.

Kaburkah halatuju mahasiswa kita?

>> 31 Januari 2010

PRK UM: Beza anak Melayu dan anak Cina!

Selepas rundingan lebih empat jam hari ini, Universiti Malaya mengambil keputusan untuk menggantung sementara keputusan pilihan raya kampusnya yang diumumkan semalam.

Menurut bekas presiden Majlis Perwakilan Mahasiswa Universiti Malaya (MPMUM) Mohd Ridzuan Mohammad, keputusan itu dipersetujui bersama oleh naib canselor, Ghauth Jasmon dan kumpulan pro-Mahasiswa (pro-M).

Ghauth juga bersetuju membenarkan kumpulan pro-M untuk melantik perunding bagi menguji sistem e-undi yang didakwa mereka dimanipulasikan.

Sekiranya dakwaan berkenaan berasas, Ghauth bersetuju pilihan raya kampus diadakan semula.

Ghauth juga berjanji akan menyiasat dakwaan yang timbalan naib canselor, Azarae Idris menyalah-gunakan kedudukannya dan terbabit memanipulasikan pilihan raya itu.


Selepas pengumuman butiran perbincangan itu, kumpulan pro-M berarak ke Dewan Tunku canselor untuk meraikan keputusan berkenaan.

Mereka juga menghempas sebuah komputer sebagai melambangkan bantahan terhadap pengundian e-undi dan membawa komputer itu berarak di seluruh kampus.

Pada masa yang sama, mahasiswa berkenaan turut membakar akhbar Kosmo yang didakwa membuat laporan tidak tepat berhubung jumlah kerusi yang dimenangi mereka.

Sebelum ini, lebih 200 pelajar dari kumpulan pro-M yang tewas semalam mengugut akan mengadakan demonstrasi jalanan jika tuntutan mereka tidak dipenuhi.

Antara tuntutan awal mereka ialah supaya pilihan raya kampus diadakan semula dan pembatalan pengundian secara berkomputer atau e-undi.

Suasana tegang menyelubungi kampus UM sejak malam semalam dan pagi tadi apabila ratusan mahasiswanya berarak dari Dewan Tunku Canselor ke pejabat Canselori.


Mereka berang selepas tewas tipis pada pilihan raya kampus yang diadakan semalam dan mendakwa berlakunya penyelewengan.

Mahasiswa berkenaan memakai lilit kepala putih dengan tertera perkataan ‘bantah’ dalam tulisan merah.

Mereka berjaya menyerbu serta mengepung pejabat Canselori dan memaksa perjumpaan dengan Ghauth.

Pada awalnya, ketegangan memuncak apabila pelajar mahukan dialog terbuka tetapi ditolak oleh naib canselor.

Sebaliknya, Ghauth mencadangkan perjumpaan tertutup dengan sepuluh wakil yang dipilih oleh pelajar berkenaan.

Cadangan itu dipersetujui dan rundingan diadakan sebelum ia ditangguhkan pada jam 1 petang tadi untuk solat Jumaat dan disambung semula selepas itu.

Turut berada di lokasi adalah kumpulan mahasiswa dari kumpulan pro-Aspirasi (pro-A) yang berjaya menguasai Universiti Malaya dengan menyapu 21 kerusi berbanding 17 yang dimenangi oleh pro-M.

Tiga lagi kerusi dimenangi oleh calon bebas. Dua daripada calon itu kemudiannya menyatakan sokongan kepada kumpulan Aspirasi.- Malaysiakini

- Tatkala pelajar cina dan india bertungkus lumus belajar, mengejar Dean’s List, gold medal dan sebagainya, anak-anak melayu masih lalai dan seronok berpolitik, berdemonstrasi.


Kononnya Freedom of speech. Freedom of speech sampai akademik kantoi, gagal exam dan repeat paper serta CGPA yang rendah.

Kalau nak berpolitik pergi politik betul-betul, kalau nak belajar belajar betul-betul. Ini lah masalah anak Melayu, nak buat 10 perkara dalam satu masa yang sama.

Beza anak Melayu dan anak cina/india di Universiti Malaya…


Copy dari : http://writtenbyhim.wordpress.com/2010/01/29/prk-um-beza-anak-melayu-dan-anak-cina/#more-2574

-----------------------

Kalau gagal dalam pelajaran & gagal mendapat kerjaya yg memuaskan, salahkan kerajaan ek.

Read more...

Royalti atau Wang Ihsan untuk rakyat Kelantan?

>> 24 Januari 2010

Kita (rakyat Kelantan) akan dapat royalti atau wang ihsan?

Rakyat maheran tak kisah yang mana2..janji kami dapat secukupnya. Cuma pemimpin2 aje yang bertegang leher berebut.. rakyat ok jer.


