.

Keadilan apa yang hendak di tuntut?

>> 18 Julai 2009

Beberapa perkara menarik membabitkan kematian Teoh:

1. Teoh adalah seorang saksi yang dipanggil untuk membantu siasatan berhubung kes salah guna peruntukan oleh kerajaan negeri.

2. Teoh ditemui mati selepas kira-kira lapan jam selepas memberi keterangan kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) berhubung siasatan salah guna peruntukan wang kerajaan negeri. Pengarah Siasatan SPRM, Datuk Mohd Shukri Abdull, berkata mangsa datang sebagai saksi kes itu kira-kira jam 5 petang kelmarin dan memberi keterangan sehingga jam 3.45 pagi semalam.

3. Teoh dibenar pulang sebaik selesai memberi keterangan dan berjanji datang semula keesokan harinya bersama beberapa lagi dokumen bagi membantu siasatan.

4. Walaupun dibenar pulang, dia meminta kebenaran berehat di tempat duduk pejabat SPRM. Sehingga jam 6 pagi, beliau dilihat masih tidur di tempat duduk berkenaan. Selepas itu, beliau tidak lagi kelihatan sehingga ditemui mati. Apa berlaku antara 6 pagi dan 1.30 petang? Kenapa beliau tidak pulang?

5. Teoh memberi kerjasama baik sepanjang keterangannya direkodkan dan hanya seorang pegawai SPRM mengambil keterangan dan lapan jam yang diambil untuk berbuat demikian adalah perkara biasa bagi melengkapkan siasatan. Apakah ada tekanan terhadap Teoh? Dan

6. Paling penting, komputer riba dan unit pemprosesan pusat (CPU) yang dirampas adalah milik atau dalam kawalan Teoh yang bersedia menjadi saksi.

Persoalan ini bermain di kepala orang biasa tetapi polis mungkin mempunyai banyak lagi persoalan lain.

Apa jawapan mereka yang disiasat? Apapula yang ada dalam komputer riba dan CPU?

Kenapa DAP dan PKR menjadikan isu kematian ini sebagai yang paling utama sehingga tidak menyatakan langsung isu rasuah atau penyalahgunaan peruntukan yang menyebabkan Teoh turut disiasat?

Bolehkah DAP dan PKR Selangor mengalih isu siasatan oleh SPRM dengan kematian Teoh?

Juga, mungkinkah Teoh yang mempunyai ‘banyak maklumat’ menerima padah kerana sebelum ini mendiang dikatakan mempunyai ramai musuh dalam DAP?

Oleh kerana siasatan sedang dijalankan, kita serahkanlah perkara ini kepada pihak berkuasa kerana sebagai orang biasa, telahan dan andaian kita tidak sampai ke mana-mana.

Namun satu lagi yang pelik ialah Kerajaan Selangor mahu mengadakan perhimpunan solidariti "Perhimpunan Rakyat" Ahad ini bagi menuntut keadilan bagi Teoh .

Perhimpunan tersebut akan diadakan di Stadium Kelana Jaya, Petaling Jaya pada jam 4.30 petang.Ia akan dihadiri oleh pimpinan Pakatan Rakyat, kata satu kenyataan sekretariat akhbar pejabat menteri besar Selangor.

Menurutnya, Ketua Polis Selangor Dato Khalid Abu Bakar telah dimaklumkan mengenai perhimpunan tersebut.

"Kerajaan negeri berharap pihak polis dapat bertimbang rasa ketika mengendalikan orang awam Ahad ini dan memahami sentimen orang awam yang secara umumnya sedih dan marah atas kematian Teoh.

Dalam kenyataan itu juga, kerajaan Selangor menggesa agar ditubuhkan suruhanjaya diraja untuk menyiasat kematian Teoh.

Persoalannya apakah ada milage untuk PKR dan DAP dalam isu kematian Teoh? Wajarkah perhimpunan diadakan pada ketika bukti sedang dikumpul dan siasatan sedang dijalankan.

Kerajaan Selangor tidak payah memberitahu SPRM atau mana-mana pihak bahawa proses penyiasatan penting untuk mengembalikan keyakinan orang awam terhadap SPRM sebagai agensi banteras rasuah yang bebas dan bertanggungjawab.

