.

Temberang terbaharu oleh anwar.. Ludah meludah la pulak

>> 08 Januari 2009

Ludah jika Pakatan Rakyat gagal bawa perubahan - Anwar

KUALA TERENGGANU: Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, beliau sanggup diludah sekiranya Pakatan Rakyat tidak mampu membuat perubahan seandainya diberi mandat memerintah negara.

"Saya tidak berani bersumpah atau berjanji tapi saya berikrar akan membela nasib rakyat. Sekiranya saya tidak berbuat demikian, tuan-tuan boleh jumpa saya dan ludah pada saya," katanya dalam satu ceramah di sini, malam tadi.


Ceramah anjuran Pakatan Rakyat itu adalah bagi menyokong calon PAS Mohd Abdul Wahid Endut dalam kempen pilihan raya kecil bagi kerusi Parlimen Kuala Terengganu menjelang pengundian 17 Jan ini.

Ceramah yang diadakan di kawasan rumah pangsa Jalan Bukit Kecil dihadiri 100 orang.

Dalam ceramahnya, Anwar membangkitkan isu penahanan beliau oleh polis, isu pengambilan tanah oleh Umno selain isu rasuah.

Dalam pilihan raya itu, Mohd Abdul Wahid berdepan calon Barisan Nasional Datuk Wan Ahmad Farid Wan Salleh dan seorang calon Bebas. BERNAMA

-------------

Quote :
"Saya tidak berani bersumpah atau berjanji tapi saya berikrar akan membela nasib rakyat".

1. Memang anwar takut pun kepada SUMPAH MENYUMPAH ni..
2. "Membela Nasib Rakyat?".. Ingat pada masa anwar muda2 dulu..dia pernah membuat 'demo' kerana kerajaan tidak pedulikan nasib rakyat di Baling, Kedah. Dia mahu dianggap sebagai PEMBELA rakyat DI BALING. KEDAH. Tapi bila dia diangkat jadi TPM, nasib penduduk Baling tetap macam tu juga.. Pembela atau PEMBALA?

PS : Ludah meludah ni bukan amalan kita. Inilah cara anwar men'gempak' pengundi untuk 'menolak' beliau naik menjadi PM.

Apapun disini.. kita tak perlu fikir untuk meludah beliau.. kerana kerajaan yang beliau mimpikan memang dah lama berkubur.

Dulu menipu hari ke hari,
Gila nak jadi Perdana Menteri,
Tapi PAS mahu TG Haji Hadi,
Cukuplah tu bermimpi datuk seri..

Read more...

Sembang : FAM nk lawan kuasa Tuhan?
















Lupakan pasal politik.. kita pakai baju warna Merah.. kita turun Stadium. Berkumpul secara aman menunjukkan yang kita ni protes.

Apapun.. Penentu di tangan FAM + KAFA

Harap Datuk Annwar Musa (Presiden KAFA) dapat 'hendel' semua ini dengan baik. Kalau sudah ditakdirkan kita kalah juga (kalah percuma), apa boleh buat..

Kalak kita kalah bermaruah..

Sejak 'penswastaan' KAFA, bolasepak Kelantan sudah menampakkan sinar. Zaman kegemilangan masa Hashim Mustapha sudah kembali.

Tahniah sekali lagi kepada Datuk Annwar Musa (Pengerusi Kada + UMNO + Presiden KAFA)

Harapkan kerajaan negeri..berkubur la KAFA..

Wassalam...

Read more...

PRK Kuala Terengganu : Apa yang di pilih?

>> 07 Januari 2009




















Di ambil dari blog cikguman



Sebenarnya; sebagaimana lazim kempen-kempen pilihanraya yang lalu, biar bagaimana jenuhpun dipaparkan fakta-fakta tentang perlunya penyatuan, namun segolongan pihak akan membutakan mata dan memekakkan telinga serta memalingkan muka daripada kebenaran. Maka untuk kesekian kalinya pihak tersebut akan mengemukakan pandangannya sahaja dan akan menerima hanya fakta yang dirasanya sesuai dengan citarasanya sendiri. Justeru, teruskanlah begitu kerana Demangpun malas nak bertekak dengan puak yang begitu.

Kepada yang masih percaya bahawa penyatuan itu faktor utama kekuatan dan kekuatan itu perlu bagi menjaga diri maka Demang ingin menarik perhatian terhadap beberapa perkara:

Pertama: Apa perlunya PAS menang dalam PRK kali ini? Adakah dengan kemenangan itu dapat menjadikan PAS mendominasi Pakatan Rakyat? Atau sekadar menjadikan UMNO semakin lemah dalam membuat keputusan dalam BN?

