.

Betulkah Anwar pentingkan diri?

>> 12 Mac 2009

Kalau di rujuk kepada kenyataan Berita Harian Online (11/3/09) yang berbunyi..


KUALA LUMPUR: Pakatan Rakyat meletakkan tiga syarat untuk bekerjasama dengan kerajaan Barisan Nasional (BN) dalam membantu memulihkan kegawatan ekonomi negara.

Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim, berkata kerjasama itu boleh dilakukan sekiranya kerajaan mengkaji semula perjanjian konsesi lebuh raya, penjana tenaga bebas (IPP) dan air.

Beliau yang juga Ahli Parlimen Permatang Pauh berkata, syarat kedua ialah menghentikan kezaliman dan fitnah melalui media massa serta ketiga, membubarkan Dewan Undangan Negeri (DUN) Perak bagi membolehkan pilihan raya negeri diadakan.
-------
Nampaknya anwar mahu main tarik tali..

1. Kalau dah ada benda yang elok untuk rakyat dan negara, apa salahnya teruskan sahaja agenda tersebut.

2. Tapi banyak pula syarat yang di berikan, walhal orang ajak untuk kebaikan rakyat dan negara.. dia bagi syarat pula.. Nk kerja ke tak nk ni? Betul la kata Kerpal.. Anwar kena letak jawatan & bertaubat. 'Celaka' tak orang yang banyak 'songeh'?

Wassalam..

Read more...

RM 60 Bilion : Berpakat ngan PAS dah la..

>> 11 Mac 2009

KUALA LUMPUR: Pakatan Rakyat meletakkan tiga syarat untuk bekerjasama dengan kerajaan Barisan Nasional (BN) dalam membantu memulihkan kegawatan ekonomi negara.

Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim, berkata kerjasama itu boleh dilakukan sekiranya kerajaan mengkaji semula perjanjian konsesi lebuh raya, penjana tenaga bebas (IPP) dan air.

Beliau yang juga Ahli Parlimen Permatang Pauh berkata, syarat kedua ialah menghentikan kezaliman dan fitnah melalui media massa serta ketiga, membubarkan Dewan Undangan Negeri (DUN) Perak bagi membolehkan pilihan raya negeri diadakan.

--------------

Cakap2 YB Salahudin Ayub patut di terima pakai dan lebih elok dari Anwar yang sememangnya banyak posing2..

Kalau si Nuar tu degil juga.. kerajaan buat kije sorang2 lah..

Sama gak masa si Nuar nk bawa masuk pelaburan 1 Trillion, berbuih ustaz2 PAS berceramah.. Tapi Nuar kate syaratnya dia kena jadi PM dulu (PR memerintah dulu). Ntah jadi ntah idak..

Isu Perak sebenarnya dah selesai.. Nuar juga ajar main lompat2.. alih2 bila orang sendiri lompat keluar, melalak pulak dia.. hehehe.

Undi sokongan :

PR : 28 (27 sebab Speaker xleh ngundi)
BN : 28
Bebas : 3 (sokong BN)

Selesai la sebab pemenang dah ada..

Usah di guna perkataan 'rakyat'. Guna saja perkataan 'kepentingan wakil rakyat"


Read more...

PPSMI : Betul ke perjuangkan Bahasa Melayu.. hikhikhik

>> 10 Mac 2009

Betul ke pakat-pakat nk perjuangkan bahasa Melayu ni? Ke saje2 nok jadi glamor.. hikhikhik...



(Zalim nya manusia membawa kanak-kanak untuk membuat rusuhan, kalau kanak2 terkena gas atau air kimia, siapa yang akan di persalahkan?)

Apa pandangan anda tentang gambar di atas?

1. Yang peliknya, memperjuangkan Bahasa Melayu, ditulis Bahasa Ibunda? Bahasa Ibunda ni banyak, Orang Cina bahasa Ibunda dia lain (Mandarin atau..bahasa Cina lah), Melayu (Bahasa Melayu), India (Tamil).

2. Kenapa dalam sepanduk tu Bahasa Cina kat atas?

3. Siapa sponser sepanduk tu.. Sepanduk berwarna bersaiz A3 selalunya berharga RM1.15 untuk 10,000 keping. Ambo rasa bangsa lain yang tolong sponser.. ye la kan, mereka mahu tunjukkan yang mereka nk 'bodo kan' bangsa Melayu.

4. Budak (kanak-kanak) kat atas ni kecil2 lagi dah di ajar berdemo (lepas ni ajar baring pula), kalau lah macam ni..macam mana bangsa kita nk maju.. Bila besar budak ni esok2.. dia berpotensi akan join Pakatan Baring atas jalan. Bangsa lain menuntut ilmu.. bangsa kita main baring2.

Wassalam...

___________________________



Read more...

Akhirnya Yahudi gelakkan Mahathir... hahahahah

>> 09 Mac 2009



Akhirnya orang2 Yahudi (Berjaya) gelakkan dan ketawakan Mahathir.. hahahaha..kahkahkah, Padan dengan Muka ko Mahathir..

Pada asalnya, bangsa Yahudi amat takutkan Tun Dr Mahathir (TDM), mana taknya.. TDM adalah seorang pemimpin Islam yang berani menjentik Israel dan Yahudi. Istilah Proxy digunakan kepada bangsa Yahadi, yang dimaksudkan “Bangsa Yahudi menggunakan orang lain, untuk berperang dan mati untuk mereka (Yahudi Israel)”. Mengamuk penyokong-penyokong bangsa Yahudi. Macam-macam cara TDM kena serang. Dalam banyak-banyak pemimpin, hanya Tok Guru Nik Aziz sorang saja yang menyokong TDM.

TDM mahu memperkasakan Malaysia (dan Bangsa Melayu sebenarnya) dalam bidang yang amat penting iaitu Ilmu, bangsa Yahudi menjadi kalut. Bila TDM memperkenalkan satu cabang bidang Ilmu yang penting iaitu PPSMI. Yahudi jadi kecut..

“Habis la.. Islam akan bangkit dalam bidang Sains & Matematik selepas ni, parah-parah”. (rungut orang Yahudi).