Yang penting ialah kenapa Teoh ‘membunuh diri’ atau ‘kenapa dia dibunuh”?

Apakah ia ada kaitan dengan siasatan penyalahgunaan peruntukan dan ada pula pihak yang berusaha menutupnya?

Ini kerana jika benar ada kes, SPRM tidak akan melepaskan mereka ini dan kesannya besar kepada kedudukan kuasa politik di Selangor.

Kes ini jika dikaitkan dengan isu ‘underworld’ yang didedahkan oleh Ahli Parlimen Wangsa Maju, Wee Choo Keong ada rantaiannya.

Wee membuat dakwaan wujudnya penglibatan seorang Exco kerajaan negeri dalam aktiviti 'gelap' di Selangor.

Cuma masa akan menentukan apakah apa yang cuba diselakkan oleh Wee akan berjaya atau sebaliknya.


Cerita selanjutnya klik sini!...

Read more...

Neraka untuk Umno?

>> 13 Julai 2009

Saya timbal balik antara dua cerita;

KOTA BHARU, 30 Jun (Hrkh) - Tuan Guru Dato' Nik Abdul Aziz Nik Mat menolak tanggapan pemimpin Umno yang mendakwa perjuangan PAS dan Umno adalah serupa.

"Saya tegaskan PAS dan Umno tidak serupa, bahkan dalam contoh orang yang sembahyang sendiri pun Allah swt menyediakan sebuah neraka.

"Mereka sembahyang, tetapi ada yang bersembahyang namun masuk neraka kerana lalai dalam sembahyang. Sesungguhnya orang yang bersembahyang ada (yang masuk) syurga dan (ada yang masuk) neraka, mana serupa," katanya ketika menggulung perbahasan pada persidangan Dun semalam.

Beliau juga merujuk kelakuan bapa saudara Nabi Muhammad saw ketika Perang Badar.

Katanya, bapa saudara baginda datang kepada Nabi dan bertanya kenapa Nabi enggan menerimanya sedangkan dia membantu orang ramai dengan memberi air kepada orang ketika menunai ibadat haji.

Nabi menjawab bahawa adakah perbuatan itu sama dengan beriman, tentunya tidak sama.

"Dan dalam konteks Umno, mereka tidak ada 'aamana' (tidak beriman). Ada Islam sahaja. Mereka menolak Islam, nak dikatakan beriman macam mana.

"Pada zaman Nabi Muhammad saw, seorang sahabat membina masjid, yang disebut Masjid Dhirar. Nabi membina masjid, dia membina masjid juga, tetapi akhirnya masjid itu dibakar. Kenapa dibakar sedangkan itu sama-sama masjid.

"Ini perkara yang tidak ada dalam Umno. Umno menerima Islam tetapi mereka tidak beriman. Iman mesti ada, selain daripada Islam ialah iman," katanya.


Sumber : Harakah

.......................................................
Cerita 2:

Juga saya tertarik dengan cerita seorang yang sangat alim pada zaman Nabi Musa sehingga Nabi Musa pun merasa baginda tidak sehebat orang alim itu dalam beribadat kepada Allah walaupun beliau seorang nabi, untuk diteladani.

Kerana kehebatan ibadat orang alim berkenaan, maka Nabi Musa mengambil keputusan untuk berjumpa orang alim berkenaan yang menjadikan sebuah bukit yang terasing dari orang ramai dalam beribadat supaya kerja-kerja ibadatnya tidak terganggu.

Hari pertama Nabi Musa pergi, baginda tidak dapat bercakap dengan orang alim berkenaan kerana orang alim itu asyik bersembahyang dan Nabi Musa tidak ada kesempatan untuk mencelah, malah salam baginda pun tidak dibalas, mungkin orang alim berkenaan tidak dengar kerana terlalu khusuk melakukan ibadah.

Setelah beberapa hari pergi dan balik, barulah Nabi Musa berkesempatan bercakap dengan orang alim berkenaan. Nabi Musa terus memberi salam sebaik sahaja orang alim itu memberi salam tanda menamatkan sembahyangnya.

