SHAH ALAM - Penerimaan artis tempatan kepada perjuangan Pas sejak kebelakangan ini membuktikan bahawa parti itu tidak mengamalkan dasar yang jumud dalam memperjuangkan agendanya.
Naib Ketua Pemuda Pas Pusat, Azman Shapawi Abdul Rani berkata, bukti telah menunjukkan bahawa golongan artis yang sebelum ini banyak menjauhkan diri dengan politik sudah mula selesa dengan pendekatan yang dibawa oleh Pas.
“Sebenarnya perkara ini sudah lama berlaku, tetapi ia tidak dihebahkan kepada media, kita sentiasa mengiktiraf artis ataupun golongan-golongan lain asalkan ia bertentangan dengan ajaran Islam,” katanya kepada Sinar Harian semalam.
Beliau berkata demikian ketika mengulas mengenai senario yang berlaku sejak kebelakangan ini yang menunjukkan terdapat segelintir artis yang mula mendekatkan diri dengan perjuangan yang dibawa oleh parti itu.
Baru-baru ini artis terkenal negara, Datuk Siti Nurhaliza Taruddin bersama suaminya Datuk Khalid Mohd Jiwa telah mengadakan pertemuan dengan Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Aziz Nik Mat.
Malah, pada masa yang sama, penyanyi rock negara, Amy Search sejak kebelakangan ini juga dilihat kerap kali hadir di majlis bersama Menteri Besar Kelantan itu.
Sementara itu, vokalis kumpulan Arrow, Renggo atau Mohd Zain Ramli mengambil keputusan menyerahkan borang keahlian Pas kepada Nik Abdul Aziz, kelmarin.
Mengulas lanjut, Azman yang juga ketua pemuda Pas Terengganu mengakui bahawa personaliti dan pendekatan yang dibawa oleh Nik Aziz telah menarik ramai pihak untuk mengenali secara lebih dekat perjuangan yang dibawa oleh Pas.
“Tok guru mempunyai kebijaksanaan dan aura tersendiri sehingga berjaya menawan golongan artis dan pihak-pihak lain, beliau tidak pernah menolak hiburan, asalkan tidak bercanggah dengan agama, cara ini disenangi oleh masyarakat.
“Saya percaya perkembangan ini membawa satu kesan yang baik kepada Pas, dengan cara ini kita boleh mendekati golongan pemuda yang diketahui mempunyai naluri kepada hiburan,” katanya.
Beliau juga tidak menolak kemungkinan bahawa akan ada lagi artis-artis popular lain yang menurut jejak kedua-dua artis terkenal negara itu dalam usaha mereka untuk berdamping dengan perjuangan Pas.
------------- Tu la.. satu-satu benda tu, jangan terlalu cepat nk HARAM KAN.. la ni terpaksa 'jilat' sikit2
Dengan adanya menteri PEREMPUAN dalam kabinet PAS, mungkin suatu hari nanti.. kita akan dapat wakil wanita (Qariah) dari Kelantan pula..yang dahulunya di haramkan kerana suara wanita adalah aurat..
Apakata..kita jemput Inol pula..blh gelek gerudi. Sudah tentu tercabut kemutar atau terduduk atas kopiah..
SAYA didatangi seorang lelaki berusia dalam lingkungan 30-an yang kononnya kini sedang dalam proses menyiapkan Ph. D. Tujuannya adalah untuk dapatkan pandangan saya terhadap beberapa soalan yang siap ditulisnya. Bila ditanya kenapa saya yang dipilih, dia mendakwa dia adalah pecandu tulisan saya sejak dia di sekolah menengah lagi. Untuk tidak menghampakannya, saya memberikan kesediaan untuk memberikan pandangan saya tetapi ianya pastilah di luar lingkaran kecendekiawanan kerana jangankan Ph D, saya tak ada pun MA, BA mahu pun diploma. Tahap keilmuan saya setakat 4 thanawi sahaja. Kerana bila diminta maklumat pendidikan selepas lapan tahun bertugas dengan Urusetia Penerangan Kerajaan Negeri Kelantan, saya tulis saya tidak bersekolah dan mencatatkan bahawa saya hanya pandai menulis dan membaca sendiri sahaja. Soalan yang ditanya adalah:
1. Kenapa bila tokoh-tokoh besar Pas seperti Dato' Haji Nik Abdul Aziz Nik Mat, Datuk Seri Abdul Hadi Awang cerca pihak lawan, malah sering pula mendoakan kemusnahan pihak lawan politiknya, maka apa yang diucap dan diungkap akan disambut dengan takbir oleh para penyokong dan tidak ada yang buat teguran bahawa mencerca dan memburukkan orang lain hakikatnya adalah perbuatan terlarang. Tokoh seperti Datuk Dr Haron Din hampir tidak pernah mencerca pihak lawan, apatah lagi mendoakan kemusnahan atau meminta agar pihak lawan ditimpa petaka. Datuk Dr Haron Din adalah antara pimpinan Pas yang jarang pakai serban. Beliau hanya berkopiah atau bersongkok.
2. Bila Datuk Seri Haji Hadi kata Umno/BN menang di sesuatu kawasan kerana pengundi hantu dan Dato' Nik Aziz pun memperakukannya, orang Pas terimanya sebagai sesuatu yang betul dan benar. Bila Datuk Seri Haji Hadi kata mencerca peribadi dibolehkan dalam Islam, maka semua menerimanya sebagai sesuatu yang benar.
