.

PPSMI : Antara Sunnah Nabi S.A.W dan kebodohan kita

>> 07 Mac 2009

KENAPA PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN SAINS DAN MATEMATIK DALAM BAHASA INGGERIS (PPSMI) PERLU DITERUSKAN?

Apakah perlu PPSMI bagi memaksa anak-anak Melayu belajar bahasa Inggeris.Jika ya,kenapa ada individu dalam kalangan guru-guru sendiri yang membangkang PPSMI?

Saya teringat tentang seorang profesor berbangsa Melayu yang berkata “Jika PPSMI berjaya,80% pelajar akan menjawab dalam bahasa Inggeris bukan 50% seperti sekarang”. Baik,saya pula hendak bertanya, jika anak Melayu tidak tahu bahasa Inggeris,kenapa tidak belajar?Jika anak Melayu tidak tahu bahasa Inggeris,kenapa setiap kali guru memberi kerja rumah hampir 50% daripada pelajar tidak membuat kerja rumah? Bukankah Nabi S.A.W pernah berkata bahawa jika ada orang yang tidak tahu,kita perlu beritahu. Sewaktu peristiwa seorang kafir kencing di dalam masjid.Sahabat mahu membunuhnya tetapi dilarang Nabi S.A.W kerana si kafir tersebut TIDAK TAHU tentang kebiadabannya. Inilah tujuan PPSMI diadakan - untuk mengajar orang Melayu yang tidak tahu ini supaya tahu mengenai kepentingan bahasa Inggeris.Tun Mahathir Mohamed bukan mengila babi sebegitu sahaja sewaktu memperkenalkan PPSMI. Kerajaan memberi latihan kepada para guru untuk mengajar dalam bahasa Inggeris. Cuma,apabila ada guru yang tidak berpuas hati,hal ini adalah disebabkan mereka terpaksa mengaji lebih. Ataupun berlagak pandai disebabkan mereka guru mereka tidak perlu lagi untuk belajar bahasa Inggeris.

Adakah perlu bahasa Inggeris pada masa depan?

Hal ini merupakan seperkara lagi untuk difikir-fikirkan, Jawapannya juga bersifat subjektif. Di universiti kelak,tidak kira anda berbangsa Melayu atau tidak,anda perlu juga belajar dalam bahasa Inggeris. Jika sudah tentu perlunya bahasa Inggeris,kenapa tidak meluangkan masa untuk belajar bahasa Inggeris sementara disediakan secara percuma oleh kerajaan. Lebih baik belajar bahasa Inggeris sejak dari awal agar tidak susah di masa hadapan. Binatang pun susah untuk mencari makanan dan berdepan dengan cabaran. Kalau kita manusia tidak mahu langsung berdepan cabaran apa tujuannya menjadi manusia? Alangkah bersyukurnya kita kerana binatang tidak diberi akal, kalau tidak sudah tentu orang Melayu perlu bersaing dengan kaum lain selain binatang untuk mencari sesuap nasi. Selangkah pada hari ini menentukan sebuah perjalanan pada masa hadapan. Bersusah-sudah dahulu, bersenang-senang kemudian. Kalau tidak mahu susah langsung, lebih baik tidak menjadi manusia. Tetapi lain pula halnya jika anak-anak Melayu ini sudah pasti bahawa mereka sudah tiada harapan untuk ke universiti.

Golongan yang membangkang PPSMI ramai,adakah masyarakat tidak sedar tentang hal ini?

Golongan yang membangkang memang rami, tetapi lihat pula siapa yang membangkang tersebut. Kenapa yang mempersoalkan tentang bahasa Inggeris ini adalah daripada kalangan guru-guru yang bukan berlatarkan pengajian bahasa Inggeris, ibu bapa dan golongan bijak pandai seperti profesor pengajian Kemelayuan. Kenapa tidak ada satupun pelajar-pelajar yang bencikan PPSMI ini tampil kehadapan memberitahu masalah mereka. Beritahu apa yang sulitnya untuk belajar bahasa Inggeris ini. Tepuk dada tanya selera. Namun,satu jawapan yang bermain di fikiran adalah mereka sememangnya tidak ambil kisahpun dengan bahasa Inggeris,Sains,Matematik,PPSMI mahupun akedemik mereka. Bagi mereka kritikan terhadap PPSMI adalah membuang masa.YA atau TIDAK mereka perlu juga belajar di sekolah. Saya pasti,kalau ada persatuan yang memberikan sokongan agar sekolah dilupuskan,barulah ada pelajar-pelajar seperti ini yang tampil ke hadapan untuk menyokong dan memberi pendapat mereka.

