.

Antara Taktik Husam untuk Menjatuhkan Tuan Guru Presiden

>> 22 Februari 2009

(Gambar : Kamarudin Jaafar (KJ), Orang kuat Anwar.. tapi banyak menentukan halatuju PAS dan Harakah)

Rata-rata pimpinan PAS pusat tahu dan sedar tentang cita-cita besar Husam Musa hendak menjadi Presiden PAS. Mereka juga tahu bahawa Husam sedang merancang sesuatu untuk mencapai niatnya itu. Tapi Husam Musa lebih tahu bahawa bukan mudah untuk menduduki kerusi Presiden tersebut lebih-lebih lagi beliau perlu berhadapan dengan tokoh ulama terbilang. Beliau tahu kalau beliau bertanding kerusi presiden melawan Tuan Guru Hj Hadi, beliau akan kalah teruk dan seolah-olah hilang wang pertaruhan. Beliau juga tahu beliau tidak boleh kelihatan menentang Tuan Guru Presiden secara terbuka kerana kalau nampak jelas dalam suasana sekarang maka sudah tentu seluruh ahli PAS akan bersatu menentang beliau. Maka sebab itulah Husam perlu melakar perancangan dan strategi yang cukup teliti untuk menjayakan cita-citanya tersebut.

Jadi, apakah akal dan perancangan Husam?

1.Melagakan Mursyidul Am dengan Tuan Guru Presiden

Semua orang terkejut beruk bila bulan lepas (tahun 2008), Tok Guru Nik Aziz kata usaha menukar kerajaan sekarang bukan macam angan-angan mat jenin. Kenapa tok guru perlu menggunakan perkataan mat jenin dalam kiasannya? Tidakkah Tok Guru tahu bahawa kiasan tersebut dipopularkan oleh Tuan Guru Presiden? Tidakkah Tok Guru baca atau dibacakan akhbar yang menyiarkan berita bahawa Presiden PAS ada menyebut tentang angan-angan Mat Jenin bila memperkatakan tentang kerajaan baru pada 16 Sept yang lepas? (yang cuba dipadamkan oleh syed Azman dengan menipu wartawan harakah). Kalau tok guru tahu, sedar dan baca kesemuanya, mengapa perlu menempelak Tuan Guru Presiden secara terbuka. Takkanlah hanya kerana nak menyokong kerajaan baru yang belum tentu boleh wujud dan berkemungkinan besar tidak akan jadi, tok guru nak gadaikan semangat ukhuwwah Islamiyah dan Mahabbah dengan Presiden sendiri. Takkanlah kerana nak menyokong Anwar, Tok Guru mahu supaya ahli PAS melihat ada pertembungan diantara Mursyidul Am dengan Presiden? Takkanlah kerana percayakan Husam, Tok Guru nak merendah-rendahkan martabat Tuan Guru Presiden?

Apa yang saya khuatir, Tok Guru tidak mendapat maklumat yang sebenarnya....sama macam kes Dato' Pa - apabila Tok Guru dikatakan mengaku tak baca keseluruhan kenyataan Dato' Pa. Apa yang lebih saya khuatir, Tok Guru sedang digunakan oleh Husam Musa dan geng erdogannya untuk meruntuh kepimpinan ulama PAS.

Yang pastinya Tok Guru Nik Aziz seringkali mengeluarkan kenyataan yang dilihat bercanggah dengan Tuan Guru Presiden. Ini adalah amalan yang tidak sihat didalam jamaah kita. Muktamar telah melantik Tuan Guru Hj Hadi sebagai Presiden PAS, maka kita hendaklah patuh dan taat kepada kepimpinan beliau dan membenarkan beliau memacu jamaah mengikut acuan beliau selagimana tidak bercanggah dengan Al-Quran dan AlHadis. Manakala Mursyidul Am hanyalah "advisory post" disamping mempengerusikan Majlis Syura dan bukannya kuasa eksekutif di dalam parti. Tetapi apa yang berlaku Muryidul Am lah yang paling banyak mengeluarkan kenyataan berkaitan parti berbanding Presiden. Semoga Tok Guru Nik Aziz memahami dan difahamkan bidangkuasa beliau sebelum ahli hilang rasa hormat kepadanya.

