.

Mana Kerajaan Baru?

>> 31 Disember 2008


Mana kerajaan baru?
Berbasen air liur dengan mengapu,
Berapi ceramah mendamba pilu,
Tak malu ke menipu!!?

Dalam ceramah, kan main hebat,
Ada AP, yang akan melompat,
Deretan rakyat melompat lompat,
Harapkan Si Nuar, jadi Yang Berhormat.

Berkuyun kayan rakyat mengharap,
Harapkan pertiwi beralih cepat,
Undi diberi penuh syahwat,
Tetapi kurap yang dapat.

Akhirnya Permatang Pauh, Nuar dah dapat,
Kerana undi, rakyat mengharap,
16 September rakyat mengcongak.

Mana kerajaan baru?
Berubah tarikh rakyat ditipu,
Dari satu ke satu,
Janji penipu diharap dituju.

Berdetik tarikh ke tahun baru,
Masa nan emas terus berlalu,
Janji penipu dah tidak laku,
Akhirnya PAS yang dapat malu,
Kerana melobi tak tentu kalu.

916 tarikh keramat,
Kan terus di puja segelintir peminat,
Mengharapkan hikmah turun cepat,
Rupanya mimpi di alam gelap.

Rupanya rakyat telah ditipu,
Mana kerajaan baru?

----
Selamat menyambut tahun baru Hijrah
Selamat menyambut tahun baru Masihi

Ambo mendoakan agar PAS segeralah keluar dari PR

2 ulasan:

abe MIE 'TERJAH' 31 Disember 2008 pada 11:02 PTG  

Kerajaan Baru atau Kera Baru?
kerajaan baru atau Kerajaan BALU?

Semua india jom keluar PKR..masuk PAS...

Syuk 1 Januari 2009 pada 6:35 PTG  

Ha ha....

smpai bila la Pas nak jd HamPassss...

kluar PR la Pas oi, Anwar tipu korang jerk...

Catat Ulasan

Sila tinggalkan ulasan anda

  © Blogger template Webnolia by Ourblogtemplates.com 2009

Back to TOP