Isu bakar, isu kelantan dan ole2
>> 13 Januari 2010
1. Hari ni terbaca akhbar sinar harian yg lama (surat khabar lama), takpe, isinya masih berguna. Maka terasalah apa yg difikirkan olehku serta (mungkin) orang lain juga berfikiran seperti ku.
2. Isu bakar gereja, siapa punya angkara?
3. Dalam sinar harian tersebut, Anwar terang2 salahkan kepimpinan Najib yg beliau sifatkan sebagai lemah dan gagal dalam pemerintahan. (Biasa la orang yg mahu angkat diri sendiri menjadi PM, orang lain tak molek..hanya dia sahaja yg molek)
4. Sekali fikir, ceritanya sama skrip dengan apa yg berlaku di Iraq, Afganistan dan di negara Islam lain, dimana Yahudi mahu menguasai satu persatu negara Islam ini.
5. Sama seperti di Iraq, ada yg mengatakan, Yahudi melaga-lagakan antara penduduk Islam. Yahudi bom masjid Sunni, dan mereka buat skrip seperti pengebom tersebut dari pihak Syiah. Yahudi hanya buat permulaan (memulakan). Maka berlaga-lagalah antara penduduk Iraq, Yahudi cuma sapu tangan dan cuci kaki.
6. Di Malaysia mungkin skrip juga sama, itulah yg cuba di lakukan oleh produk ciptaan Yahudi di Malaysia.
7. Melaga-lagakan antara kaum. Dia sokong isu, dia cipta isu, dia tuduh orang lain gagal dan lemah, dan hanya dia yg memuji dan mengangkat diri dia sendiri supaya dia dapat menjadi pemimpin negara.
8. Kalau 'dia' hebat, kenapa tidak di tolong majukan ekonomi negeri Kelantan , padahal Kerajaan kelantan menyokong 'dia' sepenuhnya?
9. Kawasan-kawasan niaga dan tempat bernyawa rakyat kelantan di paksa rela dan di ambil oleh kerajaan negeri untuk peniaga2 kaya dan besar.
a. Lembah Sireh, tempat rakyat bercucuk tanam, akhirnya di ambil oleh Tesco dan lain2 bentuk perniagaan yang dimiliki orang kaya raya.
b. Peniaga di Jalan Hamzah di kerah untuk ke Wakaf Che Yeh dan tanah disitu di bangunkan Kb Mall. (Tanah disitu sepatutnya di jual mahal, tetapi kenapa ia dijual murah kepada The Store? (KB Mall))
c. Padang Bas, dibangunkan Parkson & Pasaraya Gian. Dulu di tapak ni lah tempat aku berbuka puasa sebelum naik bas. Peniaga-peniaganya ke mana? Anda boleh baca topik Korban Konspirator dalam blog SINI dan SINI
d. Arked Uda macam mana?
Panjang pulak cerita.. Wassalam...
0 ulasan:
Catat Ulasan