.

Najib tidak kata 'celako..celako..celako'

>> 10 Julai 2010

KOTA BHARU - Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat menggesa kerajaan Barisan Nasional (BN) bersikap lebih terbuka dan sedia menerima kritikan parti sendiri mahupun pembangkang.

Menteri Besar Kelantan itu berkata, ajaran Islam sendiri menuntut bahawa sebarang teguran dan kritikan tidak ditutup malah hendaklah dijawab dengan baik oleh kerajaan mahupun pihak yang dikritik.

“Ini cara demokrasi, apa sahaja (kritikan) dari Pas atau UMNO cakap, kerajaan jawab balik, jangan tutup begitu, kalau tidak ada modal nak jawab kenapa nak jadi kerajaan,” katanya kepada pemberita selepas kuliah Jumaatnya di sini, semalam.

Beliau berkata demikian ketika mengulas tindakan Kementerian Dalam Negeri (KDN) memberi surat tunjuk sebab yang kepada lidah rasmi Pas, Harakah serta pembatalan permit kepada Suara Keadilan yang dikeluarkan oleh Parti Keadilan Rakyat (PKR).

Sebelum ini, :Suara Keadilan: menerbitkan artikel kontroversi yang mendakwa Felda Bankrap sehingga menyebabkan agensi itu mengambil tindakan tegas dengan menyaman akhbar terbabit.

Sinar Harian

**********
Najib kena kritik, fitnah, maki hamun, org kata huduh..dia tak pernak kata kesat kpd orang yg mengatakan/mencelanya..

Tok Guru pulak, ore kritik sikit..terus celako x3, doa tu doa ni.. Cam ni ka wajah pemimpin?

Biasa la.. amalkan politik 'Aku Baik, Kamu Jahat'.

0 ulasan:

Catat Ulasan

Sila tinggalkan ulasan anda

Label

Bermula 19/7/2010

Pengiklanan Sahaja

Sumber (Bermula Mei 2010)

Blog Archive

  © Blogger template Webnolia by Ourblogtemplates.com 2009

Back to TOP