.

Kisah YB Nizar Imamkan Solat Magrib

>> 31 Mac 2009

Terlebih dahulu beribu maaf kerana lama sangat tidak update blog saya kerana maklumlah mengirakan kerenah pindah randah dan naik turu mahkamah Tinggi KL dan Persekutuan, Putrajaya. Pohon sembah derkaha!

Hari penamaan calun PRK P059 Bkt Gantang bejalan lancar dengan sedikit huru hara sewaktu saya dan isteri bersama-sama pimpinan PAS lain memasuki pintu pagar dewan perbanadaran Taiping jam 8.45pagi.

Namun sewaktu pergi menunaikan solat maghrib di Masjid Simpang, saya diminta oleh imam Tuan Hj Hisham untuk mengimamkan solat tersebut dan saya bersetuju. Sewaktu masuk kemasjid saya diberitahu Tan Sri Muhyidin Yasin, Timb Presiden UMNO, dato Zambry Kader , calun Ismail Saffian dan ramai lagi pimpinan UMNO pusat dan negeri juga ada bersama. Pimpinan UMNO berada disaf pertama.

Pada rakaat pertama saya telah membaca ayat "wa'tasimu bihablillahi jamiian, walaa tafarraqu.... " dan rakaat kedua surah Al-kaafirun.Selepas solat saya membaca doa termasuk doa Qunut Nazilah yang turut diaminkan oleh semua ma'mum termasuk pimpinan tinggi UMNO.
seterusnya……

-------
Assalamualaikum,

Kepada penyokong PAS. Mudah-mudahan amalan beliau itu disertakan dengan nawaitu yang betul pada tempatnya. Jangan rasa takbur dan tinggi diri kerana dapat mengimami solat sedangkan makmum di belakang dalam keadaan membencinya.

Dalam satu hadits yang diriwayatkan Abi Masud Al Badridari Rasulullah bersabda:

Dan janganlah seseorang menjadi imam terhadap yang lain di tempat kekuasaannya (dalam riwayat lain: di rumahnya). Dan janganlah duduk di tempat duduknya, kecuali seizinnya.
Seseorang tidak dianjurkan menjadi imam, apabila jama’ah tidak menyukainya.

Dalam hadits yang diriwayatkan Ibnu disebutkan:

Tiga golongan yang, tidak terangkat shalat mereka lebih satu jengkal dari kepala mereka: (Yaitu) seseorang menjadi imam suatu kaum yang membencinya.

Berkata Shiddiq Hasan Khan,

"Dhahir hadits yang menerangkan hal inl, bahwa tidak ada perbedaan antara orang-orang yang membenci dari orang-orang yang mulia (ahli ilmu, pent), atau yang lainnya. Maka, dengan adanya unsur kebencian, dapat menjadi udzur bagi yang layak menjadi imam untuk meninggalkannya.

Kebanyakan, kebencian yang timbul terkhusus pada zaman sekarang ini berasal dari permasalahan dunia. Jika ada di sana dalil yang mengkhususkan kebencian, karena kebencian (didasarkan, red.) karena Allah, seperti seseorang membenci orang yang bergelimang maksiat, atau melalaikan kewajiban yang telah dibebankan kepadanya, maka kebencian ini bagaikan kibrit ahmar.

Tidak ada hakikatnya, kecuali pada bilangan tertentu dari hamba Allah.(Jika) tidak ada dalil yang mengkhususkan kebencian tersebut, maka yang lebih utama, bagi siapa yang mengetahui, bahwa sekelompok orang membencinya -tanpa sebab atau karena sebab agama agar tidak menjadi imam untuk mereka, pahala meninggalkannya lebih besar dari pahala melakukannya.
-----------------------
Sumber dari : Rajahmas

-----
Komen 916:

Kenapa pemimpin UMNO dan pengikut tidak lari atau tinggalkan solat yang di imamkan oleh YB Nizar?

Tahniah kat orang Perak kerana dah tak berbunyi (atau tiada) penyakit solat dua imam (solat suku2) atau nk baikot solat Jumaat (di masjid dalam mukim) bila Majlis Agama melantik ustaz yang menyokong UMNO menjadi Imam tua (seperti yang berlaku kat sini* tahun lepas)

Sesama Islam kalau betul2 boleh jadi imam dan diterima..apa salahnya mengimamkan solat.

Wassalam...

* sini = sebelah kg saya, xmoh cite kg mana2..

3 ulasan:

PasMuda 31 Mac 2009 pada 9:04 PTG  

Kalau di kg saya, yg selalu ganti imam tua (pas) bila beliau tak dpt hadir adalah seorg imam umno. Tp kalau nak dikira yg lbh baik, imam umno tu lbh bagus.

Tak ada kes boikot sembahyang jemaah walaupun yg imamkan solat tu tok imam umno.

Kita sembah Allah, tuhan yg satu. Tak payahlah nak solat 2 imam, kan?

.@blogger.com 31 Mac 2009 pada 9:59 PTG  

Kenapa pemimpin UMNO dan pengikut tidak lari atau tinggalkan solat yang di imamkan oleh YB Nizar?

Sebab kami diajar bersembahayang satu Imam. Bagaimanapun tindakan merampas kuasa Imam itu bukan setakat tidak wajar malahan KURANG AJAR. Bagi PAS sikap kurang ajar ni dah jadi amalan, kerana iru setiap ceramah akan diselitkan dengan caci-maki. Jemput ke blog saya - bERANIKAN hATI http://braveheart-blogger.blogspot.com

Jumayatara 1 April 2009 pada 12:06 PG  

Berkat perkorbanan Ir Nizar, hidayah tersebar keseluruh alam....manusia berpusu-pusu ke masjid.


Hairan aku, biasa puak-puak UMNO ni jarang bebenor nak pi masjid masa kempen...tapi la ni rajin pulak pi masjid, Puteri UMNO siap buat gotong royong bersihkan masjid..

Hidayah telah tersebar keseluruh alam..

Terima Kasih Ir Nizar.


Uji minda anda:

Dimanakah maksud ayat dibawah ini biasa disebut-sebut??

Ya Tuhan kami, Bagimu segala puji.

Catat Ulasan

Sila tinggalkan ulasan anda

Label

Bermula 19/7/2010

Pengiklanan Sahaja

  © Blogger template Webnolia by Ourblogtemplates.com 2009

Back to TOP