Mana tak takut.. kalau di ajar dalam Bahasa Inggeris, lagi laju dan cepat penguasaan dalam Bidang Sains & Ilmu Hisab. Sebabnya beratus-ratus buku rujukan adalah dalam BI. Lagi cepat penguasaan dalam BI, lagi cepat penguasaan terhadap kedua-dua ilmu ini.

Akhirnya agenda Yahudi yang tidak mahu melihat orang Islam berjaya dalam ilmu Sains & Matematik berjaya juga. Yahudi cuci kaki.. akhirnya perkataan Proxy yang TDM gunakan kepada mereka (Yahudi) di kenakan pula kepada TDM, Melayu, Islam dan Malaysia. Lagi manis adalah kerana yang tolong ‘rosakkan’ adalah orang dalam (Melayu Islam) sendiri..

Bangsa Yahudi berjaya porak perandakan musuhnya.. Mereka ambil ‘remote’ TV dan menonton TV secara ‘live’. Gambar-gambar rusuhan terpapar di kaca TV.



Mereka bergelak semahu mahunya. Sebotol ‘air kencing setan’ di buka. Dituang dalam gelas satu persatu dan di lagakan gelas-gelas tersebut bersama-sama meraikan kejayaan mereka.

--------------------

Note : Jangan samakan bangsa Melayu dengan orang-orang Jepun. Orang Jepun kerja kuat.. Bagi mereka masa 24 jam sehari tidak cukup. Sebab itu mereka maju. Cuba tengok bangsa Melayu kita.. apa mereka buat sehari-hari. Tak kan setiap masa nk baring atas jalan? Cakap banyak berbakul bakul, 1 Trillion pelaburan la.. sampai sekarang habuk pun takda..

Read more...

PPSMI : Antara Sunnah Nabi S.A.W dan kebodohan kita

>> 07 Mac 2009

KENAPA PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN SAINS DAN MATEMATIK DALAM BAHASA INGGERIS (PPSMI) PERLU DITERUSKAN?

Apakah perlu PPSMI bagi memaksa anak-anak Melayu belajar bahasa Inggeris.Jika ya,kenapa ada individu dalam kalangan guru-guru sendiri yang membangkang PPSMI?

Saya teringat tentang seorang profesor berbangsa Melayu yang berkata “Jika PPSMI berjaya,80% pelajar akan menjawab dalam bahasa Inggeris bukan 50% seperti sekarang”. Baik,saya pula hendak bertanya, jika anak Melayu tidak tahu bahasa Inggeris,kenapa tidak belajar?Jika anak Melayu tidak tahu bahasa Inggeris,kenapa setiap kali guru memberi kerja rumah hampir 50% daripada pelajar tidak membuat kerja rumah? Bukankah Nabi S.A.W pernah berkata bahawa jika ada orang yang tidak tahu,kita perlu beritahu. Sewaktu peristiwa seorang kafir kencing di dalam masjid.Sahabat mahu membunuhnya tetapi dilarang Nabi S.A.W kerana si kafir tersebut TIDAK TAHU tentang kebiadabannya. Inilah tujuan PPSMI diadakan - untuk mengajar orang Melayu yang tidak tahu ini supaya tahu mengenai kepentingan bahasa Inggeris.Tun Mahathir Mohamed bukan mengila babi sebegitu sahaja sewaktu memperkenalkan PPSMI. Kerajaan memberi latihan kepada para guru untuk mengajar dalam bahasa Inggeris. Cuma,apabila ada guru yang tidak berpuas hati,hal ini adalah disebabkan mereka terpaksa mengaji lebih. Ataupun berlagak pandai disebabkan mereka guru mereka tidak perlu lagi untuk belajar bahasa Inggeris.

Adakah perlu bahasa Inggeris pada masa depan?

Hal ini merupakan seperkara lagi untuk difikir-fikirkan, Jawapannya juga bersifat subjektif. Di universiti kelak,tidak kira anda berbangsa Melayu atau tidak,anda perlu juga belajar dalam bahasa Inggeris. Jika sudah tentu perlunya bahasa Inggeris,kenapa tidak meluangkan masa untuk belajar bahasa Inggeris sementara disediakan secara percuma oleh kerajaan. Lebih baik belajar bahasa Inggeris sejak dari awal agar tidak susah di masa hadapan. Binatang pun susah untuk mencari makanan dan berdepan dengan cabaran. Kalau kita manusia tidak mahu langsung berdepan cabaran apa tujuannya menjadi manusia? Alangkah bersyukurnya kita kerana binatang tidak diberi akal, kalau tidak sudah tentu orang Melayu perlu bersaing dengan kaum lain selain binatang untuk mencari sesuap nasi. Selangkah pada hari ini menentukan sebuah perjalanan pada masa hadapan. Bersusah-sudah dahulu, bersenang-senang kemudian. Kalau tidak mahu susah langsung, lebih baik tidak menjadi manusia. Tetapi lain pula halnya jika anak-anak Melayu ini sudah pasti bahawa mereka sudah tiada harapan untuk ke universiti.

Golongan yang membangkang PPSMI ramai,adakah masyarakat tidak sedar tentang hal ini?

Golongan yang membangkang memang rami, tetapi lihat pula siapa yang membangkang tersebut. Kenapa yang mempersoalkan tentang bahasa Inggeris ini adalah daripada kalangan guru-guru yang bukan berlatarkan pengajian bahasa Inggeris, ibu bapa dan golongan bijak pandai seperti profesor pengajian Kemelayuan. Kenapa tidak ada satupun pelajar-pelajar yang bencikan PPSMI ini tampil kehadapan memberitahu masalah mereka. Beritahu apa yang sulitnya untuk belajar bahasa Inggeris ini. Tepuk dada tanya selera. Namun,satu jawapan yang bermain di fikiran adalah mereka sememangnya tidak ambil kisahpun dengan bahasa Inggeris,Sains,Matematik,PPSMI mahupun akedemik mereka. Bagi mereka kritikan terhadap PPSMI adalah membuang masa.YA atau TIDAK mereka perlu juga belajar di sekolah. Saya pasti,kalau ada persatuan yang memberikan sokongan agar sekolah dilupuskan,barulah ada pelajar-pelajar seperti ini yang tampil ke hadapan untuk menyokong dan memberi pendapat mereka.