Gambar : Ilham penulis sahaja (Klik untuk besarkan gambar)

Read more...

YB P99, rakyat mengadu tu.

>> 20 Januari 2010

Mana YB Saya?

20/1/2010 10:01:38 AM

Pengirim: Anak Watan


Saya telah menghantar e-mel kepada YB Ahli Parlimen kawasan saya pada pertengahan bulan Disember lepas. Namun sehingga hari ini masih tidak berbalas. Beberapa hari lepas saya telah adukan perkara ini kepada pejabat parti politik negeri YB tersebut melalui e-mel dan masih tiada maklumbalas sehingga hari ini. Saya berasa amat kesal kerana luahan saya tidak mendapat perhatian yang sewajarnya. Ke mana YB P99 menghilang?

Dari : Sinar

------------
YB P99 sibuk tu, mungkin terlepas pandang, selalunya YB-YB ni banyak serah kat orang bawahan uruskan beberapa perkara yg 'biasa'. Rasanya xmampu dia nk baca email, kalau pengundi sahaja ada lebih 50,000.. kena yg hantar 1000 email sebulan.. demam YB tu.

Melainkan dia kata, email kepada saya.. sy akan selesaikan secepat mungkin.

Atau YB tu jenis tak cakna rakyat.. kasian. Kalu jenis yg camni, maknanya rakyat memilih YB tanpa tahu asal usul, ataupun, nk marah nyamuk..kelambu dibakar. Atau bahasa senang, undi orang tu sebab nk marah kat orang ni.

Ni YM P99 (wiki) http://ms.wikipedia.org/wiki/Zuraida_Kamaruddin
Ni Web Site/Blog dia : http://www.p99ampang.com/v2/

Read more...

Anwar bijak mempergunakan agama - Mat Sabu

>> 19 Januari 2010

Gambar dari Medan Info


Soalan : Sekiranya berlaku peralihan kuasa iaitu Anwar menggantikan (Tun Dr) Mahathir, agaknya bagaimana nasib PAS?

Mat Sabu : Saya lebih bimbang dan berdoa secara peribadi biarlah Mahathir mengepalai pilihan raya akan datang kerana kalau Anwar naik menjadi PM, dia cukup pandai menggunakan agama.

Minggu pertama dia menjadi PM, misalnya Anwar berkhutbah di Masjid Negara akan disiarkan di seluruh negara. Lelaki pergi ke masjid sembahyang Jumaat dan wanitanya yang berada di rumah akan melihat bagaimana selepas merdeka, inilah Perdana Menteri yang pertama membaca khutbah tanpa teks pada minggu pertamanya menjadi PM.

Sesungguhnya orang seperti Anwar begitu pandai dan licik menggunakan saluran agama dan pandai mengambil sentimen orang Melayu berbanding Mahathir. Kita bukanlah takut tetapi kita tahu tahap pemikiran Melayu setakat mana. Jadi secara peribadi saya berdoa agar Mahathir kekal mengepalai pilihan raya yang akan datang.

--------
Dia masih hebat seperti dulu. Cerita lama, tetapi watak pelakonnya semakin 'ganas'.

Dipetik dari,
Wawancara Ahmad Lutfi Othman dengan Ahli Parlimen PAS, Haji Mohamad Sabu, pada 14 Jun 1998, jam 11.15, di pejabat urusan TAMADUN.

Read more...

Baling batu sembunyi tangan?

>> 18 Januari 2010

Dipetik dari Sinar Harian;

KUANTAN - Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Anwar Ibrahim mendakwa kontroversi kalimah Allah sengaja ditimbulkan oleh UMNO untuk menunjukkan bahawa parti itu adalah pejuang Islam yang sebenar.

Ahli Parlimen Permatang Pauh itu berkata, UMNO juga menjadikan isu berkenaan untuk menggugat kepercayaan rakyat kepada parti pembangkang yang kononnya gagal menangani kontroversi tersebut.

Menurutnya, penggunaan kalimah Allah sudah diguna beribu tahun lalu oleh penganut Kristian di Mesir malah tiada sebarang masalah timbul berhubung perkara tersebut.

“Saya merujuk kepada ulama Islam dunia iaitu Sheikh Yusuf Al-Qaradawi mengenai perkara tersebut dan beliau sen:diri menyatakan bahawa kalimah Allah tidak salah digunakan oleh orang bukan Islam. Saya menganggap ia adalah isu yang sengaja direka oleh UMNO untuk menghangatkan suasana politik negara," katanya.


Baca lagi : SINI

-----------------------
Macam mana pula dengan Zulkifli Nordin, Harun Din, rakyat & NGO2 yg menentang penggunaan nama Allah dalam kitab Kristian tu? Mereka dari UMNO jugak ke?