Baru-baru ini GAPENA mengancam mengambil tindakan undang-undang terhadap kerajaan jika kerajaan enggan menghentikan PPSMI.Bukankah hal ini menunjukkan betapa besarnya kesan buruk PPSMI terhadap Malaysia sampaikan ada badan ilmiah yang bertaraf mega seperti GAPENA yang bertindak sedemikian?

1.1 Mengenai GAPENA,kita perlu melihat asas dan tujuan kenapa GAPENA ditubuhkan.

TUJUAN PENUBUHAN:

1. Menyatupadukan penulis-penulis tanahair yang menulis dalam Bahasa Kebangsaan;

2. Mempertahankan dan memperjuangkan hak-hak dan kepentingan-kepentingan penulis;

3. Memberikan sumbangan moral dan material secara kolektif kepada tujuan dan cita-cita Gabungan;

4. Mengusahakan peluang-peluang untuk penulis-penulis memajukan bakat mereka;

5. Menyatupadukan semua rakyat negara ini menerusi bahasa rasmi yang tunggal iaitu Bahasa Melayu;

6. Mencari, mendapatkan dan mengendalikan harta alih dan harta tidak alih di mana-mana sahaja dalam Malaysia dan luar negara, dan bagi menyempurnakan tujuan ini Gabungan bolehlah menubuhkan apa-apa entiti, syarikat, badan korporat atau yayasan; dan

7. Berusaha untuk memajukan bahasa, kesusasteraan dan kebudayaan Melayu di peringkat kebangsaan dan antarabangsa.

1.2 Selain itu,kenapa GAPENA tampil dengan kenyataan sedemikian.Lihat pula ahli jawatankuasanya (semuanya Melayu)

1.3 Bukankah kesemuanya orang Melayu? Bukankah tujuan GAPENA ditubuhkan adalah untuk mempertahankan bahasa Melayu daripada ‘penjajah’. Bukankah penjualan buku berbahasa Melayu di Malaysia sendiri sudah semakin menurun setiap tahun? Bukankah penjualan akhbar berbahasa Melayu di Malaysia tidak mampu melebihi satu juta penjualan setiap hari sedangkan penduduk Malaysia mencecah lebih 25 juta sekarang? Kemana GAPENA sewaktu isu-isu berkaitan penulisan buku dan pembeliannya semakin berkurangan?

1.4Tidak hairanlah kenapa GAPENA sanggup mengambil tindakan undang-undang, kesemua ahli jawatankuasa GAPENA adalah orang Melayu dan mempunyai latar pendidikan kemelayuan yang kuat seperti Tan Sri Prof. Emeritus Dato’ (Dr) Pendeta Haji Ismail Hussein. Jadi GAPENA sememangnya mempunyai hubungan secara langsung untuk menentang PPSMI seperti apa yang diperkatakan sebelum ini.Sepatutnya GAPENA mempertahankan bahasa Melayu dengan memperbanyakkan penglibatan penulis-penulis muda Melayu dalam penguasaan ilmu. Apabila sudah ramai orang Melayu yang berjaya barulah kita mempunyai kekuatan ekonomi dan mampu untuk mengetepikan ‘bahasa penjajah’. Seeloknya GAPENA meningkatkan usaha dalam penjualan buku serta akhbar dan bukannya mencari nama setelah lama ‘menghilangkan’ diri. Jawapan ini bukanlah suatu serangan peribadi,cuma memberi kesedaran bagi yang tidak sedar.

Jika orang Melayu menentang,sekarang sudah ada wakil masyarakat bukan Melayu seperti masyarakat India dan masyarakat Cina yang memulakan provokasi terhadap PPSMI di sekolah-sekolah jenis kebangsaan mereka. Apakah reaksi masyarakat? Juga PPSMI melanggar Perlembagaan Malaysia?

