.

Anwar bijak mempergunakan agama - Mat Sabu

>> 19 Januari 2010

Gambar dari Medan Info


Soalan : Sekiranya berlaku peralihan kuasa iaitu Anwar menggantikan (Tun Dr) Mahathir, agaknya bagaimana nasib PAS?

Mat Sabu : Saya lebih bimbang dan berdoa secara peribadi biarlah Mahathir mengepalai pilihan raya akan datang kerana kalau Anwar naik menjadi PM, dia cukup pandai menggunakan agama.

Minggu pertama dia menjadi PM, misalnya Anwar berkhutbah di Masjid Negara akan disiarkan di seluruh negara. Lelaki pergi ke masjid sembahyang Jumaat dan wanitanya yang berada di rumah akan melihat bagaimana selepas merdeka, inilah Perdana Menteri yang pertama membaca khutbah tanpa teks pada minggu pertamanya menjadi PM.

Sesungguhnya orang seperti Anwar begitu pandai dan licik menggunakan saluran agama dan pandai mengambil sentimen orang Melayu berbanding Mahathir. Kita bukanlah takut tetapi kita tahu tahap pemikiran Melayu setakat mana. Jadi secara peribadi saya berdoa agar Mahathir kekal mengepalai pilihan raya yang akan datang.

--------
Dia masih hebat seperti dulu. Cerita lama, tetapi watak pelakonnya semakin 'ganas'.

Dipetik dari,
Wawancara Ahmad Lutfi Othman dengan Ahli Parlimen PAS, Haji Mohamad Sabu, pada 14 Jun 1998, jam 11.15, di pejabat urusan TAMADUN.

0 ulasan:

Catat Ulasan

Sila tinggalkan ulasan anda

  © Blogger template Webnolia by Ourblogtemplates.com 2009

Back to TOP