Kedua: Apa untungnya orang Melayu jika UMNO kalah? Adakah kekalahan tersebut dapat menghalang DS Najib daripada menjadi PM? Jika demikian niatnya, adakah benar Najib tidak layak menjadi PM? Dan jika demikian, siapa pula yamg lebih layak?

Ketiga: Adakah PAS benar-benar bersedia mengambil alih kepimpinan negara dengan menjadi parti yang mendominasi Pakatan Rakyat? Secara realitinya, adakah majoriti orang Melayu akan memilih PAS dalam PRU13? Padahal dalam analisis PRU12 majoriti orang Melayu masih memberi undi kepada UMNO. Malangnya kesepakatan orang bukan Melayu telah menyebabkan parti komponen BN iaitu Gerakan, MCA, dan MIC kalah teruk. Akhirnya percaturan pewaris PAP iaitu baka daripada Lee Kuan Yew yang dijelmakan melalui DAP berjaya mengkucar-kacirkan politik negara.

Keempat: Selesaikah masalah orang Melayu jika calon UMNO kalah dan kerusi UMNO berkurangan satu lagi? Adakah keputusan begitu boleh ditafsirkan sebagai kemenangan orang Melayu? Adakah apabila suara majoriti UMNO berkurangan suara orang Islam bertambah?

Kelima: Perlukah lagi kita bertengkar dan mengungkit hal-hal yang lepas tatkala bahtera sedang karam? Mungkin ada pihak yang berkata, biarkan bahtera itu karam kerana bahtera itu milik UMNO. Maka biarkanlah UMNO musnah. Semudah itukah percaturan politik? Semudah itukah bahtera PAS akan menampung semua penumpang daripada bahtera UMNO itu? Tidakkah nanti bahtera PAS pula yang akan karam kerana mengambil semua penumpang yang berbagai ragam? Sudah cukup bersediakah sebilangan ahli UMNO yang dikatakan ‘haru-biru’ itu berkongsi bahtera dengan ahli PAS? Bagaimana pula golongan ‘edrogan’ dalam PAS yang tidak disenangi oleh ahli PAS tulen?

Tak apalah, jika itu pilihan anda. Kita lihatlah sahaja nanti apabila UMNO dikecilkan lagi kuasanya dan akhirnya tumbang. Kita lihatlah nanti samada kita masih mampu bertepuk tangan.

Sudahlah Demang. Apa diratap apa dirayu. Tidak ‘kan berubah pendirian mereka yang menentang.

Ah! Demang tidak gundahkan tentang itu. Demang juga tidak harapkan usaha Demang berhasil mengubah pendirian mereka. Demang menulis hanya bagi mematuhi jadual ibadah Demang. Dalam pengamatan dan amalan ilmu Demang, jika begini situasinya maka beginilah bentuk tulisan Demang. Jika berubah situasi dan isunya, lain pula yang Demang nukilkan.

Bagi Demang: inilah ibadah Demang.

Demang menyeru pada perpaduan.

Sejarah Andalusia amat pedih untuk dikenang. Kini Palestin sedang melalui sejarah yang sama.

Wallahu’alam.

------------------------
Tambahan : Juga dari cikguman

Kawasan parlimen P036 KUALA TERENGGANU mempunyai 80,326 pengundi dengan majoriti pengundi Melayu sebanyak 87.4 peratus, Cina (11.6 peratus), India (0.7 peratus) dan yang lain (0.3 peratus).

Sifir politik:
UMNO masih menguasai BN.
BN tetap membentuk kerajaan persekutuan.
Kekalahan UMNO menjadikan UMNO kekurangan kuasa dalam BN.
BN tetap membentuk kerajaan namun UMNO semakin lemah.

PAS bukan menguasai PR.
Kemenangan PAS dalam PRK ini juga tidak menjadikan PAS menguasai PR. Kemenangan itu memang boleh ditafsirkan bahawa PAS lebih kuat... namun:-

Analoginya, kuatnya PAS seperti kuatnya orang yang selama ini lemah. Ertinya, lebih kuat dari dulu tetapi tidaklah kuat jika dibandingkan dengan orang lain.

Memang UMNO lebih lemah berbanding dahulu. Namun dibandingkan dengan PAS, UMNO tetap masih kuat.

------------
PS : Ambo ada sedikit keyakinan yang mana PAS boleh menang di KT.. tetapi, walaupun menang sekalipun, PAS tetap menjadi seperti pak turut dalam PR. Seolah2 PAS macam 'budak bodo' (maaf kalau terkasar). Apapun, begitulah hakikatnya.

Ramai di kalangan pemimpin PAS sudah mencelik kepada kuasa & dendam.

Pada hemat ambo.. selepas PRU-12, PAS sudah 'KALAH'

Read more...

Syurga Allah sudah menanti mereka...

>> 06 Januari 2009

Mereka bertiga sememangnya telah dijanjikan syurga

Bersemadilah dengan aman..

