.

PAS kasi suap lagi ke?

>> 29 Mac 2009

ado lagi ko perangai bui duit ngan beras ko ore kapong Ustazah?


Nampaknya PAS kali ini sanggup menggunakan apa cara walaupun menggunakan politik wang ataupun rasuah pengundi untuk mendapatkan undi rakyat.

Parti yang diwar-warkan bersih rupanya telah memberikan beras dan wang RM 50 kepada setiap pengundi melalui program lawatan rumah ke rumah yang dibuat oleh Muslimat PAS. Penduduk kampung Tebok, Permatang Raja mendakwa PAS menggunakan strategi kotor ini untuk mendapatkan undi mereka.

Artikel asal : sini


Dulu masa PRU ke-9, beberapa orang pelajar U yang bergerak dengan muslimah PAS (Ustazah), bersama-sama berkempen dari rumah ke rumah.. Masa tu saya sekolah menengah lagi..

Mereka ni berkempen kepada orang-orang lama (tua).

Memang.. RM30 akan di hulurkan kepada orang2 tua yang telah di senaraikan namanya sebagai pengundi (atau boleh mengundi).

Dan duit tersebut di berikan sebagai duit belanja...

Masa tu isu Syurga Neraka terlalu TOP..

Sebab tu.. sy tak berani nk kata kat orang (walaupun sy tahu), sebab kita (PAS) pun sama...

Dah terlalu bersih ke nk hentam atau kata kat pihak lawan tu?

Apapun..elakkan dari membuat benda yang boleh mendatangkan dosa. Biar kalah asalkan kita bersih.. insya-Allah, kita kalah di dunia, akhirat kita menang..

Wassalam...

6 ulasan:

Cheguman 29 Mac 2009 pada 8:56 PTG  

PAS dah lama halalkan cara demi mencapai matlamat.

Nampaknya barisan baru Najib diterima positif di warung-warung yg dulunya penuh dgn tohmahan terhadap kerajaan.

PemudaGagasan 29 Mac 2009 pada 9:54 PTG  

Salamz...

Itu bukan rasuah...atas nama kebajikan mesti HALAL punya

hahahaha

Jumayatara 30 Mac 2009 pada 12:19 PG  

Apa hang tulis ni....tajuk tu adjust sikit..tak payah gempak. Kepada yang suka baca tajuk saja...ni akan membawa tafsiran yang buruk.


Uji minda anda :

Dimanakah maksud ayat dibawah ini biasa disebut-sebut..

Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku, perbaikilah aku, angkatlah darjat ku,berilah aku rezeki, pimpinkanlah aku, sihatkanlah aku, dan maafkanlah aku.

PAPA GOMO 30 Mac 2009 pada 1:19 PG  

SALAM..
TERUSKAN MENYERANG BNM DENGAN SEGALA HUJAH DAN FAKTA YANG ADA BAGI MEMBANTU KERAJAAN
SEMEMANGNYA BNM TELAH MELAKUKAN PEKARA BANGSAT DAN BACHOL

http://gomo-no1.blogspot.com/2009/03/serang-bnm-habis-habisan.html

OTAI (Otak Tenang Akal Inovatif) 30 Mac 2009 pada 10:43 PTG  

pas bagi rasuah hukumnya halal sebab pas yang jaga syurga. maka halal haram tentulah projek pas yang hakiki. oleh itu mari kita bukakan mata pengundi kita... kesian dimainkian dan diputar minda kat mereka ni

Tai 30 Mac 2009 pada 11:37 PTG  

Anda ahli Pas yang betul-betul tulen. Tapi sayang, Pas sekarang dah dikuasai oleh pejuang cetak rompak.

Catat Ulasan

Sila tinggalkan ulasan anda

Label

Bermula 19/7/2010

Pengiklanan Sahaja

  © Blogger template Webnolia by Ourblogtemplates.com 2009

Back to TOP