Menyedari bahawa yang datang berjumpanya adalah Nabi Musa, orang alim itu meminta maaf kerana ketidak-perasanannya untuk memenjawab salam dia kena memberi layanan yang sepatutnya, malah kena paling segera diberikantkepada seorang nabi, seorang pesuruh dan utusan-Nya.

Semasa Nabi Musa memohon diri untuk pulang, orang alim itu yang tahu Nabi Musa boleh berdialog dengan Allah secara langsung , meminta agar Nabi Musa bertanya Allah sama ada dia sebagai orang alim dan banyak beribadah akan masuk pada syurga mana.

Nabi Musa lantas memenuhi permintaan orang alim itu. Baginda bertanya Allah pada syurga mana orang alim itu akan ditempatkan nanti. Alangkah terkejut Nabi Musa bila Allah memberitahu bahawa orang alim itu sebenarnya adalah ahli neraka.

Bila ditanya kenapa orang sealim itu, seorang yang banyak habiskan masa dan usianya beribadah kepada Allah menjadi ahli neraka, Allah menjawab kerana ibadat orang alim itu tidak ikhlas, sebaliknya dia mengharapkan syurga sebagai bayaran kepada kerajinan dan kekemarukkannya beribadah.

Nabi Musa yang datang berjumpa semula orang alim itu kemudiannya telah memaklumkan tentang jawapan Allah kepada pertanyaan orang alim itu yang yang disuruh baginda tanya. Dalam keadaan sedih Nabi Musa memberitahu bahawa dia (orang alim) bukan ahli syurga, tetapi ahli neraka.

Tidak ada kerunsingan atau kegundahan ditunjukkan oleh orang alim itu bila diberitahu sedemikian oleh Nabi Musa, malah kerja-kerja ibadahnya tetap diteruskan dengan rajin kemaruk. Malah kepada Nabi Musa diikrarkan, walaupun disenaraikan sebagai ahli neraka, dia tetap akan teruskan amal ibadatnya hingga akhir hayat.

Bila ditanya oleh Nabi Musa kenapa dia (orang alim) boleh tetap ceria menerima perkhabaran itu, maka dijawab dia redha dengan ketentuan Allah. Kalau Allah dah tentukan dia ahli neraka, maka dia kena redha, dia tidak ada upaya untuk merubah suratan dan takdir-Nya. Namun sebagai hamba-Nya, ibadah tetap akan diteruskan kerana beribadah kepada Allah adalah tugas hamba kepada-Nya.

Nabi Musa kemudiannya diberitahu oleh Allah bahawa orang alim itu yang telah mati selepas tidak lama Nabi Musa memaklumkan tentang dia adalah ahli neraka, telah mati sebagai ahli syurga.

Apabila Nabi Musa tanya kenapa pula orang alim itu yang tersenarai sebagai ahli neraka boleh masuk syurga, Allah menjawab kerana orang alim itu redha dengan ketentuan Allah dan terus juga beribadah walaupun sudah dimaklumkan dia adalah ahli neraka.

Maknanya kerana redha dengan ketentuan, maka balasannya adalah syurga selagi tidak berputus asa dan bertindak berhenti dari melakukan amal ibadah sebagai tanda kecewa dan putus asa dengan suratan dan takdir-Nya.


Sumber/baca lagi di : MKJ

Molek juga baca : Umno Mesti berdepan dengan saya: bukankah ada unsur riak?
Dan
molek juga baca : Nik Aziz Meraban

...............................................


1. Saranan saya: Beribadatlah walaupun apa orang kata.. Syurga Neraka adalah ketentuan Ilahi

wassalam....

Read more...

Ust Nasharuddin sakit...

Kenyataan Tok Nik bila dia 'tahu' Nasha sakit;

Gambar Nasha kat sepital, mustahil keluarga dia tak kasi tau pemimpin Pas yang lain yang dia sakit sampai Tok Nik tak tahu. Mungkin 'berita' tu disekat atau mungkin flip-flop (nk buka cerita bila dekat2 nk mengundi).


"Saya tak tahu langsung. Tak adapun orang beritahu...rupanya dia sakit, kena operate (bedah), saya tahu sangatlah (sakitnya) orang kena operate, sebab saya sendiri pernah kena operate.Kalu (kalau) saya tahu awal-awal lagi saya tak minta dia datang," kata Menteri Besar Kelantan itu.