Baru-baru ini GAPENA mengancam mengambil tindakan undang-undang terhadap kerajaan jika kerajaan enggan menghentikan PPSMI.Bukankah hal ini menunjukkan betapa besarnya kesan buruk PPSMI terhadap Malaysia sampaikan ada badan ilmiah yang bertaraf mega seperti GAPENA yang bertindak sedemikian?

1.1 Mengenai GAPENA,kita perlu melihat asas dan tujuan kenapa GAPENA ditubuhkan.

TUJUAN PENUBUHAN:

1. Menyatupadukan penulis-penulis tanahair yang menulis dalam Bahasa Kebangsaan;

2. Mempertahankan dan memperjuangkan hak-hak dan kepentingan-kepentingan penulis;

3. Memberikan sumbangan moral dan material secara kolektif kepada tujuan dan cita-cita Gabungan;

4. Mengusahakan peluang-peluang untuk penulis-penulis memajukan bakat mereka;

5. Menyatupadukan semua rakyat negara ini menerusi bahasa rasmi yang tunggal iaitu Bahasa Melayu;

6. Mencari, mendapatkan dan mengendalikan harta alih dan harta tidak alih di mana-mana sahaja dalam Malaysia dan luar negara, dan bagi menyempurnakan tujuan ini Gabungan bolehlah menubuhkan apa-apa entiti, syarikat, badan korporat atau yayasan; dan

7. Berusaha untuk memajukan bahasa, kesusasteraan dan kebudayaan Melayu di peringkat kebangsaan dan antarabangsa.

1.2 Selain itu,kenapa GAPENA tampil dengan kenyataan sedemikian.Lihat pula ahli jawatankuasanya (semuanya Melayu)

1.3 Bukankah kesemuanya orang Melayu? Bukankah tujuan GAPENA ditubuhkan adalah untuk mempertahankan bahasa Melayu daripada ‘penjajah’. Bukankah penjualan buku berbahasa Melayu di Malaysia sendiri sudah semakin menurun setiap tahun? Bukankah penjualan akhbar berbahasa Melayu di Malaysia tidak mampu melebihi satu juta penjualan setiap hari sedangkan penduduk Malaysia mencecah lebih 25 juta sekarang? Kemana GAPENA sewaktu isu-isu berkaitan penulisan buku dan pembeliannya semakin berkurangan?

1.4Tidak hairanlah kenapa GAPENA sanggup mengambil tindakan undang-undang, kesemua ahli jawatankuasa GAPENA adalah orang Melayu dan mempunyai latar pendidikan kemelayuan yang kuat seperti Tan Sri Prof. Emeritus Dato’ (Dr) Pendeta Haji Ismail Hussein. Jadi GAPENA sememangnya mempunyai hubungan secara langsung untuk menentang PPSMI seperti apa yang diperkatakan sebelum ini.Sepatutnya GAPENA mempertahankan bahasa Melayu dengan memperbanyakkan penglibatan penulis-penulis muda Melayu dalam penguasaan ilmu. Apabila sudah ramai orang Melayu yang berjaya barulah kita mempunyai kekuatan ekonomi dan mampu untuk mengetepikan ‘bahasa penjajah’. Seeloknya GAPENA meningkatkan usaha dalam penjualan buku serta akhbar dan bukannya mencari nama setelah lama ‘menghilangkan’ diri. Jawapan ini bukanlah suatu serangan peribadi,cuma memberi kesedaran bagi yang tidak sedar.

Jika orang Melayu menentang,sekarang sudah ada wakil masyarakat bukan Melayu seperti masyarakat India dan masyarakat Cina yang memulakan provokasi terhadap PPSMI di sekolah-sekolah jenis kebangsaan mereka. Apakah reaksi masyarakat? Juga PPSMI melanggar Perlembagaan Malaysia?

Mengenai sekolah-sekolah Cina dan sekolah-sekolah India pula,adalah ditetapkan dalam Perlembagaan Tanah Melayu sewaktu hampir merdeka yang menyatakan bahawa sekolah-sekolah vernakular akan menggunakan bahasa ibunda mereka masing-masing dan sistem kurikulum dari negara ibunda masing-masing. Hanya selepas 10 tahun barulah bahasa Melayu diajarkan di sekolah-sekolah ini. Dalam perlembagaan juga menyatakan penggunaan bahasa Melayu sebagai bahasa pengantaraan di sekolah-sekolah kebangsaan. Apa yang dimaksudkan dengan bahasa pengantaraan? Bahasa pengantaraan bermaksud penggunaan sesuatu bahasa secara lebih meluas dan dalam konteks ini,penggunaan bahasa Melayu mestilah lebih banyak dalam Pengajaran & Pembelajaran. Jika diambil kira penggunaan bahasa Melayu dalam LAPAN subjek kecuali Mata Pelajaran Tambahan dan subjek Bahasa Inggeris yang sememangnya diajar dalam bahasa Inggeris di sekolah rendah hanya DUA subjek sahaja yang diajar dalam bahasa selain bahasa Melayu iaitu Sains dan Matematik. Ia tidak menyalahi Perlembagaan Malaysia. Di sekolah menengah peringkat menengah rendah,daripada 11 subjek kecuali subjek Bahasa Inggeris dan Mata Pelajaran Tambahan hanya DUA subjek sahaja diajar dalam bahasa asing iaitu Sains dan Matematik. Ia tidak menyalahi Perlembagaan Malaysia.Di peringkat menengah atas pula,daripada 90 subjek kecuali Mata Pelajaran Tambahan,subjek Bahasa Inggeris dan subjek Kesusasteraan Inggeris hanya 22 subjek sahaja yang diajar dalam bahasa asing.Ia juga tidak menyalahi perlembagaan

Rasionalkah PPSMI terhadap kanak-kanak yang baru menduduki sekolah rendah?PPSMI membebankan kanak-kanak.Selain subjek Sains dan subjek Matematik,mereka perlu belajar bahasa Inggeris.