3. Demikian juga bila Dato' Nik Aziz kata Tuhan pun samseng, Allah juga mencarut dan boleh bekerjasama dengan syaitan, semua orang menerimanya tanpa bahas. Paling malang, bila ada yang kata KELMARIN TOK GURU SEMBAHYANG HAJAT, HARI NI HUJAN SELALU. BERKAT SUNGGUH TOK GURU.
4. Juga ada cerita mengatakan bahawa ada penjahat yang diupah menembak Dato' Nik Aziz datang ke rumah menteri besar itu untuk menjalankan tugasnya pada suatu malam. Kononnya untuk sampai ke halaman rumah Dato' Nik Aziz, mereka dapati ada sungai yang perlu diseberangi. Kerana tidak ada perahu atau rakit, mereka terpaksa berenang. Kononnya ketika mahu ke masjid sembahyang Subuh, Dato' Nik Aziz terperanjat melihat dua orang lelaki sedang meniarap dan menggayakan orang sedang berenang di halaman rumahnya yang berpasir. Bila Dato' Nik Aziz tiup atas kepala lelaki-lelaki berkenaan barulah mereka sedar bahawa mereka sedang berenang atas pasir depan rumah orang yang mahu mereka tembak, bukannya sedang berenang menyeberangi sungai. Lelaki-lelaki berkenaan telah menceritakan apa yang berlaku kepada Dato' Nik Aziz. Lelaki-lelaki itu yang kononnya takutkan keramat Dato' Nik Aziz telah memilih menyertai Pas pada hari itu juga.
5. Macam mana komen enta?"
Jawapan saya adalah seperti berikut:
Mencerca, memburuk, mengaib dan mendoakan kemusnahan orang lain adalah perbuatan terlarang dan tidak halal. Saya teliti terjemahan 6,236 ayat al-Quran dan saya ketemui ayat 148 hingga 149 Surah An-Nisaa' yang melarang kita mengucapkan kata-kata buruk (mencerca) terhadap seseorang.
Kepada pertanyaan kenapa bila tokoh-tokoh besar Pas seperti Dato' Haji Nik Abdul Aziz Nik Mat, Datuk Seri Abdul Hadi Awang cerca pihak lawan, malah sering pula mendoakan kemusnahan pihak lawan politiknya, akan disambut dengan takbir oleh para penyokong dan tidak ada yang buat teguran bahawa mencerca dan memburukkan orang lain adalah perbuatan terlarang, jawabnya kerana penduduku dan penyokong jahil atau sengaja menjahilkan diri. Malah bagi saya Pas kini sedang dilanda wabak dan sindrom kejahilanisme menyebabkan berlakunya trend taksubisme dan aliran memBERHALAkan sesama manusia walaupun kopiah dan serban memutih di kepala, sehingga rata-rata oendukung dan penyokong oarti itu melihat orang lain dan puak lain jahil belaka, hanya kita dan puak kita sahaja yang alim dan layak masuk syurga. Walhal ukuran jahil vs lebai sebenarnya bukan bergantung kepada janggut panjang, jubah labuh, ekor serban cecah tumit, bijih tasbih yang dibilang sebesar buah pinang atau boleh baca Quran dan hadis ‘belan (Sambil) bersiul jah’ serta bagi yang ada Ph D dalam bidang hukum hakam.
Sebaliknya kelebaian seseorang bergantung kepada hidayah, iman dan takwa yang dimiliki hasil anugerah Allah setelah diusahakan tanpa kenal erti kecewa dan putus asa bagi mendapatkannya serta sejauh mana pula ikhlasnya kerja-kerja amal ibadat yang dilakukan walaupun seseorang itu ketika sembahyangnya barangkali hanya mampu berpakaian sekadar menutup paras pusat hingga lutut sahaja.
Mereka yang ada hidayah, ada iman dan takwa akan sentiasa sedar dan insaf bahawa tiada rasul dan nabi lagi selepas Nabi Muhammad s.a.w. Maknanya tidak ada sesiapa yang maksum dan bebas dari melakukan salah dan silap, termasuk tokoh-tokoh seperti Dato' Nik Aziz dan Dato' Seri Haji Hadi yang ditaksubi sehingga ke peringkat semacam memBERHALAkan sesama manusia oleh para pendukung dan penyokong Pas apabila apa yang dikata dan dilakukan ditelan sebagai benar belaka.
Sesuai dengan ketokohan dan mendalamnya ilmu amal keduanya (Dato' Nik Aziz dan Dato' Seri Haji Hadi serta mereka sestandard dan sestatusnya dengannya), syaitan dan iblis yang ditugaskan menggoda mereka tentulah dari kalangan yang ada kelas, bukannya dari kelas 'tamada' yang menggoda orang tamada macam saya.
Ertinya mereka juga tidak akan babas dari melakukan salah dan silap. Selain dari ada autoriti untuk menegur, mereka berdua juga kena dan perlu ditegur kalau dalam Pas masih ada kalangan mereka cuba bebaskan diri dari wabak dan sindrom kejahilanisme.