Yang lebih saya khuatir perancangan melagakan kepimpinan ulama kita ini adalah berniat jahat dan bertujuan untuk merendahkan kepimpinan ulama di dalam PAS dengan harapan ahli akan hilang keyakinan kepada ulama dan memilih bukan ulama sebagai pemimpin nanti.


2. Menggunakan pengaruh Mursyidul Am

Semua orang sedia maklum bahawa Husam berjaya mempengaruhi Tok Guru Nik Aziz dalam banyak hal. Walaupun kadangkala Tok Guru berjaya disedarkan oleh kaum keluarganya dan kawan rapatnya, tetapi bila Husam muncul saja semuanya akan bertukar balik seolah-olah macam dipukau....entah ilmu apalah yang dipakai Husam untuk mempengaruhi Tok Guru Nik Aziz. Entah kenapalah Tok Guru Nik Aziz begitu sayangkan Husam walaupun lebih separuh daripada ahli perhubungan PAS Negeri Kelantan tidak menyukai beliau dan lebih separuh daripada ADUN PAS di Kelantan pun tidak menyukai beliau kerana mereka terlebih maklum akan sifat dan amalan kejinya.

Yang jelasnya Tok Guru Nik Aziz memang terlalu sayangkan Husam sehingga dia pernah berkata bahawa Husam layak menjadi Presiden PAS!!!! (na'uzubillah)

Kata-kata inilah yang ditungu-tungu oleh Husam dan atas sebab itulah Husam bersungguh-sungguh berusaha ke arah itu dan kumpulan Erdogannya seringkali menggunakan nama Tok Guru Nik Aziz sebagai hujah mereka. Nama Tok Guru Nik Aziz dijaja merata-rata sehingga ke blog-blog mereka bagi membenarkan usaha jahat mereka. Jangan terkejut jika nanti mereka akan berkata bahawa Mursyidul Am lah yang menyuruh Husam lawan Presiden.


3. Merendahkan taraf dan martabat kepimpinan ulama PAS

Satu fahaman yang cuba ditanam ke dalam minda dan pemikiran ahli-ahli PAS ialah ulama tidak faham siasah dan tidak pandai berpolitik.
Mereka mungkin pandai baca AlQuran dan Alhadis tetapi tidak pandai menyusun strategi politik dan tidak pandai mengadaptasikan ayat-ayat yang dibaca ke dalam realiti semasa.
Sebab itulah bila Tuan Guru Presiden beristikharah sehingga diilhamkan dengan Surah Al-Anfal, mereka cuba mempermainkannya. Mereka mencari pendapat yang paling tidak diterima oleh jumhur bahawa ayat tersebut telah mansuh semata-mata untuk menimbulkan keraguan ahli terhadap kehendak ayat tersebut.

Dan bila Timbalan Mursyidul Am, Ust Haron Din membaca khutbah hari raya dengan mensyarahkan ayat tersebut bahawa mereka yang menentang muzakarah/muqabalah dengan musuh adalah menentang Al-Quran - maka mereka cuba memperlekehkannya dengan seribu satu alasan bahawa ayat tersebut telah disalah tafsir. Begitulah lekehnya ulama-ulama PAS dikacamata mereka. Apa yang mereka hendak tonjolkan ialah hanya mereka yang pandai tafsir AlQuran ikut kehendak semasa. Dan seolah-olah ingin menunjuk dan menampakkan bahawa akal dan strategi mereka lebih hebat dari hujah Quran.

Ulama-ulama didalam PAS bagi mereka adalah "obsolete" atau kuno dan telah ketinggalan zaman. Ulama-ulama di dalam PAS tidak dapat diterima oleh kaum India dan Cina. Bagi mereka, kalau kita hendak melihat PAS terus relevan dan diterima oleh segenap lapisan masyarakat maka kita hendaklah menukar kepimpinan ulama di dalam PAS. Inilah propaganda bahaya yang sedang dirancang oleh kumpulan Erdogan tanpa kita sedari.


