.

Baling batu sembunyi tangan?

>> 18 Januari 2010

Dipetik dari Sinar Harian;

KUANTAN - Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Anwar Ibrahim mendakwa kontroversi kalimah Allah sengaja ditimbulkan oleh UMNO untuk menunjukkan bahawa parti itu adalah pejuang Islam yang sebenar.

Ahli Parlimen Permatang Pauh itu berkata, UMNO juga menjadikan isu berkenaan untuk menggugat kepercayaan rakyat kepada parti pembangkang yang kononnya gagal menangani kontroversi tersebut.

Menurutnya, penggunaan kalimah Allah sudah diguna beribu tahun lalu oleh penganut Kristian di Mesir malah tiada sebarang masalah timbul berhubung perkara tersebut.

“Saya merujuk kepada ulama Islam dunia iaitu Sheikh Yusuf Al-Qaradawi mengenai perkara tersebut dan beliau sen:diri menyatakan bahawa kalimah Allah tidak salah digunakan oleh orang bukan Islam. Saya menganggap ia adalah isu yang sengaja direka oleh UMNO untuk menghangatkan suasana politik negara," katanya.


Baca lagi : SINI

-----------------------
Macam mana pula dengan Zulkifli Nordin, Harun Din, rakyat & NGO2 yg menentang penggunaan nama Allah dalam kitab Kristian tu? Mereka dari UMNO jugak ke?

Zulkifli ada 'cerita' dalam blognya : http://zul4kulim.blogspot.com/2010/01/allah-kristiansatu-pengalaman-ngeri.html

Penganut Islam sekarang lemah, sebab tu kita takut mereka menggunakan nama Allah untuk seleweng akidah ummat Islam.. Mungkin dalam masa terdekat sukar bagi mereka, tetapi 50 tahun lagi macam mana? Ingatlah akan bahayanya 'jarum' Yahudi, ia mencucuk sedikit demi sedikit ke dalam pemikiran ummat Islam.

Adakah dengan cara ini, dia boleh menghuru harakan negara, menjauhkan pelabur, menjatuhkan ekonomi dan manjatuhkan Najib pada tahun 2011 seperti yg di dakwa.

Insyaallah tidak, kita doakan negara kembali aman dan makmur.

JANGAN TUNDING JARI

Akan liberalkah Islam Malaysia?

Wassalam....

0 ulasan:

Catat Ulasan

Sila tinggalkan ulasan anda

  © Blogger template Webnolia by Ourblogtemplates.com 2009

Back to TOP