.

Penyatuan PAS dan UMNO sudah bermula di Kelantan !!

>> 20 Oktober 2008

1. Isu muzakarah dan muqabalah telah popular seketika dan meniti di bibir bibir penganalisa bertauliah dan taraf kedai kopi seluruh negara. Ia diterima satu pihak yang bergelar ulama dan ditolak satu pihak yang popular dengan tittle Erdogan. Ulasan tentang team pro dan kontra di dalam PAS rasanya sudah banyak diulas dan tidak perlu lagi kita mengulasnya kali kedua di sini.

2. Semasa isu tersebut dibangkitkan maka majoriti Majlis Syura dilaporkan bersetuju kecuali Nik Aziz sahaja yang turut dilaporkan jarang jarang menghadir mesyuarat majlis Syura di Kuala Lumpur. Keengganan menerima perdamaian atau Muqabalah @Muzakarah telah membuka pintu kecaman bertali arus dari dalam dan luar PAS.

3. Jika kegagalan muzakarah dikaitkan dengan pemimpin veteran ( baca : susah bersara ) maka di Kelantan lah juga diharapkan agar bermulanya satu lagi episod baru di bawah tajuk Muzakarah Umno Pas. Moga ia menjadi legasi bermakna kepada perpaduan umat Islam antara dua parti melayu Islam terbesar di Malaysia.

4. Kesungguhan dua pemimpin Umno dan Pas perlu disokong berterusan dan jangan kita biarkan ia basi kali kedua sedangkan akar umbi merintih atas kegelisahan menanggung azab perpecahan antara umat nabi Muhammad s.a.w.. Cukuplah ia berlalu setengah kurun dan tibalah masanya kita memulakan 50 tahun berikutnya dengan semangat satu padu sebenar merentasi parti politik dan suku kenegerian yang masih menebal juga antara rakyat Malaysia..

Baca berita ‘istimewa’ di bawah dan renung renungkanlah. Sumber berita klik sini.

Penyatuan atas keikhlasan, ADUN PAS dan Umno berbesan

BAGAI PINANG DIBELAH DUA…
Salleh Sheikh Ibrahim, 25,
menyerahkan hantaran kepada isterinya, Ernie Muneerah Mohd
Adhan, 25, selepas majlis akad nikah di Taman Sabariah semalam.

KOTA BAHARU: Berdasarkan sifat ikhlas dan kasih sayang terhadap anak, Anggota Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bukit Bunga, Mohd Adhan Kechik dan ADUN Sungai Abong, Johor, Dr. Sheikh Ibrahim Salleh bersedia mengenepikan perbezaan politik untuk berbesan.

Sikap terbuka itu menyaksikan Salleh Sheikh Ibrahim, 25, semalam diijabkabulkan dengan Ernie Muneerah Mohd Adhan, 25.

Majlis akad nikah pasangan mempelai itu berlangsung di rumah Mohd Adhan di sini.

Sheikh Ibrahim berkata atas dasar kasih sayang, agama dan bangsa, perbezaan politik dapat diketepikan jika ada keikhlasan di dalam hati untuk memastikan anakanak bahagia.

“Perkahwinan anak kami ini memang ketentuan tuhan, jadi untuk lihat dari aspek yang lebih luas seperti pertemuan PAS dan Umno, ianya bermula daripada keikhlasan untuk bangsa, agama dan negara,” katanya.

Bagi Mohd Adhan, hubungan anak perempuannya dengan menantunya tidak perlu dihalang atas sebab perbezaan parti kedua-dua bapa, kerana ia tidak menguntungkan mana-mana pihak dan sebaliknya mungkin memberikan kesan buruk.

“Sama dengan politik, kita tidak mahu mendapat susah kerana cuba menghalang sesuatu yang baik yang akhirnya membawa kesan kepada generasi akan datang,” katanya.

Salleh dan Ernie Muneerah pernah bertemu sewaktu zaman persekolahan namun terpisah kerana pekerjaan keluarga.

“Tidak sangka pula saya akan bertemu semula sewaktu belajar di Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) ketika kami mengambil jurusan yang sama dalam kursus ijazah Biologi Molekul.

“Kami berkenalan rapat selama tiga tahun sebelum berkahwin hari ini (semalam),” kata Salleh dengan ceria. BERNAMA


PS : Apa kata Ustaz Lim agaknya..

0 ulasan:

Catat Ulasan

Sila tinggalkan ulasan anda

Label

Bermula 19/7/2010

Pengiklanan Sahaja

  © Blogger template Webnolia by Ourblogtemplates.com 2009

Back to TOP