DAP mengamok lagi
>> 17 Jun 2009
SHAH ALAM - Timbalan Pengerusi DAP, Tan Seng Giew menyifatkan kerjasama parti UMNO dalam mewujudkan kerajaan perpaduan ibarat penceraian kali ketiga setelah perkara yang sama seperti itu (wujud kerajaan perpaduan) dibuat beberapa tahun yang lalu.
Beliau berkata, persoalan mewujudkan kerajaan perpaduan itu adalah kali ketiga berlaku dan ianya tidak pernah dibangkitkan dalam Pakatan Rakyat (PR).
“Saya sendiri bingung jugak dan tidak tahu apa yang dimaksudkan Datuk Seri Hadi Awang. Apa yang dia hendak sebenarnya. Isu kerajaan perpaduan ini seharusnya sudah tamat dan saya tidak tahu kenapa ianya disebut-sebut lagi,” katanya di sini semalam.
Katanya, ramai yang masih tidak begitu jelas dengan apa yang dimaksudkan kerajaan perpaduan dan ada yang menganggap ianya sebagai penggabungan di antara Pas dan UMNO atau Pas dan BN.
baca seterusnya : http://www.sinarharian.com.my/com/content/story2870717.asp
1. PAS Ulama' bukan boneka.. apa2 usul, itu hak PAS dan harus dihormati oleh DAP atau Anwar PKR.
2. Sepatutnya PAS berjuang atas kaki sendiri.. buat pakatan pun, nampaknya terpaksa menurut cakap orang..konongnya cakap orang tu untuk kebaikan.
3. Pakatan Pembangkang hanyalah pakatan atas dasar berpolitik, tapi masa mengundi..guna bendera masing2. Bukan macam parti kerajaan..mereka ada simbol 'penimbang'. UMNO ke, MCA ke, MIC ke atau parti2 komponen lain, mereka akan guna satu simbol tu aje masa PRK atau masa PRU.
4. Agama Islam menyuruh kita bersatu, supaya kita kuat.
5. Tetapi ada pihak tidak mahu 'penyatuan' tersebut, kerana iri hati, mahu memecahbelahkan orang2 Islam, gila kuasa dan sebagainya.
6. Mungkin 'Kerajaan Perpaduan' ini akan memulihkan hubungan antara orang-orang Melayu Islam yang sejak sekian lama berbalah.
7. Tidak mahukah kita berada dalam keadaan harmoni dan berbaik2?
Wassalam
0 ulasan:
Catat Ulasan