.

Jadi ke PAS nk blah dari PR?

>> 11 Februari 2009

1. Teringat zaman perjuangan dulu2 (masa umor belasan tahun).. masa tu PAS cukup gah (zaman sebelum tahun 1998). Membawa Ideologi sendiri, tiada unsur2 dari luar.. apa-apa permasalahan, rujuk presiden parti atau terus masuk majlis Syura.

2. Zaman kegemilangan PAS boleh dikatakan zaman masa arwah Ustz Fadhil Nor. Masa tu cukup kuat (walaupun kerusi tak banyak). Rasanya cukup sepadan kalau nk bandingkan Arwah ngan TDM, sama-sama boleh di angkat ibu jari. Hebat dan berpandangan jauh. Kalau la arwah masih ada.. PAS tak kan wujud dalam PR, mungkin akan di lepang budak2 erdogan tu.

3. Tapi dugaan kepada PAS datang.. iaitu setelah PKR iaitu parti baru hasil sisa-sisa dari BN (UMNO) wujud. PKR seperti pohon dedalu dalam PAS.. datang untuk menumpang kasih dan tuah PAS, tapi sedikit demi sedikit ideologi baru di suntik kedalam PAS. Sekarang PAS di penuhi dengan anasir baru yang dah mahu membelakangi arahan ulama'. Mahu membelakangi suara Tuan Guru Presiden.

4. Dengan PKR lah PAS mula berjinak2 dengan DAP yang kita sedia maklum menentang undang2 HUDUD & Islam.

5. Pendapat saya pasal isu Perak, biarlah Perak dibawah UMNO (BN), mereka juga Melayu..sekurang-kurangnya ada jaminan yang negeri tu Melayu pegang. Bukannya di bonekakan. Buat apa nama MB Melayu kalau hala tuju di kontrol oleh bangsa lain.

6. Pada pendapat saya, memang Sultan tahu permasalahan di Perak.. Mungkin baginda tahu yang bekas MB tak boleh di harap.. sikit2 kaum satu lagi.

7. 999 boleh di genapkan kepada 1000.. tapi kerana takut rakyat nampak 'terlalu banyak iaitu 4 angka'. di kurangkan kepada 999. Sisa-sisa akhir perjuangan bekas MB ialah memberi 99 tahun cagar tanah kepada industri yang asalnya 30 tahun dan 60 tahun.. Kilang ni milik sape? rasanya banyak kaum satu lagi punya.

8. Rugi ke rakyat Perak dibawah kerajaan baru?.. Diaorang tak bagi subsidi ke? Diaorang tarik balik klinik, sekolah, hospital awam ke?

9. Bagi saya..rakyat tak rugi apa-apa. YB pun tetap ada jawatannya. Kecuali jawatan EXCO yang terpaksa hilang.. DAP mengamuk pun pasal diaorang hilang jawatan EXCO ni lah.. Ye la kan.. sepatutnya dapat harta banyak..alih2 orang lain 'blok', mengamuk la mereka.

10. Ayoh Nik (Tok Guru Nik Aziz) boleh terima arahan Sultan Perak.. kenapa YB Nizar tak boleh terima? Cuba tiru cara Tok Guru, kan elok. Ikut perintah sultan.

11. Wassalam...

4 ulasan:

Syammil 12 Februari 2009 pada 2:41 PG  

sepatutnya pnyokong pr perak bersyukur dan menyambut baik kerajaan baru kerana diperintah oleh orang melayu..xperlu baring atas jalan.malu btul la tengok melayu camtu

Razif AR Al-Marbawi 12 Februari 2009 pada 4:21 PTG  

saya sokong kenyataan saudara, dan saya lah orang yang akan tumpang gembira jika PAS keluar daripada Pakatan Rakyat walaupun saya penyokong UMNO.

saya juga amat menyanjung ideologi PAS sebelum 1998 dan memang saya melihat PAS ketika itu sebagai satu parti Melayu alternatif dan sebagai mengimbang salah dan silap UMNO.

saya juga tidak musykilkan pemerintahan PAS di Kelantan dan Kedah ketika ini kerana saya pasti keputusan ketua kerajaan negeri tidak dipengaruhi oleh mana-mana pihak selain daripada orang Melayu Islam sendiri.

saya juga berharap agar saudara dapat membantu rakan-rakan saudara di dalam PAS supaya mendesak PAS keluar daripada Pakatan Rakyat dan sama-sama berjuang dengan UMNO/BN (PAS tak perlu pun masuk BN, tetapi menjadi gah sebagai kuasa pengimbang Melayu Islam), demi memartabatkan Islam di Malaysia ini.

saya pasti PAS boleh jadi parti pembangkang yang menasihati UMNO/BN supaya tawadduk dan istiqamah dalam menjalankan pemerintahan, bukan sekadar membangkang semata-mata.

saya juga kepingin melihat UMNO dan PAS menjadi 'teman tapi mesra'

azlishukri 13 Februari 2009 pada 11:45 PG  

semoga Allah selamatkan perak.

Catat Ulasan

Sila tinggalkan ulasan anda

  © Blogger template Webnolia by Ourblogtemplates.com 2009

Back to TOP