Adun Bota yang nakal
>> 25 Januari 2009
Dari : Berita Harian Online
KUALA LUMPUR: Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Bota, Perak, Datuk Nasarudin Hashim hari ini mengumumkan keluar Barisan Nasional (BN) dan menyertai Parti Keadilan Rakyat (PKR).
Bekas Pengerusi Felcra itu mengumumkan demikian dalam sidang akhbar di Ibu Pejabat PKR di sini, petang ini.
Beliau berkata, keputusannya keluar Umno muktamad selepas mengambil kira kepentingan pengundinya serta keadaan politik semasa negara.
-----------
IPOH: Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Bota daripada Barisan Nasional (BN), Datuk Nasaruddin Hashim, hari ini menyertai kerajaan negeri Pakatan Rakyat Perak.
Menteri Besar Perak, Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin ketika dihubungi berkata, Nasaruddin membuat pengumuman menyertai Parti Keadilan Rakyat (PKR) pada sidang media di ibu pejabat PKR di Petaling Jaya, hari ini.
Dengan ini, kerajaan Pakatan Rakyat negeri Perak yang dianggota DAP, Pas dan PKR mempunyai 32 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN), manakala BN 27 kerusi iaitu 26 Umno dan satu MCA.
Mohammad Nizar menyifatkan Nasaruddin, 58, yang juga bekas Pengerusi Felcra sebagai seorang yang beriman, berilmu dan berpengalaman.
Sementara itu, dalam kenyataan akhbar Nasaruddin yang diperoleh dari laman web Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim, beliau (Nasaruddin) berkata keputusan itu dibuat setelah mempertimbangkan kepentingan rakyat khususnya para penyokong dan pengundi di DUN Bota.
Pada pilihan raya umum 8 Mac lalu, Nasaruddin menewaskan calon PKR, Kapt (B) Usaili Alias dengan majoriti 2,068 undi. Nasarudin memperoleh 6,556 undi.
---------
Pelik kenyataan dia.. keluar BN kerana pengundi.. pengundi mana? BN atau PKR. Berapa orang aje yang menyokong PKR di sana..
Bagi ambo, dia tidak boleh jadi seorang pemimpin.. sebabnya, bila dia merasakan BN dalam keadaan perpecahan & lemah, dia awal2 lagi dah cabut. Rela selamatkan periok nasi dari kepentingan parti. Macam ni ke pemimpin sekarang. Pengecut dan bachul. Bila manpak kapal nk karam, awal2 lagi cabut..bukan nk baikpulih keadaan.
Cakap aje kalah bertanding masa pemilihan UMNO dan membawa rajuk..
Apa hasil masuk PKR? Berjaya balas dendam?
Masuk PKR buat apa? Halatuju PKR entah kemana & huru hara..
PS: {dipotong}.. Pembelot seperti Adun Bota tidak layak duduk dalam PAS. (6:37pm, 26/1/09)
7 ulasan:
pantat betul umno ni..aku pun pkr lah...sisksa jadi umno
sepatutnya dia letak jawatan ADUN Bota
biar ada pilihanraya semula
baru la betul2 suara rakyat
PADA AKU ADUN YANG LOMPAT MASUK PKR NI TAK UBAH SEPERTI BINATANG YANG MENCARI KEGAIRAHAN!!!
GHAIRAH MENCARI WANG RINGGIT!!!
GHAIRAH MENCARI POPULARITI!!!
BINATANG SEMACAM INI TIDAK PERLU LAGI DIPANDANG TINGGI OLEH RAKYAT!!!
PENGUNDI MENGUNDINYA KERANA BN!!!
DAN SEKARANG LOMPAT KE PKR ADAKAH KERANA KEHENDAK PENGUNDI???
BINATANG-BINATANG!!!
PADA AKU ADUN YANG LOMPAT MASUK PKR NI TAK UBAH SEPERTI BINATANG YANG MENCARI KEGAIRAHAN!!!
GHAIRAH MENCARI WANG RINGGIT!!!
GHAIRAH MENCARI POPULARITI!!!
BINATANG SEMACAM INI TIDAK PERLU LAGI DIPANDANG TINGGI OLEH RAKYAT!!!