4. Menyerang kepimpinan Tuan Guru Hj Hadi

Satu isu yang sering dimainkan oleh kumpulan Erdogan ialah “PAS Trengganu”. Dimana-mana mereka cuba memperlekehkan PAS Trengganu. PAS Trengganulah yang bawa idea muzakarah dengan UMNO, PAS Trengganulah yang paling tak pandai berstrategi, PAS Trengganu tidak pandai memerintah negeri, sikap PAS Trengganulah yang menjadi punca tewasnya PAS di Trengganu dan macam-macam lagi keburukan PAS Trengganu dicanang merata-rata.

Apakah tujuan mereka sebenarnya??? Tidak lain dan tidak bukan hanyalah untuk menyerang dan memperlekehkan Tuan Guru Presiden yang datang daripada Trengganu dan pernah memimpin PAS Trengganu. Apa yang hendak ditonjolkan ialah Tuan Guru Presiden sebenarnya tidak mampu memimpin. Kalau di Trengganu pun gagal macam mana nak memimpin PAS satu Malaysia.

Begitulah hinanya taktik dan perancangan mereka. Kenapa perlu dimainkan sentimen kenegerian (Trenganu ke Selangor ke) sedangkan itu adalah perancagan jahat Yahudi yang cuba memecahkan Islam dengan sempadan negeri – sedangkan kita satu Jamaah yang mempunyai amal jama’i dan asas-asas ukhuwwah. Kita laksana batu bata yang kalau dicubit peha kanan terasa di peha kiri. Kalau kita rasa sahabat kita di Trengganu ketinggalan dan lemah dan kalau kita perasan yang PAS Negeri kita yang terlebih pandai strategi, adalah menjadi tanggungjawab kita untuk turun menolong atas rasa mahabbah dan ukhuwwah bukannya tulis di dalam blog untuk mengaibkan mereka dikhalayak dan mendabik dada kununnya dia tahu punca kekalahan PAS di Trengganu.


5. Bergerak secara berkumpulan

Seolah-olah telah wujud apa yang dikatakan tanzim di dalam tanzim (ini adalah kepakaran Abu Iman dan Abu Urwah). Kumpulan Erdogan ini sering berjumpa dan bermesyuarat sesama mereka terutamanya sebelum dan sesudah mesyuarat AJK PAS Pusat. Mereka merancang secara berkumpulan untuk menangani sebarang isu di dalam Parti. Sebab itulah tidak hairan jika didalam ceramah-ceramah dan tulisan mereka, mereka memainkan isu-isu yang lebih kurang sama. Mereka sengaja “pre-empt” dengan mengembar-gemburkan bahawa ada usaha untuk membawa PAS masuk UMNO. Sedangkan sudah berapa puluh kali dinafikan oleh Presiden dan Timbalannya, tetapi mereka masih tetap memainkan isu tersebut. Ini adalah bertujuan untuk menimbulkan kemarahan ahli terhadap Presiden dengan cuba menuduh Presiden menipu ahli.

6. Menggunakan bloggers

Semua orang sedia maklum siapa Kickdefella. Terang-terang Husam mengupah beliau menulis blog dan dan mengunakannya untuk menyampaikan propaganda beliau dan kumpulannya. Begitu juga bloggers yang lain seperti Penarik Beca, Tulang Besi, Khalid Samad dll – semuanya adalah tali barut kumpulan Erdogan yang terang-terang menyerang kepimpinan ulama PAS dengan seribu satu alasan. Mereka sengaja mereka-reka cerita dan teori untuk menimbulkan keraguan dan syak wasangka ahli terhadap kredibiliti kepimpinan ulama PAS.