Kenyataan Nik Abdul Aziz sebelum ini yang kesal kerana Nasaruddin tidak hadir pada hari penamaan calon itu telah menyebabkan pelbagai spekulasi timbul lebih-lebih lagi selepas beliau dicabar meletakkan jawatan parti dan anggota Parlimen Bachok, berikutan mempertahankkan cadangan pembentukan kerajaan perpaduan seperti yang disarankan Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang.

Nasaruddin hanya muncul semalam pada majlis solat dhuha bersama Nik Abdul Aziz di Manik Urai walaupun tidak sempat menyampaikan ceramah kerana keuzurannya.



1. Seramai-ramai pemimpin yang 'berwibawa' Pas..sorang pun tak bagitau yg Nasha sakit & tak dapat datang ke Manek Urai.. Walhal mereka bersama-sama berada (berkampung) di Manek Urai. Mustahil talian telefon atau henpon tiada di situ.

2. Nampaknya Nasha akan diberikan 'M.C' untuk tidak datang ke Manek Urai semula (gamaknya la).

3. Kasian kat Nasha.. sorang pun tak 'care' dia.. Walhal dia Timbalan Prasiden.

4. Sabarlah Nasha.. penyokong tetap sokong Ustaz..


Wassalam..


Sumber; Berita harian (12/7/09) dan sini

Read more...

Ustz Nasaruddin..Dimanakah anda?

>> 07 Julai 2009

Nasharuddin tiada dalam senarai ceramah


Di Manakah Nasharuddin?


KUALA KRAI – Ketiadaan Timbalan Presiden Pas, Nasharuddin Mat Isa dalam kempen pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Manek Urai terus menjadi tanda tanya apabila Nasharuddin tidak diletakkan sebagai penceramah dalam mana-mana ceramah mereka.

Ketua Pengarah Operasi Pas Manek Urai, Abdul Fatah Harun menjelaskan ketiadaan Timbalan Presiden tersebut disebabkan Kelantan adalah ‘istimewa’ dan tidak sama dengan kawasan-kawasan lain.

“Beliau mungkin ‘segan’ nak datang sini sebab Manek Urai lain daripada yang lain, jadi beliau tidak disenaraikan dalam ceramah kita disini.

“Pengundi-pengundi di Manek Urai kebanyakkannya kuat beragama, jadi kita fokuskan kepada pemimpin agama kita,” katanya pada sidang media di Markas Induk Pas disini hari ini.

Pada hari kedua kempen pilihan raya, Pas meletakkan barisan penceramah seperti ketiga-tiga Naib Presiden, Datuk Mahfuz Omar, Salahuddin Ayub dan Tuan Ibrahim Tuan Man serta Datuk Husam Musa.

Pada pilihan raya kecil sebelum ini, Nasharuddin sentiasa berada di barisan hadapan penceramah tetapi di Manek Urai beliau masih belum kelihatan semenjak Mursyidul Am Pas, Datuk Seri Nik Abdul Aziz Nik Mat mendesak beliau meletakkan jawatan sekiranya masih ingin meneruskan cadangan kerajaan perpaduan baru-baru ini.

Ditanya kenapa hanya poster Muryidul Am Pas sahaja yang kelihatan di Manek Urai, Fatah menjawab jentera pilihan raya Pas tidak meletakkan sebarang gambar Timbalan Presiden tetapi hanya meletakkan gambar Presiden dalam kawasan kampung dan bukan dijalan besar Manek Urai.

“Kita tidak meletakkan gambar pemimpin lain sebab dalam konteks Manek Urai, Tok Guru Nik Aziz ‘lebih’ berbanding dengan pemimpin lain dalam Pas,” katanya.

Fatah yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bukit Tuku Kelantan turut membidas kenyataan sesetengah pihak yang mengatakan calon Barisan Nasional (BN) lebih bermutu dari calon Pas.

“Ia hanya helah BN, kerana sejak dahulu lagi Pas meletakkan calon mengikut kesesuaian kawasan yang dipertandingkan.

“Ada tempat kita meletakkan calon yang berpendidikan tinggi dan ada kawasan tidak, kita buat begitu mengikut kehendak penduduk disitu,” katanya. <--Pelik ni, orang manek urai tak perlukan yang berpendidikan ke?

