.

Giliran TG Haji Hadi buat lawak spotan

>> 24 Januari 2009

Terbaca dalam sinar harian yang berbunyi :

KUALA TERENGGANU - Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang meminta agar Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi tidak meletak jawatan pada Mac depan dan kekal sebagai Perdana Menteri untuk tempoh satu penggal lagi.

Menurut Abdul Hadi, Abdullah yang juga Presiden BN perlu membuat perubahan dan mengadakan satu pilihan raya adil terlebih dahulu sebelum melepaskan jawatan kepada Timbalannya, Datuk Seri Najib Tun Razak.

“Pilihan raya (kecil Parlimen) Kuala Terengganu menunjukkan satu anjakan yang telah dilakukan walaupun sedikit pada zaman Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi, oleh itu saya mencadangkan Abdullah jangan letak jawatan.

“Jangan bagi (lepas jawatan) lagi pada Najib, nak jaga Kuala Terengganu pun tak boleh bagaimana nak jaga Malaysia, nanti Barisan Nasional kalah semua, biar dia kalah semua, memang itu yang kita harapkan,” katanya malam semalam.

Abdul Hadi yang juga Ahli Parlimen Marang dan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Rhu Rendang berkata, Perdana Menteri perlu menunjukkan jasa baik seperti memperbetulkan demokrasi dan memulihkan badan kehakiman terlebih dahulu sebelum letak jawatan.

“Kita sanggup bekerjasama kalau beliau (Abdullah) sanggup membuat perubahan tetapi kalau tak buat perubahan, kita akan lawan,” katanya.

916 : Dalam betul kenyatan Tuan Guru itu. Ala..senang cakap, Tuan Guru mahu (PAS dan parti lain) menangguk di air keruh. TG Haji Hadi memang sedia maklum yang kepimpinan Pak Lah lah penyebab kerajaan UMNO (BN) lemah dan berpecah-pecah. Lagi lama Pak Lah memerintah, lagi banyak pengaruh BN yang akan hilang. Dan PAS serta yang lain akan mendapat hasilnya..

* Anjakan = anjakan apa Tuan Guru, anjakan kepada kurangnya peratus yang keluar menggundi.

2 ulasan:

taipingmali 24 Januari 2009 pada 7:18 PTG  

Ini lah dia Ular dalam semak

Bercakap berbelik-belik lebih dahsyat daripada yahudi dan nasarani..

Kerja nak menipu orang sahaja

Tanpa Nama,  24 Januari 2009 pada 7:25 PTG  

salam.saya x setuju pak llah dijadikan kambing hitam dalam hal ini

.kita kena positif jika ada pembangkabg puji pemimpin kita.

atau kita akan sentiasa bergaduh sampai habis tanah air kita akan tergadai.

yg baik dan bagus tu,sokonglah.

Catat Ulasan

Sila tinggalkan ulasan anda

Label

Bermula 19/7/2010

Pengiklanan Sahaja

  © Blogger template Webnolia by Ourblogtemplates.com 2009

Back to TOP