Daripada kajian yang dijalankan,kanak-kanak berusia 1 hingga 7 tahun mampu memahami apa-apa bahasa tanpa mengira warna kulit mahupun suku kaum mereka.Oleh yang demikian sudah menjadi tugas ibu bapa mengajar anak-anak ini.Kalau tidak tahu mengajar anak-anak ini,bukankah kerajaan sudah menyediakan peruntukan bagi mewujudkan sistem pengajaran seawal dua tahun di Malaysia. Juga kemudahan Tabika,Taska dan Prasekolah. Jika ada ibu bapa yang membuat alasan mereka tiada duit atau hidup susah bukankah Prasekolah percuma dan ada di setiap buah sekolah rendah di Malaysia? Hanya alasan membataskan tindakan

PPSMI hanya boleh diajar di bandar di mana masyarakatnya mengamalkan amalan sekular dan pemodenan hidup bukan di kampung.

Berkenaan orang di bandar yang lebih ‘pintar’,saya mahu beritahu bahawa saya juga orang kampung. Saya boleh menerima PPSMI. Sekolah kebangsaan di kawasan saya mampu menunjukkan prestasi membanggakan dalam UPSR, PMR dan SPM. Ibu bapa di bandar yang lebih moden? Sedar atau tidak,saya sedang melayari internet? Di mana? Di kawasan luar bandar.Ibu bapa saya bukan orang kaya,tetapi saya mampu juga untuk menjadi ‘moden’. Pada masa yang sama juga saya ingin mengulas tentang penggunaan perkataan SEKULAR. Sepanjang pengetahuan saya,sekular adalah amalan pengasingan agama daripada kehidupan seharian.Jadi,beruntunglah saya berada di kampung,kalau tidak sudah tentu saya sudah murtad. Bagaimana pula dengan saudara-saudara sekalian? Di bandar atau di kampung?

PPSMI yang menghilangkan jati diri rakyat Malaysia.

Apa yang saya lihat ialah jati diri Melayu semakin hilang disebabkan oleh globalisasi dan demokrasi yang diperkenalkan oleh Yahudi. Globalisasi memaksa sesiapa sahaja di dunia untuk mengikut sahaja apa yang telah direncanakan oleh negara-negara kuasa besar.Konsep globalisasi mempunyai persamaan dengan konsep kapitalisme yang diperkenalkan barat sebelum ini. Disebabkan ini juga pelbagai budaya kuning dari barat termasuk hedonisme telah dibawa masuk ke Malaysia. Demokrasi pula melahirkan jati diri bangsa yang lebih bebas dalam apa jua perkara termasuk isu-isu sensitif seperti yang baru dilalui oleh Malaysia apabila pengharaman pengkid ditentang oleh beberapa pertubuhan yang menyatakan pengharaman pengkid sebagai suatu platform untuk menyekat kebebasan dalam pergaulan di Malaysia. Sebut tentang pengkid,bukankah isu seperti gay,pengkid,mat rempit,minah rempit,rancangan realiti tv yang tumbuh bagai cendawan,dadah,seks bebas dan kurangnya didikan agama patut lebih dirisaukan. Bukankah isu seperti ini lebih merosakkan jati diri bangsa Melayu mahupun bangsa Malaysia berbanding PPSMI. Juga kenapa rakyat Singapura yang lebih cenderung menggunakan bahasa Inggeris berbanding bahasa ibunda dalam kehidupan seharian masih mempunyai jati diri yang kukuh dan sehingga kini Singapura masih dikenal sebagai ‘Negara Cina di Asia Tenggara’?

Bahasa adalah satu-satunya medium yang boleh dipertahankan oleh orang Melayu.Sebab itulah ramai dalam kalangan masyarakat Melayu yang membangkang PPSMI.

Benar,tetapi alangkah lebih baik jika orang Melayu mengembangkan pendidikan dan pelajaran berbanding mempertahankan bahasa Melayu yang sememangnya digunakan lebih 60% penduduk Malaysia. Dengan pelajaran sahajalah seseorang individu mampu menarik perhatian dunia.Tidak percaya? Lihat sahaja Albert Einstein,Sir Alexander Fleming,William James Sidis,pereka seluar jeans Levi’s,pereka Starbucks,pereka enjin carian internet Google dan George Soros.Mereka ialah orang Yahudi.Mereka semua terkenal dan pernah mencatat sejarah dunia seperti George Soros – Penyangak Kewangan Asing Tenggara juga pernah menyumbangkan 14 billion kepada usaha Penyelidikan dan Pembangunan (R & D) sains di serata dunia.Hal ini juga menerangkan kenapa kaum Yahudi yang berjumlah 1.4 juta orang di seluruh dunia adalah lebih berkuasa berbanding 1.4 billion orang Islam di seluruh dunia.Selain itu juga menjelaskan kenapa bahasa Ibrani iaitu bahasa ibunda di negara Israel yang telah pupus 1000 tahun lalu seperti bahasa Sanskrit dan bahasa Latin telah kembali digunakan di seluruh dunia sekarang.Kenapa? Kerana mereka menarik perhatian dunia dengan ilmu bukannya sekadar mempertahankan bahasa mereka. Hal ini juga diperakukan oleh ramai pengkaji sama ada di dalam mahupun di luar negara yang mengatakan ‘hidupnya’ kembali bahasa Ibrani adalah disebabkan kekuatan ekonomi,penguasaan ilmu dan ketenteraan negara Israel. Bukan sekadar cakap kosong. Sekarang juga sudah ada Hindraf dan Datuk Seri Anwar Ibrahim (Yahudi Melayu di Malaysia).Kenapa tidak nampak pun orang Melayu yang betul-betul mempertahankan orang Melayu di masa-masa sebegini selain Tun Mahathir dan beberapa kerat orang lain? Kerana apa? Kerana orang Melayu hanya tahu cakap tidak tahu buat.

Yang mengokong PPSMI hanyalah teknokrat dan bukan ahli falsafah.