Sementara itu, calon Pas pada pilihan raya kecil Manek Urai, Mohd Fauzi Abdullah pula menjelaskan kempen pilihan raya Pas berjalan lancar dan mengikut perancangan.

Menurutnya, pengundi dikawasan ini amat menyanjungi wakil rakyat Pas sebelum ini, Ismail Yaacob kerana berjaya menarik hati penduduk Manek Urai.

“YB (Yang Berhormat) dahulu amat baik dan mesra dengan rakyat setempat, jadi walaupun tidak serupa, saya harap dapat dekat menjadi macam beliau.

“Saya juga berharap penyokong YB dahulu akan menyokong saya juga pada kali ini,” katanya.

Sumber : Sinar Harian



Ulas ;

1. Dia kata nk hantar tokoh agama berceramah...tapi Husam tu lebih hebat dari Nasha ke?

2. Ada sumber mengatakan, Nasha di 'cuci', TGHH juga sepatutnya di 'cuci', tapi sebab dia Presiden & kalau dia juga di 'cuci', rakyat akan nampak kepincangan dalam Pas.

3. Yang di hantar berceramah nampaknya banyak dari Team Erdogan (kumpulan anwar-Pas).

4. Adalah mustahil pemimpin tertinggi Pas jadi 'segan' untuk berjumpa rakyat...

5. Tidakkah anda berasa pelik?

Read more...

Guan Eng yang hebat

>> 06 Julai 2009

Guan Eng minta Pusat selesai isu ambil alih tanah

GEORGETOWN - Kerajaan Pulau Pinang akan menulis surat kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak bagi meminta bantuan Kerajaan Persekutuan menyelesaikan masalah di Kampung Buah Pala, di sini.

Ketua Menteri, Lim Guan Eng berkata, Kerajaan Negeri mengakui tidak mampu mengambil alih tanah di kampung itu daripada sebuah koperasi dan pemaju untuk membolehkan 23 keluarga terus tinggal di situ kerana kosnya terlalu tinggi.

"Kerajaan Pusat wajib berganding bahu dalam hal ini memandangkan pihak sebenar perlu bertanggungjawab terhadap isu ini dan Kerajaan Negeri rela mengetepikan persengketaan politik demi masa depan penduduk kampung berkenaan.

“Saya sudah menulis surat bukan saja kepada Perdana Menteri, malah Menteri di jabatan Perdana Menteri, Tan Sri Koh Tsu Koon untuk membantu membayar pampasan kepada pemaju, Nusmetro Venture (P) Sdn Bhd," katanya pada sidang media, semalam.

Guan Eng berkata, walaupun Kerajaan Negeri prihatin terhadap nasib penduduk berkenaan yang diarahkan keluar dari kawasan itu, namun kos untuk mengambil alih semula tanah itu adalah terlalu tinggi memandangkan status tanah itu adalah pegangan bebas dan diluluskan untuk pembangunan

Beliau meminta penduduk dan media tidak lagi menyalahkan Kerajaan Negeri.

Pada sidang media sama, pemimpin Barisan Bertindak Hak-Hak Hindu (Hindraf), V Ganavatiram berkata, beliau mahu penduduk kampung memberi tekanan kepada Kerajaan Negeri terdahulu yang meluluskan pembangunan di kampung itu.

“Saya menggesa penduduk untuk tidak menjadikan isu ini sebagai isu perkauman, sebaliknya memfokuskan sebagai isu tuntutan hak asasi penduduk kampung kerana kaum lain juga turut terlibat.

“Kerajaan Barisan Nasional (BN) hendaklah bekerjasama dengan Kerajaan Negeri bagi menyelesaikan perkara ini dan jangan mempolitikkan, fikirkan masa depan kira-kira 300 penduduk kampung,” katanya.

Mengenai tindakan seorang lagi pemimpin Hindraf, S Uthayakumar yang cuba mengelirukan pemikiran penduduk, beliau berkata, Hindraf kini dilihat mula berpecah-belah dan tindakan Uthayakumar juga melambangkan beliau mempunyai agenda tersembunyi dengan mengeksploitasikan masalah yang dihadapi penduduk.