Bagi saya berani membuat teguran terhadap keduanya adalah fardhu kifayah, kalau tak ada yang berani menegur bermakna Pas kini disemak-samun oleh wabak, sidrom dan fenomena kejahilanisme yang kronik. Seandainya bila ditegur, maka mereka marah, maknanya mereka juga terjebak dengan perangkap kejahilanisme dek terpedaya oleh bisikan syaitan dan iblis, terutama ketika mereka marah, walaupun ketika di luar masa marah barangkali mereka memang sangat alim dan tinggi tahap ketakwaannya.
Alim dalam bentuk lahiriah tetapi sering jahil dalam perlakuan dan tindak tanduk tidak semestinya syurga menjadi tempat pemastautinan abadi di akhirat nanti. Itu hakikat yang kena diperakukan. Misalnya sebagai contoh, kita ambil iktibar kisah seorang yang sangat alim dan doanya sangat mustajab pada zaman nabi Musa a.s. tetapi orang alim itu masuk mati masuk neraka kerana perlakuannya memenuhi kemahuan Firaun yang menyogok isteri orang alim berkenaan dengan 15 kati emas agar medoakan kebinasaan ke atas Nabi Musa a.s.
Ketika ditemui oleh orang suruhan Firaun yang membawa sogokan emas supaya tolong doakan agar Nabi Musa sesat di padang pasir, orang alim itu menolaknya. Baginya mengkhianati Pesuruh Allah, samalah seperti mengkhianati Allah. Baginya jangankan berkati, kalau pun disogok berpikul emas pun dia tidak akan penuhi apa yang dimahukan oleh Firaun. Kelemahan orang alim itu dicari dan pasukan penyiasat Firaun mendapat tahu bahawa orang alim itu sangat sayangkan isterinya dan akan penuhi segala permintaan isterinya. Dengan kata laian orang alim itu dari spesis lelaki ‘alah ko bini’.
Isteri orang alim itu disogok dengan 15 kati emas supaya memujuk suaminya mendoakan agar Nabi Musa a.s. sesat di padang pasir. Bila isterinya meminta agar suaminya berdoa seperti yang dimahukan Firaun, pada awalnya orang alim itu menolak. Tetapi apabila isterinya memaklumkan dia telah mengambil upah 15 kati emas dan sangat seronok dengan upah yang diterima setelah sebelumnya hidup dalam keadaan serba daif, orang alim itu terpaksa melakukannya demi untuk menjaga hati isterinya.
Dia bukan takutkan bini tetapi bininya lebih-lebih lagi tidak takutkannya. Untuk memastikan doanya tidak makbul, orang alim itu telah pergi berdoa dalam kandang kuda, yakni tempat yang kotor dengan harapan doanya tidak akan dimakbulkan. Macam mana pun doanya tetap makbul dan Nabi Musa a.s. sesat di padang pasir. Kerana perbuatannya itu, orang alim berkenaan mati masuk neraka. Maknanya doa untuk kemusnahan orang lain adalah perbuatan berdosa dan boleh menyebabkan orang yang mendoakan kemusnahan orang lain akan dicampak ke neraka walaupun ianya seorang yang sangat alim dan warak pada lahiriahnya. Justeru, berpasak-paksikan riwayat itu, maka tidak kira sama ada ianya Dato' Nik Aziz, Dato' Seri Haji Hadi, mufti, exco/menteri agama, bila didapati mencerca atau mendoakan kemusnahan terhadap orang lain, maka perbuatan itu adalah merupakan perbuatan bersalutkan kejahilanisme, terutama ketika sedang melakukan perbuatan itu.
Pandangan yang mengKERANAkan apabila kalah dalam pilihanraya kononnya disebabkan pengundi hantu juga bagi saya bersifat mengKERANAkan sesuatu selain dari KERANA ALLAH dan ianya adalah suatu keyakinan dan kepercayaan bersalutkan kejahilanisme. Kalah menang dalam pilihanraya bukan kuasa mana-mana parti atau keramat tokoh-tokoh tertentu yang ditentukan, sebaliknya ia sebenarnya telah sedia tersurat dan tertakdir. Manusia hanya boleh berusaha tetapi tidak boleh memastikan apa yang diusahakan akan ‘jadi’ sebagaimana yang diusaha dan diharapkan.
Demikian juga bila kalah dalam pilihanraya, ianya adalah kerana memang itu yang telah disurat dan ditakdirkan. Kalau kalah dikaitkan dengan pengundi hantu, maka ianya bersifat mempertikai, menolak tepi dan menafikan takdir dan suratan-Nya, sekaligus ianya boleh merosakan akidah kerana mengKERANAkan selain dari KERANA ALLAH. Pun demikian halnya apabila kita kononnya boleh mencarut dan boleh samseng kerana Allah juga mencarut dan samseng, ianya bersiafat menyama-tarafkan Allah Maha Pencipta dengan kita manusia yang dicipta. Sebagai hamba kita tidak boleh setarafkan diri kita dengan Allah, malah dengan nabi pun kita tak boleh samatarafkan diri.
Bila Allah samseng atau mencarut (jika benar sifat Allah begitu), kita tidak boleh ikut sama samseng dan mencarut kalau mahu jadi hamba-Nya yang mendapat pahala. Allah tu siapa dan kita pula siapa? Kita kena muhasabah diri. Apa yang nabi buat, umpamanya kahwin hingga sembilan isteri, sebagai umat kita tak boleh ikut, kita dibolehkan hanya beristeri setakat empat sahaja, itu pun jika mampu berlaku adil dan tidak menipu isteri pertama, apatah menyembunyikan perkahwinan kedua, ketiga atau keempat dari isteri atau isteri-isteri yang telah sedia ada. Cerita berenang atas pasir atau kelebih-kelebihan lain juga lebih bersifat kerana mahu menBERHALAkan tokoh yang dianggap keramat. Tak ‘kanlah tokoh yang dikeramatkan itu lebih keramat dari nabi yang mengalami patah gigi dan luka-luka dalam perang.