Zulkifli ada 'cerita' dalam blognya : http://zul4kulim.blogspot.com/2010/01/allah-kristiansatu-pengalaman-ngeri.html

Penganut Islam sekarang lemah, sebab tu kita takut mereka menggunakan nama Allah untuk seleweng akidah ummat Islam.. Mungkin dalam masa terdekat sukar bagi mereka, tetapi 50 tahun lagi macam mana? Ingatlah akan bahayanya 'jarum' Yahudi, ia mencucuk sedikit demi sedikit ke dalam pemikiran ummat Islam.

Adakah dengan cara ini, dia boleh menghuru harakan negara, menjauhkan pelabur, menjatuhkan ekonomi dan manjatuhkan Najib pada tahun 2011 seperti yg di dakwa.

Insyaallah tidak, kita doakan negara kembali aman dan makmur.

JANGAN TUNDING JARI

Akan liberalkah Islam Malaysia?

Wassalam....

Read more...

Doa Melayu?

>> 17 Januari 2010

Di petik dari Utusan Online (17/1/2010)

KOTA BHARU 16 Jan. - Menteri Besar Kelantan, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat hari ini secara terbuka mengakui wujud budaya 'cah keting' atau cantas mencantas dalam Pas sehingga menimbulkan kepincangan dalam parti tersebut.

Bagaimanapun, Mursyidul Am Pas itu tidak menjelaskan secara mendalam sejauh mana seriusnya perkara itu sehingga menyebabkan beliau membaca doa khusus memohon perlindungan Allah supaya menjauhkan parti itu daripada amalan 'cah keting' semalam.

''Kepincangan tidak hari ini sahaja, sejak anak nabi Adam lagi apabila Qabil bunuh adiknya sendiri, Habil dan sampai sekarang, manusia memuja nafsu dan memuja Allah.

''Susah hendak mencari manusia yang hanya memuja nafsu atau memuja Allah semata-mata selagi ada perjuangan dan pergelutan di antara nafsu baik dan nafsu jahat," katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas Majlis Penyerahan Bantuan dan Zakat Kepada Pesakit Kusta anjuran Persatuan Kusta Kelantan di sini hari ini.

Semalam, selepas kuliah mingguannya, Nik Abdul Aziz membacakan doa memohon agar Allah melindunginya dan rakyat daripada orang yang mengamalkan sikap 'cah keting'.

Bacaan doa tersebut menimbulkan tanda tanya banyak pihak kerana pada masa kini, Pas dan kerajaan negeri menghadapi krisis dalaman termasuk isu berkaitan Perbadanan Menteri Besar Kelantan (PMBK).

Sementara itu Nik Abdul Aziz berkata, umat Islam seharusnya berdoa bagi memohon perlindungan daripada pelbagai masalah dan kejahatan.

''Doa seperti kita makan nasi tetapi kita lama sangat hidup dalam tradisi, maka doa kita pun bermusim, lepas solat, masa kenduri kita berdoa.

''Ini tidak betul kerana ini budaya Melayu jahil, kita tidak mahu budaya Melayu, kita mahu budaya Islam yang berdoa pada bila-bila masa, makan, minum, tidur, bangun, masuk pejabat, pergi pasar dan doa tidak khusus lepas solat sahaja," ujarnya.

Mengulas kenyataan Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Datuk Seri Mustapa Mohamed yang menolak permohonannya untuk menuntut royalti minyak di kawasan bertindih Kelantan dan Terengganu, beliau berkata, kerajaan negeri tetap berhak membuat tuntutan.

''Itu hak Datuk Seri Mustapa namun dia tidak ada hak untuk menentukan rezeki orang lain. Petrol di Kelantan ini adalah hak Kelantan, ada undang-undang atau tidak, ia tetap hak kelantan," katanya.


-------------

Pertama kali dengar perkataan Doa Melayu?

Yang saya tahu.. doa yang di lakukan oleh orang rajin (banyak berdoa) dan orang malas aje (jarang2 berdoa..time penting aje).

Maknanya.. yg rajin berdoa tu orang Islam dan yang malas berdoa tu orang Melayu.. Sah dah, orang Melayu memang 'malas'.. sebab tu ramai penganggur, takde kerja - tunggu yg sesuai dengan sijil/diploma/ijazah. Tok Guru ni sindir2 dalam la pulak.

bab royalti atau wang ihsan.. sebenarnya rakyat Kelantan tak kisah sangat yg mana2, janji dapat.. tu je. Yg penting sampai kepada rakyat. Cuma pemimpin je yang dok kalut berebut duit tu. Jangan ingat pihak kerajaan je ada kroni dan kontraktor.. pihak kerajaan negeri 'pun' ada. Ramai tu dok tunggu duit tu. Kang dapat duit royalti, tak pasal2 pakat2 cah mengecah keting, kang ada pulak istilah;

Alanakmenantusaudaramaranya... panjang ooooo

Read more...

