.

Ampunkan PAS Tuanku....

>> 07 Februari 2009

Acara Melompat:-

1. Dua orang Ahli Parlimen (BN) dari Malaysia Timur lompat kpd Bebas (Lupa pulak parti apa) - dikatakan menyokong PR
2. Seorang ADUN Bebas di Sarawak lompat ke PKR (PR)
3. (Lupa) Seorang ADUN Bebas dari semenanjung lompat ke PKR/Dap

4. Seorang ADUN DAP Perak lompat ke Bebas (Sokong BN)
5. Dua orang ADUN PKR Perak lompat ke Bebas (Sokong BN)

6. ADUN Bota (BN) lompat ke PKR tapi terlompat balik ke BN

--------------------------

(Gambar : Apa gunanya ke masjid kalau niat untuk merusuh?)

1. Kalau kita rasa marah, ambil air sembahyang... insyaallah, kemarahan itu akan reda dan kita akan berfikir tenang dan waras.

2. Gambaran di atas menunjukkan, walaupun baru sahaja selesai solat Jumaat, kemarahan mereka masih ada.. Jika dalam diri masih ada sifat amarah (marah), diri kita amat senang di kuasai oleh iblis.

3. Allah saja yang tahu apa yang ada dalam fikiran mereka semasa bersolat Jumaat, kerana pada pendangan cetek saya, niat mereka hadir (segelintir aje) adalah untuk berkumpul (seperti gambar di atas). Tapi saya berharap, insyaallah.. solat mereka amat kusyuk dan diterima Allah Taala.. (Amin)

4. Sepatutnya lepas solat, kita berasa tenang..

5. Melihat kepada cara 'rusuhan' (saya panggil rusuhan, bukan berdemo), seolah-olah seperti dirasuk.. Menunjukkan kemarahan yang melampau.

6. Kalau nk berperang, kita kena tenang & sabar.. barulah dibuahkan idea-idea yang bernas dan dengan idea yang bernas, dapat mengalahkan musuh dengan mudah.

7. Dengan cara rusuhan, kita akan dipandang rendah dan remeh. Dan orang akan meluat dengan cara kita ini.

8. Dengan apa yang berlaku di Perak, perlulah kita ambil ikhtibar.. Jangan pandang keburukan orang, lihat apa kekurangan yang ada pada diri kita.. kenapa kita jatuh sebegitu mudah.

9. Jika kita mempunyai saf kepimpinan yang teguh..tak mungkin kita akan jatuh. Seperti PAS Kelantan dulu (Tahun 2004).. memerintah dengan hanya kelebihan 1 adun dan kelebihan 1 undi sahaja. Kenapa sebegitu teguh?..

10. Pengakuan bersumpah (Sumpah RM5.00) yang dibuat, seperti di 'buat-buat'. Kalau rasuah itu di mahu di lakukan pada tahun lepas (2008), kenapa baru sekarang didedahkan. Pengakuan pula dibuat dengan akuan bersumpah tanpa bukti. Pengakuan bersumpah boleh dibatalkan semula.

11. YB Nizar (Bekas MB) sebatutnya akur dan insaf, dia sepatutnya terima hakikat yang Sultan sudah bersuara. Ingat, sultan sudah banyak 'terasa hati' dengan cara pemerintahan PR Perak. Lebih2 lagi cara DAP (PR). Isu Mufti, Pemakaian, Isu Perlantikan MB, Pajakan Tanah.

12. Ramai yang tahu, DAP lah yang banyak mengatur halatuju kerajaan PR Perak, Bukan YB Nizar (PAS)

13. Terimalah takdir dengan terbuka, itu adalah Qada dan Qada' dari Allah Taala.. kalau dengan rasuah RM 100 juta sekalipun, kalau Allah dah tetapkan 'tidak', perasuah itu tidak akan menang, dan lompat parti juga tidak berlaku.

14. Ambil hikmah dengan apa yang berlaku.. yang ada jawatan ADUN, bekerjalah untuk rakyat dengan sebaik-baiknya. Jangan leka dan abai tanggungjawab seperti yang sudah2.

15. Kalau rekod baik, insyaallah, PRU 13 boleh try dan boleh menang.. Tapi kalau sama aje keadaannya.. tersungkur lagi teruklah jawabnya.

16. Terimalah kerajaan baru Perak.

17. Jangan derhaka kepada sultan.


(Gambar : Rasanya HINDRAF je yang pandai buat 'stunt' seperti kat atas)

** Saya tercari-cari dalam ramai-ramai perusuh.. mana orang cina & india atau bangsa lain? Saya lihat hanya Melayu yang beragama Islam. Ramai 'Lebai' yang merusuh. Dalam ribuan yang merusuh, ada jumpa tak 100 orang DAP dan HINDRAF?

** Jangan sampai bangsa lain gelakkan Melayu Islam..

** Melayu Islam dirasuk agar membuat rusuhan, dan Melayu Islam juga dirasuk untuk Derhaka kepada Sultan.. Perasuk hanya berada dirumah atau di PUB sambil minum2 dan sambil menonton acara rusuhan 'live' di RTM 1. Mungkin mereka tergelak2 kerana rasukan mereka berjaya.

PS : Senang je kan nk pecahkan orang Melayu Islam..

Apapun.. ramai lagi orang PAS yang tidak seperti di atas.

Maafkan kami Tuanku.. Daulat Tuanku.

-----------
Update : Abe ramli ada isu yang lebih 'lawak' tentang PAS Perak.. Klik SINI

*Abe Ramli ialah orang PAS lama zaman 70-an..

4 ulasan:

Panglima Perang Cyber 7 Februari 2009 pada 5:27 PTG  

Raja dan mufti sudah dihina sesuka hati oleh pembangkang

http://perisik-rakyat.com/2009/02/mufti-tidak-taat-kepada-raja-adalah.html


mereka ni memang kurang ajar..

Tanpa Nama,  7 Februari 2009 pada 7:18 PTG  

hidup abe ramli

w/pun berbeza ideologi politik,bnda yg x baik mesti ditegah

tahniah,org mcm saudara la yg kita nk,bru melayu boleh kuat

truskn menulis suadara

Tanpa Nama,  7 Februari 2009 pada 10:56 PTG  

Pakatan Rakyat hanya suka pada RAJA PETRA atau RAJA SAMI

Tanpa Nama,  8 Februari 2009 pada 7:34 PTG  

salam.......budaya DERHAKA dan MENDERHAKAI sultan ni ...rasanya dimulai oleh orang melayu umno....mereka yang ajar.....jom kite renung kembali......
1) masa krisis perlembagaan (zaman Dr M) siapa yang menabalkan SULTAN BARU di kelantan????....(tapi tak diperbesarkan oleh media).....

2)krisis pelantikan MB terengganu....siapakah yang berdemontrasi di hadapan istana? siapakah yang kata NATANG (binatang) kepada sultan...Pemimpim manakah yg memberi amaran? siapakah yang mengeluarkan kt2 bahawa sultan tak boleh campur tangan.....

SEBENARNYA KITA ORANG MELAYU/UMNO TERLEBIH DAHULU YANG MENGAJAR BANGSA2/KAUM2 LAIN UNTUK MENDERHAKAI SULTAN.....lu pikir lah sendiri

jangan melayu umno buat tak salah melayu bukan umno salah......

Catat Ulasan

Sila tinggalkan ulasan anda

  © Blogger template Webnolia by Ourblogtemplates.com 2009

Back to TOP