Nabi dilontar batu dan macam-macam oleh penentang seruannya, tetapi tidak ada riwayat yang kata pelakunya bengkok tangan, mengembik tidak berhenti atau berak memanjang sebagaimana kononnya yang dialami oleh pelaku terjadap tokoh-tokoh tertentu yang kononnya juga pelaku itu hanya pulih selepas minum air tawar tokoh-tokoh berkenaan. Tentang sanggup bekerja dengan syaitan pula bagi saya adalah suatu kenyataan yang tidak patut disebut kerana bukan sahaja dengan syaitan laknatullah, dengan orang Yahudi pun dilarang bekerjasama atau diajdikan orang kepercayaan. Larangan itu terkandung dalam ayat 118 hingga 120 Surah Ali-’Imran. Kalau dah macam tu kenapa tak ada yang tegur. Soal lelaki berkenaan yang memohon agar namanya tidak dicatatkan, malah kalau boleh dirahsiakan demi kepentingan bahan untuk Ph D nya.
Bagi saya keadaan itu berlaku kerana dalam Pas kini diwabaki, disindromi dan difenomenai kejahilanisme dan amalan memBERHALAkan sesama manusia sehingga mereka lupakan kandungan Surah Al-Asyr. Mereka tidak ambil kisah tentang kata-kata bahawa ada kemungkinan orang atau puak yang dianggap dan disangka melakukan perbuatan ahli syurga sebenarnya melakukan kerja ahli neraka. Mereka boleh telan bahawa Pas itu Islam dan Islam itu Pas sedangkan Islam datang dari allah manakala pegawai pendaftaran pertubuhan yang meluluskan pendaftaran Pas itu adalah seorang pegawai yang beragama Hindu. Pas tidak cukup suci untuk disamatarafkan dengan Islam. Pas barangkali boleh menggunakan pendekatan yang dituntut oleh Islam dalam berpolitik. Islamik atau tidak hasilnya bergantung kepada niat dan sejauh mana selarinya dengan apa yang Islam, Allah dan rasul-Nya. Bagi saya kalau pendukung dan penyokong menganggap Pas itu Islam dan Islam itu Pas samalah seperti menganggap Melayu iu Islam dan Islam itu Melayu yang boleh menyumbang kepada kerosakan akidah .
Mudah-mudahan ada alim ulamak yang tidak bias politik membetulkan saya jika saya silap!
TIDAK ada apa yang dibawanya untuk berjumpa dengan rakan seperjuangan yang kini menjadi pemimpin penting, pemimpin yang dipuji-puja dan ditaksubi berjuta pendukung dan penyokong parti yang menjadi wadah perjuangan. Kopiah rongak birai dan sudah berpetit lalat pun yang merupakan antara jumlah harta miliknya yang tidak secumak mana juga tidak dibawa. Kepala yang diseliputi rambut lebat tetapi telah uban sepenuhnya dibiarkan tanpa ditutup oleh kopiah mahu pun semuntal ekor berjuntai. Yang dibawanya adalah hafalan ayat seratus empat puluh lapan hingga seratus empat puluh sembilan Surah An-Nisaa’ serta terjemahannya sebagai bahan hujah untuknya berkata benar walaupun ada telinga dan hati yang sakit menerimanya. Dia tidak mahu hipokritkan diri: tunjuk lebai dan berjurus kerana tenggekan kopiah atau pun lilitan semuntal kain batik lepas, apatah lagi lilitan serban yang padanya menjadi imej pakaian orang lebai-lebai. Janggut berjerabu di dagu, misai meliar dan segala bulu gemulu dibiarkan tidak bercukur pun bukan kerana mahu membentuk imej lebai tetapi kerana dia sebenarnya tidak mampu untuk beli pisau pencukur atau gunting bagi mengandam janggut, misai dan sekalian bulu gemulunya. Semuga dia tidak berdosa kerana terpaksa selekeh, disebabkan ketidak-mampuannya. Baju yang dipakai pun hanya baju gumbang yang sudah lusuh. Pun demikian dengan kain pelaikat yang dipakainya, sudah lusuh dengan tepinya sudah banyak tempat rongak dan berjerabu-katu. Selipar yang dipakai juga sudah nipis dan rongak kronik birai bahagian tumitnya. Itulah kemampuan sebenarnya apabila dia memilih untuk memastikan apa yang menjadi haknya adalah benar-benar halal dan dalam keredaan-Nya, kerana kesediaannya untuk miskin di dunia, kaya di akhirat, sengsara dan hina dina di maya pada serba sementara ini tetapi akan bahagia dan mulia pada kehidupan abadi nanti. Sebagai pejuang, pendukung dan penyokong parti yang kini ditakdirkan berjaya membentuk kerajaan di beberapa buah negeri, dia pernah ditawarkan kawasan balak supaya taraf kehidupannya lebih standard. Kononnya kalau tokoh banyak jasa sepertinya hidup merempat, mahu tidak mahu imej parti yang diperjuangkan, yang didukung dan disokong boleh tercalar, malah boleh timbul persepsi nanti kononnya pimpinan parti