PENGUNDI MENGUNDINYA KERANA BN!!!
DAN SEKARANG LOMPAT KE PKR ADAKAH KERANA KEHENDAK PENGUNDI???
BINATANG-BINATANG!!!
sifat orang yang beriman. berilmu.. dan munafik.
Dia tak layak jd pemimpin kerana mengkhianati penyokongnya.
Dia tak layak jd kawan kerana mengkhianati parti. Mgkn sbb kalah pemilihan UMNO.
Dia tak layak dipercayai kerana lompat parti. Umpan apa yg dia dah makan?
Walau dia masuk PAS sekalipun, aku takkan sokong dia sbb aku tak percaya pd org yg sebegini. Lompat parti sbb dijanjikan kuasa & wang?
Aku sokong Mohd Adha. Dia patut letak jawatan. Buat PRK semula. Kita akan dpt jwpn sbnr drp rakyat
MB Perak: 3 lagi ADUN BN akan sertai Pakatan
[DIKEMAS KINI] PETALING JAYA: Kira-kira 24 jam selepas Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bota dari Umno menyertai Parti Keadilan Rakyat (PKR), Menteri Besar Perak, Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin mendakwa tiga lagi ADUN Barisan Nasional (BN) dijangka menyertai Pakatan Rakyat.
Terdahulu di ibu negara, Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak menafikan bahawa ada lagi wakil rakyat BN yang akan menyertai Pakatan Rakyat.
Timbalan Pengerusi BN itu menyifatkan semua itu sebagai khabar angin sahaja.
"Semua itu khabar angin sahaja...saya tidak fikir (ada lagi yang akan berpaling tadah)," katanya kepada pemberita ketika ditanya mengenai perkara itu berikutan tindakan Datuk Nasaruddin Hashim yang menyertai PKR semalam.
Nizar ketika mengulas lanjut isu itu memberitahu, perbincangan dengan ketiga-tiga ADUN terbabit sedang berlangsung dengan Pakatan Rakyat.
"Kita sedang berurusan. Perbincangan mengenainya sedang berjalan," kata beliau kepada pemberita selepas menghadiri Rumah Terbuka Tahun Baru Cina anjuran DAP Perak di Ipoh hari ini.
Ketika ditanya mengenai identiti ADUN berkenaan, beliau berkata ketiga-tiga wakil rakyat berkenaan ialah dari Umno.
"Kami mengalu-alukan penyertaan mereka ke dalam Pakatan Rakyat dan kami terbuka untuk menerima mereka," katanya.
Dengan keputusan Nasarudin, kerajaan Pakatan Rakyat negeri Perak yang dianggota DAP, PAS dan PKR mempunyai 32 kerusi Dewan Undangan Negeri manakala BN 27 kerusi iaitu 26 Umno dan satu MCA.
Dalam pada itu, Pengerusi Badan Perhubungan Umno Perak, Datuk Seri Tajol Rosli Ghazali berkata, keputusan Nasaruddin tidak menjejaskan kedudukan BN.
Kata beliau, keputusan Nasaruddin itu hanya membawa perubahan kepada jumlah kerusi di persidangan DUN.
Tajol Rosli, yang juga Pengerusi BN Perak, berkata BN di Perak masih kukuh dan berazam mahu merampas semula Perak daripada Pakatan Rakyat pada pilihan raya umum akan datang.
"Kita ada tiga tahun lagi untuk berbuat demikian dan BN telah menggerakkan semua jentera terutamanya untuk meraih undi pengundi muda.
"BN mendapati kekurangan undi pada pilihan raya umum ke-12 adalah di saluran tiga dan empat... kita akan gerakkan jentera untuk mendapatkan sokongan pengundi muda daripada saluran tersebut," katanya selepas menghadiri sambutan rumah terbuka Tahun Baru Cina Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan Datuk Seri Ong Ka Chuan di Gunung Rapat di sini.
KAH KAH KAH KAH KAH KAH....... kah kah kah kah kah kah............ ni pengkhianat ape pulak? kah kah kah kah kah..... kah kah kah kah kah kah kah....... datuk zahid raya di mana ? kah kah kah kah kah.... kah kah kah kah kah.........
Catat Ulasan