Politik kan HUDUD ; UMNO bukan 'kafir'.
>> 03 Januari 2009
Cukuplah bercerita pasal nk buat hukum hudud, buat terluka aje.. Dari dulu lagi dengan cerita pasal hudud.. Bermula pada zaman 'kepanasan' isu hudud iaitu zaman 80/90-an.
---------------
"Kita tidak payah tekan atau paksa untuk orang ramai terima undang-undang Allah, 20 atau 30 tahun lagi orang terima pun tidak apa. Hudud ini benda besar dan ia makan masa lama untuk dilaksanakan. Dulunya bila Pas sebut politik Islam, orang tidak boleh terima. Mereka kata mana ada politik Islam tapi bila kami memerintah atas Islam orang boleh terima begitu juga dengan hudud," kata Nik Aziz Nik Mat (Mursyidul Am PAS) pada 27 Disember 2008 di Kota Bharu.
--------------
Sepatutnya negeri Kelantan Serambi Mekah terlebih dahulu menjalankan Hudud, kerana kita (PAS) dah lama memerintah disini, pendek kata.. kita dah tahu selok belok amalan dan tatacara hidup anak tempatan. Dah tahu budaya dan non-muslim pun dah macam orang Melayu gaya hidupnya.
Kalau Perlis boleh gubal undang-undang memudahkan poligami, kenapa Kelantan tidak boleh gubal undang-undang hudud?
Pernah pada masa dulu saya bekerja di kedai elektrik, ada seseorang perempuan (anak gadis) yang tidak pakai tudung dan melepaskan rambutnya yang keperangan itu mengurai-ngurai di bahu. Bertanyalah saya kepada beliau, "Majlis perbandaran (MPKB-BRI) tak saman ke 'free-hair' ni"?. Selamba je dia tunjukkan kain tudung di dalam laci seraya berkata, "Kalau diaorang datang, saya sempat lagi pakai".
Dan pada masa kini, kerajaan Kelantan masih lagi gagal untuk membendung gejala pakaian ketat, bertudung tapi 'menonjolkan' apa yang sepatutnya disembunyikan dalam tudung.
Dulu dah kita buat undang-undang akan menyaman mana-mana perempuan yang berpakaian seksi dengan saman sebanyak RM500.00. Cukupkah dengan undang-undang begini?
-------------
Jadi, tak perlulah kita menghukum orang lain yang tak mahu menerima cadangan dari kita, cukuplah dan jangan lagi mengkafirkan mereka yang mana mereka itu adalah saudara kita.
Sepatutnya sudah lama kita mendidik, mengajar & mengasuh tentang Hudud ini, sebabnya sudah lama kita memerintah. Jangan panaskan isu Hudud ini ketika hampir-hampir dengan Pilihanraya.
Dulu kita menolak UMNO untuk mengukuhkan kedudukan Islam dan Melayu dalam Parlimen, tapi kita menolak mentah-mentah.. Kita bagi syarat, UMNO kena tubuhkan kerajaan Islam jika mahu berpakat dengan PAS. Tapi PAS rela pula berpakat dengan PKR (tak apa lagi) dan DAP (ni yang teruk).
Dan sekarang ni.. dengan apa yang dah kita lakukan (politikkan Hudud); SEBENARNYA
1. UMNO bukan kafir (Ada antara kita mengkafirkan mereka kerana kononnya mereka menolak Hudud.
2. Sembelihan mereka boleh dimakan.
3. Imam mereka boleh diikuti (atau mereka boleh menjadi imam sembahyang)
4. Mereka boleh sembahyangkan jenazah
Dan yang penting, mereka sama dengan kita.. seseorang muslim yang solatnya adalah sama arah kiblatnya.
PS : Siapa berani cakap yang orang PAS akan masuk syurga terlebih dahulu sebelum orang UMNO?
ada yang berani?
2 ulasan:
Pelaksanaan hukum hudud lalui proses panjang – Hadi
Marang 6-3-2000 :
Kerajaan pas Terengganu hari ini mengakui pelaksanaan hukum hudud di negeri ini akan melalui proses masa yang panjang.
Menteri Besar, Abdul Hadi Awang berkata bagaimanapun pihaknya akan tetap meneruskan pelaksanaannya walaupun ia perlu melalui beberapa proses tertentu dalam perundangan negara . Sehubungan itu katanya, kerajaan negeri berhasrat untuk mengadakan perbincangan dengan Kerajaan Pusat selepas ia siap menggubal Undang-undang Syariah bagi melaksanakan hokum Hudud di negeri itu.
“ Berdasarkan syarat untuk melaksanakan Undang-Undang Syariah disini , kita cukup segala-galanya tetapi sebagai salah sebuah negeri di bawah kerajaan Persekutuan kita perlu mematuhi umdang-undang yang ada.
Sebab itu apabila kita siap mengubal undang-undang hudud kita akan mengadakan perbincangan dengan kerajaan pusat dan berharap mereka akan menerima cadangan itu,” katanya.
Beliau berkata demikian ketika berdailog dengan kakitangan kerajaan daerah Marang di Sekolah Menengah Ugama Marang, disini hari ini. Tambah beliau, process menggubal undang-undang tersebut sedang dilakukan oleh Jawatankuasa Pendidikan, Dakwah dan syariah yang dipengerusi oleh Harun Taib.
Beliau menjelaskan hukum hudud adalah merupakan sebahagian kecil daripada hukum syariah tetapi kerajaan negeri tetap bertanggungjawab untuk melaksanakannya.
“ Hukum Hudud adalah satu aspek daripada 0.0001 daripada hukum Islam tetapi menjadi tanggungjawab kerajaan untuk melaksanakannya,” katanya.
Salam perjuangan
Kamaruddin Jaafar Sorok Buku ‘Belasah’ Hudud!
Hello! Berita dari sumber dalaman Institut Kajian Dasar (IKD), mengatakan insan yang popular dengan panggilan KJ ini menyorokkan buku tentang hudud Pas yang ditulisnya beberapa tahun dahulu.
Dia ni memang tak tahu malu. Dulu dialah juara UMNO yang menentang habis-habisan hudud Pas. Sampai dibukukan segala fakta kenapa Pas tak boleh laksanakan hukum hudud di Kelantan dan Malaysia. Bahan-bahan kajian sudah tentu hasil perahan otak mangsa penipuan peserta-peserta siri kursus dan seminar anjuran IKD. Last-last nama dialah yang tertera sebagai penulis buku tersebut.
Buku yang tidak dijual itu cadangannya hendak diedarkan kepada perwakilan UMNO sewaktu dia bercita-cita nak duduk dalam Majlis Tertinggi UMNO. Satu taktik lapuk untuk menunjukkan kepada perwakilan bahawa KJ ini adalah intelek orangnya…
Malangnya, dia tidak sempat mengedarkannya atas sebab peraturan berkaitan politik wang yang diperketatkan oleh Majlis Tertinggi UMNO sedikit masa dulu. Kemudiannya, buku-buku tersebut dijadikan cenderamata kepada sesiapa yang berkunjung ke IKD. Tetapi sekarang ini tentunya buku-buku yang sedang disorokkan itu akan dibakar pula…
Catat Ulasan