tidak reti balas budi. “Ustaz gila” Dia tersentak oleh kata nista rakan seperjuangan yang lebih muda darinya yang asalnya merempat tetapi sekarang hidup kaya penuh bergaya kerana acap dapat kawasan balak dan jadi rakan kongsi bermodalkan air liur bagi pembangunan memajukan tanah-tanah simpanan bangsa yang sebilangan besarnya sudah bertukas status hakmilik. Kalau tidak diambil kira bahawa muka rakan seperjuangannya itu adalah ciptaan Allah yang belum tentu halal baginya untuk dijadikan sasaran tumbukan, rakannya itu mungkin sudah tersungkur menerima padah penumbuk jantannya. Mujurlah dia sedar dan dapat sedarkan dirinya bahawa segala ciptaan Allah yang diamanahkan kepada hamba-hamba-Nya, termasuk penumbuknya, tidak boleh digunakan dengan sewenang-wenangnya untuk perbuatan dan perlakuan yang tidak benar-benar halal, maka dia masih mampu tersengih menerima kata nisa itu. Rakan seperjuangannya agak marah dan kesal bila dia tolak tawaran pemberian kawasan balak kepadanya yang kononnya akan memampukannya menikmati hidup yang sama taraf, kalau pun tidak lebih baik dari wakil-wakil rakyat. Bagi rakan seperjuangnya, dia bukan sahaja tolak tuah, tetapi dia juga telah secara sengaja menyepak terajang rezeki yang datang menggolek dan peluang yang telah jatuh ke riba. Dia kononnya sengaja kehek tubik rezeki yang sudah masuk ke mulut. “Ana takdok baka gila. Macam mana enta boleh kata ana gila. Ana belum pernah masuk wad gila” “Kalau pun Ustas tak gila tapi keputusan Ustaz tu keputusan gila” “Maksud, enta?” “Diberi kawasan balak kenapa ditolak?” “Ana bukan pembalak. Ana tak ada kepakaran tentang balak membalak ni” “Bukan semua yang dapat kawasan balak ada kepakaran tentang balak” “Apa orang yang tak ada kepakaran macam ana ni boleh buat bila diberi sesuatu bidang yang ana tak ada kepakaran mengenainya?” “Ustaz akan dapat wang” “Mudah bunyinya” “Memang mudah” “Tanpa modal?” “Hm. Tanpa modal. Malah tak payah keluar peluh pun” “Biar betul” “Bila ada kawasan, taukeh-taukeh balak akan datang cari Ustaz” “Tujuannya?” “Beli kawasan” “Dapat percuma, kemudian dijual?” “Ya lah. Tak ‘kan nak bagi percuma” “Betul ke cara begitu?” “Itulah yang diamalkan” “Halal ke?” “Bukannya kita curi atau rompak. Tapi kita diberi kawasan. Malah Ustaz minta pun tidak” “Siapa pemberinya?” “Orang yang ada kuasa. Dia orang tu ‘kan rakan kita juga. Rakan kena tolong rakan” “Em-bi?” “Dan exconya juga?” “Kenapa orang macam ana yang diberikan kawasan?” “Kerana Ustaz banyak jasa kepada perjuangan” “Jasa kepada perjuangan?” “Ya” “Ana tak berapa cerat” “Ustaz bekerja kuat menarik minat dan kecenderungan orang ramai selaku pengundi menyokong parti kita. Parti melabelkan Ustaz sebagai arkitek kepada kejayaan parti capai sekarang. Hasilnya sebagaimana yang Ustaz sendiri tau ‘lah” “Ana tak berapa tau sebenarnya” “Kena ana beritahu ke?” “Kalau tak diberitahu macam mana ana akan boleh tau apa yang ana belum tau” “Antara hasilnya, rakan yang dulu sama-sama sengkek, yang dulu paling kencang pun hanya guru sekolah agama rakyat, kini dah jadi pemimpin utama, dah menduduki kerusi exco dan wakil rakyat” “Jadinya?” “Mereka berada pada tahap sekarang antaranya kerana budi Ustaz” “Ya ke?” “Kata orang ada ubi ada batas, bila terima budi kena balas” “Ana tak anggap ana telah berbudi. Kalau pun memang ana memang berbudi, ana tak minta dibalas” “Tapi tak salah ‘kan kalau budi Ustaz mau dibalas” “Dengan memberikan ana kawasan balak?” “Antaranyalah” “Itu yang enta kata balas budi?” “Ha ah” “Bagi ana itu bukan balas budi namanya” “Dah tu?” “Ana melihat pemberian kawasan balak itu sama seperti ana diberi kayu api neraka” “Masyaallah!” “Kalau Em-bi dan exco merasakan ana berbudi kepada mereka, balas budi yang patut diberikan kepada ana adalah apa yang menjadi hak mutlak mereka, bukan mengkhianati mandat dan pecah amanah dengan memberikan apa yang bukan hak mutlak mereka kepada ana” “Maksud Ustaz?” “Kawasan balak bukan hak milik mutlak mereka. Balak adalah kepunyaan sekalian rakyat negeri ini, milik generasi sekarang dan akan datang. Mereka diberi mandat dan amanah untuk menguruskannya sahaja. Memberikan kawasan balak kepada orang yang tidak benar-benar berhak macam ana, bermakna mereka pecah