMNO berkurangan satu lagi? Adakah keputusan begitu boleh ditafsirkan sebagai kemenangan orang Melayu? Adakah apabila suara majoriti UMNO berkurangan suara orang Islam bertambah?

Kelima: Perlukah lagi kita bertengkar dan mengungkit hal-hal yang lepas tatkala bahtera sedang karam? Mungkin ada pihak yang berkata, biarkan bahtera itu karam kerana bahtera itu milik UMNO. Maka biarkanlah UMNO musnah. Semudah itukah percaturan politik? Semudah itukah bahtera PAS akan menampung semua penumpang daripada bahtera UMNO itu? Tidakkah nanti bahtera PAS pula yang akan karam kerana mengambil semua penumpang yang berbagai ragam? Sudah cukup bersediakah sebilangan ahli UMNO yang dikatakan ‘haru-biru’ itu berkongsi bahtera dengan ahli PAS? Bagaimana pula golongan ‘edrogan’ dalam PAS yang tidak disenangi oleh ahli PAS tulen?

Tak apalah, jika itu pilihan anda. Kita lihatlah sahaja nanti apabila UMNO dikecilkan lagi kuasanya dan akhirnya tumbang. Kita lihatlah nanti samada kita masih mampu bertepuk tangan.

Sudahlah Demang. Apa diratap apa dirayu. Tidak ‘kan berubah pendirian mereka yang menentang.

Ah! Demang tidak gundahkan tentang itu. Demang juga tidak harapkan usaha Demang berhasil mengubah pendirian mereka. Demang menulis hanya bagi mematuhi jadual ibadah Demang. Dalam pengamatan dan amalan ilmu Demang, jika begini situasinya maka beginilah bentuk tulisan Demang. Jika berubah situasi dan isunya, lain pula yang Demang nukilkan.

Bagi Demang: inilah ibadah Demang.

Demang menyeru pada perpaduan.

Sejarah Andalusia amat pedih untuk dikenang. Kini Palestin sedang melalui sejarah yang sama.

Wallahu’alam.

------------------------
Tambahan : Juga dari cikguman

Kawasan parlimen P036 KUALA TERENGGANU mempunyai 80,326 pengundi dengan majoriti pengundi Melayu sebanyak 87.4 peratus, Cina (11.6 peratus), India (0.7 peratus) dan yang lain (0.3 peratus).

Sifir politik:
UMNO masih menguasai BN.
BN tetap membentuk kerajaan persekutuan.
Kekalahan UMNO menjadikan UMNO kekurangan kuasa dalam BN.
BN tetap membentuk kerajaan namun UMNO semakin lemah.

PAS bukan menguasai PR.
Kemenangan PAS dalam PRK ini juga tidak menjadikan PAS menguasai PR. Kemenangan itu memang boleh ditafsirkan bahawa PAS lebih kuat... namun:-

Analoginya, kuatnya PAS seperti kuatnya orang yang selama ini lemah. Ertinya, lebih kuat dari dulu tetapi tidaklah kuat jika dibandingkan dengan orang lain.

Memang UMNO lebih lemah berbanding dahulu. Namun dibandingkan dengan PAS, UMNO tetap masih kuat.

------------
PS : Ambo ada sedikit keyakinan yang mana PAS boleh menang di KT.. tetapi, walaupun menang sekalipun, PAS tetap menjadi seperti pak turut dalam PR. Seolah2 PAS macam 'budak bodo' (maaf kalau terkasar). Apapun, begitulah hakikatnya.

Ramai di kalangan pemimpin PAS sudah mencelik kepada kuasa & dendam.

Pada hemat ambo.. selepas PRU-12, PAS sudah 'KALAH'

0 ulasan:

Catat Ulasan

Sila tinggalkan ulasan anda

Label

Bermula 19/7/2010

Pengiklanan Sahaja

  © Blogger template Webnolia by Ourblogtemplates.com 2009

Back to TOP