.

Isu tarikh PRK, bersalahkah SPR?

>> 15 Februari 2009


Pelik jugak..

Kenapa tarikh dijadikan isu oleh Fakatan Riot?

Takut kepada Najib gamaknya..

Ye la kan.. hujung bulan 3 ni Pak Lah akan bagi jawatan PM kat Najib..

Mungkin Fakatan Riot takut kat tentera & Najib kot?

Kepada Fakatan Riot..sampai bila nk mengharapkan kepada Pak Lah & Anak Menantu untuk menang..

Ni baru Best.. Nuar VS Najib (Double N).. Kita tengok kepala siapa yang banyak posing-posing..

Tarikh tu tak kisah la SPR nk letak bila2.. pasal dia ada 60 hari.. pelik ape kan?


Mungkin SPR juga 'syok' cam saya.. nk tengok player mana yang best.. Berat sebelah kalau Nuar VS Pak Lah.. Pak Lah tu taraf Tok Guru.. mana blh lawan.. kalah la Pak Lah..

Tu pun kalau Pak Lah nk turun.. kalau tak, berat sebelah lagi la..

Harap PAS ambik 'bukit' di Perak, letak group Kepimpinan Ulama', jangan kasi Erdagon masuk.. kita kasi tutup sama anwar punya mulut.. Kita baling PKR & DAP serta Erdogan kat celah bukit.. kasi makan pak rimau. Dan senang nk timbus & baca talkin kat mereka-mereka ni..

Harakah? Lama benar dah tak beli.. baca yang jiran punya jarang2.. Harakah banyak melalak & merapu dah sekarang.. dop supe mulo.. baik baca Sinar Harian..

Read more...

Jadi ke PAS nk blah dari PR?

>> 11 Februari 2009

1. Teringat zaman perjuangan dulu2 (masa umor belasan tahun).. masa tu PAS cukup gah (zaman sebelum tahun 1998). Membawa Ideologi sendiri, tiada unsur2 dari luar.. apa-apa permasalahan, rujuk presiden parti atau terus masuk majlis Syura.

2. Zaman kegemilangan PAS boleh dikatakan zaman masa arwah Ustz Fadhil Nor. Masa tu cukup kuat (walaupun kerusi tak banyak). Rasanya cukup sepadan kalau nk bandingkan Arwah ngan TDM, sama-sama boleh di angkat ibu jari. Hebat dan berpandangan jauh. Kalau la arwah masih ada.. PAS tak kan wujud dalam PR, mungkin akan di lepang budak2 erdogan tu.

3. Tapi dugaan kepada PAS datang.. iaitu setelah PKR iaitu parti baru hasil sisa-sisa dari BN (UMNO) wujud. PKR seperti pohon dedalu dalam PAS.. datang untuk menumpang kasih dan tuah PAS, tapi sedikit demi sedikit ideologi baru di suntik kedalam PAS. Sekarang PAS di penuhi dengan anasir baru yang dah mahu membelakangi arahan ulama'. Mahu membelakangi suara Tuan Guru Presiden.

4. Dengan PKR lah PAS mula berjinak2 dengan DAP yang kita sedia maklum menentang undang2 HUDUD & Islam.

5. Pendapat saya pasal isu Perak, biarlah Perak dibawah UMNO (BN), mereka juga Melayu..sekurang-kurangnya ada jaminan yang negeri tu Melayu pegang. Bukannya di bonekakan. Buat apa nama MB Melayu kalau hala tuju di kontrol oleh bangsa lain.

6. Pada pendapat saya, memang Sultan tahu permasalahan di Perak.. Mungkin baginda tahu yang bekas MB tak boleh di harap.. sikit2 kaum satu lagi.

7. 999 boleh di genapkan kepada 1000.. tapi kerana takut rakyat nampak 'terlalu banyak iaitu 4 angka'. di kurangkan kepada 999. Sisa-sisa akhir perjuangan bekas MB ialah memberi 99 tahun cagar tanah kepada industri yang asalnya 30 tahun dan 60 tahun.. Kilang ni milik sape? rasanya banyak kaum satu lagi punya.

