.

Harapan pada PAS & UMNO sahaja

>> 11 Julai 2010

KOTA BHARU: Cita-cita untuk menjadikan Malaysia sebagai negara yang mengamalkan dasar Islam akan menjadi kenyataan jika PAS dan UMNO bersatu dan bekerjasama.

Panel Pemikir Jabatan Hal Ehwal Khas (JASA), Lokman Nor Adam, berkata cita-cita PAS merealisasikan hasrat itu akan menjadi lebih mudah jika mereka berbaik-baik dan bekerjasama dengan UMNO berbanding dengan DAP dan Parti Keadilan Rakyat (PKR)

Sebab itu tiada sebab PAS tidak menyahut salam UMNO untuk berbaik-baik dan melupakan sejarah hitam menyebabkan kedua-dua parti itu berpecah daripada gabungan dalam Barisan Nasional (BN) pada 1977.


"Jika UMNO dan PAS bekerjasama banyak perkara boleh direalisasikan, termasuk melaksanakan hukum hudud, berbanding dengan tindakannya bekerjasama dengan DAP dan PKR yang ternyata mempunyai dasar dan matlamat perjuangan yang berbeza," katanya pada majlis Wacana Perdana di Balai Islam, Lundang, di sini, malam tadi.

Wacana yang lebih berbentuk debat terbuka antara kedua-dua parti terbesar PAS dan UMNO itu sedikit tercemar oleh sikap penonton yang mengejek sesetengah ahli panel.

Turut diundang menganggotai panel ialah bekas Mufti Perlis, Dr Mohd Asri Zainal Abidin; Ahli Parlimen Bukit Mertajam, Mujahid Yusoff Rawa; dan Pengerusi Biro Agama Badan Perhubungan UMNO Kelantan, Mohd Affandi Yusoff.
Pensyarah Sains Politik Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Prof Madya Dr Mohammad Agus Yusoff, menjadi moderator wacana yang bertajuk "Bolehkah Melayu Bersatu?".

Kira-kira 3,000 penyokong kedua-dua parti itu hadir pada majlis itu.

Lokman yang sebelum ini bekas ahli PKR berpendapat PAS tidak mungkin dapat menubuhkan negara Islam seperti yang diharapkan kerana tidak mempunyai kuasa yang cukup dua pertiga di Parlimen jika tidak bersatu dengan UMNO yang mempunyai suara majoriti orang Melayu dan Islam.

Sementara itu, Dr Mohd Asri berpendapat bersatu untuk menyokong sesebuah parti politik tidak membawa makna selagi ia tidak diasaskan kepada bersatu dalam erti kata menegakkan wadah perjuangan Islam yang sebenar.

"Semangat perpaduan dan bersatu dalam konteks bangsa sahaja tidak menjamin perpaduan dalam erti kata sebenar, buktinya dapat dilihat apabila masih ramai umat Islam di dunia yang berpecah belah dan tidak bersatu kerana tidak meletakkan asas perpaduan Islam," katanya. - Bernama

----------
Hanya orang kafir dan yahudi sahaja tidak mahu melihat ummat Islam kuat dengan penyatuan. Mereka ini lebih senang memecah belahkan ummat Islam agar mereka senang untuk perintah.

Semuanya bergantung kepada kedua-dua pemimpin parti ini.

Sudah tentu Anwar dan DAP tidak mahu penyatuan ummat Islam di Malaysia ini seperti yg disarankan...

0 ulasan:

Catat Ulasan

Sila tinggalkan ulasan anda

Label

Bermula 19/7/2010

Pengiklanan Sahaja

Sumber (Bermula Mei 2010)

Blog Archive

  © Blogger template Webnolia by Ourblogtemplates.com 2009

Back to TOP