Mengenai sekolah-sekolah Cina dan sekolah-sekolah India pula,adalah ditetapkan dalam Perlembagaan Tanah Melayu sewaktu hampir merdeka yang menyatakan bahawa sekolah-sekolah vernakular akan menggunakan bahasa ibunda mereka masing-masing dan sistem kurikulum dari negara ibunda masing-masing. Hanya selepas 10 tahun barulah bahasa Melayu diajarkan di sekolah-sekolah ini. Dalam perlembagaan juga menyatakan penggunaan bahasa Melayu sebagai bahasa pengantaraan di sekolah-sekolah kebangsaan. Apa yang dimaksudkan dengan bahasa pengantaraan? Bahasa pengantaraan bermaksud penggunaan sesuatu bahasa secara lebih meluas dan dalam konteks ini,penggunaan bahasa Melayu mestilah lebih banyak dalam Pengajaran & Pembelajaran. Jika diambil kira penggunaan bahasa Melayu dalam LAPAN subjek kecuali Mata Pelajaran Tambahan dan subjek Bahasa Inggeris yang sememangnya diajar dalam bahasa Inggeris di sekolah rendah hanya DUA subjek sahaja yang diajar dalam bahasa selain bahasa Melayu iaitu Sains dan Matematik. Ia tidak menyalahi Perlembagaan Malaysia. Di sekolah menengah peringkat menengah rendah,daripada 11 subjek kecuali subjek Bahasa Inggeris dan Mata Pelajaran Tambahan hanya DUA subjek sahaja diajar dalam bahasa asing iaitu Sains dan Matematik. Ia tidak menyalahi Perlembagaan Malaysia.Di peringkat menengah atas pula,daripada 90 subjek kecuali Mata Pelajaran Tambahan,subjek Bahasa Inggeris dan subjek Kesusasteraan Inggeris hanya 22 subjek sahaja yang diajar dalam bahasa asing.Ia juga tidak menyalahi perlembagaan

Rasionalkah PPSMI terhadap kanak-kanak yang baru menduduki sekolah rendah?PPSMI membebankan kanak-kanak.Selain subjek Sains dan subjek Matematik,mereka perlu belajar bahasa Inggeris.

Daripada kajian yang dijalankan,kanak-kanak berusia 1 hingga 7 tahun mampu memahami apa-apa bahasa tanpa mengira warna kulit mahupun suku kaum mereka.Oleh yang demikian sudah menjadi tugas ibu bapa mengajar anak-anak ini.Kalau tidak tahu mengajar anak-anak ini,bukankah kerajaan sudah menyediakan peruntukan bagi mewujudkan sistem pengajaran seawal dua tahun di Malaysia. Juga kemudahan Tabika,Taska dan Prasekolah. Jika ada ibu bapa yang membuat alasan mereka tiada duit atau hidup susah bukankah Prasekolah percuma dan ada di setiap buah sekolah rendah di Malaysia? Hanya alasan membataskan tindakan

PPSMI hanya boleh diajar di bandar di mana masyarakatnya mengamalkan amalan sekular dan pemodenan hidup bukan di kampung.

Berkenaan orang di bandar yang lebih ‘pintar’,saya mahu beritahu bahawa saya juga orang kampung. Saya boleh menerima PPSMI. Sekolah kebangsaan di kawasan saya mampu menunjukkan prestasi membanggakan dalam UPSR, PMR dan SPM. Ibu bapa di bandar yang lebih moden? Sedar atau tidak,saya sedang melayari internet? Di mana? Di kawasan luar bandar.Ibu bapa saya bukan orang kaya,tetapi saya mampu juga untuk menjadi ‘moden’. Pada masa yang sama juga saya ingin mengulas tentang penggunaan perkataan SEKULAR. Sepanjang pengetahuan saya,sekular adalah amalan pengasingan agama daripada kehidupan seharian.Jadi,beruntunglah saya berada di kampung,kalau tidak sudah tentu saya sudah murtad. Bagaimana pula dengan saudara-saudara sekalian? Di bandar atau di kampung?

PPSMI yang menghilangkan jati diri rakyat Malaysia.