Sumber : sinar harian

Ulasan;

1. Bila GE (Guan Eng) 'gagal' dan tak mampu dalam menangani masalah rakyat, dia 'tembak' orang lain pula untuk sama-sama bermasalah macam dia.

2. Dia 'tembak' kerajaan pusat, bila kerajaan pusat gagal dalam isu ini, terlepas la dia.. makan dia boleh menyalahkan kerajaan pusat (hebat).

3. Dan konco-konco mereka pula menyalahkan kerajaan asal (BN).

4. Tu la..masa PRU jangan terlalu manis bertutur kata dan berjanji.. kang dah kena. Bila dah kena mula la melalak salahkan itu ini.

5. Sama juga dengan kerajaan perpaduan, salahkan Najib.. macam la najib tu leh kontrol Haji Hadi untuk 'membuahkan' kerajaan perpaduan. Maka idea anwar suruh salahkan kerajaan pusat.

6. Mereka (pakatan haram) ini beria-ia mahu memerintah Malaysia, tapi banyak masalah yang timbul dan tak sepatutnya berlaku.. tapi 'keburukan' dan 'kelemahan' mereka itu..mereka akan salahkan orang lain, kerana mereka mahu menampakkan pakatan haram mereka ini baik, sucess, hebat, akrab dsb walaupun 'tenang di permukaan tapi bergelora di dasar'.

7. Camni ke nk memerintah? (kalau mereka memerintah) Harga minyak gagal diturunkan, sudah tentu mereka akan salahkan kerajaan asal.

8. hik hik hik..

Read more...

PM tak payah buang masa layan kerenah Nik Aziz

PM tak payah buang masa layan kerenah Nik Aziz

ATAS asas dua perkara yang mahu ditanyakan oleh Mursyidul Am Pas, Dato' Haji Nik Abdul Aziz Nik Mat kepada Presiden Umno Dato' Seri Najib Tun Razak sebelu debat antara keduanya diadakan membuktikan bahawa Menteri Besar Kelantan mempunyai fahaman, pendekatan yang songsang atau songaja disengsangkan dalam berpolitik.

Pertanyaan pertama ialah kenapa Umno tolak Islam dan memilih kebangsaan serta kalau Umno mengaku dia Islam, kenapa nak lawan Pas. Di sini saya nampak kesongsangan kefahaman dan ianya bukan disengajakan.

Yang mengatakan Umno menolak Islam adalah Pas, khususnya Nik Aziz sedangkan hakikatnya Umno bukan pun begitu. Kalau Umno tolak Islam, sudah tentulah wajah dan warna Islam tidak ditonjolkan langsung.

Kalau tolak Islam Umno tidak akan wujudkan PERKIM, menginisiatifkan penubuhan OIC, tidak akan wujudkan menteri yang khusus menjaga hal ehwal Islam, tidak akan wujudkan Jabatan Kemajuan Islam (JAKIM), Institut kefahaman Islam (IKIM) dan akan merobohkan masjid, surau madrasah, bukannya membinanya.

Pas yang mendabik dada sebagai pejuang Islam, apa yang Pas buat selain dari siang malam memperttidakkan keisalaman orang lain dan seolah-olah cukup yakin bahawa nama masing-masing sudah tersenarai sebagai ahli syurga tanpa ada sekelumit rasa gundah apakah orang Pas sudah benar-benar layak untuk jadi ahli syurga.

Apakan Pas pernah bertanya apakah sumbangan Pparti kepada rakyat di negeri-negeri yang Pas jadi kerajaan?Buat sebuah masjid (masjid dengan rekabentuk binaan Cina) di Rantau Panjang sampai sekarang tak siap-siap.

Yang jelas, malah orang Pas tidak boleh nafikan ialah sejak sebelum menjadi kerajaan lagi sehingga menjadi kerajaan di beberapa buah negeri, Pas terus menadah uncang memohon sumbangan dari orang ramai, dari penarik beca, buruh, penoreh getah dan nelayan yang sepatutnya diberi bantuan.

