.

Gedebe; Khairy silap lagi

>> 28 Jun 2010

REMBAU 27 Jun - Ketua Pergerakan Pemuda UMNO, Khairy Jamaluddin hari ini menarik balik perkataan 'jaguh kampung' yang diberi kepada Presiden Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (Perkasa), Datuk Ibrahim Ali, namun menggantikannya dengan 'gedebe politik' (samseng politik).
Utusan
Di Negeri 9 boleh la Khairy goreng kerana penduduk Negeri tak faham secara terperinci maksud 'gedebe', cuba istilahkan perkataan gedebe di Kelantan, org Kelantan boleh berbangga dgn orang yg di istilah gedebe.


Istilah gedebe oleh Cg Nasir;

Orang yang betul-betul 'gedebe' ialah orang yang biasanya bercakap dalam bahasa yang sangat santun, sentiasa beradik abang dengan lawan cakapnya, selalu minta jalan bila nak lalu di hadapan orang, sering minta maaf walaupun tak salah. Mereka garang tapi bukan sembarangan. Mereka ini cukup tertib cara cakapnya, sembangnya tak keterlaluan, gelaknya taklah mengilai.Mereka tahu mereka bengis, sebab itu mereka tak akan membuat orang menangis. Mereka sensitif, sebab itu mereka tidak akan buat orang merintih. Bergaduh tidak sekali, bila minum tak segan mempelawa dibayar habis satu meja.


Gedebe = Orang yg berani (berani buat berani tanggung)
Gedebe = Bukan calang2 orang
Gedebe = Kepala perang (Mengepalai perang)
Gedebe = Berani walau dia tahu dia tidak kuat


Gedebe jauh sekali dengan istilah 'anak omak' atau anak mak. Jika Ibrahim mengistilahkan Khairy sebagai anak mak di kelantan, orang kelantan anak kagum dengan beliau kerana anak emak (lebih2 lagi perempuan) adalah istilah untuk orang yg 'bejurus' atau mendengar kata.

Jika di istilahkan di Negeri..anak omak membawa maksud 'ada masalah, mengadu kat mak'. Betul ka?

hehehe...

0 ulasan:

Catat Ulasan

Sila tinggalkan ulasan anda

Label

Bermula 19/7/2010

Pengiklanan Sahaja

  © Blogger template Webnolia by Ourblogtemplates.com 2009

Back to TOP