1500 orang sertai PKR?
>> 05 April 2009
Pendedahan besar atau .....
Oleh: ROSLAN BIAN
Walaupun renyai-renyai,orang ramai terutama ahli dan penyokong PKR, DAP dan PAS mula berpusu-pusu sejak jam 8 malam kerana sejak Sabtu sudah heboh kononnya Ketua Pembangkang itu akan bikin gempar untuk umum satu perkara yang cukup besar. Menunggulah semua mereka dengan setia sambil mendengar beberapa pemimpin pembangkang bersilih ganti berceramah menghentam kerajaan termasuk ahli parlimen PKR Padang Serai, S.Gobalakrishnan. Beliau mendakwa ada laporan polis oleh seorang individu di Kuah, Langkawi, Sabtu terhadap calon BN, Datuk S.Ganesan yang dikatakan melesapkan duit pembeli rumah pada tahun 1999. Anwar hanya tiba di dewan itu kira-kira jam 11.15 malam. Bagaimanapun, Ketua Umum PKR itu yang hebat berucap juga hebat memperdaya lebih 7,000 orang yang tidak berganjak untuk mendengar pendedahan besar di majlis itu. “Kita sudah bincang semalam dan kita jangka.. kalau kita buat pengumuman itu malam ini, risikonya besar. Sebab itu saya mahu pada 7 haribulan, kita menang di Bukit Selambau, menang di Bukit Gantang dan menang di Batang Ai, dan saya akan buat pengumuman itu,” katanya. Jelas Anwar hanya bikin gimik untuk lihat betapa ramai yang mahu mendengar ceramahnya selepas ada dakwaan mengatakan beliau tidak dilayan oleh penduduk Iban di Batang Ai ketika berkempen di kawasan itu beberapa hari lalu. Pengesahan pelantikan Datuk Seri Najib Tun Razak sebagai Perdana Menteri baru dan penyertaan semula Tun Dr Mahathir Mohamad serta dua ahli keluarganya ke dalam parti UMNO, sedikit sebanyak turut menjejaskan beliau dan pembangkang. Tidak hairanlah, dalam ceramah di tempat sama tengahari Sabtu yang hanya dihadiri kira-kira 150 orang. Beliau meminta Agendadaily bertanya UMNO, apabila diaju soalan sama ada tindakan Dr Mahathir itu akan memberi kesan kepada pembangkang. Dalam ceramahnya malam tadi, Anwar seperti kempen di tempat lain di Bukit Selambau kerap memuji bekas Menteri Besar Perak Datuk Seri Nizar Jamaluddin yang memberi tanah kepada masyarakat Cina. Turut dipujinya Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Azizan Abdul Razak yang setuju PKR letak calon India di Bukit Selambau walaupun kerusi itu diperuntukkan untuk calon Melayu serta setuju Manikumar dilantik Exco jika menang pada 7 April nanti. Selain itu, Anwar mengakui mempertahankan Hindraf yang diharamkan kerajaan atas alasan kononnya pertubuhan haram itu ada prinsip dan memperjuangan hak kaum India yang katanya, tidak dilakukan MIC. Meneliti secara umum ceramahnya, Ketua Pembangkang itu dilihat cuba melaga-lagakan UMNO dengan parti komponen terutama MIC, MCA dan Gerakan kononnya parti itu tidak respons dengan tindakan kerajaan roboh kuil dan tidak sokong Nizar beri tanah pada kaum Cina di Perak. Sebelum beliau berucap, ahli Majlis Pimpinan Tertinggi (MPT) PKR, Datuk Johari Abdul sengaja bikin gempar umum Naib Presiden Parti Progresif Rakyat (PPP), V Datuk Nagarajan menyertai PKR bersama 6,000 ahli. Seperti bosnya, Johari yang juga Ahli Parlimen Sungai Petani juga cuba tipu bila