.

Masalah dalaman PR semakin terkopak

>> 09 Februari 2009

(Gambar : V Arumugan - Exco Kerajaan PR Kedah meletakkan jawatan sebagai Exco hari ini (9/2/09) , Beliau calon Bebas yang melompat ke PKR)


Masalah dalaman PR semakin terkopak



SEPERKARA yang sekaligus merupakan suatu hakikat dan natijah yang kena diperakukan ialah setiap suatu kejadian, akan ada hikmah di sebaliknya dan ianya perlu diterima penuh berhikmah.

Demikian halnya apabila berlaku tragedi kejatuhan Kerajaan Pakatan Rakyat (PR) Perak dan Umno/BN kembali berkuasa di negeri berkenaan kerana gara-gara penyakit dalam PR sendiri.

Siapa menduga Kerajaan PR Perak boleh lebur kerana umpama dibom oleh orang sendiri apabila tiga ahli dewan undangan negeri, dua dari Parti Keadilan Rakyat (PKR) dan seorang dari DAP isytiharkan diri masing-masing sebagai ahli bebas tetapi menyokong penubuhan Kerajaan Umno/BN.

Soal bekas menteri besar hanya kira-kira sepuluh bulan bagi Perak, Mohammad Nizar Jamaluddin serta barisan exconya enggan menerima hakikat atau sebaliknya, umum sudah tahu titik noktahnya.

Apa yang sedang dilakukan oleh Mohamad Nizar lebih bersifat sengaja menghimpun kayu api membuat unggun bagi membakar diri sendiri dan parti yang diwakili dan juga parti-parti sahabat dalam PR yang berpakat tanpa ikatan resmi dan bergezet macam Barisan Nasional (BN).

Kalau menteri besar yang bernasib baik kerana undang-undang tubuh negeri tidak membolehkan orang bukan Melayu dan bukan Islam menjadi menteri besar di Perak maka beliau dilantik ke jawatan itu berundur seperti yang dimahukan oleh Sultan, imejnya akan bersih, malah beliau dan parti yang diwakili dan parti-parti dalam PR akan menerima simpati majoriti rakyat.

Tetapi dengan tindakannya yang dilihat diperalatkan oleh kalangan yang selama ini telah pun memperalat dan memperkakaskannya sebagai menteri besar, maka dalam tempoh terdekat rasa hormat akan berganti dengan rasa meluat dan simpati akan berrtukar dengan benci.

Mereka yang berdemonstrasi atas semangat reformasi atau atas apa semangat sekali pun akan reda dalam tempoh yang singkat, apatah lagi apabila mereka yang ditangkap, direman, didakwa dan akhirnya dihukum terpaksa menanggung sendiri apa yang menimpa diri, maka akan timbullah rasa betapa sia-sianya terlibat dalam demonstrasi dan reformasi.

Sikap dan tindak tanduk Mohammad Nizar juga menyumbang kepada masalah dan gelora yang sedang berlaku dalam PR bukan sahaja kelihatan rettak dan rekahnya pada mata umum tetapi jelas terkopak.

Kalau Mohamad Nizar berundur dan mengakui hakikat bahawa rezekinya sebagai menteri besar hanya kira-kira sepuluh bulan, 'tempayan budu' PKR khususnya dan PR amnya pasti belum pecah terburai macam sekarang.

Tetapi gara-gara silap perhitungan Mohamad Nizar, bukan sahaja masalah PKR terkopak tetapi masalah PR robek dan terkoyak rabak apabila kebiadabap Pengerusi DAP, Karpal Singh yang mahu membawa Sultan Perak ke mahkamah kini mula melancarkan perang kepada Penasihat PKR/PR, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Apabila keadaan itu berlaku, maka mahu tidak mahu majoriti rakyat akan dapat melihat dan menilai kualiti sebenar PKR dan PR, sekaligus harapan untuk PKR mahu pun PR semakin kabur dan berterabur!


Sumber Dari : http://melikapakjangak.blogspot.com/2009/02/muncul-kembali-127.html

4 ulasan:

firdaus 9 Februari 2009 6:07 PTG  

V Arumugan ditekan dan diugut dgn hebat oleh puak umno/bn dlm perancangan utk merampas hak dan pilihan rakyat kedah.
buktinya beberapa hari lepas dia telah membuat laporan polis terhadap ugutan, tekanan dan rasuah utk dia melompat ke bn.
secara logiknya jika dia sukarela utk menyertai bn dia tidak akan membuat laporan polis terhadap apa yang dihadapinya. mana mungkin dia mahu memburukkan parti yang mahu dia wakili.

ada otak pikir,
ada akal pakai...

Mesin Taip Buruk 9 Februari 2009 6:45 PTG  
Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pentadbir blog.
mimpi916 9 Februari 2009 7:19 PTG  

Kepada Saudara Mesin Taip Buruk,

Saya terpaksa buang komen saudara kerana ada perkataan 'lucah'.

Jika tidak keberatan..sila komen semula dengan bahasa yang molek..

wassalam...

belut,  9 Februari 2009 7:27 PTG  

murahnya calon PR yer. kalau ye ditekan, tertekan sikit dah tak tahan. kalau ye diugut, mana dia semangat nak membela rakyat dan membuat perubahan kononnya.

mahal lagi mesin taip tuan mesin-taip-buruk.

hah! ulasan mesin taip buruk dipadam? saya tak kisah kalau ulasan saya ini dipadam. mesej saya pun pada mimpi916 je. dasar pengecut.

Catat Ulasan

Sila tinggalkan ulasan anda

  © Blogger template Webnolia by Ourblogtemplates.com 2009

Back to TOP