amanah. Pada zahirnya mereka beri balak untuk ana, hakikatnya mereka memerikan ana kayu api neraka” “Kalau macam tu ‘lah pendirian Ustaz, maka kalau nanti hidup Ustaz terus susah dan merempat, terus sengkek, Ustaz jangan salahkan sesiapa. Peluang dah dibuka tapi Ustaz menolaknya” “Biarlah ana papa kedana, namun mengambil apa yang tidak sepatutnya menjadi hak mutlak ana, jawabnya tidak sekali-kali. Bagi ana Em-bi atau exco tidak cukup berhak mutlak untuk mengagih-agihkan atau menyokong pemberian balak atau punca-punca pendapatan lain dari hasil negeri kepada siapa yang mereka suka demi kepentingan politik dan menafikan hak mereka yang berhak yang tetapi dianggap tidak memberi laba dalam usaha mengekalkan kuasa” Ketegasan pendiriannya itu menjadikan keduanya tidak seerat dulu lagi, umpama tidur sebantal tetapi mimpi tidak sama, malah nada dan dengkurnya juga tidak serupa. Rakannya itu bertambah kaya dan bergaya kerana satu demi satu kawasan balak diperolehi sedangkan dia tetap juga pada takuk lama dan dia semacam renggang dan direnggangkan dari aktiviti parti kerana sikap dan prinsip hidupnya. “Pakcik dah buat temujanji?” langkahnya tersekat bila pengawal keselamatan bermisai tebal memegang tangannya, menghalang dia dari masuk ke ruag tamu pejabat Em-bi.. “Em-bi yang suruh datang” “Pandai juga pakcik temberang” “Ana temberang?” “Kalau nak samas-seghial, tak payah jumpa em-bi. Saya pun boleh bagi” Nyaris-nyais penumbuk membuatkan pengawal keselamatan terpaksa terbongkok-bongkok memungut taburan gigi sendiri. Kemunculan em-bi yang baru melangkah masuk ke ruang pejabat menjadikan wajah pengawal keselamatan yang menjengkelkannya itu hilang dari kepeduliannya. Mudah-mudahan em-bi bukan baru datang dari rumah kerana waktu sepatutnya memulakan kerja sudah berjam-jam berlalu. Baginya bukan curi harta benda sahaja berdosa, curi masa pun turut berdosa sama. “Ahlam-wasahlam birobbikum!” secepat kilat em-bi memeluknya membuatkan pengawal keselamatan tercengang melihat Em-bi memesrainya. “Tafadhol!” “Tak apalah. Cukuplah kita hanya jumpa di sini. Ana tak mau kotorkan pejabat enta”. Merah padam muka pengawal keselamatan yang terasa pedas dan menyengatnya apa yang diungkapkannya. “Mari masuk dulu” “Tak perlu” “Lama tak kita tak jumpa” “Lebih baik lama tak jumpa kalau mendatangkan pahala daripada kerap jumpa tetapi menambahkan dosa yang sedia ada” “Ana yakin enta tidak maksudkan dengan tawaran kawasan balak yang enta tolak. Kedatangan enta tentunya tidak ada kaitan dengan isu itu. Ana minta maaf jika enta tersinggung dengan tawaran kawasan balak untuk enta” “Betul. Ana datang bukan kerana itu. Bukan pasal tawaran kawasan balak yang bagi ana bersifat tawaran kayu api neraka itu” “Tapi dah pasti tetap ada tujuannya” “Betul” “Boleh ana tau?” “Ana bawa untuk enta ayat seratus empat puluh lapan hingga seratus empat puluh sembilan Surah An-Nisaa’” Em-bi tergamam. Dia membaca ayat berkenaan berulang kali menjadikan muka Em-bi merah padam. “Ana baca kenyaatan enta di akhbar lidah resmi parti, akhbar arus perdana, kaset, cd dan vcd ceramah enta”. Muka Em-bi direnung dalam. Dalam renungan itu dia menanti dan mengharapkan respon em-bi. Pun begitu tidak ada sepatah apa pun keluar dari em-bi. “Ana mau tanya enta, Tuhan mana, ayat Quran mana dan Rasul-Nya mana yang menghalalkan enta mengutuk dan mencerca tokoh parti lawan?” Em-bi terlopong. “Ana juga mendapati enta sering doakan kemusnahan pihak lawan. Ana mau tau Tuhan mana, ayat Quran mana dan Rasul-Nya yang mana menghalalkan enta berdoa sedemikian?. Bukankah yang alim dituntut alimkan yang jahil, supaya yang jadil diberi hidayah” “Selama ni tak ada yang ingat dan sedarkan anda tentang ini” “Ada sebabnya kenapa tidak ada yang berani buka mulut” “Boleh enta berikan contoh?” “Enta menggunakan kuasa dan kedudukan enta memperjahil dan menjauhkan mereka dari matlamat sebenar perjuangan parti yang kita sama-sama dukung dan sokong, menjadikan parti dibanjiri oleh pendukung dan penyokong jahil yang enta sendiri tidak berusaha untuk merdekakan mereka dari kejahilan” “Tuduhan enta terlalu berat” “Ana terpaksa berkata benar” “Ana biarkan pendukung dan penyokong kekal dalam jahil?” “Betul. Kerana jahil, walaupun apa