Wang yang dimasukkan ke dalam uncang itu pula antaranya digunakan untuk membayar imbuhan kepada penceramah dan membayar gaji kakitangan yang bertugas di pejabat Badan Perhubungan Pas yang hidup penuh bergaya jauh melebihi kemampuan hidup penderma.

Oleh itu pada pendapat saya, Pas dan Nik Aziz menggunakan pelbagai taktik, teknik dan putarbelit supaya Umno ditolak oleh rakyat adalah ibarat sama-sama jual tapai di satu tempat, bila Nik Aziz mendapati tapainya tidak laku dijual, maka disuruh Umno lerat (buang) tapai sendiri dengan mentelengkupkan besennya.

Tetapi bukan semua orang bodoh dan boleh diperbodohkan sebagaimana pemimpin dan orang Pas yang boleh ditaksubkan oleh pelbagai kepecayaan sehingga mereka tidak ubah seperti orang mabuk tuak masam yang jalan terhuyung hayang sampai boleh langgar tiang, tidur dalam selut lembik pun dirasakan sudah tidur di atas tilam empuk.

'Sedangkan Pas terang-terang Islam' sebagai hujah Nik Aziz untuk Umno tidak patut tentang Pas bagi saya adalah kata-kata dyang terukir dari kesongsangan fahaman Nik Aziz dan orang Pas yang berjaya ditaksubkan yang menganggap Islam adalah Pas dan Pas adalah Islam.

Biasalah sebagai pemilik barang atau produk yang mahu menjual barang atau produknya, maka akan dipermolekkanlah dengan menggunakan pelbagai taktik dan teknik tetapi belum tentu barang/produk yang dijual semolek yang didakwa. Orang ramai berhak membuat penilaian berdasarkan pemilikan ilmu masing-masing.

Kerana itu bukan semua rakyat negara ini memperakui sebagaimana yang Nik Aziz memperakui kesucian dan keislamikkan Pas, sebaliknya majoriti rakyat negara ini menolak Pas dan memberi kemenangan kepada Umno. Antara yang memberi majoriti kepada Umno itu ada berjuta yang lebih berilmu dan lebih alim dari Nik Aziz.

Nampak terang lagi bersuluh betapa riak, takbur, sombong, bongkak, songsang pemahaman dan seakan menganggap tidak ada orang lain yang lebih hebat darinya apabila satu lagi yang kononnya mahu ditanya kepada Najib ialah kenapa Umno mahu lawan Pas.

Sebenarnya bukan Umno yang lawan Pas tetapi Pas 'lah yang melawan Umno kerana selain dari Umno wujud lebih awal dari Pas, yang menjadi kerajaan di pusat sejak lebih 50 tahun yang lampau adalah Umno bersama rakan-rakan sekomponen dalam, bukannya Pas.

Maknanya Umno tidak ada keperluan untuk Umno melawan Pas tetapi Pas 'lah yang berkeperluan melawan Umno. Bagaimanapun nampak sangat dalam imej suci dan title ulamaknya yang dijaja ke mana-mana, Nik Aziz memutar-belitkan hakikat dan fakta.

Oleh itu pada saya adalah lebih bijaksana jika Najid tidak tidak membuang masa melayan cabaran debat Nik Aziz dan surat yang dihantar bukan sahaja tidak perlu direkodkan penerimaan, tetapi wajar dibakul-sampahkan saja sebagai sampah sarap.

Sebenarnya tidak perlu untuk menghormati mana-mana individu yang tidak reti hormati orang lain tetapi menuntut orang menghormatinya. Pihak polis patut mengambil tindakan segera terhadap laporan yang dibuat oleh terhadap Nik Aziz yang menyamakan Umno dengan komunis dan ajaran sesat Ayah Pin.

Bagi saya Nik Aziz secara tidak langsung telah menghina dan menyakiti hati lebih sejuta ahli Umno yang rata-rata adalah beragama Islam dan tidak akan ada pintu syurga akan terbuka untuknya tanpa memohon dan menerima maaf dari ahli-ahli Umno yang dihina dan digurisi hati mereka dengan tuduhan dan pelabelan yang melampau.

Tulisan asal : http://melikapakjangak.blogspot.com/2009/07/muncul-kembali-258_05.html

Read more...

  © Blogger template Webnolia by Ourblogtemplates.com 2009

Back to TOP