Apa yang saya lihat ialah jati diri Melayu semakin hilang disebabkan oleh globalisasi dan demokrasi yang diperkenalkan oleh Yahudi. Globalisasi memaksa sesiapa sahaja di dunia untuk mengikut sahaja apa yang telah direncanakan oleh negara-negara kuasa besar.Konsep globalisasi mempunyai persamaan dengan konsep kapitalisme yang diperkenalkan barat sebelum ini. Disebabkan ini juga pelbagai budaya kuning dari barat termasuk hedonisme telah dibawa masuk ke Malaysia. Demokrasi pula melahirkan jati diri bangsa yang lebih bebas dalam apa jua perkara termasuk isu-isu sensitif seperti yang baru dilalui oleh Malaysia apabila pengharaman pengkid ditentang oleh beberapa pertubuhan yang menyatakan pengharaman pengkid sebagai suatu platform untuk menyekat kebebasan dalam pergaulan di Malaysia. Sebut tentang pengkid,bukankah isu seperti gay,pengkid,mat rempit,minah rempit,rancangan realiti tv yang tumbuh bagai cendawan,dadah,seks bebas dan kurangnya didikan agama patut lebih dirisaukan. Bukankah isu seperti ini lebih merosakkan jati diri bangsa Melayu mahupun bangsa Malaysia berbanding PPSMI. Juga kenapa rakyat Singapura yang lebih cenderung menggunakan bahasa Inggeris berbanding bahasa ibunda dalam kehidupan seharian masih mempunyai jati diri yang kukuh dan sehingga kini Singapura masih dikenal sebagai ‘Negara Cina di Asia Tenggara’?

Bahasa adalah satu-satunya medium yang boleh dipertahankan oleh orang Melayu.Sebab itulah ramai dalam kalangan masyarakat Melayu yang membangkang PPSMI.

Benar,tetapi alangkah lebih baik jika orang Melayu mengembangkan pendidikan dan pelajaran berbanding mempertahankan bahasa Melayu yang sememangnya digunakan lebih 60% penduduk Malaysia. Dengan pelajaran sahajalah seseorang individu mampu menarik perhatian dunia.Tidak percaya? Lihat sahaja Albert Einstein,Sir Alexander Fleming,William James Sidis,pereka seluar jeans Levi’s,pereka Starbucks,pereka enjin carian internet Google dan George Soros.Mereka ialah orang Yahudi.Mereka semua terkenal dan pernah mencatat sejarah dunia seperti George Soros – Penyangak Kewangan Asing Tenggara juga pernah menyumbangkan 14 billion kepada usaha Penyelidikan dan Pembangunan (R & D) sains di serata dunia.Hal ini juga menerangkan kenapa kaum Yahudi yang berjumlah 1.4 juta orang di seluruh dunia adalah lebih berkuasa berbanding 1.4 billion orang Islam di seluruh dunia.Selain itu juga menjelaskan kenapa bahasa Ibrani iaitu bahasa ibunda di negara Israel yang telah pupus 1000 tahun lalu seperti bahasa Sanskrit dan bahasa Latin telah kembali digunakan di seluruh dunia sekarang.Kenapa? Kerana mereka menarik perhatian dunia dengan ilmu bukannya sekadar mempertahankan bahasa mereka. Hal ini juga diperakukan oleh ramai pengkaji sama ada di dalam mahupun di luar negara yang mengatakan ‘hidupnya’ kembali bahasa Ibrani adalah disebabkan kekuatan ekonomi,penguasaan ilmu dan ketenteraan negara Israel. Bukan sekadar cakap kosong. Sekarang juga sudah ada Hindraf dan Datuk Seri Anwar Ibrahim (Yahudi Melayu di Malaysia).Kenapa tidak nampak pun orang Melayu yang betul-betul mempertahankan orang Melayu di masa-masa sebegini selain Tun Mahathir dan beberapa kerat orang lain? Kerana apa? Kerana orang Melayu hanya tahu cakap tidak tahu buat.

Yang mengokong PPSMI hanyalah teknokrat dan bukan ahli falsafah.