Memang benar,kedua-duanya menggunakan bahagian otak yang berlainan. Kenapa tidak kita sebagai orang Islam menggabungkan keupayaan kedua-dua bahagian otak ini. Selama ini sudah ramai cendiakawan-cendiakan dunia menunjukkan keupayaan mereka dalam menguasai bidang-bidang berkaitan sains dan dalam masa yang sama berkaitan falsafah.Salah seorang daripadanya ialah Leonardo da Vinci – seorang saintis disamping menjadi ahli falsafah. Sebenarnya,Tuhan bagi yang terbaik kepada manusia,cuma tinggal manusia sahaja yang menentukan cara penggunaannya.Jangan salahkan ciptaan Tuhan atas kelemahan diri sendiri.

PPSMI menjadi batu penghalang kepada bahasa Melayu untuk menjadi bahasa ilmu.

Ada pepatah yang mengatakan’Jadikan kegagalan sebagai batu loncatan untuk berjaya’. Jika PPSMI suatu kegagalan kepada diri,kenapa tidak jadikannya sebagai batu loncatan untuk lebih berjaya pada masa hadapan? Bahasa Melayu boleh menjadi bahasa ilmu dan setaraf dengan bahasa lain di dunia jika rakyat Malaysia tahu menghargainya. Thailand sendiri bukanlah sebuah negara yang berjaya dengan ekonomi dan pendidikannya,tetapi rakyatnya yang tahu menghargai bahasa mereka.Dengan itu,bahasa Siam kini sudah lebih diterima dunia. PPSMI hanyalah SATU dasar,banyak lagi sebab kenapa bahasa Melayu TIDAK DAPAT bukan TIDAK BOLEH menjadi bahasa ilmu. Fikir-fikirkanlah,orang yang membangkang sekarang adalah kerana mereka susah untuk belajar,bukan kerana soal bahasa pun.

Bahasa adalah satu-satunya cara mengeratkan perhubungan antara kaum di Malaysia.

Pada pendapat saya,perpaduan kaum sememangnya sudah terjalin melalui pelbagai cara sejak 50 tahun yang lalu. Pada hari ini,perpaduan antara masyarakat multibudaya di Malaysia semakin luntur adalah disebabkan oleh ketamakkan dan kegilaan kuasa oleh sesetengah golongan dan ahli politik yang sanggup mempersetankan kontrak sosial di Malaysia. Saya tidak nampak perpaduan di Malaysia luntur disebabkan oleh PPSMI. Bukankah terdapat lebih banyak subjek di sekolah yang menggunakan bahasa Melayu berbanding bahasa Inggeris? Kenapa harus kita menggunakan bahasa sebagai suatu penghalang yang membezakan pendapat,perhubungan dan persahabatan tanpa mengira warna kulit di Malaysia?

Pemikiran dan kebolehan antara kaum hanya boleh disama tarafkan dengan bahasa.

Apa kaitannya bahasa dengan kebolehan berfikir? Kita dilahirkan dan dimahirkan dengan satu-satu bahasa mengikut persekitaran. Pemikiran pula adalah suatu jelmaan idea melalui proses pencantuman neuron di dalam otak.Pemikiran dijana oleh perlakuan ibu bapa pada waktu kecil dan pemahaman melalui pengalaman pada waktu remaja. Kebolehan pula adalah bakat yang ditonjolkan atau diinterprestasikan melalui tindakan. Dalam konteks menyama tarafkan kebolehan dan permikiran antara kaum pula,hanya pendidikan dan sikap tolerasi sahaja yang mampu menjalinkannya.Kalau anak-anak Cina sibuk belajar,anak-anak Melayu sibuk bermain, bahasa sekalipun tidak mampu menyama tarafkan pemikiran dan kebolehan mereka.

PPSMI dicadangkan oleh orang politik,bukan orang yang berpendidikan,patutlah teruk dasarnya.

PPSMI dicadangkan oleh orang politik? Betul. PPSMI dicadangkan oleh orang bodoh? Ini yang tidak betulnya.Tun Mahathir bin Mohamed yang mencadangkan PPSMI ialah orang politik dan berpendidikan tinggi. Menjadi antara orang Melayu terawal menjadi doktor bukanlah sesuatu yang senang. Perlukan pendidikan dan kemahuan. Beliau dihantar ke sekolah Inggeris tanpa ada sebarang asas bahasa Inggeris. Oleh itu,pandangan dan komitmen beliau terhadap perkara ini perlu diambil kira.

-------------------------------

Komen Saya :


PPSMI wajar di teruskan, Warisi-lah anak-anak dan bangsa kita dengan ilmu pengatahuan. PPSMI bukan membelakangkan Bahasa Melayu, matapelajaran lain seperti Ekonomi, Sejarah, PAI, Lukisan Kejuruteraan dan sebagainya masih lagi berbahasa Melayu.


Apa yang saya kesalkan; Ada pihak yang MEMPOLITIKKAN PPSMI


Ingatlah, ada di antara guru-guru sekarang yang di lebel sebagai guru 25 haribulan, iaitu manusia yang menjadi guru untuk gaji sahaja, mengajar ala kadar, pergi sekolah tanpa persediaan untuk mengajar, berada di sekolah berborak kosong. Macam mana pelajar tak jadi 'CELAKA' kalau begini keadaannya. Sampai bila bangsa nk maju kalau ada guru sebegini.


Saya sokong kerajaan Perkasakan PPSMI.. Teruskan untuk memajukan anak bangsa kita!!!


---------

Pernah saya kerja di kilang milik orang Cina dulu-dulu, borang cuti dalam BI, tergaru2 kepala nk isi.. isk3.

Tak kan la saya nk warisi 'ketidak pandaian' dalam penguasaan BI ini kepada anak-anak saya..

Adakah anda?
a. Sokong PPSMI - Warisi penguasaan BI kepada anak bangsa kita
b. Bangkang PPSMI - Lantak la dengan bangsaku, asal aku pandai sudah la.


Kredit : lupa pulak link penulis asal.

Read more...

Jandaku jandaku jua...

>> 04 Mac 2009


Pernah berlaku dalam sidang DUN di Kelantan.. yang mana ada yang mengusulkan agar YB2 kita (PAS) mengambil Ibu Tunggal yang beranak ramai untuk dijadikan Isteri ke-2 atau ke-3 atau seterusnya. Ini dapat menaikkan imej YB2 PAS di kacamata rakyat yang YB2 kita prihatin terhadap Ibu Tunggal.