8. Rugi ke rakyat Perak dibawah kerajaan baru?.. Diaorang tak bagi subsidi ke? Diaorang tarik balik klinik, sekolah, hospital awam ke?

9. Bagi saya..rakyat tak rugi apa-apa. YB pun tetap ada jawatannya. Kecuali jawatan EXCO yang terpaksa hilang.. DAP mengamuk pun pasal diaorang hilang jawatan EXCO ni lah.. Ye la kan.. sepatutnya dapat harta banyak..alih2 orang lain 'blok', mengamuk la mereka.

10. Ayoh Nik (Tok Guru Nik Aziz) boleh terima arahan Sultan Perak.. kenapa YB Nizar tak boleh terima? Cuba tiru cara Tok Guru, kan elok. Ikut perintah sultan.

11. Wassalam...

Read more...

Tok Guru tak mau Nizar

>> 10 Februari 2009

KOTA BHARU: Mursyidul Am PAS, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat tidak bersetuju dengan cadangan DAP supaya bekas Menteri Besar Perak, Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin diberi peluang bertanding pada pilihan raya kecil Parlimen Bukit Gantang nanti.

Baca : berita harian online.

-----------------
Tok Guru pun tau Nizar ni boneka gamaknya..

Read more...

PERAK : BN Jangan terlalu gembira.

>> 09 Februari 2009





Pakatan Rakyat Perak diberitakan akan mengganggu gugat persidangan Dewan Undangan Negeri apabila mula bersidang nanti.

Menurut maklumat sulit yang kami terima dari pimpinan PKR Selangor, ada perancangan untuk Pakatan Rakyat meneruskan usaha membubar DUN Negeri Perak sebaik sahaja sidang Dewan bermula.

Berikut adalah diantara langkah langkah yang akan wakil rakyat Pakatan Rakyat lakukan demi mencapai cita cita mereka untuk mengadakan Pilihanraya Kecil Dewan Undangan Negeri Perak;

  1. Apabila semua Ahli Dewan Undangan Negeri mengambil tempat, Speaker Dewan yang masih lagi wakil DAP akan menggunakan kuasanya sebagai Speaker untuk MENGHALANG tiga ADUN iaitu, Yb Behrang, Yb Changkat Jering dan Yb Jelapang daripada masuk ke dalam dewan. Walaupun SPR mengesahkan ketiga tiga mereka masih lagi ADUN, tetapi Speaker akan memberikan alasan keputusan mahkamah belum diputuskan dan sebagai Speaker Dewan beliau akan pastikan ketiga-tiga Yb yang menjadi Bebas ini tidak dapat masuk dewan.

  2. Ini akan menjadikan kedudukan bilangan dalam dewan sama rata iaitu 28 ADUN BN begitu juga 28 ADUN Pakatan Rakyat.

  3. Disini salah seorang ADUN Pakatan Rakyat akan membawa usul untuk membubarkan Dewan untuk menghalang kerajaan negeri Perak daripada diterajui oleh Barisan Nasional.

  4. Speaker Dewan akan mengarahkan agar keputusan dicapai melalui pengundian, sudah tentu nanti kedudukan bilangan undi akan menjadi 28 sama.

  5. Dalam keadaan ini, Speaker Dewan tidak ada pilihan selain daripada merujuk kepada beberapa peruntukan yang termaktub dalam Perundangan tubuh kerajaan negeri.

  6. Difahamkan bahawa Speaker boleh melakukan “toss coin” atau lambungan syiling sebagai pilihan terakhir untuk menentukan keputusan yang akan dicapai.

  7. Tidak mustahil sekiranya Pakatan Rakyat sanggup bergantung kepada nasib semata-mata, dan mengizinkan lambungan syiling dilaksanakan. Ini bukanlah sesuatu yang merugikan pihak mereka, malah boleh dikira menguntungkan. Masakan tidak? Bukankah pada hakikatnya Pakatan Rakyat sudah hilang kuasa memerintah…? Jadi dengan hanya mempertaruhkan lambungan syiling besar kemungkinan Nizar, Ngeh dan Nga akan mencapai cita cita mereka untuk bertarung dengan BN dalam Pilihanraya DUN Perak.., dimana selama seminggu ini mereka terlalu inginkan ianya berlaku, yakin dengan kemenangan bakal menjelma!

