.

Gempaq : Nizar Nk Bubar DUN

>> 04 Februari 2009

MB Perak menghadap Sultan mohon bubar DUN

IPOH: Menteri Besar Perak, Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin kini sedang menghadap Sultan Perak petang ini untuk mendapatkan perkenan membubarkan Dewan Undangan Negeri (DUN) serta-merta.

Ini berikutan keadaan politik tidak menentu di negeri ini selepas dua Adun Parti Keadilan Rakyat (PKR) mengumumkan mereka kini wakil rakyat bebas.

-----
PR Perak kuat lagi la... Baru 30 berbalas 27

PAS Kelantan dulu (2004), nyawa kat hujung tanduk pun boleh bertahan (1 DUN - Majoriti 2 undi).. inikan pula berkelebihan 3 DUN..

Malang betul Nizar ni..Tu la.. jangan ikut sangat DAP/PKR tu.

Read more...

Bacalah Temberang Anwar ini...

>> 02 Februari 2009

Dua hilang, 200 lagi datang sebagai ganti :: Anwar (1/2/2009)

BUKIT MERTAJAM – Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim enggan mengulas lanjut berkaitan dua Exco Kerajaan Negeri Perak yang dikatakan lompat parti seperti yang disahkan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi.

Menurutnya, beliau tidak mengia atau menidakkan kenyataan itu serta menegaskan Kerajaan Negeri Perak masih stabil dan mereka masih setia kepada parti. “Barisan Nasional (BN) pernah mengatakan adalah tidak bermoral jika pemimpin lain masuk Parti Keadilan Rakyat (PKR) tetapi jika sebaliknya berlaku, ia disifatkan sebagai bermoral. “Dua Exco di Perak telah hilang sejak lima hari lalu dan masih tidak dapat dikesan dan gagal dihubungi melalui telefon bimbit,” kata Anwar.

Menurutnya, kehilangan kedua-dua Exco ini mungkin mempunyai hubung kait dengan pertuduhan kes rasuah yang mereka hadapi. Katanya, pertuduhan itu berkemungkinan palsu dan hanyalah rekaan untuk memujuk kedua-dua Exco menyertai mereka. Tuduhan kes rasuah itu mungkin digugurkan jika mereka bersetuju dengan syarat-syarat yang dikenakan oleh pihak terbabit. Anwar berkata, mereka juga mendapat maklumat kedua-dua Exco yang hilang dikatakan telah bertemu dengan pemimpin tertinggi dalam UMNO.

“Kita tidak perlu menyorokkan sesiapa kerana dalam Pakatan Rakyat (PR), dua hilang, 200 akan datang sebagai ganti,” katanya.

Menurutnya, rakyat memerlukan perubahan yang lebih baik dalam pemerintahan dan buktinya PR mendapat sokongan padu daripada rakyat dalam pilihan raya kecil Kuala Terengganu baru-baru ini. Beliau berkata demikian ketika hadir ke majlis sambutan dan Rumah Terbuka Tahun Baru Cina di Dewan St Anne, Bukit Mertajam semalam. Hadir sama, Datuk Seri Wan Azizah; Ketua Menteri, Lim Guan Eng; Timbalan Ketua Menteri 1, Mohammad Fairus Khairuddin; Exco kerajaan negeri, Law Choo Kiang; ADUN Machang Bubok, Tan Hock Leong dan beberapa pemimpin PR Pulau Pinang.

Sumber : Sinar Harian (edisi Kelantan)
-----------------------------------------------------

200? Wow.. nk cari kat mana tu?

Sedangkan 31 orang (projek 916) yang di janjikan dulu ntah kemana, nk tambah temberang lagi ke Dato Sri?

Bongkak betul..

Dalam PAS, kita di ajar agar berhati hati.. kalau bab-bab ahli yang nk menyeberang ke parti lawan, itu adalah amaran & perlu di ambil serius..