Kita sedia maklum yang Ibu Tunggal (atau Janda) terdiri dari wanita-wanita yang susah dan kehidupan yang boleh di ibarat kais pagi makan pagi, kais petang makan petang. Ada lah eloknya YB2 kita menolong mereka ini dengan cara mengambil mereka sebagai Isteri (macam Rasulullah.. kesemua isteri baginda adalah janda kecuali Siti Aisyah).

Nak ke YB2 kita kat janda? Boleh di katakan yang orang lelaki ni pandang kepada 'bergetah'. kalau yang dah hilang getah tu.. nk ke?.. hikhikhik..

Ibu tunggal kat atas tu sape nk!!!?
-------
Kenapa YB Melor melepaskan isterinya itu ek? (xmau gosip2)
Ada yang mengatakan elok dilepaskan sebab tengok style rambut bukan style muslimah... Tapi bab ni jangan salahkan si Isteri..sebab suami yang WAJIB mengajar isteri agar menjadi warga solehah. Lebih2 lagi isteri beliau adalah mua'laf.

Pendekkan cakap; mereka takde jodoh...

PS : Ingat kat cerita Cik Mala Janda Berhias.

Read more...

Antara Taktik Husam untuk Menjatuhkan Tuan Guru Presiden

>> 22 Februari 2009

(Gambar : Kamarudin Jaafar (KJ), Orang kuat Anwar.. tapi banyak menentukan halatuju PAS dan Harakah)

Rata-rata pimpinan PAS pusat tahu dan sedar tentang cita-cita besar Husam Musa hendak menjadi Presiden PAS. Mereka juga tahu bahawa Husam sedang merancang sesuatu untuk mencapai niatnya itu. Tapi Husam Musa lebih tahu bahawa bukan mudah untuk menduduki kerusi Presiden tersebut lebih-lebih lagi beliau perlu berhadapan dengan tokoh ulama terbilang. Beliau tahu kalau beliau bertanding kerusi presiden melawan Tuan Guru Hj Hadi, beliau akan kalah teruk dan seolah-olah hilang wang pertaruhan. Beliau juga tahu beliau tidak boleh kelihatan menentang Tuan Guru Presiden secara terbuka kerana kalau nampak jelas dalam suasana sekarang maka sudah tentu seluruh ahli PAS akan bersatu menentang beliau. Maka sebab itulah Husam perlu melakar perancangan dan strategi yang cukup teliti untuk menjayakan cita-citanya tersebut.

Jadi, apakah akal dan perancangan Husam?

1.Melagakan Mursyidul Am dengan Tuan Guru Presiden

Semua orang terkejut beruk bila bulan lepas (tahun 2008), Tok Guru Nik Aziz kata usaha menukar kerajaan sekarang bukan macam angan-angan mat jenin. Kenapa tok guru perlu menggunakan perkataan mat jenin dalam kiasannya? Tidakkah Tok Guru tahu bahawa kiasan tersebut dipopularkan oleh Tuan Guru Presiden? Tidakkah Tok Guru baca atau dibacakan akhbar yang menyiarkan berita bahawa Presiden PAS ada menyebut tentang angan-angan Mat Jenin bila memperkatakan tentang kerajaan baru pada 16 Sept yang lepas? (yang cuba dipadamkan oleh syed Azman dengan menipu wartawan harakah). Kalau tok guru tahu, sedar dan baca kesemuanya, mengapa perlu menempelak Tuan Guru Presiden secara terbuka. Takkanlah hanya kerana nak menyokong kerajaan baru yang belum tentu boleh wujud dan berkemungkinan besar tidak akan jadi, tok guru nak gadaikan semangat ukhuwwah Islamiyah dan Mahabbah dengan Presiden sendiri. Takkanlah kerana nak menyokong Anwar, Tok Guru mahu supaya ahli PAS melihat ada pertembungan diantara Mursyidul Am dengan Presiden? Takkanlah kerana percayakan Husam, Tok Guru nak merendah-rendahkan martabat Tuan Guru Presiden?

Apa yang saya khuatir, Tok Guru tidak mendapat maklumat yang sebenarnya....sama macam kes Dato' Pa - apabila Tok Guru dikatakan mengaku tak baca keseluruhan kenyataan Dato' Pa. Apa yang lebih saya khuatir, Tok Guru sedang digunakan oleh Husam Musa dan geng erdogannya untuk meruntuh kepimpinan ulama PAS.

Yang pastinya Tok Guru Nik Aziz seringkali mengeluarkan kenyataan yang dilihat bercanggah dengan Tuan Guru Presiden. Ini adalah amalan yang tidak sihat didalam jamaah kita. Muktamar telah melantik Tuan Guru Hj Hadi sebagai Presiden PAS, maka kita hendaklah patuh dan taat kepada kepimpinan beliau dan membenarkan beliau memacu jamaah mengikut acuan beliau selagimana tidak bercanggah dengan Al-Quran dan AlHadis. Manakala Mursyidul Am hanyalah "advisory post" disamping mempengerusikan Majlis Syura dan bukannya kuasa eksekutif di dalam parti. Tetapi apa yang berlaku Muryidul Am lah yang paling banyak mengeluarkan kenyataan berkaitan parti berbanding Presiden. Semoga Tok Guru Nik Aziz memahami dan difahamkan bidangkuasa beliau sebelum ahli hilang rasa hormat kepadanya.

Yang lebih saya khuatir perancangan melagakan kepimpinan ulama kita ini adalah berniat jahat dan bertujuan untuk merendahkan kepimpinan ulama di dalam PAS dengan harapan ahli akan hilang keyakinan kepada ulama dan memilih bukan ulama sebagai pemimpin nanti.


2. Menggunakan pengaruh Mursyidul Am

Semua orang sedia maklum bahawa Husam berjaya mempengaruhi Tok Guru Nik Aziz dalam banyak hal. Walaupun kadangkala Tok Guru berjaya disedarkan oleh kaum keluarganya dan kawan rapatnya, tetapi bila Husam muncul saja semuanya akan bertukar balik seolah-olah macam dipukau....entah ilmu apalah yang dipakai Husam untuk mempengaruhi Tok Guru Nik Aziz. Entah kenapalah Tok Guru Nik Aziz begitu sayangkan Husam walaupun lebih separuh daripada ahli perhubungan PAS Negeri Kelantan tidak menyukai beliau dan lebih separuh daripada ADUN PAS di Kelantan pun tidak menyukai beliau kerana mereka terlebih maklum akan sifat dan amalan kejinya.