Apakah Dr Zambry akan mengalami nasib yang serupa dengan Nizar seandainya kemenangan sekali lagi memihak kepada Pakatan Rakyat?

Demikianlah antara langkah langkah sumbang yang bakal diatur oleh barisan ADUN Pakatan Rakyat yang ternyata jelas mahu membelakangkan rang undang undang yang semestinya mereka junjung sebagai rakyat memahami Rukun Negara!

Bermula dengan tindakan Nizar mohon MENDERHAKA kemudian diikuti dengan insiden biadap penyokong mereka menyerang kenderaan Raja Muda, berbaring pula ditengah jalan menghalang kenderaan Sultan dan memecah cermin kereta sewaktu demonstrasi di Masjid Ubaidiah minggu lepas, Pakatan Rakyat terus meroyan apabila Pengerusi DAP, Karpal Singh mahu menyaman Sultan Perak!

Kini giliran ADUN Pakatan Rakyat diberitakan mahu menghuru-harakan pula sidang Dewan Undangan Negeri Perak!

Siapakah dalang dibelakang semua tindakan rakus mereka ini? Siapakah yang menjadi penasihat keatas apa yang telah dan akan berlaku ini…??

Berbanyak terima kasih diucapkan kepada informer dari dalam PKR Selangor yang memberikan maklumat penting ini, samada akan berlaku atau pun tidak, sama-samalah kita tunggu…. Semoga penyokong penyokong dan ahli BN tidak terlalu gembira dengan keadaan di Perak sekarang ini.


Sumber asal : Info Corner

Read more...

Masalah dalaman PR semakin terkopak

(Gambar : V Arumugan - Exco Kerajaan PR Kedah meletakkan jawatan sebagai Exco hari ini (9/2/09) , Beliau calon Bebas yang melompat ke PKR)


Masalah dalaman PR semakin terkopak



SEPERKARA yang sekaligus merupakan suatu hakikat dan natijah yang kena diperakukan ialah setiap suatu kejadian, akan ada hikmah di sebaliknya dan ianya perlu diterima penuh berhikmah.

Demikian halnya apabila berlaku tragedi kejatuhan Kerajaan Pakatan Rakyat (PR) Perak dan Umno/BN kembali berkuasa di negeri berkenaan kerana gara-gara penyakit dalam PR sendiri.

Siapa menduga Kerajaan PR Perak boleh lebur kerana umpama dibom oleh orang sendiri apabila tiga ahli dewan undangan negeri, dua dari Parti Keadilan Rakyat (PKR) dan seorang dari DAP isytiharkan diri masing-masing sebagai ahli bebas tetapi menyokong penubuhan Kerajaan Umno/BN.

Soal bekas menteri besar hanya kira-kira sepuluh bulan bagi Perak, Mohammad Nizar Jamaluddin serta barisan exconya enggan menerima hakikat atau sebaliknya, umum sudah tahu titik noktahnya.

Apa yang sedang dilakukan oleh Mohamad Nizar lebih bersifat sengaja menghimpun kayu api membuat unggun bagi membakar diri sendiri dan parti yang diwakili dan juga parti-parti sahabat dalam PR yang berpakat tanpa ikatan resmi dan bergezet macam Barisan Nasional (BN).

Kalau menteri besar yang bernasib baik kerana undang-undang tubuh negeri tidak membolehkan orang bukan Melayu dan bukan Islam menjadi menteri besar di Perak maka beliau dilantik ke jawatan itu berundur seperti yang dimahukan oleh Sultan, imejnya akan bersih, malah beliau dan parti yang diwakili dan parti-parti dalam PR akan menerima simpati majoriti rakyat.

Tetapi dengan tindakannya yang dilihat diperalatkan oleh kalangan yang selama ini telah pun memperalat dan memperkakaskannya sebagai menteri besar, maka dalam tempoh terdekat rasa hormat akan berganti dengan rasa meluat dan simpati akan berrtukar dengan benci.