Memang benar,kedua-duanya menggunakan bahagian otak yang berlainan. Kenapa tidak kita sebagai orang Islam menggabungkan keupayaan kedua-dua bahagian otak ini. Selama ini sudah ramai cendiakawan-cendiakan dunia menunjukkan keupayaan mereka dalam menguasai bidang-bidang berkaitan sains dan dalam masa yang sama berkaitan falsafah.Salah seorang daripadanya ialah Leonardo da Vinci – seorang saintis disamping menjadi ahli falsafah. Sebenarnya,Tuhan bagi yang terbaik kepada manusia,cuma tinggal manusia sahaja yang menentukan cara penggunaannya.Jangan salahkan ciptaan Tuhan atas kelemahan diri sendiri.

PPSMI menjadi batu penghalang kepada bahasa Melayu untuk menjadi bahasa ilmu.

Ada pepatah yang mengatakan’Jadikan kegagalan sebagai batu loncatan untuk berjaya’. Jika PPSMI suatu kegagalan kepada diri,kenapa tidak jadikannya sebagai batu loncatan untuk lebih berjaya pada masa hadapan? Bahasa Melayu boleh menjadi bahasa ilmu dan setaraf dengan bahasa lain di dunia jika rakyat Malaysia tahu menghargainya. Thailand sendiri bukanlah sebuah negara yang berjaya dengan ekonomi dan pendidikannya,tetapi rakyatnya yang tahu menghargai bahasa mereka.Dengan itu,bahasa Siam kini sudah lebih diterima dunia. PPSMI hanyalah SATU dasar,banyak lagi sebab kenapa bahasa Melayu TIDAK DAPAT bukan TIDAK BOLEH menjadi bahasa ilmu. Fikir-fikirkanlah,orang yang membangkang sekarang adalah kerana mereka susah untuk belajar,bukan kerana soal bahasa pun.

Bahasa adalah satu-satunya cara mengeratkan perhubungan antara kaum di Malaysia.

Pada pendapat saya,perpaduan kaum sememangnya sudah terjalin melalui pelbagai cara sejak 50 tahun yang lalu. Pada hari ini,perpaduan antara masyarakat multibudaya di Malaysia semakin luntur adalah disebabkan oleh ketamakkan dan kegilaan kuasa oleh sesetengah golongan dan ahli politik yang sanggup mempersetankan kontrak sosial di Malaysia. Saya tidak nampak perpaduan di Malaysia luntur disebabkan oleh PPSMI. Bukankah terdapat lebih banyak subjek di sekolah yang menggunakan bahasa Melayu berbanding bahasa Inggeris? Kenapa harus kita menggunakan bahasa sebagai suatu penghalang yang membezakan pendapat,perhubungan dan persahabatan tanpa mengira warna kulit di Malaysia?

Pemikiran dan kebolehan antara kaum hanya boleh disama tarafkan dengan bahasa.

Apa kaitannya bahasa dengan kebolehan berfikir? Kita dilahirkan dan dimahirkan dengan satu-satu bahasa mengikut persekitaran. Pemikiran pula adalah suatu jelmaan idea melalui proses pencantuman neuron di dalam otak.Pemikiran dijana oleh perlakuan ibu bapa pada waktu kecil dan pemahaman melalui pengalaman pada waktu remaja. Kebolehan pula adalah bakat yang ditonjolkan atau diinterprestasikan melalui tindakan. Dalam konteks menyama tarafkan kebolehan dan permikiran antara kaum pula,hanya pendidikan dan sikap tolerasi sahaja yang mampu menjalinkannya.Kalau anak-anak Cina sibuk belajar,anak-anak Melayu sibuk bermain, bahasa sekalipun tidak mampu menyama tarafkan pemikiran dan kebolehan mereka.

PPSMI dicadangkan oleh orang politik,bukan orang yang berpendidikan,patutlah teruk dasarnya.

PPSMI dicadangkan oleh orang politik? Betul. PPSMI dicadangkan oleh orang bodoh? Ini yang tidak betulnya.Tun Mahathir bin Mohamed yang mencadangkan PPSMI ialah orang politik dan berpendidikan tinggi. Menjadi antara orang Melayu terawal menjadi doktor bukanlah sesuatu yang senang. Perlukan pendidikan dan kemahuan. Beliau dihantar ke sekolah Inggeris tanpa ada sebarang asas bahasa Inggeris. Oleh itu,pandangan dan komitmen beliau terhadap perkara ini perlu diambil kira.