Yang jelasnya Tok Guru Nik Aziz memang terlalu sayangkan Husam sehingga dia pernah berkata bahawa Husam layak menjadi Presiden PAS!!!! (na'uzubillah)

Kata-kata inilah yang ditungu-tungu oleh Husam dan atas sebab itulah Husam bersungguh-sungguh berusaha ke arah itu dan kumpulan Erdogannya seringkali menggunakan nama Tok Guru Nik Aziz sebagai hujah mereka. Nama Tok Guru Nik Aziz dijaja merata-rata sehingga ke blog-blog mereka bagi membenarkan usaha jahat mereka. Jangan terkejut jika nanti mereka akan berkata bahawa Mursyidul Am lah yang menyuruh Husam lawan Presiden.


3. Merendahkan taraf dan martabat kepimpinan ulama PAS

Satu fahaman yang cuba ditanam ke dalam minda dan pemikiran ahli-ahli PAS ialah ulama tidak faham siasah dan tidak pandai berpolitik.
Mereka mungkin pandai baca AlQuran dan Alhadis tetapi tidak pandai menyusun strategi politik dan tidak pandai mengadaptasikan ayat-ayat yang dibaca ke dalam realiti semasa.
Sebab itulah bila Tuan Guru Presiden beristikharah sehingga diilhamkan dengan Surah Al-Anfal, mereka cuba mempermainkannya. Mereka mencari pendapat yang paling tidak diterima oleh jumhur bahawa ayat tersebut telah mansuh semata-mata untuk menimbulkan keraguan ahli terhadap kehendak ayat tersebut.

Dan bila Timbalan Mursyidul Am, Ust Haron Din membaca khutbah hari raya dengan mensyarahkan ayat tersebut bahawa mereka yang menentang muzakarah/muqabalah dengan musuh adalah menentang Al-Quran - maka mereka cuba memperlekehkannya dengan seribu satu alasan bahawa ayat tersebut telah disalah tafsir. Begitulah lekehnya ulama-ulama PAS dikacamata mereka. Apa yang mereka hendak tonjolkan ialah hanya mereka yang pandai tafsir AlQuran ikut kehendak semasa. Dan seolah-olah ingin menunjuk dan menampakkan bahawa akal dan strategi mereka lebih hebat dari hujah Quran.

Ulama-ulama didalam PAS bagi mereka adalah "obsolete" atau kuno dan telah ketinggalan zaman. Ulama-ulama di dalam PAS tidak dapat diterima oleh kaum India dan Cina. Bagi mereka, kalau kita hendak melihat PAS terus relevan dan diterima oleh segenap lapisan masyarakat maka kita hendaklah menukar kepimpinan ulama di dalam PAS. Inilah propaganda bahaya yang sedang dirancang oleh kumpulan Erdogan tanpa kita sedari.


4. Menyerang kepimpinan Tuan Guru Hj Hadi

Satu isu yang sering dimainkan oleh kumpulan Erdogan ialah “PAS Trengganu”. Dimana-mana mereka cuba memperlekehkan PAS Trengganu. PAS Trengganulah yang bawa idea muzakarah dengan UMNO, PAS Trengganulah yang paling tak pandai berstrategi, PAS Trengganu tidak pandai memerintah negeri, sikap PAS Trengganulah yang menjadi punca tewasnya PAS di Trengganu dan macam-macam lagi keburukan PAS Trengganu dicanang merata-rata.

Apakah tujuan mereka sebenarnya??? Tidak lain dan tidak bukan hanyalah untuk menyerang dan memperlekehkan Tuan Guru Presiden yang datang daripada Trengganu dan pernah memimpin PAS Trengganu. Apa yang hendak ditonjolkan ialah Tuan Guru Presiden sebenarnya tidak mampu memimpin. Kalau di Trengganu pun gagal macam mana nak memimpin PAS satu Malaysia.

Begitulah hinanya taktik dan perancangan mereka. Kenapa perlu dimainkan sentimen kenegerian (Trenganu ke Selangor ke) sedangkan itu adalah perancagan jahat Yahudi yang cuba memecahkan Islam dengan sempadan negeri – sedangkan kita satu Jamaah yang mempunyai amal jama’i dan asas-asas ukhuwwah. Kita laksana batu bata yang kalau dicubit peha kanan terasa di peha kiri. Kalau kita rasa sahabat kita di Trengganu ketinggalan dan lemah dan kalau kita perasan yang PAS Negeri kita yang terlebih pandai strategi, adalah menjadi tanggungjawab kita untuk turun menolong atas rasa mahabbah dan ukhuwwah bukannya tulis di dalam blog untuk mengaibkan mereka dikhalayak dan mendabik dada kununnya dia tahu punca kekalahan PAS di Trengganu.


5. Bergerak secara berkumpulan

Seolah-olah telah wujud apa yang dikatakan tanzim di dalam tanzim (ini adalah kepakaran Abu Iman dan Abu Urwah). Kumpulan Erdogan ini sering berjumpa dan bermesyuarat sesama mereka terutamanya sebelum dan sesudah mesyuarat AJK PAS Pusat. Mereka merancang secara berkumpulan untuk menangani sebarang isu di dalam Parti. Sebab itulah tidak hairan jika didalam ceramah-ceramah dan tulisan mereka, mereka memainkan isu-isu yang lebih kurang sama. Mereka sengaja “pre-empt” dengan mengembar-gemburkan bahawa ada usaha untuk membawa PAS masuk UMNO. Sedangkan sudah berapa puluh kali dinafikan oleh Presiden dan Timbalannya, tetapi mereka masih tetap memainkan isu tersebut. Ini adalah bertujuan untuk menimbulkan kemarahan ahli terhadap Presiden dengan cuba menuduh Presiden menipu ahli.