Mereka yang berdemonstrasi atas semangat reformasi atau atas apa semangat sekali pun akan reda dalam tempoh yang singkat, apatah lagi apabila mereka yang ditangkap, direman, didakwa dan akhirnya dihukum terpaksa menanggung sendiri apa yang menimpa diri, maka akan timbullah rasa betapa sia-sianya terlibat dalam demonstrasi dan reformasi.

Sikap dan tindak tanduk Mohammad Nizar juga menyumbang kepada masalah dan gelora yang sedang berlaku dalam PR bukan sahaja kelihatan rettak dan rekahnya pada mata umum tetapi jelas terkopak.

Kalau Mohamad Nizar berundur dan mengakui hakikat bahawa rezekinya sebagai menteri besar hanya kira-kira sepuluh bulan, 'tempayan budu' PKR khususnya dan PR amnya pasti belum pecah terburai macam sekarang.

Tetapi gara-gara silap perhitungan Mohamad Nizar, bukan sahaja masalah PKR terkopak tetapi masalah PR robek dan terkoyak rabak apabila kebiadabap Pengerusi DAP, Karpal Singh yang mahu membawa Sultan Perak ke mahkamah kini mula melancarkan perang kepada Penasihat PKR/PR, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Apabila keadaan itu berlaku, maka mahu tidak mahu majoriti rakyat akan dapat melihat dan menilai kualiti sebenar PKR dan PR, sekaligus harapan untuk PKR mahu pun PR semakin kabur dan berterabur!


Sumber Dari : http://melikapakjangak.blogspot.com/2009/02/muncul-kembali-127.html

Read more...

AP Bukit Gantang kembali ke Rahmatullah.. al Fatihah

IPOH: Ahli Parlimen Bukit Gantang daripada Pas, Roslan Shaharum, meninggal dunia pagi ini dipercayai kerana serangan jantung, menurut abangnya Ahmad Najmi.

Beliau berkata Roslan, yang pada mulanya sedang menunggu keretanya dicuci di sebuah stesen minyak di Batu Gajah, tiba-tiba dilaporkan berasa tidak sihat dan meminjam sebuah basikal milik orang lain untuk ke farmasi berdekatan.

Sebaik mengayuh basikal itu beberapa meter, beliau dikatakan terjatuh lalu dibawa ke Hospital Batu Gajah sebelum disahkan meninggal dunia.


Mari kita sedekahkan al-Fatihah kepada arwah, semoga rohnya di tempatkan di kalangan orang-orang yang solehah... amin

Read more...

Ampunkan PAS Tuanku....

>> 07 Februari 2009

Acara Melompat:-

1. Dua orang Ahli Parlimen (BN) dari Malaysia Timur lompat kpd Bebas (Lupa pulak parti apa) - dikatakan menyokong PR
2. Seorang ADUN Bebas di Sarawak lompat ke PKR (PR)
3. (Lupa) Seorang ADUN Bebas dari semenanjung lompat ke PKR/Dap

4. Seorang ADUN DAP Perak lompat ke Bebas (Sokong BN)
5. Dua orang ADUN PKR Perak lompat ke Bebas (Sokong BN)

6. ADUN Bota (BN) lompat ke PKR tapi terlompat balik ke BN

--------------------------

(Gambar : Apa gunanya ke masjid kalau niat untuk merusuh?)

1. Kalau kita rasa marah, ambil air sembahyang... insyaallah, kemarahan itu akan reda dan kita akan berfikir tenang dan waras.

2. Gambaran di atas menunjukkan, walaupun baru sahaja selesai solat Jumaat, kemarahan mereka masih ada.. Jika dalam diri masih ada sifat amarah (marah), diri kita amat senang di kuasai oleh iblis.

3. Allah saja yang tahu apa yang ada dalam fikiran mereka semasa bersolat Jumaat, kerana pada pendangan cetek saya, niat mereka hadir (segelintir aje) adalah untuk berkumpul (seperti gambar di atas). Tapi saya berharap, insyaallah.. solat mereka amat kusyuk dan diterima Allah Taala.. (Amin)

4. Sepatutnya lepas solat, kita berasa tenang..

5. Melihat kepada cara 'rusuhan' (saya panggil rusuhan, bukan berdemo), seolah-olah seperti dirasuk.. Menunjukkan kemarahan yang melampau.

