.

Pas terima Zaid jika dia insaf

>> 04 Disember 2008

Pas terima Zaid jika dia insaf

KOTA BHARU 3 Dis. - Pas sedia menerima dan memberi tempat kepada bekas Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Zaid Ibrahim dengan syarat beliau insaf dan ikhlas untuk berjuang di dalam sebuah parti yang mendokong dasar politik Islam.

Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat berkata, Pas sentiasa mengamalkan dasar pintu terbuka untuk menerima sesiapa sahaja termasuk Zaid dan kaum lain berjuang bersama dengan parti itu.

"Kami terbuka, usahkan Zaid, orang Cina dan India pun kami terima. Cuma yang tinggal kini ialah mekanisme penerimaan itu (sebagai ahli) terpulang kepada jawatankuasa teknikal parti, saya hanya bercakap mengenai dasarnya sahaja.

"Saya lebih suka begini, mana-mana pemimpin UMNO yang telah lama berjuang dalam parti itu dengan menyerang Pas dan Islam. Kalau bolehlah biar dia pula puji Islam, marah balik kepada sekular yang dia pertahan sebelum ini, lepas tu barulah isi borang Pas," katanya.


Sumber : UtusanOnline

----------

Artikel di atas membuatkan diri ambo tersenyum dan tergelak kecil.. hehehe

--------


Ambo rasa, UMNO hanya menyerang PAS dan tidak menyerang Islam.


Siapa sebenarnya yang menyerang Islam secara terang2 :-

1. UMNO (BN)?

2. PKR (PR)?

3. DAP (PR)?

4. PAS (PR)

5. MIC / MCA (BN)?

6. Lain2.


Bagi ambo, yang jelas dan terang2 menyerang Islam ialah DAP, tapi sekarang mereka menyembunyikan 'serangan' tersebut untuk menarik minat ahli2 PAS kepada mereka.

6 ulasan:

Tanpa Nama,  4 Disember 2008 pada 4:48 PTG  

Hairan DAP dengan lantang menentang Islam. Tapi PAS boleh lak berpeluk dan tidur sebantal. Mana fatwa tok-to guru pasal bersubahat dengan kafir. Oh lupa bersubahat dengan syatan pun boleh apak pula dengan DAP. He he he he. Mengejar dunia semuanya.

OTAI (Otak Tenang Akal Inovatif) 5 Disember 2008 pada 3:56 PG  

dengarkan juga impian dan jeritan tangis anak2 kelantan yang kena dadah, ubat batuk, pil kuda dan sewaktu dengannya.

916.. u ni muda benar... otai bermain di kampong bunuhan sekitar 1995-2001. anda di mana waktu itu?

saya bersekolah di biji wangsa dan sek men tumpat 1970-1973.. anda belum lahir rasanya....

selamat berjuang di jalan allah. cara mungkin berlainan tapi matlamat sama. tapi lagi kau kalau cara dan matlamat kita sama2 berjuang untuk kesejahteraan umat manusia.

ipv6 5 Disember 2008 pada 6:46 PG  

i rasa lucu a bit gak...no offend lah Otai, just a plain common sense here. Nik Aziz surely got a sense of humour..indeed.

OTAI (Otak Tenang Akal Inovatif) 5 Disember 2008 pada 10:59 PG  

ipv6...u ni buat lay out seluar jeans. cantek dan kreatif. tentu masih muda dan belajar multimedia ni. otai ni generasi taip pakai tangan aje. guna komputer pun gagah je.... otai dah kalau salah buat dalam komputer tu sabor aje lah.

asal kat mana kelantan tu... kawan si 916 ke?
selamat berkenalan. jegoklah

http://ramlyotai.blogspot.com

http://aberamly.wordpress.com

MyIdea 6 Disember 2008 pada 1:15 PTG  

OTAI..

Ambo orang asal Kg Bunohan..
Turun temurun disitu.

sumandak bayu 7 Disember 2008 pada 11:53 PG  

Salam bro...

Mohon untuk sama-sama berzihad untuk perangi blog ini yang dah menghina ISlam sumber diperolehi daripada ahli BPN Fazrull
http://surind.blogspot.com/2008/12/hajj-most-shameful-journey-in-history.html

Catat Ulasan

Sila tinggalkan ulasan anda

  © Blogger template Webnolia by Ourblogtemplates.com 2009

Back to TOP