Demo PAS bantah lesen judi, arak dan maksiat
>> 22 Mei 2010
Ramai pemimpin PAS yang hadir dan berucap kepada orang ramai:-
“Kita (PAS) ingin menyatakan sikap dan pendirian kita (umat Islam) dengan sekeras-kerasnya bahawa, kita (PAS) menentang keputusan yang dibuat oleh kepimpinan kerajaan yang ada pada hari ini." (Mungkin maksud mereka ialah kerajaan pusat dan kerajaan negeri termasuk Kelantan)
Penulis juga difahamkan bahawa selepas ini, pemimpin-pemimpin PAS tersebut akan menghantar memorandum kepada kepimpinan kerajaan negeri yang ditadbir oleh parti Pakatan Rakyat seperti Kelantan, Pulau Pinang dan Selangor supaya membatalkan lesen-lesen kedai judi dan arak di negeri masing-masing.
Tindakan itu bertepatan dengan demonstrasi mereka di depan masjid yang mulia itu kerana sungguh memalukan jika mereka berceramah dan menjerit tanda bantahan tetapi negeri-negeri yang mereka kuasai masih dipenuhi dengan kedai-kedai judi, arak dan urut serta kedai-kedai haram yang lain.
Adalah sungguh memalukan jika mereka menegur kerajaan Barisan Nasional (BN) tetapi parti PAS hanya menutup mata dan tidak mempedulikan masaalah kedai arak, judi dan urut di negeri-negeri yang di tadbir oleh mereka.
Mereka akan mulakan dengan negeri Pulau Pinang dan Selangor kerana negeri-negeri tersebut menghadapi masaalah dengan kedai-kedai haram yang meningkat semenjak Pakatan Rakyat mengambil alih tompok kepimpinan negeri.
Beranikah PAS ?
Atau parti PAS sebenarnya tidak signifikan dan tidak perlu diambil kira di negeri-negeri tersebut?
Untuk pengetahuan sekalian, memorandum yang penulis maksudkan itu hanyalah merupakan satu metafor yang menunjukkan bahawa parti PAS hanya akan buat bising kepada parti lawan tetapi parti tersebut gagal di dalam melaksanakan perjuangan mereka di dalam Pakatan Rakyat.
Mereka riuh rendah tetapi mereka tidak dapat memperbaiki diri sendiri dan Pakatan Rakyat
Cerita sebenar di MIM
Cerita tak sebenar di sini