yang enta syarahkan dan doakan tidak selari dengan apa yang dimahukan oleh Islam, oleh Allah dan Rasul-Nya, mereka terimanya sebagai benar belaka” “Ya ke?” “Pemberian kawasan balak dan kurniaan kedudukan dan jawatan menyebabkan yang alim pun sanggup memperjahilkan supaya peluang terus dapat kawasan balak dan terus menerima pelbagai peluang dan kekal pada jawatan yang disandang tidak akan terjejas. Mereka lupa dan ada antaranya buat-buat lupa bahawa enta bukan maksum. Enta hanya manusia biasa yang perlu sentiasa ditegur dan diperingatkan” “Jadinya?” “Enta kena segera bertaubat” “Dengan berundur dari kedudukan ana sekarang?” “Berundur dari jawatan yang disandang tidak akan membantu menghapuskan doa yang telah dilakukan” “Apa yang kena ana buat” “Rujuk al-Quran dan Hadis. Apa yang halal kena buat, apa yang haram kena dijauhi walupun tidak melalabakan dari sudut kepentingan politik” “Kalau enta jadi ana, apa yang akan enta buat?” “Berhenti memburuk, mencerca dan menghina pihak lawan. Jauhkan diri dari meneruskan amalan mendoakan kemusnahan orang lain. Perbuatan sedemikian bukan perbuatan orang alim tapi perlakuan dan tindakan orang jahil” Ada air mata mengalir di pipi em-bi ketika dia melangkah pergi membawa imej serba sederhananya yang tidak pernah berganjak dari menjadi prinsip hidupnya yang nengutamakan halal-haram dalam apa jua yang mahu dilakukannya
Saya sendiri sebagai lelaki rasa tercabar apabila isteri saya sering mewar-warkan kepada saya bahawa umur saya dah melewati 40 tahun. Life starts at 40.
‘Kalau U rasa U nak pasang lagi satu, I izinkan’, kata isteriku.
Bila berangan tentang nak kahwin lain ni memanglah seronok.
Tersengih- sengih aje lah I at that time.
‘Dunia ni dah terbalik gamaknya, kawan-kawan aku siap pegi Siam sana
nak nikoh lagi satu, ni bini aku siap suruh pasang sorang lagi…?!’
Tak tahulah kalau isteri I tu main reverse psikologi dengan I.
Tapi lepas I berfikir panjang, rasa-rasanya tak nak lah.
Sebab apa ?
Bila mengenangkan umur I yang dah 40+.
Let’s say kalau I kahwin dengan anak dara, katakan umur 22 tahun.
Memang lah seronok beb.
Seronok benda yang kat dalam seluar dalam tu aje lah.
Tentang makan minum, pakai I, kemas rumah dan kegemaran I, rasa nya
I tentu asyik teringatkan my first wife.
Tak perlu nak ajar, I suka makan apa, cam mana cara nak masaknya, baju I kena gosok cam gini, kalau I bangun tidur I suka kalau my wife dah siapkan segala gala nya lah.
Tak perlu I bagitau, dia dah tahu apa I suka.
Cerita apa I suka kat TV, teh atau kopi manis macam mana, hobi apa, sukan kegemaran … semua dia dah tahu.
Tak perlu start balik macam zaman umur 20-an dulu …
Rasa rasa dapat ke isteri muda I suruh buat gitu, tentu dia banyak ragam.Ye lah dia muda, I kan dah tua.
Mesti dia kata I ni mengada-ngada. Sure I yang kena manjakan dia lebihlah, sebab dia muda. Silap haribulan, takut lari lak, kan …
Isteri muda ni bukan macam yang dah bersama dgn kita sejak muda. Kalau kita rasa isteri tua banyak belanja, isteri yang muda pasti lagi teruk.
Eh, budak 20-an zaman sekarang, dengan henbeg Gucci, dengan nak tudung kain Mawi dan henpon jenama Nokia N95, Itu tak termasuk kereta, paling korok pun mesti nak Honda atau Toyota.
Perempuan muda sekarang mana main naik Proton atau Perodua.
Kalau I tak bagi barang-barang tu, dia tak nak bagi ‘barang’ dia lak malam-malam.
Sedangkan dengan isteri tua, awal-awal kahwin naik motorsikal cabuk pun sanggup, berpanas berhujan, dukung anak kita dicelah motor tu. Ahh … terkenang juga zaman ‘miskin’ dulu tu.
Rumah dengan bini tua dulu pun setakat apartmet 3 bilik. Tidur atas tilam nipis, dapur pun kecik, perkakas pun tak banyak.
Oh, untuk isteri muda, terpaksa aku buat OT untuk bayar rumah teres dua tingkat tu, nak bayar peti ais Samsung dan TV Sony Bravia 40-inci mu itu …
Dah umur 40-an ni, darah tinggi lak aku ni kena buat OT setiap hari… hari minggu pun kena cari duit … nak tengok bola pun tak dapat …
Lebih haru lagi, tentu anak anak I akan memberontak sakan. Yelah sekarang ni kan banyak kes bapak kahwin lain anak-anak lebih tertekan. Ramai jadi liar, hisap dadah, jadi mat rempit dan bohsia. Sebab tension bapak kawin baru.
Takut mereka menjauhkan diri dari I, malah akan membenci pula.