Air tangan Tok Guru

>> 16 Januari 2010












Akan keluarkah 'air mineral penerang hati dari Tok Guru'. Gambar sekadar hiasan


diceritakan oleh seorang hamba Allah yg rasa tak berapa sedap hati (cerita setahun sudah),

----------------------------
Beliau mahu berjumpa Tok Guru Nik Aziz untuk meminta membuatkan air penerang hati untuk anaknya kerana anaknya akan menduduki peperiksaan pada tahun tersebut.

Sampai sahaja di rumah Tok Guru, beliau menyatakan hasrat tersebut, malangnya..orang kt rumah tersebut mengatakan yg Tok Guru tiada di rumah. Hampa.. Tak dapat la Tok Guru membuat air penerang hati untuk hamba Allah tadi.

Hamba Allah tadi nk balik la, nk cepat sebab ada kerja & tak mau tunggu..akan datang semula di lain kali.. Tetapi orang di rumah Tok Guru tadi kata, "Tok Guru takda pun, airnya ada". Lalu orang kt rumah tadi masuk ke dalam untuk ambil 'air' tersebut dan kemudiannya di serahkan kepada Hamba Allah tadi.

Untuk menyedap hatinya, saya boleh kata..mungkin Tok Guru buat 'spare' air penerang hati tersebut, supaya (jika) bila orang datang masa dia tiada..orang tersebut boleh pulang tanpa rasa hampa...

Allah sahaja yg tahu.

Read more...

Isu bakar, isu kelantan dan ole2

>> 13 Januari 2010

1. Hari ni terbaca akhbar sinar harian yg lama (surat khabar lama), takpe, isinya masih berguna. Maka terasalah apa yg difikirkan olehku serta (mungkin) orang lain juga berfikiran seperti ku.
2. Isu bakar gereja, siapa punya angkara?
3. Dalam sinar harian tersebut, Anwar terang2 salahkan kepimpinan Najib yg beliau sifatkan sebagai lemah dan gagal dalam pemerintahan. (Biasa la orang yg mahu angkat diri sendiri menjadi PM, orang lain tak molek..hanya dia sahaja yg molek)
4. Sekali fikir, ceritanya sama skrip dengan apa yg berlaku di Iraq, Afganistan dan di negara Islam lain, dimana Yahudi mahu menguasai satu persatu negara Islam ini.
5. Sama seperti di Iraq, ada yg mengatakan, Yahudi melaga-lagakan antara penduduk Islam. Yahudi bom masjid Sunni, dan mereka buat skrip seperti pengebom tersebut dari pihak Syiah. Yahudi hanya buat permulaan (memulakan). Maka berlaga-lagalah antara penduduk Iraq, Yahudi cuma sapu tangan dan cuci kaki.
6. Di Malaysia mungkin skrip juga sama, itulah yg cuba di lakukan oleh produk ciptaan Yahudi di Malaysia.
7. Melaga-lagakan antara kaum. Dia sokong isu, dia cipta isu, dia tuduh orang lain gagal dan lemah, dan hanya dia yg memuji dan mengangkat diri dia sendiri supaya dia dapat menjadi pemimpin negara.

8. Kalau 'dia' hebat, kenapa tidak di tolong majukan ekonomi negeri Kelantan , padahal Kerajaan kelantan menyokong 'dia' sepenuhnya?
9. Kawasan-kawasan niaga dan tempat bernyawa rakyat kelantan di paksa rela dan di ambil oleh kerajaan negeri untuk peniaga2 kaya dan besar.

a. Lembah Sireh, tempat rakyat bercucuk tanam, akhirnya di ambil oleh Tesco dan lain2 bentuk perniagaan yang dimiliki orang kaya raya.
b. Peniaga di Jalan Hamzah di kerah untuk ke Wakaf Che Yeh dan tanah disitu di bangunkan Kb Mall. (Tanah disitu sepatutnya di jual mahal, tetapi kenapa ia dijual murah kepada The Store? (KB Mall))
c. Padang Bas, dibangunkan Parkson & Pasaraya Gian. Dulu di tapak ni lah tempat aku berbuka puasa sebelum naik bas. Peniaga-peniaganya ke mana? Anda boleh baca topik Korban Konspirator dalam blog SINI dan SINI
d. Arked Uda macam mana?

Panjang pulak cerita.. Wassalam...

Read more...

  © Blogger template Webnolia by Ourblogtemplates.com 2009

Back to TOP