Anwar : "Ala, dua aje..aku blh dapat 200 orang lagi la"
PAS : "Alamak..dua dah keluar, kena kerja betul2 ni.. apa masalah ni?"

Itulah kelebihan PAS berbanding PKR, pengalaman tu penting.. PAS pernah kena tendang dari Perikatan, Pernah kalah teruk pada PRU 11, 2004.. PKR hanya menumpang populariti PAS. Alih2 cucuk ideologi 'baru' kepada PAS.. tu la yang menyebabkan PAS semakin 'tergelecah rel'.

RPK K. Terengganu; PAS yang menang, bukan PR.

PAS semakin jauh dari perjuangan asal? : baca sini

Read more...

Mari Mengundi Semula


Lompat parti: Pas syor pilihan raya semula

01/02/2009 4:43pm

KOTA BAHARU 1 Feb. - Pas mencadangkan agar Parlimen dibubarkan bagi membolehkan satu pilihan raya umum diadakan semula daripada memperkenalkan undang-undang melompat parti.

Naib Presidennya, Datuk Husam Musa berkata, UMNO tidak perlu mengadakan undang-undang itu semata-mata untuk menghalang mana-mana wakil rakyat daripada melompat parti.

“Pada asasnya saya setuju, tetapi lebih baik mereka membubarkan Parlimen dan mengadakan pilihan raya semula bagi menentukan integriti UMNO dan Barisan Nasional di mata rakyat,” katanya kepada pemberita di pejabatnya di sini, hari ini. - Bernama


--

Ya..betul tu saudara Husam, UMNO (baca BN) tidak perlu mengadakan undang-undang lompat parti, Yang perlu laksanakan undang-undang itu ialah PKR & DAP aje. Mereka berdua ni amat takut kat katak-katak. Kalau tak, tak kan la ada surat 'paksa' - jika lompat, DUN akan kosong..


Sebagai pendokong Negara Berkebajikan, kita perlu memenuhi tuntutan kearah kepentingan rakyat dan penduduk. Bukan dengan mengarahkan agar di adakan PRU semula..ini dah membazir namanya. Kenyataan saudara seolah-olah pentingkan kuasa dari kebajikan rakyat. Sejak jadi suara anwar dalam PAS, saudara dah tak supe mulo ek..

Read more...

Siapakah Teresa Kok?

>> 28 Januari 2009

Ambo terima email dari seorang sahabat.. email yang dah banyak di fwd

hmmmm... ingat !!.. PR bukannya PARTI TAKSUB PEMIMPIN.. Jangan lupa, ia di dokongi oleh 3 komponen parti yg berbeza... Kalau benar TERESA ini adalah threat.. bukan susah, buang dia terus dari PR, kalau DAP sanggah..buang DAP terus, apa susah... hamba tak pk banyak ah.. yang penting ISLAM terpelihara. Kalau benar sdr semua muslim sejati, tak kiralah, BN ke, PKR ke, PAS ke..jika apa2 yg mengancam ISLAM kita gertak sesama tanpa ada kepentingan PARTI.. ini satu cabaran.. camne ??... ada berani?...

-----------------

Nama :Teresa Kok Suh Sim Lahir : Mac31,1964 (44tahun).
Agama:Kristian Katholik (Berpegang Teguh).
Pendidikan:Ijazah USM (Perhubungan) .
Ijazah Lanjutan UM (Sains Politik).
Karier Politik: Setiausaha Politik Lim Kit Siang (1990 – 1995).
1995 - Bertanding di atas tiket DAP Kawasan Parlimen Ipoh Barat kalah pada calon MCA.
1999 - Menang kerusi Kawasan Parlimen Seputeh, Kuala Lumpur .
2008 – Kekalkan kerusi Parlimen dengan undi majority yang paling tinggi keseluruhan dalam semua kerusi parlimen yang dipertandingkan – 36,492.