Agendadaily apabila ditanya betulkan ‘benda gempak’ hendak diumumkan adalah berita pemimpin PPP nak lompat sertai PKR. Johari yang ditanya soalan itu sebelum Anwar berucap, dengan muka pura-pura terkejut, beliau yang jadi pengerusi majlis kata, “tak tau”. Dalam pengumuman itu, beliau dakwa lapan bahagian PPP yang dibubarkan itu ialah Alor Star, Kubang Pasu, Kuala Kedah, Pokok Sena, Kulim, Baling, Sungai Petani dan Merbok. Nagarajan kemudiannya menyerahkan borang keahlian untuk menyertai PKR kepada Anwar. Johari juga mengumumkan kemasukkan ketua UMNO cawangan Kampung Jerai, Marzuki Md Akib bersama 51 ahli cawangan tersebut menyertai PKR. Turut menyertai PKR malam ini ialah pemimpin masyarakat siam di Bukit Selambau, Nao Bai Seong bersama 100 orang masyarakat Siam. Selesai majlis itu kedengaran ada orang ramai yang datang mengeluh kerana sedar ‘kena goreng’ dengan Anwar dan pembangkang,Malah mereke turut tidak percaya PPP ada 6,000 ahli di Kedah. Barangkali mereka terfikir, kalau benar ada 1,500 ahli parti itu di DUN Bukit Selambau dan sertai PKR, tentu ramai antaranya hadir sebagai bukti bahawa mereka sudah sertai PKR. Dalam hal ini, teringat ungkapan PORAHH!!! yang kerap ditutur Anwar ketika bercakap menghentam pemimpin kerajaan di Bukit Selambau dan mungkin juga di Bukit Gantang tetapi dalam kes orang ramai yang tertipu malam ini, ungkapan itu lebih sesuai ditujukan padanya. Teringat juga ceramah Anwar di Taman Laguna Merbok, malam Jumaat yang kata, orang Iban lebih pandai daripada orang sini (Bukit Selambau). Maka tidak hairanlah pada malam tadi semua kena tipu.- 4/4/2009 Sumber : agenda daily ----------------------- Kena kencing dahhh... Dia kata..kalau dia menang di ketiga2 kerusi, baru dia nk 'kasi gempaq'.. wakakakaka. 1. Kalau kalah semua dia tak nk buka.. 2. Kalau menang 2 kerusi pun dia xmau buka.. 3. Masih percayakah anda kepada si kaki temberang ini?
Suasana dalam dewan masa ceramah Anwar di Bukit Selambau tengahari Sabtu
Datuk Seri Anwar Ibrahim, membuktikan beliau masih hebat berceramah apabila berjaya menarik lebih 7,000 membanjiri dalam dan luar Dewan Hock Seng, Sungai Lalang dalam kawasan DUN Bukit Selambau, Sungai Petani Sabtu malam.
Antaranya,orang kanan Penasihat PKR itu,Saifuddin Nasution ingatkan para wartawan bahawa para pengarang mereka pasti marah jika tak datang ke ceramah itu kerana sesuatu yang gempar pasal Datuk Seri Najib Tun Razak akan didedahkan oleh Anwar malam itu. 
Suasana dalam dewan masa ceramah Anwar di Bukit Selambau ketika ada gimik ' pendedahan gempar' pada sebelah malam Sabtu.
Kesimpulan, semua yang hadir tanpa disedari tertipu kerana Anwar tidak mendedahkan apa-apa yang mengejutkan hingga ke akhir ceramah berkempen bagi calon PKR, S.Manikuar sebaliknya berkata, akan buat demikian lepas menang tiga pilihanraya kecil ini.
Katanya, semua ahli itu daripada lapan bahagian membabitkan 62 cawangan PPP di Kedah yang dibubarkan dan dakwanya di Bukit Selambau sahaja 1,500 ahli PPP.
Mana bahagian PAS & DAP (PR)
Ku tertanya-tanya.. mana bahagian PR (PAS dan DAP)..
Ooooo... mau makan sorang2 ye..