7. Menggunakan Harakah

Harakah ialah lidah rasmi PAS. Ianya dibaca oleh majoriti ahli-ahli PAS seluruh Malaysia. Mempengaruhi dan menguasai Harakah termasuk Harakahdaily menjadi agenda utama Husam dan kumpulan Erdogannya dalam merealisasikan cita-cita mereka. Pengarah Urusan Harakah sekarang ini ialah Dato’ KJ. Kita dah sedia maklum siapakah Dato’ KJ dan siapakah bosnya. Sebab itulah Dato’ KJ secara terbuka selalu tidak bersetuju dengan pandangan Tuan Guru Presiden yang sepatutnya menjadi bosnya. Dalam banyak hal beliau cuba mempengaruhi Lutfi sebagai Ketua Pengarang Harakah untuk menyiarkan yang tidak sepatutnya dan tidak menyiarkan yang sepatutnya disiarkan. Manakala Harakahdaily pula diurus oleh Rashidi Hassan yang telah berjaya di ‘beli” oleh kumpulan Erdogan. Sebab itulah berita dalam Harakahdaily hanya berkisar mengenai aktiviti dan kehendak mereka terutamanya mengenai Pakatan Rakyat dan Anwar Ibrahim.

Tuan Guru Presiden seringkali pening kepala dengan dua media rasmi utama PAS ini. Beberapa kali dikatakan bahawa beliau agak marah dengan akhbar Harakah dan Harakahdaily yang gagal mencerminkan lidah rasmi PAS dan gagal menyiarkan berita yang dianggap penting untuk disampaikan kepada ahli. Amat malang bagi seorang Presiden parti bila dia melantik seseorang untuk menerajui Akhbar Harakah dan Harakahdailiy tetapi mereka tidak mengikut arahan beliau. Saya rasa dah tiba masanya Presiden menggunakan kuasanya untuk melantik orang lain demi menyelamatkan akhbar Harakah dan Harakahdailiy daripada terus dikuasai oleh mereka yang mempunyai agenda tersendiri.


7. Membeli Negeri dan Kawasan

Setelah lebih dari 18 tahun PAS memerintah Kelantan, yang kaya bukan PAS Kelantan tetapi Husam Musa. Semua orang tahu Husam banyak duit hasil dari kekayaan kerajaan negeri. Cuma dia bijak “berbelanja”. Dia tidak tunjuk kekayaannya atau berbelanja untuk membeli banglo mewah atau kereta mewah. Tetapi duitnya yang banyak digunakan untuk menjayakan cita-cita politiknya. Sudah berapa banyak kawasan dan negeri yang melaporkan bahawa Husam memberikan mereka wang yang agak banyak untuk menjalankan aktiviti-aktiviti tertentu. Husam memang pandai kerana dia belajar daripada UMNO dan mentornya Anwar Ibrahim untuk bermain dengan politik wang. Dia tahu bahawa kawasan-kawasan atau negeri yang diberikannya wang sudah tentu akan terhutang budi dengan beliau dan akan menyokongnya kelak bila tiba masanya. Ada juga dikalangan pimpinan kita di Perak dan negeri2 yang lain yang mendapat projek dan imbuhan secara tidak langsung daripada hasil balak di Kelantan. Semuanya hanyalah untuk membeli sokongan daripada negeri dan kawasan di dalam muktamar yang akan datang.

Saya harap ahli dan pimpinan kita diperingkat cawangan, kawasan dan negeri tidak sebodoh itu diguna dan digula-gulakan oleh Husam dengan wang ringgit sehingga sanggup menggadaikan prinsip dan asas-asas perjuangan kita.


8. Memujuk Presiden untuk melepaskan jawatan

Diberitakan bahawa telah ada usaha-usaha untuk memujuk Tuan Guru Hj Hadi melepaskan jawatannya sebagai presiden PAS. Sebagai ganti beliau akan dilantik sebagai Mursyidul Am PAS setelah Tok Guru Nik Aziz dikatakan bersetuju dengan idea tersebut dan bersedia untuk memberi laluan kepada beliau. Dengan cara itu mudahlah Husam naik menduduki kerusi Presiden. Tetapi saya tidak fikir Tuan Guru Presiden kita akan terpedaya dengan taktik bodoh seperti itu. Beliau seribu kali lebih cerdik daripada Husam Musa dan geng Erdogannya.


Kesimpulannya, Husam Musa memang berusaha keras untuk menjadi Presiden PAS. Beliau sanggup melakukan apa sahaja untuk menjayakan cita-cita tersebut. Pokoknya.. matlamat mesti menghalalkan cara. Cuma mungkin beliau terlupa bahawa disebalik perancangan beliau, Allah juga merancang untuk menyelamatkan kesucian perjuangan Islam. Semoga PAS dijauhi daripada pemimpin yang tamak kepada kuasa dan pangkat.