Sebab-sebab kemungkinan dia ditahan dalam Akta Keselamatan Dalam Negri (ISA) pada Jumaat 12hb September 2008 dibawah section 73(1) .(yang membenarkan setiap induvidu boleh ditahan tanpa bicara selama 60 hari).


Dengar cerita, beliau telah menasihati atau pun mempengaruhi kaum bukan Islam lain untuk menghantar satu petisyen kepada Jawatankuasa Mesjid di Puchong melarang menggunakan pembesar suara untuk laungan Azan; tetapi beliau masih sangakal tuduhannya.Tetapi pada 14hb.September 2008 PPIM,PEWARIS dan Badan-badan Islam NGO's telah buat satu lapuran polis dengan mengatakan Teresa Kok telah melarang menggunakan pembesar suara untuk laugan Azan di Mesjid-mesjid dan surau-surau disekitar Kota Damansara,Sri Serdang dan Pucung Jaya.


Kes ini adalah terpencil dari Teresa tetapi dimasa lampau banyak kali beliau telah lakukan penghinaan sengaja terhadap Institusi Agama Islam dan kerajaan di Negara ini.


1. Tahun 2002 – Telah menulis sebuah atikel di sebagai kolumnist surat khabar harian berbahasa Cina Sin Chew Jit Poh dengan lantang menyuarakan bantahan pakaian berunsur Islam untuk kakitangan Islam yang dianjurkan oleh kerajaan dalam kod etika pakaian rasmi.Dengan mengatakan pakaian Islam tidak berciri mesra-rakyat (people friendly).


2.Menuduh Biro Tatanegara mengamalkan dan menyebarkan pengajaran perkauman(racist) .


3.Bersifat sengaja memalukan Umat Islam dan Sistem Perbankan Islam dengan membentangkan usul perbahasan di Dewan Rakyat berkenaan kerugian Bank Islam pada tahun 2005.Teresa sebagai bukan Islam tidak perlu dan mengambil berat tentang perbankan Islam di mana ramai parti pembangkang yang beragama Islam boleh membawa usul ini.


4.Di Parlimen juga beliau kuat menyuarakan tentang hak ekuiti Melayu sasaran 30% telah tercapai dan kerajaan sengaja manipulasi fakta stastiknya.Telah lantang bersuara untuk hapuskan ekuiti 30% bangsa Melayu dan dasar DEB yang mana orang Melayu anggap ia adalah Hak Orang Melayu.


5.Dengan lantang membantah tindakan PDRM mewajibkan Polis Wanita mengenakan pakaian menutup aurat dan bertudung dengan berkata PDRM sengaja sekat hak- asasi wanita Islam.Sehingga datuk Nazri gelar Teresa Kok ini seorang 'Anti-Islam' di sesi Parlimen.


6.Memalukan pasukan Polis Di raja Malaysia dengan sebarkan mms kononnya pasukan Polis Negara tidak boleh dipercayai dan salah laku terhadap tahanan dalam lokap dengan mendera dan membogelkan wanita rakyat negeri Cina.Sehingga kerajaan pusat telah dipaksa memohon maaf dengan kerajaan Cina.Sengaja dan mempunyai niat jahat menjatuhkan imej Negara dan Polis Di Raja Malaysia di kaca mata dunia.Walau pun sumber fakta mma itu tidak tepat,berkenaan kerakyatan wanita tersebut tetapi beliau sengaja membesarkan kisah tersebut di media antarbangsa. Apabila identity wanita tersebut sebenarnya adalah wanita Melayu dan kerakyatan Malaysia beliau enggan mohon maaf pada keluarga wanita tersebut yang telah aibkan maruah melalui mms dan Pihak PDRM.


7.Berusaha sungguh-sungguh untuk menjadikan Negeri Selangor hub yang terbesar untuk membela babi secara moden didunia.