-------------------------------

Komen Saya :


PPSMI wajar di teruskan, Warisi-lah anak-anak dan bangsa kita dengan ilmu pengatahuan. PPSMI bukan membelakangkan Bahasa Melayu, matapelajaran lain seperti Ekonomi, Sejarah, PAI, Lukisan Kejuruteraan dan sebagainya masih lagi berbahasa Melayu.


Apa yang saya kesalkan; Ada pihak yang MEMPOLITIKKAN PPSMI


Ingatlah, ada di antara guru-guru sekarang yang di lebel sebagai guru 25 haribulan, iaitu manusia yang menjadi guru untuk gaji sahaja, mengajar ala kadar, pergi sekolah tanpa persediaan untuk mengajar, berada di sekolah berborak kosong. Macam mana pelajar tak jadi 'CELAKA' kalau begini keadaannya. Sampai bila bangsa nk maju kalau ada guru sebegini.


Saya sokong kerajaan Perkasakan PPSMI.. Teruskan untuk memajukan anak bangsa kita!!!


---------

Pernah saya kerja di kilang milik orang Cina dulu-dulu, borang cuti dalam BI, tergaru2 kepala nk isi.. isk3.

Tak kan la saya nk warisi 'ketidak pandaian' dalam penguasaan BI ini kepada anak-anak saya..

Adakah anda?
a. Sokong PPSMI - Warisi penguasaan BI kepada anak bangsa kita
b. Bangkang PPSMI - Lantak la dengan bangsaku, asal aku pandai sudah la.


Kredit : lupa pulak link penulis asal.

10 ulasan:

kamal 7 Mac 2009 pada 8:44 PTG  

salam...terima kasih atas kunjungan ke blog saya...sebenarnya penentangan pada ppsmi adalah bermotifkan politik semata mata...sekarang adalah zaman yang serba mencabar dan kita tidak mahu melihat anak anak gagal dan hanyut dalam kejayaan bangsa lain kerana kita ingin melihat anak bangsa kita sama taraf dengan bangsa lain walau hanya di tanah air sendiri.

Tok Pawi 7 Mac 2009 pada 9:37 PTG  

Tanya anak-anak yang nak belajar. Saya ada 5 anak sedang bersekolah. Semua mahu PPSMI dikekalkan. Pak Samad dan Prof Ismail ada anak masih bersekolah ke? Yang berdemo dan merusuh tadi pun ramai yang belum ada anak bersekolah. Mereka berjuang untuk apa? Untuk siapa?

Jangan politikkan masa depan anak-anak kita. Menteri Pelajaran harap tidak melatah dan mintak maaf macam isu keris dulu.

Tai 8 Mac 2009 pada 3:09 PTG  

PPSMI sudah dipolitikkan sekarang. Begitu mudah orang melayu dipermainkan. Kalau inginkan melayu menjadi tuan, kenalah belajar banyak bahasa.

Tanpa Nama,  8 Mac 2009 pada 8:33 PTG  

good questions towards the end.

Should we,or should we not?

p/s: Saya telah "link""kan artikel ini ke artikel saya.

~ODS

Taminsari 8 Mac 2009 pada 11:03 PTG  

Salam...916

Sebenarnya mereka sudah lupa dengan sunah rasulullah s.a.w. Nabi yang pernah berkata, tuntutlah ilmu walaupun sampai ke negara China. Maksudnya kita digalakkan menuntut ilmu walaupun dimana sahaja.

Tok-tok guru Pas sendiri pergi melanjutkan pelajaran ke negara2 Arab. Sudah belajar kesana kenalah menguasai bahasa Arab kerana bahasa Malaysia dan Inggeris bukan bahasa pengantar disana. Saya nak tanya pada tok-tok guru Pas yang belajar di negara2 Arab terutamanya negara Mesir, Jordan dlln. Adakah anda semua lupa bahasa kebangsaan setelah kembali semula ketanahair? Tidak bukan kerana anda masih dapat mengesuai bahasa Malaysia dengan baikkan.