Kepada kumpulan Erdogan, kembalilah ke pangkal jalan sebelum terlambat, janganlah menjadi penyumbang kepada kejayaan perancangan yahudi dan barat yang ingin melihat gerakan Islam berpecah dan lemah. Kembalilah memberi wala dan taat kepada kepimpinan Tuan Guru Presiden. Semoga perjuangan kita diberkati dan di redhai Allah. Jika Allah redha cukuplah untuk kita walaupun kita kalah dan walaupun tidak diredhai dan disukai oleh munafiqin dan musyrikin.


Sumber & Berita penuh: blog antihusam

8 ulasan:

Panglima Perang Cyber 22 Februari 2009 pada 4:10 PTG  

Mantap sekali artikel tersebut..

Saya mohon ia disebarluaskan oleh team BPN untuk agenda menghalang usaha meliberalkan Islam oleh orang harapan Anwar.

Salam


jemput baca artikel Husam juga di blog saya.

Syammil 22 Februari 2009 pada 4:29 PTG  

blog anti husam dah tak update..

RBF Online 23 Februari 2009 pada 12:18 PG  

pas sahkan sumpah saiful betul

http://faisalrohban.blogspot.com

add 23 Februari 2009 pada 12:59 PG  

Siapa yang bernama KJ memang tak leh pakai punya...sama je KJ umno dan Kj pas

PaKMie 23 Februari 2009 pada 9:40 PG  

916 dan rakan bloggers..

Perancangan Erdogan mahu menguasai Pas. Menyenangkan kerja2 Anwar mahu mempergunakan Pas sebab Parti Keadilan tiada jentera dan Pengaruh tersediri. Lalu Anwar mengambil jln mudah memperkudakan org2 yg gila kuasa dan pangkat dalam Parti Pas.Maka lahirlah kumpulan Erdogan yg diketuai oleh Hussam Musa. Kamaruddin Jaafar, Nik Aziz(diperperkudakan pula Hussam) dan lain2.

Golongan ini akan terus bertidak utk mempastikan Anwar diangkat menjadi PM wpn kacaubilau berlaku dlm Pas. Anwar amat bijak dalam mencari ruang mempergunakan org lain utk kepertingan dirinya sdgkan dia sdri hanya menumpang parti pas.

Perkara ini sebhg besar sdh disedari oleh pemimpin pas termaksuklah Hj Adi sdri. Tetapi Hj Adi dan kumpulannya tdk mahu melihat pas berpecah kerana Nik Aziz sdri pun sdh terpalut dgn agenda Anwar itu.

Jika Umno yg dpimpin oleh Najid selepas Mac nanti menunjukkan ada perubahan kearah kebaikan, tdk mustahil golongan yg tdk puas hati dgn Erdogan ini akan bersatu kembali dgn Umno dlm PRU13 nanti wpnpn tidak masuk Umno.

Anwar tetap hanyut dgn mimpi gilanya. Rakyat pas semakin sedar...jika pas berpecah menyokong beliau bermakna Anwar bersedialah untok dikebumikan.

Salam perjuangan utk semua...Asalamualaikum..
Pakmie.blogspot.com.

Taminsari 25 Februari 2009 pada 1:19 PG  

Salam mimpi916..

Husam yang yang dah kusam...
Husam Musa kenapa diam membisu sekarang? Bila sudah lama tidak mendengar kenyataan beliau yang canggih atau mendahului masa.. rindu pula jadinya. Husam biasanya akan tampil dengan kenyataan politik yang pelik ataupun pandangan yang sofisikated dan diluar bingkai pemikiran orang-orang Pas.

Beliau juga sering 'berselehen' pandangan politik dengan pemimpin Pas lain, termasuklah Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang.
Ingat, bagaimana Husam antara orang berkeras menentang muqabalah antara Pas dengan Umno. Beliaulah yang dikatakan menjadi tunjang kepada pihak yang menentang muqabalah berkenaan. Sampai beliau memberi amaran sesiapa yang berunding dengan Umno akan dipecat!
Keras bunyinya kenyataan itu dan seolah-olah beliau sudah jadi Presiden Pas. Abdul Hadi Awang tidak berani untuk memecat orang walaupun ternyata sesetengah orang sudah melanggar peraturan ataupun displin parti serta kerap membelakangnya.