8. Membangkang penggunaan tulisan Jawi di papan tanda jalan raya di Seputeh.
Para pembaca menilaikan sendiri sikap wanita ini yang begitu radikal dan bahayanya kepada rakyat berbilang kaum yang sentiasa menghormati ugama,kebudayaan dan cara hidup kaum yang lain di Negara ini.Kita harap beliau akan memikirkan dan akan berubah selepas ini seperti Bosnya Mr.Kit dan yang diluar sana yang sentiasa eksplotasi agama kaum lain agar waspada dalam ucapan dan tindak-tanduk kalian!.


Pada pengkagum Anwar, satu hari Anwar akan mati. Pada pengkagum Mahathir, satu hari Mahathir akan mati. Pada pengkagum Tok Guru Nik Aziz, satu hari tok guru akan mati. Pada
pengkagum Tok Guru Haji Hadi, satu hari tok guru akan mati. Pada pengkagum Husam Musa, satu hari Husam Musa akan mati. Pada pengkagum tuhan rabbul jalil, Allah tidak mati.


-------------
Ambo tambah :

9. Dia mahukan penggunaan nama 'Allah' dalam kitab agama lain (bible).

Siapa yang menyokong cik Teressa ni? Siap panggil berceramah di Kelantan lagi? Malaun mana yang jemput?

Sama-samalah kita pertahan kesucian agama Islam. Pertahankan Islam walaupun nyawa dipertaruhkan.

Read more...

DUN BOTA : Sila adakan PRK semula.

>> 26 Januari 2009

Tanya pada rakan2 dalam PAS.. mereka 'kurang' setuju dengan ADUN Bota yang melompat parti. Ada yang memberi alasan :

1. Dia melompat kerana masalah peribadi dia sahaja, bukan masalah rakyat.
2. Mungkin ada laba yang telah di janjikan (mungkin akan mengantikan Nizar)

Ada yang berpandapat, elok di adakan semula proses pengundian. Kerana undi ialah suara rakyat yang sebenar, bukan YB yang tolong cakap. Pasal banyak YB sekarang kaki temberang.

Harap, YB Bota ni berfikiran waras.. jangan libatkan rakyat untuk kepentingan karear politik anda. Hanya anda seorang yang melompat, adakah rakyat juga melompat sama?

Katak si katak lompat,
Lompat lah tinggi-tinggi,
Rakyat Bota dah mula meluat,
YB mereka nk jadi menteri.

916 : Fikirkan kepentingan pengundi & parti.. bukan kepentingan peribadi.

Ambo juga harap PAS akan melompat keluar dari PR. Inilah yang diharapkan. Insya-Allah.

Read more...

Adun Bota yang nakal

>> 25 Januari 2009

Dari : Berita Harian Online


KUALA LUMPUR: Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Bota, Perak, Datuk Nasarudin Hashim hari ini mengumumkan keluar Barisan Nasional (BN) dan menyertai Parti Keadilan Rakyat (PKR).

Bekas Pengerusi Felcra itu mengumumkan demikian dalam sidang akhbar di Ibu Pejabat PKR di sini, petang ini.

Beliau berkata, keputusannya keluar Umno muktamad selepas mengambil kira kepentingan pengundinya serta keadaan politik semasa negara.

-----------

IPOH: Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Bota daripada Barisan Nasional (BN), Datuk Nasaruddin Hashim, hari ini menyertai kerajaan negeri Pakatan Rakyat Perak.

Menteri Besar Perak, Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin ketika dihubungi berkata, Nasaruddin membuat pengumuman menyertai Parti Keadilan Rakyat (PKR) pada sidang media di ibu pejabat PKR di Petaling Jaya, hari ini.

Dengan ini, kerajaan Pakatan Rakyat negeri Perak yang dianggota DAP, Pas dan PKR mempunyai 32 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN), manakala BN 27 kerusi iaitu 26 Umno dan satu MCA.

Mohammad Nizar menyifatkan Nasaruddin, 58, yang juga bekas Pengerusi Felcra sebagai seorang yang beriman, berilmu dan berpengalaman.