Tang sini (semenanjung) mau pakat-pakat (kerjasama), makan mau kongsi-kongsi.. tang sana makan sorang2..
Mentang-mentang la kat Batang Ai, PAS dan DAP tak da, dia mau naik sorang2 ye..
Semalam parti PPP (sampah dari BN) dikutip anwar sebagai sahabat.. PPP yang dilihat oleh kaum India sebagai gagal membela kaum India di Malaysia semasa dalam BN.
PS : PKR dan Anwar ni suka kat benda bermasalah ke?
Markas/POS BN lengang dan kosong? alahai...
>> 01 April 2009
Masa PRU 12 dulu..
Ada satu malam tu, sy dah letih sangat dok key-in nama pengundi..mata penat, urat lengoh.. kopi & sekut kering tak dapat meng-cover mata sy yang dah ngantuk ni...
Masa dok tersenggut tu (tengah main game Zuma masa tu + ngantuk), BOS (peti undi) ciut dan ajak gi edar Poster calon (Kertas) & Bendera PAS ke markas & POS PAS
Naik lak saya dalam van yang penuh di tepek (tampal) dengan poster PAS & Adil (PKR),
Apa yang nk diceritakan disini.. saya jumpa satu kawasan peti undi (Peti undi Kg Geting - Pengkalan Kubor)
Boleh di katakan setiap 100 meter ada satu Pos PAS, kiri dan kanan jalan.. bukan nya ada orang pun.. Lampu je terpasang termasuk lampu klip2. Tak tau la pulak, mungkin ada pertandingan POS/ Markas tercantik..
Orang ramai hanya berkumpul di Markas utama aje.. mungkin POS/Markas tu yang xda orang tu tempat singgah budak2 masa mengantung bendera dan poster..
Mungkin juga gambar (markas BN) di atas sama dengan kampung yang saya singgah ini.. Ada buat pertandingan Markas/Pos Tercantik..
Wassalam.... Read more...
Kisah YB Nizar Imamkan Solat Magrib
>> 31 Mac 2009
Terlebih dahulu beribu maaf kerana lama sangat tidak update blog saya kerana maklumlah mengirakan kerenah pindah randah dan naik turu mahkamah Tinggi KL dan Persekutuan, Putrajaya. Pohon sembah derkaha!
Hari penamaan calun PRK P059 Bkt Gantang bejalan lancar dengan sedikit huru hara sewaktu saya dan isteri bersama-sama pimpinan PAS lain memasuki pintu pagar dewan perbanadaran Taiping jam 8.45pagi.
Namun sewaktu pergi menunaikan solat maghrib di Masjid Simpang, saya diminta oleh imam Tuan Hj Hisham untuk mengimamkan solat tersebut dan saya bersetuju. Sewaktu masuk kemasjid saya diberitahu Tan Sri Muhyidin Yasin, Timb Presiden UMNO, dato Zambry Kader , calun Ismail Saffian dan ramai lagi pimpinan UMNO pusat dan negeri juga ada bersama. Pimpinan UMNO berada disaf pertama.
Pada rakaat pertama saya telah membaca ayat "wa'tasimu bihablillahi jamiian, walaa tafarraqu.... " dan rakaat kedua surah Al-kaafirun.Selepas solat saya membaca doa termasuk doa Qunut Nazilah yang turut diaminkan oleh semua ma'mum termasuk pimpinan tinggi UMNO.
seterusnya……
-------
Assalamualaikum,
Kepada penyokong PAS. Mudah-mudahan amalan beliau itu disertakan dengan nawaitu yang betul pada tempatnya. Jangan rasa takbur dan tinggi diri kerana dapat mengimami solat sedangkan makmum di belakang dalam keadaan membencinya.
Dalam satu hadits yang diriwayatkan Abi Masud Al Badridari Rasulullah bersabda:
Dan janganlah seseorang menjadi imam terhadap yang lain di tempat kekuasaannya (dalam riwayat lain: di rumahnya). Dan janganlah duduk di tempat duduknya, kecuali seizinnya.
