Penerimaan Artis bukti PAS tidak JUMUD
>> 13 April 2009
SHAH ALAM - Penerimaan artis tempatan kepada perjuangan Pas sejak kebelakangan ini membuktikan bahawa parti itu tidak mengamalkan dasar yang jumud dalam memperjuangkan agendanya.
Naib Ketua Pemuda Pas Pusat, Azman Shapawi Abdul Rani berkata, bukti telah menunjukkan bahawa golongan artis yang sebelum ini banyak menjauhkan diri dengan politik sudah mula selesa dengan pendekatan yang dibawa oleh Pas.
“Sebenarnya perkara ini sudah lama berlaku, tetapi ia tidak dihebahkan kepada media, kita sentiasa mengiktiraf artis ataupun golongan-golongan lain asalkan ia bertentangan dengan ajaran Islam,” katanya kepada Sinar Harian semalam.
Beliau berkata demikian ketika mengulas mengenai senario yang berlaku sejak kebelakangan ini yang menunjukkan terdapat segelintir artis yang mula mendekatkan diri dengan perjuangan yang dibawa oleh parti itu.
Baru-baru ini artis terkenal negara, Datuk Siti Nurhaliza Taruddin bersama suaminya Datuk Khalid Mohd Jiwa telah mengadakan pertemuan dengan Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Aziz Nik Mat.
Malah, pada masa yang sama, penyanyi rock negara, Amy Search sejak kebelakangan ini juga dilihat kerap kali hadir di majlis bersama Menteri Besar Kelantan itu.
Sementara itu, vokalis kumpulan Arrow, Renggo atau Mohd Zain Ramli mengambil keputusan menyerahkan borang keahlian Pas kepada Nik Abdul Aziz, kelmarin.
Mengulas lanjut, Azman yang juga ketua pemuda Pas Terengganu mengakui bahawa personaliti dan pendekatan yang dibawa oleh Nik Aziz telah menarik ramai pihak untuk mengenali secara lebih dekat perjuangan yang dibawa oleh Pas.
“Tok guru mempunyai kebijaksanaan dan aura tersendiri sehingga berjaya menawan golongan artis dan pihak-pihak lain, beliau tidak pernah menolak hiburan, asalkan tidak bercanggah dengan agama, cara ini disenangi oleh masyarakat.
“Saya percaya perkembangan ini membawa satu kesan yang baik kepada Pas, dengan cara ini kita boleh mendekati golongan pemuda yang diketahui mempunyai naluri kepada hiburan,” katanya.
Beliau juga tidak menolak kemungkinan bahawa akan ada lagi artis-artis popular lain yang menurut jejak kedua-dua artis terkenal negara itu dalam usaha mereka untuk berdamping dengan perjuangan Pas.
Sumber : Sinar Harian edisi Kelantan
-------------
Tu la.. satu-satu benda tu, jangan terlalu cepat nk HARAM KAN.. la ni terpaksa 'jilat' sikit2
Dengan adanya menteri PEREMPUAN dalam kabinet PAS, mungkin suatu hari nanti.. kita akan dapat wakil wanita (Qariah) dari Kelantan pula..yang dahulunya di haramkan kerana suara wanita adalah aurat..
Apakata..kita jemput Inol pula..blh gelek gerudi. Sudah tentu tercabut kemutar atau terduduk atas kopiah..
wassalam....
----------
2 ulasan:
HUA HUA HUA
AKU SOKONG NIK AZIZ JEMPUT INUL...HA HA HA BIAR GELEK SAMPAI PATAH PINGGANG TU..
BIASALAH DEPA NI BRO...
CAKAP TAK SERUPA BIKIN...
MELAYU HAPRAK??? http://gomo-no1.blogspot.com/2009/04/melayu-berpecah-kerana-siapa.html
Perkara yang dulunya amat dikeji kini menjadi ikutan mereka.
Maka, saya yakin apabila melihat betapa seronoknya berhibur ini, saya yakin mereka akan lebih teruk lekanya daripada kita yang jahil ini.
Catat Ulasan