6. Menggunakan bloggers

Semua orang sedia maklum siapa Kickdefella. Terang-terang Husam mengupah beliau menulis blog dan dan mengunakannya untuk menyampaikan propaganda beliau dan kumpulannya. Begitu juga bloggers yang lain seperti Penarik Beca, Tulang Besi, Khalid Samad dll – semuanya adalah tali barut kumpulan Erdogan yang terang-terang menyerang kepimpinan ulama PAS dengan seribu satu alasan. Mereka sengaja mereka-reka cerita dan teori untuk menimbulkan keraguan dan syak wasangka ahli terhadap kredibiliti kepimpinan ulama PAS.


7. Menggunakan Harakah

Harakah ialah lidah rasmi PAS. Ianya dibaca oleh majoriti ahli-ahli PAS seluruh Malaysia. Mempengaruhi dan menguasai Harakah termasuk Harakahdaily menjadi agenda utama Husam dan kumpulan Erdogannya dalam merealisasikan cita-cita mereka. Pengarah Urusan Harakah sekarang ini ialah Dato’ KJ. Kita dah sedia maklum siapakah Dato’ KJ dan siapakah bosnya. Sebab itulah Dato’ KJ secara terbuka selalu tidak bersetuju dengan pandangan Tuan Guru Presiden yang sepatutnya menjadi bosnya. Dalam banyak hal beliau cuba mempengaruhi Lutfi sebagai Ketua Pengarang Harakah untuk menyiarkan yang tidak sepatutnya dan tidak menyiarkan yang sepatutnya disiarkan. Manakala Harakahdaily pula diurus oleh Rashidi Hassan yang telah berjaya di ‘beli” oleh kumpulan Erdogan. Sebab itulah berita dalam Harakahdaily hanya berkisar mengenai aktiviti dan kehendak mereka terutamanya mengenai Pakatan Rakyat dan Anwar Ibrahim.

Tuan Guru Presiden seringkali pening kepala dengan dua media rasmi utama PAS ini. Beberapa kali dikatakan bahawa beliau agak marah dengan akhbar Harakah dan Harakahdaily yang gagal mencerminkan lidah rasmi PAS dan gagal menyiarkan berita yang dianggap penting untuk disampaikan kepada ahli. Amat malang bagi seorang Presiden parti bila dia melantik seseorang untuk menerajui Akhbar Harakah dan Harakahdailiy tetapi mereka tidak mengikut arahan beliau. Saya rasa dah tiba masanya Presiden menggunakan kuasanya untuk melantik orang lain demi menyelamatkan akhbar Harakah dan Harakahdailiy daripada terus dikuasai oleh mereka yang mempunyai agenda tersendiri.


7. Membeli Negeri dan Kawasan

Setelah lebih dari 18 tahun PAS memerintah Kelantan, yang kaya bukan PAS Kelantan tetapi Husam Musa. Semua orang tahu Husam banyak duit hasil dari kekayaan kerajaan negeri. Cuma dia bijak “berbelanja”. Dia tidak tunjuk kekayaannya atau berbelanja untuk membeli banglo mewah atau kereta mewah. Tetapi duitnya yang banyak digunakan untuk menjayakan cita-cita politiknya. Sudah berapa banyak kawasan dan negeri yang melaporkan bahawa Husam memberikan mereka wang yang agak banyak untuk menjalankan aktiviti-aktiviti tertentu. Husam memang pandai kerana dia belajar daripada UMNO dan mentornya Anwar Ibrahim untuk bermain dengan politik wang. Dia tahu bahawa kawasan-kawasan atau negeri yang diberikannya wang sudah tentu akan terhutang budi dengan beliau dan akan menyokongnya kelak bila tiba masanya. Ada juga dikalangan pimpinan kita di Perak dan negeri2 yang lain yang mendapat projek dan imbuhan secara tidak langsung daripada hasil balak di Kelantan. Semuanya hanyalah untuk membeli sokongan daripada negeri dan kawasan di dalam muktamar yang akan datang.

Saya harap ahli dan pimpinan kita diperingkat cawangan, kawasan dan negeri tidak sebodoh itu diguna dan digula-gulakan oleh Husam dengan wang ringgit sehingga sanggup menggadaikan prinsip dan asas-asas perjuangan kita.


8. Memujuk Presiden untuk melepaskan jawatan

Diberitakan bahawa telah ada usaha-usaha untuk memujuk Tuan Guru Hj Hadi melepaskan jawatannya sebagai presiden PAS. Sebagai ganti beliau akan dilantik sebagai Mursyidul Am PAS setelah Tok Guru Nik Aziz dikatakan bersetuju dengan idea tersebut dan bersedia untuk memberi laluan kepada beliau. Dengan cara itu mudahlah Husam naik menduduki kerusi Presiden. Tetapi saya tidak fikir Tuan Guru Presiden kita akan terpedaya dengan taktik bodoh seperti itu. Beliau seribu kali lebih cerdik daripada Husam Musa dan geng Erdogannya.


Kesimpulannya, Husam Musa memang berusaha keras untuk menjadi Presiden PAS. Beliau sanggup melakukan apa sahaja untuk menjayakan cita-cita tersebut. Pokoknya.. matlamat mesti menghalalkan cara. Cuma mungkin beliau terlupa bahawa disebalik perancangan beliau, Allah juga merancang untuk menyelamatkan kesucian perjuangan Islam. Semoga PAS dijauhi daripada pemimpin yang tamak kepada kuasa dan pangkat.

Kepada kumpulan Erdogan, kembalilah ke pangkal jalan sebelum terlambat, janganlah menjadi penyumbang kepada kejayaan perancangan yahudi dan barat yang ingin melihat gerakan Islam berpecah dan lemah. Kembalilah memberi wala dan taat kepada kepimpinan Tuan Guru Presiden. Semoga perjuangan kita diberkati dan di redhai Allah. Jika Allah redha cukuplah untuk kita walaupun kita kalah dan walaupun tidak diredhai dan disukai oleh munafiqin dan musyrikin.


Sumber & Berita penuh: blog antihusam

Read more...

Label

Bermula 19/7/2010

Pengiklanan Sahaja

  © Blogger template Webnolia by Ourblogtemplates.com 2009

Back to TOP