.

HJ Hadi Kena Minta Maaf

>> 16 Jun 2009

Datuk Seri Abdul Hadi Awang kena minta maaf kepada DAP dan PKR.

Sebabnya? Dah tentu kerana dia mencadangkan perbincangan isu kerajaan perpaduan dengan UMNO.

Siapa yang suruh minta maaf tu?

Karpal Singh, Pengerusi DAP, dalam satu kenyataan terbarunya.

Apa lagi katanya?

“Hadi Awang telah memalukan pakatan pembangkang dan selepas ini beliau kena berfikir dua kali sebelum bercakap.”

Komen kita:

Kalau macam ni la gayanya cuba bayangkan apa akan jadi pada PAS jika ditakdirkan Pakatan Rakyat memerintah. Tiap-tiap kali nak buat apa-apa, tiap-tiap kali nak anjurkan idea sendiri, kiri kanan kawan-kawannya belasah. Dalam keadaan begitu, rasa-rasanya mampukah PAS nak laksanakan cita-cita asalnya? Hudud ke mana, negara Islam ke mana. Baru buka mulut dan kena minta maaf. Baru sebut sikit dah kena tabik kiri kanan…haruuuu!


Sumber : sini

0 ulasan:

Catat Ulasan

Sila tinggalkan ulasan anda

  © Blogger template Webnolia by Ourblogtemplates.com 2009

Back to TOP