Disebabkan masyarakat kita ni memandang serong pada keluarga yang bapak mereka kahwin lebih dari satu. Kalau I ada anak dengan isteri baru, tentu kecik sangat lagi di masa I dah tua dan memerlukan perhatian dari anak-anak.
Sedangkan rumah isteri muda tengah hiruk pikuk dengan anak anak kecil (kan dah ada experience dengan isteri pertama -bagaimana kelam kabutnya dia menguruskan anak-anak)
Sedangkan di rumah isteri tua, anak anak dah besar, boleh tolong mak dan sedang seronok bergurau senda bersama ibunya membincangkan topik-topik terkini dan juga kehidupan mereka.
Duduk rumah bini muda, I yang tua-tua ni lak kena salin pampers dan bagi baby mandi. haha … kalau tak buat, takut isteri muda merajuk pulak.
Tak boleh jadik nih. Banyak benda yang kena repeat. Mula mula kawin tentu seronok. Paling lama setahun-dua.
Bila dah ada anak,tanggungjawab baru bermula semula sebagaimana dengan isteri pertama dulu-dulu.
Tapi masa ni kita dah tak larat nak basuh berak anak, nak pegi shopping beli baju anak anak, nak dukung anak-anak. Leceh lah nak kena teman isteri muda buat semua tu.
Silap haribulan orang kata tengah pilih baju cucu. Eii tak sanggup pula.
Paling takut, orang ingat isteri muda tu anak I… lagi haru …
Balik rumah mertua pula, teringatkan masa akad nikah dulu, beria ria kita nak kan anak dia. Lepas tu kita kawin lagi satu. Tentu muka nih tak tahu nak letak kat mana. Orang tua tak kan nak straight to the point. Tanya itu ini.
Kalau dia nak bercakap tentang tu cukup dengan jelingan dan kerlingan mata,buat kita dah tak senang duduk.
Tak kan raya asyik balik umah mak mertua baru aje. Apatah lagi kalau I ni lak umur nak sama dengan mak-bapak mertua baru I tu ….
Hish banyak lah lagi.
Bagi korang yang suka berbincang pasal benda yang indah indah kawin dua nih silakanlah.
Tapi bagi I selagi hayat dikandung badan, selagi tu lah I tak nak tambah. Tak nak lah mendabik dada. Cakap besar. Tapi sekadar menurutkan nafsu dan benda dalam seluar tu rasanya tak pernah kurang pun layanan isteri pertama terhadap I.
Keluarga ni, kita bina keluarga bahagia yang di depan mata. Bukannya yang di dalam kepala. Bukannya di dalam seluar dalam je.
Hadapi hari esok yang tentu dengan keluarga yang banyak mengharungi susah senang dari mula.
Pengorbanan isteri (walaupun kadang kala dia pernah merungut salah kita juga, cuai dan mengabaikannya) .
Apa apa pun semuanya bermula dengan kita. Insaflah.
Kalau nak ikut nabi, rasa rasanya solat subuh pun kita terlepas kalau isteri tu tak kejutkan. Bukan nak kata solat Subuh, kekadang waktu lain pun terlambat atau terlepas. Baca Quran pun sekali-sekala, baca Yassin pun hanya bila ada orang meninggal. Ikut sunnah Nabi apa nama tu.
Tak payah lah yang lain lain. Kang ada yang nangis bila disebutkan. Cukuplah. Sesungguhnya amat bertuahlah suami-suami yang mempunyai isteri yang menyuarakan pendapat di ruangan ni.
Membuktikan mereka sayang, kasih dan cinta pada kalian.Apa sangatlah kita nih.
Macam nabi konon. ye ke?
Bab kawin kawin aje nih cam nabi.
Bab menegakkan benda dalam seluar dalam je nak ikut sunnah. Cuba bab menegakkan agama Islam,masih lagi terkial kial.
Gambar : Skrip asal di buat untuk PRK Bukit Gantang, tapi cerita berlaku di Kota Bharu
BUKIT GANTANG, 5 April : - Pengarah Jabatan Pilihan raya PAS Pusat,Dato' Mustafa Ali mendedahkan perbuatan melampau BN menjelang hari mengundi untuk menggambarkan PAS bertindak ganas sekaligus ianya akan dijadikan isu untuk 'pukulan maut' BN pada saat sat akhir bagi memenangkan calon BN.
"Kita mendapat maklumat pihak tertentu akan mengumpulkan kereta-kereta polis yang lama dan diletakkan di sebuah balai polis untuk dibakar kononnya kereta itu dibakar oleh orang PAS," katanya.
Beliau berkata demikian dalam sidang media di Markas Induk PAS, Air Kuning semalam.
Apabila ditanya oleh wartawan dari mana beliau mendapat maklumat itu, Mustafa merahsiakan dari mana maklumat itu diperolehinya, tetapi beliau mahu pihak polis menyiasat perkara itu.
PS : Berlaku ke insiden bakar kereta buruk di Bukit Gantang.. atau hanya cereka sahaja?
Tok Guru kesal dengan tindakan penyokong2 bolasepak Kelantan.. Aku pun malu.. tak pernah ada dalam sejarah kes membakar kereta bila kalah bola.. di Barat ada la.. dah nk tiru budaya barat ke?
Tok Guru Nik Aziz kan dah kata... "Banyakkan Bersabar". Orang muda selalu gelojoh..