Sementara itu, dalam kenyataan akhbar Nasaruddin yang diperoleh dari laman web Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim, beliau (Nasaruddin) berkata keputusan itu dibuat setelah mempertimbangkan kepentingan rakyat khususnya para penyokong dan pengundi di DUN Bota.

Pada pilihan raya umum 8 Mac lalu, Nasaruddin menewaskan calon PKR, Kapt (B) Usaili Alias dengan majoriti 2,068 undi. Nasarudin memperoleh 6,556 undi.

---------

Pelik kenyataan dia.. keluar BN kerana pengundi.. pengundi mana? BN atau PKR. Berapa orang aje yang menyokong PKR di sana..

Bagi ambo, dia tidak boleh jadi seorang pemimpin.. sebabnya, bila dia merasakan BN dalam keadaan perpecahan & lemah, dia awal2 lagi dah cabut. Rela selamatkan periok nasi dari kepentingan parti. Macam ni ke pemimpin sekarang. Pengecut dan bachul. Bila manpak kapal nk karam, awal2 lagi cabut..bukan nk baikpulih keadaan.

Cakap aje kalah bertanding masa pemilihan UMNO dan membawa rajuk..

Apa hasil masuk PKR? Berjaya balas dendam?

Masuk PKR buat apa? Halatuju PKR entah kemana & huru hara..

PS: {dipotong}.. Pembelot seperti Adun Bota tidak layak duduk dalam PAS. (6:37pm, 26/1/09)


Read more...

Giliran TG Haji Hadi buat lawak spotan

>> 24 Januari 2009

Terbaca dalam sinar harian yang berbunyi :

KUALA TERENGGANU - Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang meminta agar Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi tidak meletak jawatan pada Mac depan dan kekal sebagai Perdana Menteri untuk tempoh satu penggal lagi.

Menurut Abdul Hadi, Abdullah yang juga Presiden BN perlu membuat perubahan dan mengadakan satu pilihan raya adil terlebih dahulu sebelum melepaskan jawatan kepada Timbalannya, Datuk Seri Najib Tun Razak.

“Pilihan raya (kecil Parlimen) Kuala Terengganu menunjukkan satu anjakan yang telah dilakukan walaupun sedikit pada zaman Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi, oleh itu saya mencadangkan Abdullah jangan letak jawatan.

“Jangan bagi (lepas jawatan) lagi pada Najib, nak jaga Kuala Terengganu pun tak boleh bagaimana nak jaga Malaysia, nanti Barisan Nasional kalah semua, biar dia kalah semua, memang itu yang kita harapkan,” katanya malam semalam.

Abdul Hadi yang juga Ahli Parlimen Marang dan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Rhu Rendang berkata, Perdana Menteri perlu menunjukkan jasa baik seperti memperbetulkan demokrasi dan memulihkan badan kehakiman terlebih dahulu sebelum letak jawatan.

“Kita sanggup bekerjasama kalau beliau (Abdullah) sanggup membuat perubahan tetapi kalau tak buat perubahan, kita akan lawan,” katanya.

916 : Dalam betul kenyatan Tuan Guru itu. Ala..senang cakap, Tuan Guru mahu (PAS dan parti lain) menangguk di air keruh. TG Haji Hadi memang sedia maklum yang kepimpinan Pak Lah lah penyebab kerajaan UMNO (BN) lemah dan berpecah-pecah. Lagi lama Pak Lah memerintah, lagi banyak pengaruh BN yang akan hilang. Dan PAS serta yang lain akan mendapat hasilnya..

* Anjakan = anjakan apa Tuan Guru, anjakan kepada kurangnya peratus yang keluar menggundi.

Read more...

Label

Bermula 19/7/2010

Pengiklanan Sahaja

  © Blogger template Webnolia by Ourblogtemplates.com 2009

Back to TOP