Usahlah ditangasi kematian mereka. Mereka aman disama.

Read more...

BPN : Baikot Barangan Keluaran Israel.












Resolusi bertajuk : ISU PALESTIN DAN GESAAN BOIKOT BARANGAN ISRAEL / USA


1. Kami ahli BPN sebulat suara mengutuk sekeras-kerasnya kekejaman tentera Israel keatas umat islam di bumi palestin' Kami juga mengesa agar semua blogger diMalaysia tanpa mengira idelogi agar bersama-sama mengutuk perbuatan yang tidak berperikemaknusiaan tersebut.


2.Pengguna Islam Digesa Boikot Barangan Yahudi/ US . Marilah kita bersama-sama melaksakan kewajipan agar penghinaan kepada Islam mendapat pembalasan sewajarnya.


3. Kami juga menggesa agar pihak PBB lebih bertegas dalam menagani isu pencerobohan ini dan mendesak pihak Amerika agar berhenti dari terus menyokong tindakan dan polisi ketenteraan zionis tersebut.


4. Kami juga mengesa agar pihak kerajaan menghantar memorandum bantahan kepada Negara Israel dan Amerika terhadap pencerobohan ini. Sekiranya pihak Negara Amerika masih terus juga meneruskan dasar polisi luar mereka menyokong dan membantu pihak Yahudi Zionist maka kami mengesa pihak kerajaan Malaysia memutuskan perhubungan diplomatik dengan mereka.


5. SEMUA BLOGGER DIGESA MENYEBAR LUASKAN RESOLUSI INI DAN MENGHANTARNYA KEPADA MEDIA MASSA DAN ELETRONIK SERTA MENAMPAL DI MANA MANA FORUM ATAU MYSPACE ATAU YOUTUBE ATAU KOMEN BAGI MEMASTIKAN KESAN OPTIMUM GERAKAN INI


6. BPN mengesa agar pertubuhan OIC memainkan peranan mereka dengan lebih berkesan lagi serta bersatu dalam menangani situasi yang melibatkan negara Islam serantau.Semua negara OIC diminta untuk mendesak PBB agar bertegas dalam isu Palestin.


7. BPN menggesa semua ahli BPN dan juga para blogger menyiarkan logo BOIKOT ISRAEL USA dan Link senarai barangannya di blog blog masing masing demi agama bangsa dan negara kita.


Disediakan oleh :Panglima Perang CyberYdp Blogger Pembela Negara ( BPN )
http://penembak-tepat.blogspot.com/

Read more...

Politik kan HUDUD ; UMNO bukan 'kafir'.

>> 03 Januari 2009

Cukuplah bercerita pasal nk buat hukum hudud, buat terluka aje.. Dari dulu lagi dengan cerita pasal hudud.. Bermula pada zaman 'kepanasan' isu hudud iaitu zaman 80/90-an.

---------------
"Kita tidak payah tekan atau paksa untuk orang ramai terima undang-undang Allah, 20 atau 30 tahun lagi orang terima pun tidak apa. Hudud ini benda besar dan ia makan masa lama untuk dilaksanakan. Dulunya bila Pas sebut politik Islam, orang tidak boleh terima. Mereka kata mana ada politik Islam tapi bila kami memerintah atas Islam orang boleh terima begitu juga dengan hudud," kata Nik Aziz Nik Mat (Mursyidul Am PAS) pada 27 Disember 2008 di Kota Bharu.
--------------

Sepatutnya negeri Kelantan Serambi Mekah terlebih dahulu menjalankan Hudud, kerana kita (PAS) dah lama memerintah disini, pendek kata.. kita dah tahu selok belok amalan dan tatacara hidup anak tempatan. Dah tahu budaya dan non-muslim pun dah macam orang Melayu gaya hidupnya.

Kalau Perlis boleh gubal undang-undang memudahkan poligami, kenapa Kelantan tidak boleh gubal undang-undang hudud?

Pernah pada masa dulu saya bekerja di kedai elektrik, ada seseorang perempuan (anak gadis) yang tidak pakai tudung dan melepaskan rambutnya yang keperangan itu mengurai-ngurai di bahu. Bertanyalah saya kepada beliau, "Majlis perbandaran (MPKB-BRI) tak saman ke 'free-hair' ni"?. Selamba je dia tunjukkan kain tudung di dalam laci seraya berkata, "Kalau diaorang datang, saya sempat lagi pakai".

Dan pada masa kini, kerajaan Kelantan masih lagi gagal untuk membendung gejala pakaian ketat, bertudung tapi 'menonjolkan' apa yang sepatutnya disembunyikan dalam tudung.

Dulu dah kita buat undang-undang akan menyaman mana-mana perempuan yang berpakaian seksi dengan saman sebanyak RM500.00. Cukupkah dengan undang-undang begini?