Dalam masa sama Husam juga juara yang menjual kononnya kerajaan BN akan dapat ditumbangkan pada 16 September lalu. Bermati-matian Exco itu membantu Anwar dan juga menjalankan kempen saraf bagi tujuan itu. Tiba-tiba saja Husam yang sebelum ini dikenali sebagai seorang yang tidak mudah mempercayai berita-berita separuh masak tiba-tiba jadi seperti 'nga'.
Khabarnya beberapa ahli parlimen Umno yang agak terbuka dan dikenali rapat dengannya didekatinya dan dibasuh sesungguh-sungguhnya agar berpalingh tadah dan menyokong rancangan pengambilalihan kuasa tersebut.

Ada setengahnya yang dijanji dengan jawatan menteri yang tidak tersaul dek akal. Apakah Pas pun turut mengamalkan politik Machiavellisme juga ke?

Tengku Razaleigh Hamzah juga turut sama didekati dan cuba dipengaruhi agar bersama Pakatan Rakyat. Entah apa yang Husam tawarkan tidak diketahui. Yang pastinya takkan jawatan Perdana Menteri kerana jawatan itu sudah ada yang empunya.

Lainlah kalau Tengku Razaleigh rela untuk merendahkan diri menjadi pengikut Pakatan Rakyat atau pun sekali lagi menjadi gurkha! Tak salah rasanya kalau Razaleigh jadi gurkha kali kedua?
Beliau juga nampak yakin benar dengan tarikh berkenaan.

Tok Guru Nik Aziz juga seperti terpengaruh dengan kepercayaan Husam sampai 'bertonyoh mulut' dengan Abdul Hadi Awang. Kadang-kadang bimbang juga kita dengan 'keselamatan' politik Tok Guru Nik Aziz kerana terlalu sangat terikut dan percaya dengan teori ataupun jampi serampah Husam.

Setelah 16 September berlalu lebih sebulan Husam diam membisu. Tidak ada kendengaran lagi kenyataan-kenyataan yang menghiburkan dari Husam. Apakah beliau juga sudah mulai jemu? Kalau orang tahu perangai Husam tidak akan merasa ganjil kerana beliau selalunya berkerja di sekerat jalan saja.

Bila sesuatu itu sudah ada masalah dia akan rembah tengah jalan.
Ada beberapa projek yang diperkenalkannya semasa dekat pilihan raya lalu seperti pohon depu, kambing, skim kifilah, pusat hemodialisis, rangkaian tv internet, dinar dan sebagainya semuanya kini sudah sunyi.

Apa cerita dengan pohon depu sudah tinggikah? Macam mana dengan kambing sudah berapa ekor anak? Atau macam mana dengan dinar Kelantan sudah berapa juta dicetak? Dan macam mana dengan projek tv internet sudah ada berapa saluran? Dan kemana skim kifilah, pakai sistem binary atau e-wallet?

Kepada Husam kalau hanya setakat berjaya atas kertas saja usahlah bercakap kerana rakyat bukan nak makan angka dan seronok dengan nama-nama projek saja tetapi rakyat mahukan hasilnya secara realiti. Demikian juga dengan peralihan Kerajaan yang dijanjikan itu orang Pas sedang menunggu kini apa sudah jadi.

Apakah selepas gagal muqabalah, pembentukan Kerajaan baru juga akan gagal? Kalau begitu Pas mengalami kerugian dua kali dalam satu masa. Kalau begini di manakah kebijaksanaan Husam yang diuar-uarkan itu hingga jadi kusam.
Wallahuallam..

Salam perjuangan

singamaraja 25 Februari 2009 pada 11:50 PG  

Auuum!

Jangan bimbang bang! orang PAS tetap cepat mencium bau

Catat Ulasan

Sila tinggalkan ulasan anda

  © Blogger template Webnolia by Ourblogtemplates.com 2009

Back to TOP