Seseorang tidak dianjurkan menjadi imam, apabila jama’ah tidak menyukainya.
Dalam hadits yang diriwayatkan Ibnu disebutkan:
Tiga golongan yang, tidak terangkat shalat mereka lebih satu jengkal dari kepala mereka: (Yaitu) seseorang menjadi imam suatu kaum yang membencinya.
Berkata Shiddiq Hasan Khan,
"Dhahir hadits yang menerangkan hal inl, bahwa tidak ada perbedaan antara orang-orang yang membenci dari orang-orang yang mulia (ahli ilmu, pent), atau yang lainnya. Maka, dengan adanya unsur kebencian, dapat menjadi udzur bagi yang layak menjadi imam untuk meninggalkannya.
Kebanyakan, kebencian yang timbul terkhusus pada zaman sekarang ini berasal dari permasalahan dunia. Jika ada di sana dalil yang mengkhususkan kebencian, karena kebencian (didasarkan, red.) karena Allah, seperti seseorang membenci orang yang bergelimang maksiat, atau melalaikan kewajiban yang telah dibebankan kepadanya, maka kebencian ini bagaikan kibrit ahmar.
Tidak ada hakikatnya, kecuali pada bilangan tertentu dari hamba Allah.(Jika) tidak ada dalil yang mengkhususkan kebencian tersebut, maka yang lebih utama, bagi siapa yang mengetahui, bahwa sekelompok orang membencinya -tanpa sebab atau karena sebab agama agar tidak menjadi imam untuk mereka, pahala meninggalkannya lebih besar dari pahala melakukannya.
-----------------------
Sumber dari : Rajahmas
-----
Komen 916:
Kenapa pemimpin UMNO dan pengikut tidak lari atau tinggalkan solat yang di imamkan oleh YB Nizar?
Tahniah kat orang Perak kerana dah tak berbunyi (atau tiada) penyakit solat dua imam (solat suku2) atau nk baikot solat Jumaat (di masjid dalam mukim) bila Majlis Agama melantik ustaz yang menyokong UMNO menjadi Imam tua (seperti yang berlaku kat sini* tahun lepas)
Sesama Islam kalau betul2 boleh jadi imam dan diterima..apa salahnya mengimamkan solat.
Wassalam...
* sini = sebelah kg saya, xmoh cite kg mana2..
PAS kasi suap lagi ke?
>> 29 Mac 2009
Nampaknya PAS kali ini sanggup menggunakan apa cara walaupun menggunakan politik wang ataupun rasuah pengundi untuk mendapatkan undi rakyat.
Parti yang diwar-warkan bersih rupanya telah memberikan beras dan wang RM 50 kepada setiap pengundi melalui program lawatan rumah ke rumah yang dibuat oleh Muslimat PAS. Penduduk kampung Tebok, Permatang Raja mendakwa PAS menggunakan strategi kotor ini untuk mendapatkan undi mereka.
Artikel asal : sini
Dulu masa PRU ke-9, beberapa orang pelajar U yang bergerak dengan muslimah PAS (Ustazah), bersama-sama berkempen dari rumah ke rumah.. Masa tu saya sekolah menengah lagi..
Mereka ni berkempen kepada orang-orang lama (tua).
Memang.. RM30 akan di hulurkan kepada orang2 tua yang telah di senaraikan namanya sebagai pengundi (atau boleh mengundi).
Dan duit tersebut di berikan sebagai duit belanja...
Masa tu isu Syurga Neraka terlalu TOP..
Sebab tu.. sy tak berani nk kata kat orang (walaupun sy tahu), sebab kita (PAS) pun sama...
Dah terlalu bersih ke nk hentam atau kata kat pihak lawan tu?
Apapun..elakkan dari membuat benda yang boleh mendatangkan dosa. Biar kalah asalkan kita bersih.. insya-Allah, kita kalah di dunia, akhirat kita menang..
Wassalam... Read more...