Begitu juga dengan pelajar2 yang pergi menuntut ke USA, England, Perancis, Jepun, Korea, Cina dan lain -lain lagi, apakah bahasa pengantar yang digunakan? Sudah semestinya menggunakan bahasa ibunda negara tersebut bukan. Adakah selepas mereka kembali semulake tanahair mereka tidak dapat berbahasa Melayu?

Jadi apa masalahnya dan mengapa mereka mempertikaikan PPSMI? Ustaz Hadi sendiri mengelarkan sesiapa yang menyokong PPSMI ini sebagai "golongan celaka ". Adakah ini ciri-ciri pemimpin sebuah Parti politik yang dikatakan memperjuangkan Islam . Tidakkah ungkapan " celaka " ini sebagai menghina mereka yang hendakkan anak-anak mereka mempelajari satu ilmu baru sepertimana yang digalakkan oleh rasulullah s.a.w.

Adakah Presiden Pas pernah terfikir bukan semua yang menyokong PPSMI ini adalah orang politik? Adakah Ustaz Hadi pernah terfikir perasaan mereka apabila digelar " golongan celaka " semata-mata kerana mereka mahu anak-anak mereka cemerlang didalam pelajaran mereka? Tolonglah Ustaz Hadi, jangan politikkan PPSMI ini. Kalau rasakan anak-anak penyokong Pas tak perlu belajar bahasa Inggeris, biarkanlah sahaja kerana mereka juga diberi pilihan semasa hendak menjawab soalan samada dalam bahasa Malaysia ataupun bahasa Inggeris? Orang yang hendak maju kehadapan boleh memikirkan apa yang baik untuk anak-anak mereka.

Adakah disebabkan kebanyakkan pemimpin2 PAS tidak dapat berbahasa Inggeris dengan baik, maka mereka hendakkan anak-anak melayu jadi seperti mereka? Tidak boleh berbahasa Inggeris dengan baik. Ibarat seperti katak duduk dibawah tempurung. Jadi jumub seperti mereka ...bodoh-bodoh sombong?

Jadi tak perlulah PAS cuba menjadi juara kepada isu PPSMI ini. Janganlah menjadi seperti menanggok di air yang keruh. Sesungguhnya PAS sudah ketandusan isu sekarang. Hentikan lah sikap hipokit anda semua.
Wallahuallam.

Salam perjuangan

Zolkharnain Abidin 9 Mac 2009 pada 4:39 PTG  

Blog tuan dilinkkan kepada http://bongkarsauh.blogspot.com/ di bawah list pandangan sebalik. Tk.

Tanpa Nama,  9 Mac 2009 pada 7:09 PTG  

Taminsari,
Sekadar mencelah..

Jika tidak salah, hadis yang saudara katakan itu "tuntutlah ilmu walaupun sampai ke negara China" itu bukan hadis yang sahih..

Bukan apa, pernah tersamai kepada saya kerana tidak disampaikan siapa periwayatnya. Siapa periwayatnya ya?

rimbabana 12 Mac 2009 pada 12:36 PTG  

org cina hindu habis time sekolah depa p tuisyen belajar bahasa org putih kita org melayu dok main teloq ja kat umah... bila anak2 bodo salahkan kerajaan jugak.....

gapodio 19 Mac 2009 pada 7:59 PTG  

cuba baca entri ini http://aksaraketiga.wordpress.com/2009/03/16/ppsmi-aku-bosan/

ini pula pendapat saya tentang ppsmi

http://gapodio.blogspot.com/2009/03/ppsmiapa-sebenarnya.html

awang kata 13 April 2009 pada 8:39 PTG  

Cina Malaysia tu tak tahu ke ini negara Malaysia yang bahasa kebangsaannya bahasa Melayu. Ini bukan Singapura ataupun England.

Gunalah bahasa Melayu dalam borang cuti tu...baru betul. Siapa yang tak reti bahasa dalam hal ini. Yang sokong PPSMI pun sama...tak reti bahasa.

Catat Ulasan

Sila tinggalkan ulasan anda

Label

Bermula 19/7/2010

Pengiklanan Sahaja

  © Blogger template Webnolia by Ourblogtemplates.com 2009

Back to TOP