-------------

Jadi, tak perlulah kita menghukum orang lain yang tak mahu menerima cadangan dari kita, cukuplah dan jangan lagi mengkafirkan mereka yang mana mereka itu adalah saudara kita.

Sepatutnya sudah lama kita mendidik, mengajar & mengasuh tentang Hudud ini, sebabnya sudah lama kita memerintah. Jangan panaskan isu Hudud ini ketika hampir-hampir dengan Pilihanraya.

Dulu kita menolak UMNO untuk mengukuhkan kedudukan Islam dan Melayu dalam Parlimen, tapi kita menolak mentah-mentah.. Kita bagi syarat, UMNO kena tubuhkan kerajaan Islam jika mahu berpakat dengan PAS. Tapi PAS rela pula berpakat dengan PKR (tak apa lagi) dan DAP (ni yang teruk).

Dan sekarang ni.. dengan apa yang dah kita lakukan (politikkan Hudud); SEBENARNYA

1. UMNO bukan kafir (Ada antara kita mengkafirkan mereka kerana kononnya mereka menolak Hudud.
2. Sembelihan mereka boleh dimakan.
3. Imam mereka boleh diikuti (atau mereka boleh menjadi imam sembahyang)
4. Mereka boleh sembahyangkan jenazah

Dan yang penting, mereka sama dengan kita.. seseorang muslim yang solatnya adalah sama arah kiblatnya.

PS : Siapa berani cakap yang orang PAS akan masuk syurga terlebih dahulu sebelum orang UMNO?

ada yang berani?

Read more...

Gambar Panas Wan Farid

>> 01 Januari 2009

Gambar Wan Farid Berkaraoke
Gambar Wan Farid Menyayi

Gambar Panas Wan Farid

Sengaja je ambo letak tajuk panas..

Pasal ramai sangat yang antar email dan dalam blog puak2 jakun PKR (kasar bahasa ni).. menyebar fitnah dalam alam saiber (cyber), mengatakan yang calon BN sedang berkaraoke sambil memeluk GRO. Ada yang anta email kata yang Wan Farid ni sedang 'minum2'.. tak ada bukti tak perlu la sebar2 fitnah.. berdosa, nanti kalau PAS menang kat KT pun tak ada berkat. Sila baca apa kata Tuan Guru Haji Hadi di sebelah.. tiada guna membina kerajaan tanpa mendapat keredhaan Allah Taala..

Ambo semak punya semak.. rupanya Wan Farid sedang berhibur dengan keluarga.. macam ini la ok.. ni tak (sesetengah orang tu-ambo sendiri pun ada jugak kadang2), keluar berhibur dengan rakan-rakan, sampai keluarga tak terlayan.

Jadi ter-ungkailah 'FITNAH' dari email & Blog2 puak2 tu.. Rupanya fitnah semata2.

Rupanya ada tangan2 yang tak bertanggungjawab meng-edit gambar. gambar perempuan disebelah Wan Farid tu mereka potong (edit) menampakkan tangan dan bahu yang sexy (kononnya GRO la).. kalau bagi gambar penuh, tentu lah orang KT kenal pasal 'perempuan' tu ada pertalian darah dengan Wan Farid. Dan fitnah puak2 tu tak jalan la..

(Gambar 1 : ada ke PUB atau tempat karaoke mewah yang 'letak' CD kat depan pelanggan)

Ni gambar kedua.. gambar yang merungkai segala fitnah puak2 tu.

(Gambar 2 : Laaaa...bersama keluarga rupanya)

Keterangan Gambar
1. Lantai yang sama
2. Kerusi yang sama
3. Timbunan CD yang sama
4. Meja 'aluminium' yang sama
5. Pintu (Kat belakang) yang sama
6. Seluar dan baju yang sama..

a. Boleh ke budak2 masuk PUB?
b. Masuk PUB kena pecat (tanggalkan) kasut ke?

Jadi.. fitnah sudah terungkai, jalanilah PRK P36 dengan ketelusan dan keamanan. Jangan jadi puak tuu yang suka gaduh2, jerit2 dan menengking.

Ambo : Tajuk yang ambo merahkan di atas tu adalah bertujuan memudahkan orang yang search (cari gambar Wan Farid) menggunakan fungsi Yahoo atau Google. Kalau tajuk tak 'panas', kang terbuka blog puak2 'tuu' yang 'memfitnah'. Kalau terbuka blog 916 ni dulu, terungkai la fitnah..

ambo hanya merancang ke arah kebaikan..

Gambar di ambil dari member sebelah

Read more...

Label

Bermula 19/7/2010

Pengiklanan Sahaja

  © Blogger template Webnolia by Ourblogtemplates.com 2009

Back to TOP