Sorry la Ibrahim Ali...
>> 25 Julai 2010
Ibrahim Ali berkata, Menteri Besar Kelantan itu bukan seorang ulama sekiranya beliau masih bersikap anti perpaduan kerana ia jelas bertentangan dengan ajaran Islam yang mahukan umatnya bersatu padu dan melupakan sengketa lama.
“Saya terperanjat apabila Nik Aziz buat kenyataan Pas dan UMNO tidak mungkin bersatu sebab perbezaan dasar dan membuat analogi pasukan bola sepak untuk menjelaskan perkara ini.
‘‘Saya tidak terfikir beliau boleh menggunakan analogi ini disebabkan beliau adalah orang yang mempunyai ilmu agama yang tinggi. Kenapa beliau tidak merujuk kepada al-Quran dan hadis kerana soal perpaduan adalah satu ibadat untuk mengeratkan silaturahim,” katanya.Katanya lagi;
Semua pihak perlu memperbetulkan tanggapan yang salah pada peristiwa Pas terkeluar daripada Barisan Nasional (BN) pada tahun 1977 kerana ia bukannya berpunca daripada UMNO semata-mata.
“Jangan salah anggap dalam isu ini, sebenarnya pada tahun itu Pas menghadapi masalah dalaman di antara dua pemimpinnya Datuk Asri Muda dan Datuk Mohd. Nasir sehingga menyebabkan parti itu sendiri yang berpecah dua di negeri ini.
“Lihat parti politik Cina seperti MCA, DAP dan Gerakan mereka bersatu padu dalam isu yang membabitkan kepentingan bangsa mereka tanpa ada sebarang halangan, kenapa kita orang Melayu tidak boleh buat begitu,” katanya.
Sumber--------
Sory la Ibrahim, dalam al Quran tiada ayat yang melarang/mengharamkan perpaduan antara ummat Islam, tu yang dia guna analogi bolasepak.
Orang alim kena membentuk kepimpinan mulia, memberi contoh tauladan yg baik kepada orang jahil agar orang jahil tidak terus sesat, bukan terus membuat kerosakkan.
2 ulasan:
Bagi penganut hamPAS, Tok Garu N.Ajis ini mempunyai ilmu mantik yang tinggi sehingga apa sahaja dicakapkannya akan diolah secara analogi. Tetapi analogi yang diberikan sebenarnya menampakkan kedangkalan Tok Garu tu berfikir.
Jika UMNO dan hamPAS digambarkan sebagai sebagai 2 pasukan bola sepak (mungkin N.Ajis kena demam bola sepak kot) yang berebut satu bola. Apakah simbol untuk bola tersebut???? Apakah bola itu melambangkan agama Islam dimana kedua2 pasukan berebut untuk menjaring dan mendapat mata. Kalau begitu analogi Tok Garu, memang dangkal sungguh...
Islam bukannya boleh disepak2 dan hanya dimenangi oleh satu pasukan sahaja. Sepatutnya Islam harus dibina bersama2 supaya nampak indah dan harus kukuh tegak tiang dan dindingnya. Perkakas dalamnya juga harus melambangkan ciri2 keimanan dan keindahan Islam.
Analogi yang betul bila nak sentuh bab perpaduan adalah umpamanya membina sebuah rumah. Andaikan 2 arkitek diupah untuk membina rumah idaman seorang pemilik tanah, walaupun mempunyai dua idea yang berlainan bagaimana bentuk dan suasana rumah itu tetapi idea mereka tentu boleh digabung dan digarap supaya menghasilkan satu model rumah memenuhi kecirian pemilik rumah tadi. Hasilnya juga tentu dapat mewujudkan sebuah rumah dengan peralatan dan perkakasan di dalamnya yang cukup baik walaupun tidak terlalu sempurna. Bukankah mudah jika diberi analogi seperti itu.
Rumah itu adalah ibarat seperti negara, tiang / dinding rumah ibarat agama Islam, arkitek2 yang membinanya adalah UMNO dan PAS, pemilik rumah ibarat rakyat Malaysia, perkakas rumah pula ibarat minda dan keperibadian rakyat. Ini barulah garapan yang elok untuk sebuah rumah yang bernama Malaysia, bukannya ibarat pasukan bolasepak yang berebutkan HANYA satu bola...... Fikir2 la sendiri.
Salam Bro MyIdea,
Mohon di link kan pada blog saya di http://warkahkalamtimur.blogspot.com/
Semoga dapat sama-sama berkongsi idea. Saya sudahpun link dan follow blog saudara. Terima kasih.
Catat Ulasan