6. Kalau nk berperang, kita kena tenang & sabar.. barulah dibuahkan idea-idea yang bernas dan dengan idea yang bernas, dapat mengalahkan musuh dengan mudah.

7. Dengan cara rusuhan, kita akan dipandang rendah dan remeh. Dan orang akan meluat dengan cara kita ini.

8. Dengan apa yang berlaku di Perak, perlulah kita ambil ikhtibar.. Jangan pandang keburukan orang, lihat apa kekurangan yang ada pada diri kita.. kenapa kita jatuh sebegitu mudah.

9. Jika kita mempunyai saf kepimpinan yang teguh..tak mungkin kita akan jatuh. Seperti PAS Kelantan dulu (Tahun 2004).. memerintah dengan hanya kelebihan 1 adun dan kelebihan 1 undi sahaja. Kenapa sebegitu teguh?..

10. Pengakuan bersumpah (Sumpah RM5.00) yang dibuat, seperti di 'buat-buat'. Kalau rasuah itu di mahu di lakukan pada tahun lepas (2008), kenapa baru sekarang didedahkan. Pengakuan pula dibuat dengan akuan bersumpah tanpa bukti. Pengakuan bersumpah boleh dibatalkan semula.

11. YB Nizar (Bekas MB) sebatutnya akur dan insaf, dia sepatutnya terima hakikat yang Sultan sudah bersuara. Ingat, sultan sudah banyak 'terasa hati' dengan cara pemerintahan PR Perak. Lebih2 lagi cara DAP (PR). Isu Mufti, Pemakaian, Isu Perlantikan MB, Pajakan Tanah.

12. Ramai yang tahu, DAP lah yang banyak mengatur halatuju kerajaan PR Perak, Bukan YB Nizar (PAS)

13. Terimalah takdir dengan terbuka, itu adalah Qada dan Qada' dari Allah Taala.. kalau dengan rasuah RM 100 juta sekalipun, kalau Allah dah tetapkan 'tidak', perasuah itu tidak akan menang, dan lompat parti juga tidak berlaku.

14. Ambil hikmah dengan apa yang berlaku.. yang ada jawatan ADUN, bekerjalah untuk rakyat dengan sebaik-baiknya. Jangan leka dan abai tanggungjawab seperti yang sudah2.

15. Kalau rekod baik, insyaallah, PRU 13 boleh try dan boleh menang.. Tapi kalau sama aje keadaannya.. tersungkur lagi teruklah jawabnya.

16. Terimalah kerajaan baru Perak.

17. Jangan derhaka kepada sultan.


(Gambar : Rasanya HINDRAF je yang pandai buat 'stunt' seperti kat atas)

** Saya tercari-cari dalam ramai-ramai perusuh.. mana orang cina & india atau bangsa lain? Saya lihat hanya Melayu yang beragama Islam. Ramai 'Lebai' yang merusuh. Dalam ribuan yang merusuh, ada jumpa tak 100 orang DAP dan HINDRAF?

** Jangan sampai bangsa lain gelakkan Melayu Islam..

** Melayu Islam dirasuk agar membuat rusuhan, dan Melayu Islam juga dirasuk untuk Derhaka kepada Sultan.. Perasuk hanya berada dirumah atau di PUB sambil minum2 dan sambil menonton acara rusuhan 'live' di RTM 1. Mungkin mereka tergelak2 kerana rasukan mereka berjaya.

PS : Senang je kan nk pecahkan orang Melayu Islam..

Apapun.. ramai lagi orang PAS yang tidak seperti di atas.

Maafkan kami Tuanku.. Daulat Tuanku.

-----------
Update : Abe ramli ada isu yang lebih 'lawak' tentang PAS Perak.. Klik SINI

*Abe Ramli ialah orang PAS lama zaman 70-an..

Read more...

Label

Bermula 19/7/2010

Pengiklanan Sahaja

  © Blogger template Webnolia by Ourblogtemplates.com 2009

Back to TOP